SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, February 3, 2010

Ummi rasa macam tak nak aje pi keja sebab Amir dah manja dengan ummi.. T_T

Ramai kawan-kawan yang doakan Amir cepat sembuh. Thanks to all.

Amir nampak dah ok. Dah cergas n lasak balik. Tergolek-golek atas toto. Masa dia demam memang langsung tak menguit. Terbaring aje. Kat hospital tu merengek aje la nak berkepit celah ketiak ummi. *sekarang pun macam tu. huhu..*

Kat hospital tu dia bosan kot. Dok terperosok atas katil. Nak jalan merata tak boleh. Ummi nak dukung bawak jalan pun tak boleh sebab masuk drip. Holloh.. holloh.. Sedey je muka Amir.

Ramai jugak tanya kenapa Amir masuk hospital. Amir demam, cirit birit n muntah-muntah yang agak kronik. Terpaksa la. Kalau tak memang tak koser mak nak jadi penunggu hospital tu.

Sekarang ni memang musim kot. Kat hospital tu, kiri kanan n depan katil Amir pun cirit birit n muntah-muntah. Keluar diorang masuk lagi 2 orang pun sama aje sakit dia. Kesian tengok budak-budak kecik ni sakit kan. Kalau boleh transfer sakit tu kat kita pun tak apa la.

Masa Amir masuk hospital tu pun, makcik Amir n cousin Amir kena cibi n muntah-muntah. Hari ni pulak mak mertua aku kena cibi. Kesian tengok dok berkejar ke toilet sesaja.

Amir since balik dari hospital ni manja sangat dengan ummi dia. Nak tido kena dukung dulu jalan-jalan or enjut-enjut baru la dia nak terlena atas bahu. Masa kat hospital macam tu la pe'el dia. Sampai time discharge semalam pun bawak perangai tu ke rumah.

Amir... Amir...

Macam mana ummi nak balik Shah Alam macam ni....

Berat hati ummi nak balik tau...

2 comments:

|| NaFiRaa || said...

haih... mmg x senang hati kalo anak demam nih.. kalo boleh tranfer ai sanggup!!! x sanggup tgk dia demam..moga amir cepat sembuh!:)

puterikurekure said...

alololoooo....cian amir.
alhamdulillah amir dah sehat. tapi tu la, nanti dia kerinduan plak pada umminya.
:(