SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Tupperware. Show all posts
Showing posts with label Tupperware. Show all posts

Monday, June 9, 2014

NaturCare® Berrygen™

Assalamualaikum

Ok, straight to the point la ye. Ahkak banyak keja pulak ni. Kena buat teks ucapan pengarah pulak. Aku dah la tak suka buat ucapan bagai. Nak buat teks satu hapah idea tak keluar ni.

Ada sesiapa consume Berrygen tak? Berrygen by NaturCare. Anak beranak tupperware ni. Berrygen tu campuran buah blueberi, raspberi, strawberi, kolagen, apple stem cell n gluta white. Bagus untuk mencerahkan kulit, reduce fine lines, menegangkan kulit. Lain-lain ingredient boleh tengok gambar di bawah ni.




 Cara consume pulak begini...



Pandangan depan kotak adelah seperti ini...








Aku amik Berrygen ni sekarang. Dah lama jugak aku beli tapi selalunya aku suka skip-skip. Tapi selepas 1 kejadian horror berlaku sebulan lepas aku amik secara berterusan.

Apa kejadian horror tu? Muka aku mengelupas ye. Sebab aku stop pakai krim muka yang selalu aku pakai. Nak nangis ok pi keja muka mengelupas lepas tu berbelak hitam bawah mata n tepi mulut. I is maluuuuu..... Semua orang tegur tau.

Terus istiqomah minum tak berenti. Tapi aku amik sekali je tetiap pagi. Malam aku tak amik. Kalau terlupa minum pagi baru aku amik malam pulak. Kekadang ade la terskip. So, dalam proses menghabiskan lagi 6 sachet kat rumah. Kira dah 2 minggu la aku non-stop telan balik Berrygen ni.

Rasa dia macam ribena sikit. Kolagen drink yang ada perisa la kekdahnya. Hana pun suka kecek aku kalau aku minum. Aku cakap ubat pun dia nak jugak. Padahal kalau benda lain aku cakap ubat memang tak la dia nak kan. Hahahaha!

So far, kulit aku nampak ok la sikit. Jap aku tunjuk gambor ye.


  

 Ok, gambar before tu adelah gambar lama. Aku tak ada gambar masa muka mengelupas tu. Tak teringin nak amik pic sendiri muka horror macam alien. Gambar before tu pun aku rasa lagi better dari muka kejadian menakutkan tu. 

N pic after adelah gambar hari jumaat minggu lepas, 6 Jun 2014. Gambar tak filter n amik di tempat yang sama iaitu opis aku. Kalau gambar besar nampak la parut aku jugak. Ni gambar kecik tetiba nampak jelita. Eh... Hahaha! Parut still ada tapi tak teruk sangat. Kulit tu jadi cerah sekata tu yang aku suka. N aku tak mekap pun. Guna bedak baby je. Pori-pori pun mengecik sikit dari time kulit mengelupas.

Kalau ada sesiapa yang nak aku ada jual.

 

Mari la kita sama-sama jelita. Echewah.... ;)




 

Thursday, July 25, 2013

Berbuka, Jerebu dan Tupperware

Assalamualaikum

Bulan-bulan puasa ni jadi malas pulak aku nak mengupdate. Nak update juadah berbuka, banyak aku beli kat kedai je pun. Semalam je tak menyempat nak ke kedai. Jambatan jem gila. Ada eksiden tengah jambatan. Yang tu masa aku lalu dah clear. Turun jambatan ada lagi 1 eksiden. Nampak orang terbaring atas jalan. Hidup lagi la orang tu maybe cedera teruk kot. Dari seberang nak ke pulau pun jem gila jugak. Rasanya ada eksiden jugak sebab ambulan sampai 2 bijik sekali meredah jem tu kan.

Jerebu pun menjadi-jadi jugak. Pagi tadi nak pi keja kalau siapa lalu jambatan tu dari seberang tak nampak belah pulau. Orang dok pulau tak nampak belah seberang. Masuk je kereta balik keja semalam panas berbahang jadinya.

Puasa tak boleh la nak minum air siang-siang kan. Jadi hadap la jerebu tu sampai sakit tekak. Dugaan Allah bagi di bulan puasa.

Sebab semalam tak menyempat nak menyinggah kedai aku goreng telur mata kerbau je dengan ikan terubuk masin yang adik aku beli kat sarawak. Aku je yang tak sampai lagi seberang laut sana tu. Seberang laut penang ni hari-hari pun aku lalu. Tambah dengan kari udang n kacang buncis, sup ayam yang mak mertua aku masak.

Terus rasa hari ni nak makan telur mata lagi. Kita goreng kasi kuning tu tak berapa masak. Letak kicap. Makan pulak dengan terubuk masin letak bawang banyak-banyak. Terus aku terliur sekarang ni. Hahahahahaha! Over sangat baru pukul 2 senah.

Esok cuti Nuzul Quran. Aku nak haruk kedai tupperware. Tolong-tolong akak aku. Tu pompuan tu tak abes pantang lagi dah nak bertupperware. Bisnes harus jalan ye. Kihkihkih... Takpe, aku tolong masyuk jugak dapat cheque tiap-tiap bulan kan. So, sape-sape rasa nak beli tupperware mai la beli kat aku.

Dulu aku heran apesal mak aku suka nau kumpul tupperware. Sekarang aku pun dah terjebak. Cantik comel tahan lama lagi. Kalau rosak sebab reput boleh tukar. Lifetime warranty kekdahnya. Kalau tak ada dah stok tupperware yang dah rosak tu boleh ganti tupperware lain dengan harga yang sama. Cool kan. Tapi jangan la ngengada ko pi rosakkan pulak. Rosak gatal tangan pi gunting no warranty oke. No! No! No!

Sekian sahaja dari cerita pasal berbuka, ke cerita jerebu, disudahi dengan cerita aku jual tupperware. Nak siapkan slide nak meeting next week.

 

Friday, April 13, 2012

Tupperchef Inspire - Periuk Idamanku ;)

Ini la periuk idaman beta. Hahaha!

 Menggiurkan okeh


 Abaikan tangan tu. Ntah tangan siapa la. Haha!


Ni yang paling besor aku rasa. Kuali kot nih.

Ni gambar masa aku pi product training tupperware 4 Mac lepas. Dia buat 2 product training. 1 untuk Nutrimetic n 1 lagi benda alah periuk ni la.

Periuk ni baru buat soft launch 4hb tu. Kira Penang la yang pertama sekali dapat tengok ini periuk. Dalam katalog pun belum ada lagi tau. Harga errrr.... Boleh tahan. Tapi sangat best ok. Nanti aku bagitau lain hari apa yang best pasal periuk ni.

Siap ada demo masak memasak menggunakan periuk ni masa product training kat Sunway Convention Centre tu. Jadi sambil tengok demo sambil kita makan. Kihkihkih....

Buat masa sekarang dia akan jual 1 set periuk tu *semua ada 5 bijik periuk dalam 1 set* dengan harga menarik. Tapi lepas ni tak ada 1 set ye. Kena beli sebijik-sebijik. Untuk aku yang dah ahli ni Harga 1 set tu adelah RM1717. Amacam, sakit kepala tak tengok harga periuk ribu riban. Takde ahli kalu RM2k lebih. Nanti aku korek balik berapa harga sebenar. Sebab aku tengah menaip laju-laju ni.

Ni kalau laki aku tau aku beli periuk harga ribu-ribu mau kena bebel. Padahal masak tu sebulan sekali pun payah. Konon nak simpan pakai time dok rumah sendiri nanti *verangan*.

Tapi aku belum dapat la set nih. Bayar pun belum. Sebab nak tunggu diorang buat soft launch kat KL pulak. Maybe hujung bulan 4 kot.

Jadi bersabar la menunggu periuk idaman. Hikhikhik...