SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, February 27, 2010

random

Internet adalah sangat lembap sampai aku rasa nak campak broadband aku ni masuk loji belakang rumah. Bayar bulan-bulan nak suruh cepat. Bayar lambat sikit dah kena bar. Tapi servis macam haremmm....

Aku nak buat keja pun payah. Nak bukak sistem online aku ni pun sempat aku meleleh air liur basi kejap.

Laki aku tak ada. Pi minum sambil bergosip dengan kawan-kawan. Bini balik seminggu sekali pun nak pi lepak dengan kawan jugak. *emo kejap*

Amir dah tido. Dia demam kejap siang tadi. Orang kata demam nak pandai apa-apa la tu. Kot tak pun demam nak tumbuh gigi. Jenuh jugak la melayan dia buat perangai tadi.


Malam esok dah kena balik ke Shah Alam n pagi tu terus berdesup kena pi meeting kat Sabak Bernam. *sigh*


Dengan slide nak kena tambah lagi. Sebab ahli mesyuarat mulut macam machine gun. Sebab tu la aku tak sukaaaa meeting bila ada makhluk-makhluk macam tu. Macam kan diorang aje la yang betul asek nak kena dengar cakap diorang.


Hmmm.. Amir dah 6 bulan pun aku tak dapat tukar lagi. Diorang ni tak kesian kat orang dah ada anak ke? Orang yang bujang trang tang tang tu bagi la tukar dengan aku.


Ni asal aku call tanya asek suruh tunggu sebab ramai yang queue. Bila nak tukar suka sama suka karang kata ada pulak kata alasan remeh. *nak kena hentak la kalau kata alasan family tu remeh*


Penat la.


Silap haribulan aku pengsan kat opis sebab tak cukup rehat.





Friday, February 26, 2010

Korang ni menatang apa?

Ni entry re-post. Saje je nak re-post. Hahaha!

Aku dapat emel ni. Cuba baca apakah korang? Hahaha! Tapi tak payah la percaya bulat-bulat. Saje je hiburan ni.

Aku adalah parasite.. Huhuhu... Cuba teka bilakah b'day aku gitu?? ;p


Macam betul aje. Aku tak suka cakap dengan strangers. Aku pendiam. *eceh! pendiam la sangat* N aku adalah cool unless orang mencari pasal dengan aku.


Bab fashion itu adalah sangat tak betul. Sebab aku sangat serabai dan selebet. Pi keja pakai bedak baby je. Kalau datang meroyan aku baru la sibuk aku nak bermekap sampai segala maskara semua aku pakai. Bulu mata pelesu aje la aku tak gila nak pakai lagi. Wakakaka!


So, jom pilih menatang apekah korang. Hehehehe...

LOOK UP YOUR BIRTHDAY AND SEE WHAT YOU ARE…

January 01 - 09 ~ Bird
January 10 - 24 ~ Slug
January 25 - 31 ~ Cockroach
February 01 - 05 ~ Parasite
February 06 - 14 ~ Bullfrog
February 15 - 21 ~ Skunk
February 22 - 28 ~ Snake
March 01 - 12 ~ Ape
March 13 - 15 ~ Cockroach
March 16 - 23 ~ Slug
March 24 - 31 ~ Parasite
April 01 - 03 ~ Bird
April 04 - 14 ~ Snake
April 15 - 26 ~ Slug
April 27 - 30 ~ Skunk
May 01 - 13 ~ Slug
May 14 - 21 ~ Bullfrog
May 22 - 31 ~ Cockroach
June 01 - 03 ~ Slug
June 04 - 14 ~ Skunk
June 15 - 20 ~ Bird
June 21 - 24 ~ Ape
June 25 - 30 ~ Parasite
July 01 - 09 ~ Slug
July 10 - 15 ~ Bird
July 16 - 26 ~ Bullfrog
July 27 - 31 ~ Parasite
August 01 - 15 ~ Ape
August 16 - 25 ~ Slug
August 26 - 31 ~ Skunk
September 01 - 14 ~ Bullfrog
September 15 - 27 ~ Parasite
September 28 - 30 ~ Bird
October 01 - 15 ~ Ape
October 16 - 27 ~ Skunk
October 28 - 31 ~ Snake
November 01 - 16 ~ Cockroach
November 17 - 30 ~ Parasite
December 01 - 16 ~ Bird
December 17 - 25 ~ Ape
December 26 - 31 ~ Bullfrog

If you are a Bird : A very loyal and sweet person. Your loyalty can never be doubted. You are quite honest and sincere when it comes to your attitude towards working. You are a very simple person, indeed. Absolutely hassle free, humble and down-to-earth! ! That explains the reason why your friends cling on to you! You have a good taste for clothes. If your wardrobe is not updated with what is trendy, you sure are depressed. Popular and easy-going. You have a little group of dignified friends, all of th em being quality-personified .

If you are a
Slug : Always up to some sort of a mischief! The mischievous gleam in your eyes is what makes you so cute and attractive to everyone. You are an extremely fun-to-be-with kind of person. No wonder people seek for your company and look forward to include you for all get-together's. However, you are sensitive which is a drawback. People need to select their words while talking to you. If someone tries to fiddle around and play with words while dealing with you, it is enough to invite your wrath. God bless the person then!

If you are a
Cockroach : Quite contradictory to your name, you are a peace loving person.. You best try to avoid a situation wherein you are required to fight.. An outdoor person, you disl ike sitting at one place for a long duration. You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive work from people. You love being loved, and when you receive your share of limelight from someone, you are all theirs!!!! Well, well... Hence some people could even take an advantage, flatter you to the maximum and get their work done. So be careful.....

If you are a
Parasite : An extremely lovable, adorable person, sometimes shy, with a passion for quick wit. At times, you prefer quietness. You love exploring various things and going into depth of each thing. Under normal circumstances you're cool but when given a reason to, you are like a volcano waiting to erupt. You're a fashion bird. People look forward to you as an icon associated with fashion. Basically, you mingle along freely but don't like talking much to strangers. People feel very easy in your company. You observe care in choosing your friends.

If you are a Skunk
: You are near to perfect and nice at heart. The examples of your kindness are always circulated in groups of people. You, too, love peace. You wouldn't like to retaliate even to a person who is in the wrong. You are loved due to this. You do not wish to talk behind one's back. People love the way you always treat them. You can give, give and give love, and the best part is that you do not expect it back in return. You are generous enough. Seeing things in a practical light is what remains the best trait of you guys.

If you are a
Bullfrog
: You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware; it is easy for you to fall in love....

If you are a
Snake
: You are mysterious. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help people out from difficult and tight spots when they really need you.

If you are a
Ape
: Very impatient and hyper!!! You want things to be done as quick as possible. At heart, you are quite simple and love if you are the centre of attraction. That way, you people are unique. You would like to keep yourself safe from all the angles. Shall your name be dragged or featured in any sort of a controversy, you then go all panicky. Therefore, you take your precautions from the very beginning. When you foresee anything wrong, your sixth sense is what saves you from falling in traps. Quite a money minded bunch you people are!!

50 Blog terbaik pilihan majalah Intrend

Amir tido.

Abang Misai pi solat Jumaat.

Aku tergolek atas katil sambil bertenet. Memang bahagia kalau hari-hari dapat bergolek macam ni. 

Aku dah kat kampung la kalau dok story mory pasal Amir n Abang Misai. Pagi tadi sampai. 

Mengantuk lagi ni. Padahal dalam tren tido sampai meleleh air liur basi. Nak dekat sampai Bukit Mertajam baru sedar pun. Hahaha!


Banyak benda nak story tapi otak aku ni tiba-tiba short term memory pulak dah. Benda yang dah lepas semua tak ingat. Dah bertebaran ke laut kot.

Sebenarnya nak story pasal tajuk kat atas. Hekhekhek.. Jauh terlajak ni. 

Bukan aku lah orangnya yang tergolong dalam top 50 tu. Huhuhu... Tapi my bestie.

Oh, nak ucap congrats kat bestie masa sekolah rendah. Puan Yat, anda dah jadi celebrity sekarang. Hahahaha! Sila sain otograp saye. ^_^


Blog Puan Yat adalah di antara 50 blog terbaik pilihan mag Intrend. Wohoooo... Tepuk! Tepuk untuk Puan Yat, Encik Ekhram n Baby Qies. Yat punya blog dalam kategori cahayamata.

Aku punya blog? Idok la kawan-kawan. Aku ni baru setahun jagung aje terlibat blogging ni. Pulak tu entry semua stok emo maki hamun je. Tak ada yang spesifik pun. Hahaha! Pic Amir pun tak terupload haaa...

Sila la berkunjung ke blog Yat ye. Memang penuh warna warni dengan pic Baby Qies yang montel n cumels tu.

Semoga dengan pengiktirafan ni Yat akan sentiasa bersemangat untuk berblogging.


Congrats again! :)





Thursday, February 25, 2010

Mimpi yang macam real

Pagi tadi adalah pagi ke 2 aku jadi pelarian tido dalam kereta lepas hantar adik aku naik komuter.

Dan pagi tadi jugak aku telah mengalami mimpi yang menakutkan usus perut aku time tengah tido tu.

Mimpi tu macam real ok. Ini seriusss.

Time aku lepak dalam kereta tu aku matikan enjin n bukak sikit tingkap kereta. Karang aku tido enjin dengan aircond bukak tak ke membazir minyak di samping mencemarkan alam sekitar. *eceh.. sungguh prihatin aku ni*

Aku bukak sikit aje la tingkap tu. Asal angin boleh masuk n aku boleh bernafas aje. Karang aku bukak luas-luas ada pulak kepala terjengul kat tingkap tu.

Aku mimpi handbag aku ada orang nak amik dari tingkap kereta yang aku bukak sikit tu. Eh, bukan amik la. Dia macam guna something untuk tarik wallet aku.

Aku pulak dalam mimpi tu tengah tido *tido aje la kejanya* n tersedar. Aku cuba nak bangun tapi macam badan aku cramp.

Lepas tu pulak bila dah boleh bangun aku tarik handbag aku. Tiba-tiba pulak ada tangan tarik aku dari tingkap tu.

But seriously aku rasa benda tu macam betul-betul jadi. Aku yang tengah tido ni terbangun terus cari handbag n tengok kalau ada benda yang hilang. Aku rasa macam sedar aje masa benda tu jadi.

Hishhhh...

Takut ok. Dah la aku sorang dok melepak kat situ.

Tapi nak buat macam mana. Nak balik rumah balik jauh. Huhu...

sila buat-buat bz

Konon-konon tengahari la abes meeting. Tapi pukul 3 baru sampai opis.

Meeting ok je. Sebab ahli meeting tak banyak songeh. Tengok pulak 1hb ni. Aku kena masuk meeting lagi. Tapi yang ni ahli dia sangat laaaaa laser. Hohohoho.. Karang aku laser balik karang terus 'sila bungkus baju anda dan balik kampung. U are fired!!!' Wakakaka!

Ah, lantak la. Aku buat pekak aje kalau nak laser-laser ni. Aku memang pakar membuat muka tak ada perasaan. Mesti rasa macam bercakap dengan dinding.

Opis kat daerah memang tak ramai staf. Masuk-masuk aje aku ternampak diorang tampal benda alah ni kat dinding.

 

Hahaha! Siapa punya keja la tu. Confirm siapa dok kat opis tu dah tersangat bosan tak ada pekerjaan nak buat.

Oooo.. Ini keja korang selama ni ek. Buat-buat bz.

Aku report kat bos. ;p

 

tak ada kat opis

Update laju-laju ni.

Aku tak ada kat opis kejap lagi. Bakal diheret masuk meeting kat daerah.

Pikir pasal meeting terus rasa macam nak muntah n terberak pagi-pagi.

Balik tengahari karang aku update lain.

Wednesday, February 24, 2010

notebook mana yang bagus?

Pekerja cemerlang, gemilang, temberang ni still kat opis lagi.

Biasa la, kata cemerlang kannn.

Ni semua last minit punya request dari bos nak suruh tambah itu ini dalam slide untuk meeting esok yang aku kena heret sekali tu. *again... tambah macam-macam benda lepas tu aku yang jenuh jawab*

Mata aku dah mula mengada-ngada nak mengantuk segala ni.

Eh, aku rasa macam nak beli notebook la. Bukan notebook yang buku tulis tu. Tapi laptop. Sebab nak menyenangkan urusan aku yang nak jadi bisneswoman berjaya ni. Hahaha!

Tapi aku tak tau yang mana yang bagus.

Any suggestion?

 

sleepy

Tersangat penat plus mengantuk gila.

Aku nak tido jap.

Letih...

 

Keja macam bangang!!

macam pelarian

Pagi tadi aku tido dalam kereta. Sob.. Sob...

Bukan kena halau dari rumah. Tapi lepas hantar adik aku ke stesen komuter pukul 6 pagi tadi aku memang dah malas nak balik rumah. Aku pun memang dah siap pakai baju keja semua.

Selalu aku melepak rumah sorang budak yang 1 unit dengan aku ni. Tapi minggu ni hubby dia keja pagi pulak. Selalu time aku lepak hubby dia belum balik keja lagi.

Disebabkan aku adalah seorang yang lemah lembut, ayu dan pemalu *dush sekali kat pusat* maka aku segan nak melepak rumah orang pagi-pagi buta time laki dia ada.

Aku memang malas nak balik rumah balik. Abes minyak kereta aku je. Nak terus pi keja budak tu selalu pi keja dengan aku.

So, keputusan drastik adalah tido dalam kereta.

Lena jugak aku tido. Hahahaha! Confirm sangat la aku ni memang letak mana-mana pun boleh tido.

Aku tersedar pasal budak tu call aku tanya aku kat mana.

Masa tu dah pukul 7 pagi.

Sejam jugak la aku terlelap ek.

Kalau dok keja kat kampung tak ada la aku jadi macam pelarian ni haaa...

Nak balikkkkkk.....

 

Tuesday, February 23, 2010

mau rehat-rehat

Kepala sakit start dari balik keja tadi.

Macam ni la aku. Asal keja banyak berlonggok je *bukan hari-hari pon banyak keja ke?* mula tekanan. Bila dah tekanan mula la sakit kepala.

Isk.. Isk.. 

Tambah pulak rindu kat Amir yang dah kenal ummi. Tapi mulut tak reti panggil ummi. Dia reti panggil abah aje. Huhuhuhu... Terasa ai tauuu...

Masa 1st dia start panggil abah tu bukan main happy la abah dia. Jeles ummi. ;p

Ummi nak tido awal la. Letih sangat naik tren lepas tu kena bambu dengan bos tadi. Otak terus cramp tak dapat berfikir dengan waras.

Nak update milestone Amir esok lusa je la.

 

kerinduan

Huff... Huff... Hampir tak bernafas seketika.

Keja adalah sangat menimbun. Esok aku kena panggil semua staf yang turun padang untuk bagi senarai urgent.

Tu la, orang lain buat benda tak ikut garis panduan aku balik la yang susah ni.

Nak siap by 5hb ni. Terkengkang-kangkang aku nak siapkan pulak. Nak update dalam sistem yang lembap macam siput. Dengan opis yang panas macam aku kena panggang dalam ni. Bangunan ni aircond rosak pulak. Sewel tau buat keja dalam keadaan panas luar dalam.

Karang aku buat keja pakai bra dengan spender aje karang haaa... Dah la bos jenis suka terjah aje bilik aku. Terus kena hantar ke hospital gila.

Teringin nak makan sambal tempe dengan tauhu la. Nyammmmm... Sedapnyaaaa...

Amir dah 6 bulan la. Nanti aku update milestone budak bertuah yang makin lasak dah pandai combat. Jenuh nak kejar dia merata sekarang ni.

Rindunya kat Amir. Huuuuu...





Rasa apa yang aku rasa baru boleh judge aku yeee

Selesai dibambu. Dan selesai jugak dapat tugasan macam gunung everest. Sangappppp....

Nasib baik aku tak datang semalam. Bukan sengaja tak nak datang. Tapi aku rasa macam nak terbalikkan tren. KTMB pliz la take note.

Gila ko. Tren aku patutnya hari ahad malam pukul 11.50 kan. Aku dah la datang awal. Pukul 11 dah terpacak. Sorang-sorang pulak tu. Laki aku hantar aku lepas tu terus balik tak tunggu sebab Amir tinggal dengan atok dia. Kesian la kalau dia meragam karang.

Aku pun tunggu la dengan penuh kusyukkkkk sampai tersengguk kat kerusi. Masa mula-mula sampai tu aku dah terjah kaunter nak beli tiket balik Khamis ni. Ate Jumaat cuti. Pasti la aku ni zassss nak beli tiket kan.

Masa kat kaunter tu ada orang tanya. Sebab kat platform dah ada tren. Tapi itu tren lain. Telinga aku ni tiba-tiba dapat tangkap apa yang orang kaunter tu cakap,

'Tren delay. Dalam pukul 1 pagi baru sampai.'

Whaaattt???

Ok la, aku cuba bertolak ansur.

Tiba-tiba ada announcement. Tren delay sampai pukul 12.45 aje. Oh.. Diskaun la tu 15 minit. Sekali aku tunggu sampai tertido kat kerusi siap ternganga lagi tu bangun tengok jam dah pukul 1. 

Mana tren ni???

Ok, tak apa. Sabarrr lagi.

Pukul 1.30 punnn tak sampai lagi.

Pukul 2 aku dah mendidih dah ni. Esok aku keja la weeeiiii. Ingat aku masuk keja pukul 12 ke?

Terus aku ke kaunter tanya akak tu. Dia kata lagi 15 minit sampai la. Ni tren barang dok melengkar kat platform sebab tu tren tak boleh masuk lagi.

Dah. Cukup oke! Cukup!

Terus aku tukar tiket balik n call Abang Misai suruh dia amik. Tak guna aku naik pun sebab expected time arrival adalah pukul 8.30 kotttt.... Itu kalau tak stop mana-mana hentian lama-lama. Dibuatnya nak bagi jalan pada tren lain daaahhhh masak aku dalam tren tu.

Daripada aku masuk keja lambat ntah pukul berapa baik aku balik rumah aje. Pagi tu bersiap terus hantar Amir pi klinik untuk 6 months check up.

Eh, aku nak cerita sebenarnya apa yang nasib baik sebab tak datang semalam kan? Dah meleweh pulak. Hahaha!


Bos aku mengamuk semalam. Huuuuuu... Siap cari aku nak buat amukan tahap kesatria baja hitam. Dah anak buah aku pulak kena fire.


Sangat hell ok.


Sebab presentation yang dia buat yang banyak kali pinda tu dapat markah sikit. Terus la angin 1 badan.


Tu laaa... Aku dah kata jangan pinda. Jangan tambah slide banyak-banyak. Nanti orang nampak mana salah kita. 


Negeri yang dapat markah tinggi slide dia adalah yang paling sikit.


See... See...


Lepas tu kata aku pulak salah. Padahal bukan aku yang letak figure tu.


Nasib baik hari ni angin dia baik sikit. Kena bambu still kena bambu tapi tak la teruk macam orang lain kena semalam.


Dengar kata dia ungkit apesal aku kerap balik kampung. Apesal tak bawak aje anak aku dok dengan aku.


Ceh...


Aku tak suka bila orang yang tak pernah rasa macam mana jadi macam aku kena ulang alik macam ni mempersoalkan benda-benda ni semua.


Kalau aku ada semalam pasti aku dah jadi sorang staff yang melawan bos.









 

burnout

Aku bakal kena bambu dengan bos.

Doakan la aku bakal keluar dari bilik mesyuarat dalam keadaan sihat walafiat tanpa apa-apa tekanan perasaan.

Sunday, February 21, 2010

ape-ape aje

Hari ni Ahad. Malam ni dah kena balik Shah Alam. Ahhhh.. Bosannnn....

Laki aku tengah sibuk main kereta remote kat belakang rumah. Beli masa Amir umur sebulan lebih. Konon-konon untuk Amir la.


Hari ni abahnya dok galak main. 

'Abang test drive aje'


Hahaha! Ye la tu. Test drive sangat. Amir kalau abah dia dok main depan dia kereta tu memang cekap aje dia tangkap.

Aku nak makan sat.

Daaaa...







Friday, February 19, 2010

update secara ekspress

Laki aku pi solat Jumaat so boleh la update blog secara expresso.

Aku dah kat kampung ni. Mula-mula plan nak pi Cameron. Tapi sebab cuti tak approved cancel segala plan. *sedih*

Dah nak pi Cameron apejadah sehari aje. Tak best la.

Eh, kenapa aku kat kampung?

Aku cuti hari ni. Cuuuutiiii aje keja aku kan. Ehhh... Suka hati i la. Cuti aku banyak lagi. Lagi aku nyampah nak pi opis tengok orang berlagak. Suka-suka hati guna staff aku even aku tak bagi. Besarrr sangat la pangkat ko kan.

Pi ajak orang buat keja luar ramai-ramai macam staff ko tak boleh buat sendiri. Berbulu betul aku semalam. Lepas tu guna nama bos pulak. *Memang s**l! Haaaa...*

Dah, aku nak tido. Ngantuk sampai kampung pagi tadi tak hilang lagi. Dengan si kecik Amir tu sekarang dah bukan main lagi lasak. Wohoooo.. 

 

Thursday, February 18, 2010

Saya amat rajin.. sila bagi tepukan untuk saya.. ;p

Aku kat opis. Jangan cakap apa-apa. Aku tengah emo ni.

Hahaha! Merepek la emo-emo di kala 2 orang kesayangan ada kat Shah Alam ni kan. Malam tadi bos call pun aku sampai tak perasan. Sebab aku terlampau bz.

Apa yang aku bz sangat malam-malam? Jeng... Jeng.. Jeng...

Otak dah biru la tu. Huhuhu.. ;p

Aku bz basuh baju n memasak. Dah 2 hari Abang Misai ada kat sini n aku menjadi seorang yang tiba-tiba mempunyai kuasa yang luar biasa rajin. Bravo! Bravo! Selalu balik keja aku dah terbongkang dah.

Semalam pagi-pagi buta pukul 5 aku dah bangun masak nasi goreng. Lepas tu siap masak nasi putih dengan lauk sekali. Konon nak bagi variety untuk laki aku pilih apa dia nak makan. *macam kat restoran pulak*

Bahan-bahan nak masak tu aku dah get ready dari malam kelmarin la kan untuk masak pagi semalam tu. N malam tadi aku masak lagi untuk laki aku makan lepas balik keja. Bahan aku mintak tolong adik aku potong-potong sikit sebab aku mau mandi dulu.

N lepas masak untuk makan malam aku mendobi n memasak lagi untuk Abang Misai makan hari ni.


Kagum tak? Kagum tak? *tepuk-tepuk untuk diri sendiri*


Yeeee... Aku amat kagum la dengan diri sendiri. Tiba-tiba aku yang pemalas gila ni jadi rajin. Ececece...

Nampaknya memang confirm aku kena cepat balik kampung dok dengan Abang Misai n Amir untuk menjadi seorang yang rajin luar biasa. *pada aku la luar biasa.. hahaha*


Tapi aku rasa kat kampung aku macam malas jek. Wakakaka!









Wednesday, February 17, 2010

Why cuti aku approved 1 hari je? Whyyyy???

Cuti aku 2 hari tak diluluskan. Huargghhhh!!!! *tiba-tiba jadi ijau*

Bos bagi 1 hari aje. Alaaaaaa.....


Hope bos besar tak ada benda lagi la dia nak pinda tu. Kalau tak confirm aku dapat cuti sehari je.

Mencik!!!

tengah sewel n Selamat Bertunang Yan.. ^_^

Aku terbangang seketika. Dah la bangunan ni tak bukak aircond sebab company yang own bangunan ni cuti CNY sampai seminggu. Dengan kitorang sekali jadi itik panggang dalam bangunan ni.

Lepas tu pulak agensi yang aku hantar surat untuk buat training hari ni sekor pun tak datang. Waaaahhhh!!!! Sakit jiwa!!!

Makanan semua dah siap oke....

Bila call kata tak dapat faks sebab mesin faks rupanya dah abes kertas. Erkkkk...

Aku faks hari Khamis ye. Siap staff aku call kata dah faks n diorang kata ok.

Apekah dari hari Khamis korang tak check mesin faks korang??

Lepas tu bos diorang pulak call. Rupanya tersalah tengok tarikh. Ingatkan tarikh 17 Mac.. Waaaa!!!

Tak pasal-pasal aje kan aku kena blame ni. Dengan aku tunggang langgang nak siapkan balik pindaan kat paperwork yang dekat 20 kali nak pinda tu.

Diorang cakap akan datang n aku mintak diorang datang jugak by dis afternoon. Tak kira! Datang jugak!


Lupa nak wish kat my fren Yan. Sudah menjadi tunangan orang yaaaaa... Welkam to da club darling. Hehehe.. *sukeeee* Bila ko nak update blog??? 

 
Yan n her fiance, Din *u look blue la.. haha!*



Sori dear, aku tak datang majlis ko. Sebab aku pulang ke kampung berjumpa budak bucuk Amir n laki aku. Kawen ko nanti aku mai naaa...


Pic tu adelah dicurik dari blog Benz.. Haha! Sori aa Benz... 







Pindaan lagi.. tension oke...

Panas menggelegak kat opis ni. Oh, awal aku sampai opis hari ni. Sebab semalam tengah syok melanding bos aku sms. Nak siapkan keja. Tapi dia pun datang lewat. Cisss....

Aku selsema tak abes lagi. Hidung berair. Batuk. Datang keja aku dah jadi macam perompak sebab pakai mask. Dah aku rasa sungguh alien sekali hari ni.

Tak apa la. Aku cover orang lain dari kena selsema. *padahal berlakon je lebih*

Eh, aku nak siapkan benda alah ni dulu la.

Karang terkangkang-kangkang aku nak jawab dengan bos.

Last minit ada je nak buat pindaan.

Monday, February 15, 2010

Isnin yang damai

Hari ni Isnin.

Selalu kalau hari macam ni aku tengah sewel kat opis. Kejar dateline segala report yang orang-orang aku tak tau apa benda ntah suka sangat mintak report last minit.

Tapi hari ni aman damai je rasa. Sebab cuti kan. Hohohoho!

Masih kat kampung la sekarang. Amir baru aje tido. Macam biasa kalau ummi dia ada kat rumah dia nak tido sambil kena dukung.

Hadoi la anak bertuah aku ni.

Aku pulak tengah selsema. Malam semalam tak boleh tido lepas tu tiba-tiba hidung tersumbat. Hari ni dah meleleh aje hingus. Tekak pun sakit.

Bintik-bintik berair tu dah kurang. Apesal la naik gatal-gatal pulak badan aku ni. Bukan demam campak tapi bintik berair tu amat la gatal. Ada la 2-3 tempat dah jadi parut. Hish... Tak comel dah. Wakakaka!

Abang Misai tak ada ni. Dia pi rumah kakak dia betulkan paip. Kalau tak jangan harap la aku boleh update blog.

Ada aje la keja dia nak suruh bini dia ni buat karang.

Huhuhu...

K la. Aku nak kemas bilik. Laki aku balik jap lagi membebel.

Apa? Ingat perempuan aje kuat membebel ke?

Saturday, February 13, 2010

Demam campak ke?

Kat tangan aku ni naik bintik-bintik kecik berair. Dah macam nak penuh la kat tangan kiri kanan ni.

Apa benda kah ini???

Takkan demam campak kot?

Kat badan?

Aku tak check pulak. Mana la nak nampak kat badan ni. Kot naik belakang badan harus lah lagi aku tak nampak.

Nak suruh laki aku tengok karang ke lain pulak peginya.


Gatal siot bintik-bintik ni.

Laki aku nak halau aku balik Shah Alam kalau benda alah ni demam campak. Hukhukhuk...

Takut terjangkit kat Amir.


Sadis...



sabtu + bosan la pulak

2 beranak tengah baeekkk punya landing kat atas katil. Aku la yang terkebil-kebil.

Ngantuk tapi macam malas nak tido sekali.

Aku ingat nak ajak Abang Misai pi keluar shopping kejap.

Aku nak beli bra.

Bra aku baru pakai 2-3 kali dah terkeluar dawai dia. Hampeh!

Nak beli spender sekali la. Macam dah uzur aje spender aku. Wakakaka!

Friday, February 12, 2010

Why I Like It Longer

Why I like it longer? Hmmm.. Macam lain aje bunyi ek. Hahaha!

Hep! Hep! Jangan berfikiran biru di situ. 

Ok la. Apa la yang panjang yang aku suka tu....

Aku suka kalau cuti panjang. Especially kalau hari cuti umum jatuh hari Jumaat or Isnin. Sebab kalau cuti umum jatuh hari-hari macam tu automatik la cuti aku jadi panjang sikit. Contoh terdekat sangat-sangat CNY la. Kan jatuh hari Ahad n Isnin. Lepas tu sebab jatuh hari Ahad injak pulak ke hari Selasa.

Haaaa... kan dah 4 hari cuti tu. Yaribba! Yaribba! *goyang vontot*

Apehal gedik sangat suka cuti panjang-panjang ni senah???

Aku suka sebabbbbbb....


Dapat la aku balik kampung. Jumpa Amir, anak manja ummi. Jumpa laki aku. Jumpa family aku. Haaa... Itu la tujuannya aku suka cuti panjang. Lepas tu selamat la annual leave aku ni haa... Boleh simpan time emergency macam masa Amir masuk hospital tu.

Masa ni Amir kat hospital.. Nampak tangan dia berbalut tu.. Sebab tak nak kasi dia cabut drip... Holloh.. Holloh... muka sedih aje...


Kalau aku amik annual leave lama sangat nanti aku akan dirindui oleh bos sebab aku tersangatlah pentingnya kat opis ni. Huahuahaua!

Lagi satu aku suka sangat cuti panjang sebab nak main-main dengan Amir supaya tak la nanti dia tak kenal muka ummi dia ni. Maklum la. Dok jauhhhhh. Aku tak nak la nanti kalau aku jarang jumpa Amir sebab cuti tak ada dia takut dengan aku. Macam ada certain-certain budak. Anak kakak aku pernah jugak jadi macam tu.


 
Happy together-gether.. main sama-sama.. sebelah kanan tu muka geram Amir.. hahaha!


Sedih tau. Sob.. Sob.. *lap hingus*


Dah la anak sendiri. Tak nak dekat mak sendiri pulak. Hukhukhukhuk...

Lagi 1 benda yang aku suka panjang-panjang adalah bercakap n bervideo call menggunakan hp ye....


Pasti la hp idaman kalbu aku yang panjang juga iaitu hp LG Chocolate phone (BL40) supaya kejelasan wajah-wajah kesayangan iaitu Abang Misai n Amir jelas n nyata terpampang kat skrin hp tu.


Tengok, panjang dan menarik bukan? kalau ada jerawat pun buleh nampak clear kalau video call guna hp ni. Wahaha!




 2 orang kesayanganku time menghantar aku ke stesen keretapi


Tak ada la nampak sekerat muka Amir, sekerat muka Abang Misai. Tak feeling oke. Memang sangat masyukkkk kalau dapat hp LG BL40 ni. Panjang, seksi, menarik, menawan, menggoda, menggiurkan. Eh, macam-macam lagi la. That's why i like it longer gitu. Ahahaha!

Sesuai sangat kalau dapat hp begini di saat duit untuk membelinya kekeringan kerana perlu berulang alik setiap minggu ke kampung. Memang tak mampu mak nak beli sendiri dik non. Tambah lagi aku ni memang tak pernah merasa hp mahal n cun melecun ni. Kalau dapat baru la sesuai orang panggil officer kan... kan... Hahaha!


Ini hp anak buah lagi mahal dari hp officer. Huhuhu!

So, sebab-sebab di atas itu la kenapa aku suka ianya panjang ye. Maka siapa yang berfikiran kebiruan sila putihkan ia kembali sekarang. Tiada apa-apa yang berunsur sebegitu dalam entry ini.









di kampung

Morning.. Morning.. Haha!

Eh, ceria pulak. Ceria la sebab dah ada kat kampung. Lalala~~

Jangan ingat aku ponteng keja. Aku cuti bersebab k. Huahuahuahaua! *jangan la bos baca blog aku*

Tengok-tengok pagi ni follower aku dah ada 60 orang. Fuh....

Ramai tu 60 orang. Kalau time kecik-kecik dulu dah boleh bahagi 2 kelas. 

Terima kasih banyak-banyak la pada yang sudi memfollow aku yang suka buat entry emo n merapu meraban n even aku ni tak follow pun korang balik. Aku bab follow mollow ni lembap sikit. Bukan la kalau tak follow korang maknanya aku tak suka. Aku jenguk jugak.

Pada yang aku tak jenguk nanti aku jenguk k. Aku ni bz sokmo mengalahkan Abang Najib tu. Auuwwww!!! Wakakaka!

Aku pernah dah create 1 list untuk follower tapi sekali aku dah ponat lolah eh tiba-tiba masa tu blogspot tengah ada problemo. Jadi, terbantut la tumbesaran usaha aku tu. Nanti aku ada masa aku buat lain k.

Tu je kot. 


Jap lagi la aku post entry lain.


Amir dah nak mengempeng tu.



Thursday, February 11, 2010

Sampai hati.....

Tengah kecik hati...

Sampai hati nak pi bercuti berdua aje...

Dah tak sayang aku dah la tu sejak ada anak ni...

Sob.. Sob...


T_T

 

Rahsia oke... Shhhhh....

Berbulu betul la mata aku ni.

Nak betulkan lagi slide yang entah berapa puluh kali nak kena betulkan. Menguji kesabaran aku seorang insan yang dah nak naik baran.

Hope petang ni last laaa bos tengok lepas tu dia puas hati. Kalau tak confirm aku meroyan dalam bilik dia karang. Bos buat sendiri la. Huhuhuhu...

Aku malas nak komen banyak sebab aku dah ikut apa yang bos nak.


Ni keja aku pulak makan, makan, makan sampai gemok!


Sia-sia aje la aku tampal slimming patch tu Senah kalau dah makan macam pelarian kebulur tak jumpa makanan seminggu.


Ni environment aku la ni keja asek ajak aku maaaakannnnn je. Hissssss...


Pagi tadi makan nasi goreng. Baru tadi makan bubur McD. Karang makan lagi.


Eh, malam ni aku balik kampung. Tiket esok dah ilek pocik. Terpaksa balik malam ni. Korang diam-diam aje la esok ye.


Jangan bagitau bos aku ek.


Hahahaha!


Aku nak invisible esok.


So, sebab tu aku nak kasi clear slide ni sebab petang ni bos tengok. Tak payah la tunggu esok. Karang cari aku esok confirm dah selamat. Huuuuuuu.....


Haaa.. lupa nak bagitau. Aku dah dapat tukar tiket balik KL 16hb. Nasib baik ada lagi. Legaaaa....



itu bukan nilai murni, tu namanya nak kena lempang sekor-sekor

Opisku syurgaku... Weeekkkkk.... ;p

Tak ada maknanya....


Aku kat opis la ni. Tu yang meraban entah apa-apa. Kejap lagi mesti bos aku datang potpet-potpet kat aku. Rasa nak aje aku tutup mulut dia. Hahaha!

Dah la hari ni lupa lagi nak bawak hp. Makin pelupa banyak sangat makan semut ke apa ntah?

Baru semalam aku membebel bagi taklimat kat budak-budak bertuah ni. Eh, bertuah ke korang?


Tapi aku rasa baik aku cakap dengan kucing tepi jalan. Lagiii la mendengar kata. Aku baru cakap semalam tolong jangan punch untuk orang lain. Pagi tadi aku check punch card ada jugak yang buat keja macam tu lagi.

Aku koyak punch card korang kangggg haaaa!!!


Air liur aku ni sampai tersembur-sembur keluar semalam punya la ingatkan itu, ingatkan ini.


Ingat senang ke nak produce air liur banyak macam tu?


Hish... Pagi-pagi dah mencabar kesabaran aku yang tipis ni.

Konon murni la tu tolong punch card untuk kawan-kawan. Diorang bayar ke gaji korang untuk tolong punch tu. Aku punch perut sekor-sekor baru tau.

Wednesday, February 10, 2010

pusing.. pusing...

Aku tengah makan limau. Dah tercirit pun tala limau lagi. Mana la nak baiknya.

Dah orang bagi. Aku ngap aje la. Tak baik tauuuuu tolak rezeki. hehehehe...

Aku baru dapat bernafas aje ni. Banyak sungguh keja. Rasa macam nak aje aku pi shred kan keja-keja ni kat mesin shredder tu. Menyemakkan mata n buat kepala aku berpusing-pusing. Pening!

Tiket belum tukar lagi. Memang la berani mati punya orang. Huhuhu...

Nak melawat blog kawan-kawan pun tak sempat. Nak reply komen lagi laaaa... Tak cukup tangan kaki segala.

Nak blog apa pun aku dah blur. Ohhh... Tak suka perasaan ini.

Nak baring-baring kejap la. Serius kepala otak aku nampak semua benda dalam opis ni dah berpusing aje.


Horror...



Gigi pucat

Aku salah beli tiket tren. Wuwuwuwu...

Tiket nak balik dari Bukit Mertajam ke KL. Aku beli tarikh 15hb. Padahal 16hb tu cuti lagi.

Ni kes aku gelakkan laki sendiri la kata 16hb tu tak cuti. Haaa... Kan dapat balasan secara cash. Terus pucat gigi aku.

Cepat-cepat check tiket online ada lagi tak 16hb nak tukar. Karang kalau tak ada burn aje cuti sehari aku dok Shah Alam. Tak ke mengundang kebosanan namanya tu.


Fuhhh... Selamat. Ada lagi. Tapi dah tinggal sikit. 


Aku kena berdesup pi tukar tiket ni.


Waaaa!!!


Dah la banyak keja. Taklimat lagi nak bagi.


Tak suka la ini maciammmmm....



Taklimat pagi

Pagi ni aku bz jugak. Nak kena buat taklimat dekat budak-budak yang aku kena handle sampai 20 orang ni.

Dengan macam-macam kerenah. Macam-macam pe'el. N of course macam-macam problem. Selama diorang masuk dalam seminggu ni aku tengok ketokohan untuk tidak mendengar kata-kata sakti aku adalah amat besar.

Boleh pitam ok jaga orang-orang tua ni. Baik lagi jaga budak kecik. Kot tak pun paling best baik lagi jaga lembu sekandang. Haaa... Sekali ko sebat semua balik kandang. Ni kalau cakap dengan orang ni banyak pulak cekadak nak melawan balik. Aku back hand sorang-sorang baru nak mintak nyawa kot.

Dah, aku nak pi menjambankan diri aku lagi pagi-pagi ni.

Pagi-pagi dah hirup bau jamban.

 

Tuesday, February 9, 2010

keja..keja..keja...

Penat sungguh laaaa....

Keja sampai mati tak abes-abes. Berjelir lidah aku dah.

Dengan laporan prestasi anak buah aku ni nak kena buat balik. Bukan sebab aku ye. Aku tak bersalah.

Mata pun dah mengantuk disorongkan bantal. Huargghhh!!! *menggeliat*


Tensi.. Tensi... Aku nak balik kampung. Aku rindu kat Amir... Anak aku yang manja tu. Hukhukhuk...



Sakit perut lagi

Perut aku still sakit. Aku still mencibikan diri.

Siapa sumpah aku cibi berpanjangan ni? Huhu...

Ke sebab tekanan? Boleh ke tekanan buat orang jadi cirit birit.

Masuk hari ni dah 5 hari la aku rasa macam zombie. Badan dah lembik. Jamban pulak dah macam bilik tido.

Malam semalam aku berpusing-pusing atas katil tak boleh tido sebab sakit perut. Rasa nak berak tapi apa pun tak nak keluar. Berpeluh-peluh dalam jamban last-last cibi jugak.

Time nak tido sapu pati halia sikit baru la kurang sakit.

Ni pagi-pagi aku tengah menahan diri daripada terberak sebab orang tengah cuci toilet. Woooo.... dah di muka pintu pulak tu.


Cepat la cuci jamban tu wehhhh.... Aku terberak dalam opis ni karang.



Monday, February 8, 2010

Jom tolong baby Ammar wahai kawan-kawan


Ok, tadi aku jalan-jalan check nuffnang n terbaca post ni, Nuffnang Charity Project - Baby AmmarNak nangis aku baca.





Baby Ammar baru berumur 2 tahun. Sangat comel. Tapi sangat sedih bila aku baca post by nuffnang tu, baby Ammar ada sakit jantung berlubang atau medical termnya Patent Ductus Arteriosus (PDA) sejak dilahirkan.

Keadaan lubang pada jantung baby Ammar tak boleh bercantum dengan sendiri macam ada sesetengah kes yang boleh heal bergantung pada masa. So, disebabkan itu baby Ammar memerlukan surgery untuk menyelamatkannya n bagi memastikan keadaan kesihatan baby Ammar tidak bertambah teruk lagi.


Aku ni Amir baru demam, muntah2 n cibi pun dah terlompat aku. Sedih-sedih tengok Amir kena cucuk nak masuk drip. Inikan pulak ibu baby Ammar, Azmaniza Mohd Kamal *klik untuk ke blog ibu baby Ammar* yang menghadapi dugaan yang hebat ni.


Sekarang ni baby Ammar memerlukan RM12,000 untuk deposit pembedahan baby Ammar yang dijadualkan 22 Februari 2010. Kos tu memang tinggi ye kawan-kawan. Aku pun boleh tergolek nak cari duit banyak tu dalam masa tak sampai sebulan.


Jadi mari lah sama-sama kita menolong sesama kita dengan memberikan sumbangan ke acc Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). 


Aku pun dah meng'enable'kan 'Show Charity Ads' untuk nuffnang aku sampai berakhirnya tempoh pengumpulan sumbangan untuk baby Ammar pada 17 Februari 2010.

Untuk mengetahui lebih lanjut keadaan baby Ammar boleh baca kat sini.

So, kawan-kawan. Jom kita bantu-membantu mengurangkan beban dan kesedihan family baby Ammar.