Baru abes masak bubur Amir n segala mak nenek benda yang nak disettlekan. Penat gila vavi la. Huhuhu...
Petang tadi bawak Amir ronda-ronda Shah Alam. Tak ada la 1 Shah Alam ni aku ronda. Setakat pi Giant 13. Dalam tu Amir mengamuk. Rupanya nak tido. Tersenget-senget la bahu aku dukung dia, sebelah tangan pegang stroller sebab dia tak mau dok dalam stroller tu. Nak berdukung.
Tak tahan dukung lama-lama aku letak dia dalam stroller lepas tu aku buat tak tau je dia melalak. Kejap aje lepas tu senyap. Tengok-tengok dah lena dah.
Lepas tu dia dah jaga aku bawak pi tasik Shah Alam pulak. Tengok kura-kura n burung bangau. Banyak betul burung bangau. Bukan Amir yang excited, tapi ummi dia la excited terlebih tengok burung padahal selalu aje tengok. Hahaha!
Dalam pukul 5 lebih tu balik. Sebab Amir dah kencingkan ummi. Wawawaaaa!
Pampers dia dah berat sangat. Ummi punya excited bawak Amir jalan-jalan sampai tak perasan pampers Amir dah kembung. Huhuhu...
Balik aje rumah macam nak pengsan dia punya penat. Aku ingat dah nak merangkak aje panjat tingkat 5 tu.
Pic 1 hapah tak snap. Sebab Amir masa kat tasik dok meliuk lentok la badan dia kena dukung. Nak duduk bawah main tanah. Sabor aje la aku ni.
Ok la. Aku nak lena jugak. Penat woooo...
No comments:
Post a Comment