SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label Sakit kepala. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Tadi Dah Letak Tajuk Hilang Pulak

Assalamualaikum

Lagi sekali... Bawak charger tapi tak bawak handphone. Kali ni nak cucuk kat mana pulak? Telinga? Hahahaha!

Kelam kabut sikit pagi ni. Dah la mengantuk. Hana bangun pukul 2 lebih berak pulak. Agaknya pasal ummi dia taram makan durian so dia kepanasan la sebab asek bergayut nenen je. Tak pasal-pasal terberak-berak anak aku. Huhuhu....

Cakap pasal durian teringat pulak berlambak lagi durian dalam peti ais. Wawawa... Nak buat apa ni? Jangan la suruh aku buat durian crepe. Renyah je pada aku yang banyak sangat komitmen *pemalas sebenarnya* ni haa...

Nanti la aku gugel resepi berasaskan durian. Kalau tak bubur kacang buat serawa la kot. Banyak sangat so kena la pandai daripada biar durian tu tak dimakan. Nak buat tempoyak pun siapa yang nak makan banyak-banyak tu.

Wokey.. Banyak benda nak disiapkan ni. Mati akal kejap bila hp takde nih.

Babai~~




Tuesday, November 20, 2012

Pening....

Assalamualaikum

Sakit kepala. Stress gamaknya. Esok nak buat review tapi satu hapah aku tak siapkan slide lagi. Banyak gile la pulak slide nak kena siapkan. Aku tekanan ni weh!!!

Lusa ada meeting. Pun kena buat slide.

Bulan depan ada meeting kat Cherating pun aku jugak kena buat slide.

Hoih!!!!

Dah macam nak muntah aku hadap nak buat slide je. Macam tak ada benda lain.

Pemeriksaan aset pun aku tak buat lagi. Dah la online. Portal pulak macam mentibang je tak boleh nak masuk. Wadehel sungguh la....

Pening... Pening... Pening...

I need minyak cap kapak....


Monday, April 16, 2012

Sakit Kepala

Assalamualaikum

Sakit kepala. Dari petang semalam. Macam nak pecah je rasa. Kalau kepala ni jenis hempuk kat dinding tak lebam benjol or pecah aku dah buat kot.

Banyak sangat pikir la ni. Kahkahkah! Mengalahkan PM la kan. Pikir masalah negara kekdahnya. Macam mana nak menang PRU akan datang. ;p

Ok la. Aku nak buat senarai tugas untuk budak praktikal. Kesian budak tu. Dah masuk sini tapi haram aku tak buat apa lagi.

Nak makan pun tak ada selera.

Sob... Sob...

Entry sangat sampah di permulaan minggu.

Friday, May 20, 2011

Tension Sungguh La Hari Ni

Assalamualaikum

Tengah sakit kepala ni. Semalam tak update sebab membz. Bukan bz keja. Tapi menyemak kat konvo adik aku.

Dah la panas. Dengan perut boyot. Gagah jugak nak pi meramaikan majlis yang dah memang ramai tu. Adik aku pulak tetiba la time dah abes majlis tu wartawan nak interview. Bukan sebab dia dapat anugerah apa pun. Pasal adik aku yang ni kurang upaya fizikal sikit.

Tercari-cari pulak abah yang dah terpisah dengan mama aku time nak dekat abes majlis. Abah aku ni tak pakai henfon. So, payah la kalau dah berpecah tu. Jenuh mata nak scan orang satu-satu nak cari dia. Mama ada la henfon. Kocoh kacah cari sebab wartawan dok tunggu nak amik gambar sama. Last-last adik aku bergambar dengan mama je la.

Ok la. Semalam cuti emel aku dah penuh dengan segala macam pesanan penaja dari bos. Time nak bertukar ni macam-macam la cekadak. Hish... So, aku nak settlekan buat slide untuk workcamp hujung bulan ni. Daaa~~





Wednesday, March 23, 2011

Aircond Rosak Lagi Hoh

Sangat kepanasan di opis ok. Ketiak ni dah berkepam punya berpeluh. Aircond rosak dari minggu lepas. Hampeh....

Pulak tu major damage. Ntah apa yang rosak tak tau la. Tension sungguh aku ni weh. Nak buat keja dalam keadaan kepanasan n ketiak berkepam memang sakit la kepala.

So, kena la bukak mana tingkap yang ada kat opis. Aku ada la kipas. Tapi tak cukup extension mehhhh...

Dah bukak tingkap lagi la haru. Dengan bunyi bising. Lepas tu bau-bauan dari cafe yang baru je beroperasi since ada penyewa opis lain kat tingkat atas. Tambah lagi sakit kepala nak tahan bau.

Bila la aircond nak elok balik ni...... Tak larat wooo....

 

Friday, March 4, 2011

Kerana Sakit Perut Merah La Punch Card

Assalamualaikum

Punch card aku merah lagi pagi ni. Cissss..... Pagi tadi sebelum bersiap tetiba pulak perut aku sakit. Memerut la jawabnya. Ye la, berapa hari simpan. Dah macam iklan dalam tv tu. Yang isi perut jerit-jerit mintak tolong sebab dah berapa hari tak melepas.


Lepas tu sakit pulak kepala. Tapi sebab tak nak lewat gagahkan diri drive. Kalau laki aku tau ni mau kena bebel. Nak buat macam mana. Dok sesorang kat sini pandai-pandai la bawak diri. Kalau ada laki dekat boleh la mintak tolong hantar.


Sampai sekarang kepala sakit. Sampai ke belakang tengkuk ni. Teringat lagi cerita Shutter. Hampeh betol.


Ingatkan dah gigih drive time pening tu sempat la punch card cantik tapi tidak ye. Cantik kaler lain ada la. Lewat 2 minit saje. Hadoi laaaa....


Hari ni balik kampung lagi. Ada sepupu nak bertunang. Plus amik Amir. Macam kan laki aku tak hantar. Muahahaha! Ye la, nak biar laki aku dengan Amir travel berdua je macam kesian pulak. Karang anak bujang tu buat perangai time abah dia drive tak ke haru. So, ummi berkorban la balik then ikut sekali.


Cumanya tadi macam ada orang nak suruh aku pi PD kot. Ada bengkel. Last minit kalu memang tak boleh la aku nak pi. Dah la nak kena tambah duit hotel RM200 sebab bukan level aku yang patut pi.


Semua pun bertolak-tolak ye. Yang timbalan pulak selalu bukan main lagi nasihat pasal keja. Aku ada hal pun kena gak pi kalau pasal keja. Tapi dia tetiba lak kata tak boleh pi sebab ada hal lain. Apa hal lain yang penting sangat la tu. Pandai nak mengelak je. Semua tolak kat orang bawah.


Dah, aku nak semak claim bebudak ni. Tata~~



Monday, February 7, 2011

Nak Tukar Tapi Nak Main Tarik Tali Pulak

Melepak kat rumah. Ngadap tv sambil on lappy adik aku. Adik aku tak ada. Dia pi klinik. Housemate kitorang, Kak Ita ala-ala demam. Hidung tersumbat. Bernafas pun dah macam ikan, ikut mulut. Tu yang dah tak tahan ajak adik aku ke klinik tu.

Petang tadi masa sibuk semak claim bebudak tetiba ada emel masuk. Emel dari sorang budak 1 batch masuk keja tapi dia dapat Penang. Ala, yang beria memula nak tukar suka sama suka dengan aku tetiba tak nak dan menghancurkan hatiku.

Tetiba pulak dia emel kan. Ada la tu. Maklum la, orang baru kawen hujung bulan lepas. Bini pulak 1 jabatan tapi kat Putrajaya nun. Tu yang tetiba merisik bertanya khabar aku kat emel. Tapi emel 1st dia,

'Hari tu ko jumpa KP mintak tukar ek'

Aku heran bin pelik la. Mana dia ni tau. Dia tanya HQ la kot. Aku assume macam tu je la. Aku balas balik aku tak dapat pun jumpa. KP bz la kata. Mana nak heran orang bawah dia ni nak mintak-mintak tukar ni.

'Ko ngandung ke?'

Eh... Lagi aku pelik. Aku dah agak musykil di situ. Aku tak bagitau kot orang kat jabatan aku pregnant except ada la sorang 2 kawan aku. Tapi aku tak rasa diorang ni contact mengontact sesama diorang. Hmmmm.... Bau ikan di mana-mana ni.

Lepas tu lagi heran siap tau aku apply USM la. Apa la. Bila aku tanya mana dia tau dia kata ada staf dia bagitau.

Hep! Hep! Ni ada staf dia baca blog aku ke hapa? Baik ko ngaku sekarang. OooOOooo... Ngadu kat bos ko ek. Nak kena babap?!

Tapi tetiba dia main tarik tali lak dengan aku. Cakap ada gak sorang lagi budak ni nak mintak tukar Penang gak. Kes sama dengan aku. So, dia nak pikir dulu. Nak pilih la kot mana nak pindah. Maybe budak tu kat Putrajaya ke hape.

Berbulu betul aku. Boleh tak ko pikir sampai abes baru ko emel aku tanya. Ni tak, aku dah macam ada bunga-bunga harapan tetiba macam kena lenyek tayar lori bila dia emel gitu.

Tapi lepas tu mintak aku emel draf surat tukar. Aku dah get ready lama dah surat tukar. Siap ada draf surat tukar suka sama suka lagi.

Disebabkan aku baik hati aku bagi la. Dengan harapan *harapan lagi* dah aku bagi ko draf surat tu maka pandai-pandai la ko balas dengan madu ye. Kalau aku tau ko guna draf surat tu untuk tukar dengan orang lain takpeeeee.... Aku tak kisahhhhhhhh...... Tapi sendiri mau ingat la.

Ko tak kesian kat aku nanti orang lain pun buat macam tu jugak la kat kau. Dah la ko tanya aku ngandung ke hape lagi tak kesian kan. Siap pulak boleh nak berfikir nak pilih mana tapi emel aku mintak draf surat tukar.

Lepas tu bini ko demam ko dah menggelabah sebab jauh dengan bini. Tu baru bini demam. Esok dah ada anak baru ko tau macam mana perasaan aku ni. Tu pun kalau ko ada perasaan la.

So, pada staf si polan yang baca blog aku ni ko sendiri tau macam mana meroyannya aku hari-hari kat blog ni pasal nak balik kampung kan. Hope bos ko tu ada la hati perut ye.

p/s:kepala aku still sakit gila babun ni. update ni pun sebab nak kena luah something kat blog...

Sakit Kepala Kronik

Salam

Kepala otak aku sakit gila-gila punya. Tapi sebab rajin datang jugak keja even dah lambat. Aku masuk opis pukul 11. Ni tengah sakit lagi kepala. Rasa macam nak hantuk ke dinding dia punya sakit tu.

Datang opis lagi sakit hati. Staf aku cakap esok aku kena gi meeting kat Putrajaya. Bos kecik suruh. Meeting pulak pasal projek dengan program. Aku tak pernah handle projek dengan program ok. Aku jaga data. Officer sorang lagi yang buat. Tapi nak hangkut aku.

Bertambah-tambah lagi sakit kepala aku. Tambah lagi sakit hati. Dia sedar tak aku ni tengah mabuk-mabuk. Masuk opis pun ikut sukahati mak bapak aku je. Lagi mau hangkut aku pi Putrajaya tu.

Dah la Jumaat ni orang HQ yang tak ada keja tu nak datang tengok kitorang buat keja. Aku jugak yang tunggang terbalik nak kena arrange benda-benda tu.

Hish, makin sakit la kepala aku ni.

Monday, January 24, 2011

Pening Berpusing

Baru balik dari opis lagi 1. Kejap lagi kena pi balik. Diorang boleh pulak bukak CPU n baru nak pasang balik tapi dah tak jumpa pulak CPU tu. Kena angkut pi mana tah.

Kepala aku dah berpusing-pusing je dalam kereta tadi. Ni pun dah ada ala-ala nak pitam.

Jalan pun terhoyong hayang je.

Nak makan pun tak lalu. Ada beli mcD tadi. Aku mintak single cheeseburger tapi dapat yang double. Tu ntah berapa gigit je la yang aku boleh telan.

Nak tido kejap la. Hilangkan pening. Serius aku nampak skrin pc ni pun dah berpusing.

 

Tuesday, August 24, 2010

Nyut.. Nyut... Nyut...

Kepala dah nyut.. nyut.. nyut...

Hajat nak balik awal punah ranah. Sebab last minit ada orang mintak slide untuk meeting Khamis ni. Nak petang ni jugak pulak tu sebab dia nak submit kat bos.

Hmmm...

Dah tido tadi tak hilang jugak sakit kepala ni. Minyak cap kapak jangan cerita la. Bau dah menyengat kot. Huhuhu...

Nak makan ubat puasa la pulak. Tak nak la ponteng puasa. 

Arrr... 



Friday, July 16, 2010

Aku suspek aku migrain

Aku suspek aku migrain. Boleh ek suspek-suspek.

Sebab kepala aku sakit gila. Lepas tu aku rasa nak muntah.

Hari tu ada la doktor bagi ubat masa aku pi klinik time migrain. Aku simpan buat pekasam kat opis je.

Tapi hari ni macam betul tak tahan dah. Rasa kepala macam junjung batu besar gabak macam iklan susu cap junjung tu. Lepas tu rasa macam otak ni kena compress bagi padat.

Ubat yang ada kat opis ni adelah novomin dengan ponstan. Aku baru je amik novomin sebab dari info kat kotak tu novomin adalah untuk pening dan tahan muntah. Ubat aku dalam kotak ye.

Ikutkan hati aku ni sepapan aku nak telan. Senang. Sebab kepala otak tengah serabut dengan macam-macam benda.

Ponstan aku tak amik sebab macam malas. Tu ubat tahan sakit yang selalu doc bagi aku.

Aku rasa macam nak lelap je kejap kasi ok. Tapi ada 1 lagi slide aku kena buat untuk bos kecik aku punya presentation. HQ aku ni tiap-tiap bulan buat 1 sesi presentation antara cawangan. Kata tak amik markah tapi ada pulak numbering siapa johan segala.


Dan itu lagi membuat aku tekanan perasaan sebab bila negeri kita tak jadi juara maka ko akan rasa ko adalah bodoh. Padahal format slide pun HQ jugak yang bagi.


Dah la nak suruh siapkan keja macam-macam. Lepas tu buat pertandingan macam budak sekolah rendah. 


Tak ke sakit hati dibuatnya.




Need time alone

Salam Jumaat kawan-kawan. :)

Hari ni aku punya mood agak kureng even malam ni nak balik kampung.

Kepala sakit gilaaaaa.... Hukhukhuk....

Dah la hari ni kena hantar report kat hq. Berpinar lagi kepala mengadap pc ni. Oh.....

Dan aku sangat-sangat rasa nak melarikan atau lebih tepat lagi nak sembunyikan diri kat tempat yang orang tak boleh nak cari aku.

I really need time to be alone....




Wednesday, June 30, 2010

Selamat pagi

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. :)

Hari ni aku macam dah nak migrain-migrain je. Kepala sakit gila. Silau pagi tadi lagi la menyakitkan kepala.

Semalam tido kejap-kejap terbangun. Teringat kat Amir. Sampai nangis-nangis risau kat anak bertuah tu.

Asek la dok msg laki aku tanya Amir macam mana. Dah kurang ke panas. Pesan dia suruh lap-lap badan Amir dengan towel basah.

Ikutkan hati semalam memang nak balik kampung. Nak rushing ke KL Sentral aje rasa. Gamble beli tiket on the spot. Laki aku pulak kata tak payah sebab nanti bos aku bising.

Hmmmm... T_T