SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 12, 2010

Tak tau nak letak tajuk apa

Ah, sadis. Aku tengah kebuluran ni. Breakfast setakat minum susu dutch lady coklat aje.

Apa pun tak sumbat lagi dalam perut. Jauh bebenor nak membeli.

Pagi tadi sebelum pi keja nak membeli macam dah tak sempat. Sebab jammed dekat selekoh nak masuk ke seksyen 7 dari Bukit Raja. Ada gelung wayar ke apa ntah terjatuh dari lori. Besar gaban pulak tu. Yang jatuh bukan 1. Ada la 2-3 gelung.

Alhamdulillah la tak ada yang cedera. Kalau hempap atas kereta tu alamat kemek la. Dah terbayang cerita Final Destination yang kayu balak terjatuh dari lori tu. Eeee... Horror....

Aku ni tahap pemalas memang dah kesatria baja hitam betul dah ni. Berapa lama dah aku tak sentuh periuk kuali nak masak kat dapur nun.

Dah balik keja je rasa macam nak pengsan. Weekend pulak balik kampung. Dalam tren aje la kejanya.

Kat kampung ada mak mertua pulak yang masak. Aku segan la nak masak-masak kalau mak mertua ada ni. Sebab takut tak kena dengan selera dia. Hehehe... Alasan tak nak masak tu macam-macam ado.


Serius badan aku dah terlampau letih aku rasa.





 

No comments: