SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, May 1, 2010

Koc Wanita tapi ada lelaki? Macam mana tu?

Dekat rumah. Abang Misai tak ada. Keja. Nak tunggu tengah malam karang la baru balik. Kalau larat aku tunggu. Kalau tak gudnite dulu ye sayang. Huahauahaua!

Balik hari tu dari Shah Alam ke KL Sentral aku naik koc pink. Haha! Apa itu koc pink? Koc untuk wanita sahaja wokey. Men are not allowed. Betul ke BI aku tu? Wakakaka! Bantai!

 Siap ada waiting area ok. Koc tu stop betul-betul depan waiting area ni. Gambar blur sebab guna hp cap itik je.

Tapi kan aku rasa macam ramai aje orang yang tak faham bahasa @ sebenarnya tak mengikuti perkembangan semasa kot. Sebab ramaiii aje jantan di dalam koc itu ye.

Sebelum tu time tengah tunggu ada la aku jenguk-jenguk tren ke Port Klang.Dekat koc wanita tu ada la terselit 2 orang lelaki ye.




Depan adalah uncle india. Aku maafkan la uncle ni sebab maybe dia rabun. Tapi kat belakang tu budak muda. Aku rasa budak ni teman gf dia kot. Tak boleh berpisah. Muakaka!


Ni pulak dalam tren yang aku naik. 


Dari pengamatan aku, 2 orang ni bukan warganegara. Sebab apa yang diorang borak tu memang la aku tak faham sebutir hapah pun.


Tapi bukan mamat ni 2 orang je yang tersesat masuk koc wanita. Ramai lagi.


So, adakah mereka ni sebenarnya tak faham dengan sticker yang terlekat depan cermin tu dengan waiting area yang memang dah tersedia kat stesen atau pun sebenarnya buat-buat tak faham?


 

3 comments:

mie said...

tu dia!!!
kalau benda baru nak wujud ni..
kena ada pemantauan..
kalo dibiarkan, mmg xmenjadi la..

Sharinginfoz said...

mungkin diaorang tak tahu or memang buat tak kisah aja...

Siapa Tengah Tengok Blog Anda Sekarang

Unknown said...

hhahahaha
mmg kategori x paham bahasa kot