SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, September 28, 2012

Nak Naik Flight Ke?

Assalamualaikum

Ok, iols busy bee sangat hari ni. Next week ada meeting straight seminggu. Dah nak kena buat slide presentation n kumpul report anak-anak buah tersayang.

Then 4hb kena pi HQ ada meeting jugok. Pitams la kan meeting kat Putrajaya tapi sehari je. Hari Khamis pulak tu. Buat la hari Jumaat. Boleh jugak aku meleseh-leseh ke tempat lain mencoci mata. Ni nak cuci mata hape sehari. Kelip mata je sempat.

Jumaat tu ada meeting kat opis pulak. Serius penat la gitu.

Maka disuggest dek member yang kena pi Putrajaya dengan aku untuk naik flight. Oh My! Oh My! Naik flight?

Aku baru sekali je rasa naik flight. Kebetulan masa tu ada meeting kat Kedah masa aku dok Shah Alam dulu. Tu pun dah seriau tak hengat dunia aku dalam tu. Macam beruk kena belacan pun ada dah rupanya. Tak senang duduk. Kejap toleh kiri. Kejap toleh kanan.

Budak sebelah aku dalam flight masa tu bantai tido baik punya. Padahal tak sampai sejam pun dari KLIA ke Alor Setar. Sampai pramugari datang hantar kacang pun dia tak bangun. Siap tersengguk sebelah aku. Nak aje aku tolak kepala budak tu.

Pakcik sebelah aku pulak baca paper non stop. Aku dok tengah-tengah pulak. Memang terkebil-kebil je la tengok orang.

Pakai seat belt lepas tu nak bukak menggelabah tak reti. Nak mintak tolong orang malu la pulak. Nampak nau la baru 1st time naik flight. Jadi terpaksa menggodek secara sendiri. Mesti pakcik sebelah aku heran apesal kejap-kejap aku dok terbelek-belek seat belt tu. Hahaha!

Time nak landing paling takut. Dengan bunyi kuat. Terhentak-hentak. Rasa macam nak terjun masuk bawah kerusi. Jakun sangat kan. Huhuhu...

So agak-agak macam mana aku nak naik flight kali ni. Adekah akan jadi beruk buat kali kedua?


Thursday, September 27, 2012

Perut Kelaparan

Assalamualaikum

Baru pukul 12 aku dah kebuluran. Huwaaaa!!!

Konon breakfast amik nestum je. Sekarang? Menggelupur sorang-sorang dalam bilik. Eh, tak ada la sorang pun. Ada sorang roommate ni. Tapi dia tak tau bahawa aku adelah kelaparan yang amat sangat.

Nak tunggu pi cafe pukul 12.30 selalu aku turun. Turun sekarang confirm lauknya adelah amat tak mengghairahkan. Ala, pukul 12.30 pun lauk sama je cuma ade la aku tengok diorang ni buat penambahan lauk baru sikit.

Orang kat sini aku tengok pagi-pagi dah tibai nasik. Terkejut oke. Bukan nasi lemak. Tu perkara biasa la nasi lemak. Ni nasi putih siap berlauk pauk bagai. Terkejut aku tau masa memula datang sini. Bebudak ni ajak turun pukul 10. Aku ingat makan ringan-ringan je. Sekali diorang terus makan nasik.

Hari Jumaat lagi best. Pagi-pagi dah ada nasi tomato ke nasi minyak. Lauk ayam masak merah lagi. Pukul 8 pagi ok.

Jadi memang la lauk kalau turun selepas pukul 10 tu sangat menyedihkan. Sayur tinggal saki baki kat hujung senduk je.

Makan aje la keja aku ni. Bila nak kurusnye gitu.


Wednesday, September 26, 2012

Stress Di Jalanraya

Assalamualaikum

Morning all. Aku kat opis la. Mana lagi kan. Pagi ni Hana buat perangai lagi. Kali ni dia peluk carseat pulak. Macam nak tercabut carseat tu bila aku angkat dia tadi. Punya la gigih tak nak keluar dari kereta. Dah pandai dah anak bertuah sorang ni.

Bila dah letak dalam rumah elok pulak nak main dengan Amir. Ish.... Sabor je la ummi oiii...

Dekat tol jambatan pulak aku dah jadi macam naga. Naga berasap hidung je kan. Aku berasap hidung, telinga, mulut semua. Pantang betul aku dengan orang yang tak reti nak queue n potong queue tapi tak ada adab. Main menyondol depan aku sikit pun tak bagi signal. Dah la laju ntah dari mana.

Aku terasa nak maki je tapi sabar.... Sabar.... Sabar..... Tarik nafas.... Hembus perlahan.... Ramai pulak hari ni buat perangai yang musibat tu. Aku ni gigih la dok queue panjang-panjang.

Dekat trafic light dekat nak masuk town pulak lagi la gila. Lampu tempat aku still hijau. But aku dah stop sebab lane depan dah panjang. Kalau aku pi ke depan jugak aku akan dok dalam petak kuning. So, bila dah nampak clear n aku boleh ke depan aku pun masuk gear n gerak. Tetiba ada motor ni keluar. Dah la ko bawak anak weiii!!! Lampu ko belum hijau lagi la. Apesal ko keluar. Aku pulak yang dah tersentak-sentak nak control dari langgar dia.

Pitam aku bawak kereta hari-hari. Stress! Balik pulak hadap jem. Selalu jem sebab ada eksiden atas jambatan. Kalau takde eksiden mesti lori rosak. Yang lori ni pun 1 hal. Time dah tau orang nak dekat balik la dia pun kalut jugak nak lalu.

Malam semalam aku mengigau. Abang Misai la kejut aku. Dia cakap aku dok sebut,

'Adik mana adik?'

Tengok-tengok mata dok pejam. Hahahaha! Mesti kepenatan melampau la tu. Ntah apa aku mimpi pun aku tak ingat. Rasa macam tak ada pun mimpi. Mesti aku rasa aku terbangun n tengok Hana tak ada sebelah aku. Cari-cari tak jumpa sampai tanya macam tu.

Hana pun semalam apehal tah tido melasak sangat. Sampai hujung kaki aku dibantainya. Nyaris nak jatuh katil sampai aku kena kejut laki aku pasal aku nak bangun tak boleh. Hana dok tido atas kaki.

Tapi memang malam semalam aku tido tak sedar apa. Hana merengek nak susu pun aku sumbat tetek je. Dah la susu badan sendu. Sori la Hana, Ummi penat bebenor.

K, sat lagi ada meeting. Babai~~




Tuesday, September 25, 2012

Minggu Hujan

Assalamualaikum

Pagi ni hujan lebat yang amat. Dari rumah tu masa letak Hana dekat carseat memang lebat. Lepas tu reda kejap. So, hantar anak-anak pi rumah Toksu diorang hujan gerimis je. Hana pulak pagi ni tak nak kat Toksu dia. Bergayut kat aku. Dah la aku kejar masa. Hujan-hujan confirm jem punya la.

N memang betul pun. Masuk aje hiway dah slow. Dekat jambatan lagi slow. Sampai tengah jambatan pulak hujan lebat selebat lebatnya. Kesian orang yang naik motor kan. Abang Misai pun naik motor. Awal pulak dia sampai opis. Meredah hujan lebat pulak laki aku hari ni.

Kemalasan sangat nak pi keja kalau hujan lebat kan. Sambung tido lagi best. Dah la tengah sakit pinggang ni. Malam semalam pun kepala pening-pening. Dengan Hana pi gigit-gigit pulak. Sakit tau. Nak menyusu main-main. Lepas tu pi ngap pulak. Memang ummi tak nak layan la.

Tapi kesian pulak lepas tu. Dia dok tarik-tarik badan aku. Bagi balik nenen terus tertido. Perangai dah la suka menendang sana sini. Fuhhh.... Sabor je aku dengan budak Hana ni.

Amir macam biasa, layan diri. Dapat bendera 1 Malaysia dia terus dia senyap n tido. Tu datang angin baik la tu.

Ok la, ada borang dah masuk ni. Nak kena check. Check lambat makin menimbun aku jugak yang pening.

Tata~~


Monday, September 24, 2012

Amir Yang Western

Semalam aku masak 3 jenis lauk. Sambal sotong, udang goreng dengan petai n sayur goreng. Sayur tu aku guna carrot dengan jagung muda tu. Sabtu buat sup dengan 2 jenis sayur tu jugak. Tu namanya rajin terlebih. Hahahaha!

Amir kan suka makan udang goreng. So, sebab ummi dia ni teringin nak makan petai maka campur la sikit petai dalam tu. Semua benda pun aku teringin ni. Apekah??

Jadi petang semalam lepas dia bangun tido aku ajak la makan. Amir sekarang cukup susah la nak ajak makan. Dah kurus anak aku. Dia nak makan jajan, coklat, keropok. Tu je la yang sedap dia makan.

Konon dengan masak udang goreng kunyit tu nak la dia makan. Jadi aku bubuh la nasi dengan sup n udang tu sikit. Aku suapkan sebab baru lepas mop lantai. Koser sangat la nak mengelap lantai balik. Hahaha! Teruknya la ummi Amir ni.

Suapan pertama n kedua oke je dia makan. Sebab aku bagi sup ayam dengan carrot je. Masuk suapan ketiga tiba-tiba,

'Eee... Ummi busuk apa ni?? Busuk apa ni??!'

Bluwekkkk... Dia luah balik nasi dia dalam pinggan. Aku tengok pelik-pelik dah. Apesal pulak budak ni.

'Amir takmau makan dah.'

Terus dia lari pi baring tengok tv. Aku sua pun tak nak makan. Abang Misai tunjuk kat udang tu. Rupanya yang busuk tu bau petai. Suapan ketiga tu aku letak udang dalam nasi dia. Hahahaha! Adoi la....

Sungguh western sekali Amir Ridhwan. Bau petai pun terus tak nak makan. Lepas ni tak boleh la aku goreng udang dengan petai lagi. Kena goreng kosong je. Hehehehe....


Birthday dan Weekend

Assalamualaikum

Weekend aku tak ke mana sangat pun. Hari Sabtu birthday aku pon dok memerap kat rumah. Nama je birthday girl tapi takde can berelax-relax. Masak tetap masak. Basuh baju tetap basuh baju. Sidai tetap sidai. Lipat tetap lipat. Uruskan bebudak tetap la uruskan bebudak. Kepenatan....

Oh, thanks pada yang sudi wish aku ye. Aku memang tak on reminder birthday aku dalam FB. So, yang tau saje yang wish. Dalam blog ni saje je aku tergedik buat hebahan. Hahaha! Fefeeling retis sekali sekala apa salahnya. ;p

Aku mintak takoyaki pun tak dapat. Alasan tempat tu jauh nak pi n dah petang baru aku cakap. Iye la tu.

So, Ahad terasa nak makan pasembor pulak. Orang Penang sila sebut dengan mahraj yang betul, pasemboq. Huahuahaua!

Maka bergerak ke Carrefour Seberang Jaya la kita. Macam tempat lain takde jual pasemboq beria ke Carrefour tu. Pasal hari tu rasa adik aku bawak balik macam sedap. Tapi Abang Misai tetap la kata pasemboq kat kedai mamak jugak yang sedap. Sila abaikan laki aku tu sebab dia memang tekak mamak maklum la keturunan pun mamak.

Dan kat Carrefour tu jugak la boleh melepaskan si Hana dengan senang hati. Hana ni lain sikit dari Abang Amir dia bab berjalan. Amir memang takut n jenis berkepit. Hana ni idok le begitu. Lagi dia tolak tangan yang dok pegang dia ade la. Siap main lari-lari dengan bebasnya kat food court sampai aku kena kejar.

 Pasemboq dah habes ditelan. Sempat snap time dah selesai je. Hehe...

 Minum air ni pasal malas nak pi beli jauh-jauh. Depan meja je. Each A Cup. Dia stok-stok air macam coolblog tu. Sedap la jugak. Sebab aku taruk pearl yang bebola hitam kecik-kecik buat kunyah-kunyah tu.

 Ini la heroin kita pada hari itu. Tu tengah pikir nak lari ke mana ntah.

Panjat tepi tiang yang dekat sebelah kerusi. Memang takde makna la nak pegang budak lasak ni.

Itu saje la aktiviti weekend aku. Ahad pun aku masak jugak. Ada satu cerita kelakar oleh Amir Ridhwan. Nanti aku cerita. Aku nak pi beli makan sat. Lapar bebenor pulaknya.

Asek la makan. Puasa bila nak ganti tah.


Sunday, September 23, 2012

Gigit Je Kerja Dia!


Oh, kegeraman dengan budak Hana. Terus aku lari masuk bilik tutup pintu.

Suka sangat menggigit sekarang ni. Yang tensinya dia gigit ummi dia je. Asal sembam muka kat badan mula la ngap! Kena gigit. Selalu tang tetek.

Dia marah pun macam tu la pe'el. Hantuk-hantuk kepala kat badan aku lepas tu ngap lagi.

Adekah aku nampak begitu sedap dimakan?

Posted via MyAndroid

Saturday, September 22, 2012

Dah 3 series...


Assalamualaikum

Hari ni aku dah genap 3 series. Hadiah apa pun takde.

Apa pun, Alhamdulillah aku masih dapat bernafas di muka bumi Allah ni.

Wish untuk diri sendiri, semoga Allah panjangkan umur dan dikurniakan rezeki dan semoga anak-anakku jadi anak yang soleh dan solehah. Amin...

Dah, aku nak tido. Besday girl sakit kepala dengan tiba-tiba.

Posted via MyAndroid

Friday, September 21, 2012

Duit Oh Duit

Assalamualaikum

Dah Jumaat, penghulu segala hari. N hari ni birthday kakak aku. Dah wish dah kat fb. Sms pun dah hantar. Kan budak busuk? Hahaha!

Esok pulak aku mencecah 3 series. Birthday selang sehari je gitu. Tapi tahun selang 2 tahun ye. Hehehe... Belum gaji jadi tak ada la hadiah. Nak tunggu Abang Misai bagi macam tak ada je. Sob... Sob... Sedih....

Dah la pagi tadi radio kereta aku langsung tak boleh on. Amir la on da way nak hantar dia pi rumah Toksu nak tengok Upin Ipin. Try on radio tak boleh. Aku godek pun tak boleh. Aik... Takkan dah jahanam. Baru lagi kot tukar.

Biasa la time kekurangan duit ni. Macam-macam la jadi. Dengan eye serum n face serum aku pun dah nak abes. Jenuh picit tiub la nak bagi keluar. Keluar pun sendu je buat calit-calit cukupkan syarat sapu kat muka.

Ni pulak pikir nak beli rumah. Tapi harga rumah sekarang serius tercekik. Golongan pertengahan memang tersepit la termasuk aku la tu. Rumah bukan kat kawasan bandar pun. Tapi harga macam duduk kat Shah Alam. Pitam aku.

Dah la adik bertuah nak kawen. Hari tu kata kawen senang kan. Haaa.... Sekarang tak terbeliak bijik mata kena bagi hantaran 12k. Bukan ada duit nak bagi. Kakak-kakak n mak pak jugak la kena perah otak nak cari duit. Asal bukak topik pasal ni je aku mula la nak berasap telinga mata hidung segala. Orang kalau tak nak dengar cakap memang macam ni. Serius aku marah!

K la. Daripada aku jadi hijau tak tentu hala baik aku pikir nak makan apa tengahari ni. Makan nasik ke makan angin...


Wednesday, September 19, 2012

Merapu

Assalamualaikum

Mengantuk.... Mata dah macam tak boleh nak bukak dah. Dah lelap kejap tadi time rehat tapi still mata bagai digam. Dah la banyak keja nak disiapkan. Esok ada meeting. Fuhhh.. Bosan...

Dah 2 hari aku tak hantar anak-anak pi rumah Toksu depa. Abang Misai hantar. Dia tak pasang lagi carseat kat kereta aku. Selagi tak pasang selagi tu tak koser aku nak hantar. Semalam pun aku kena amik budak-budak sebab Abang Misai kena keja sampai malam. Maka terjadi lagi aksi merbahaya kena pangku budak Hana lasak tu.

Nasib la aksi pangku memangku dari rumah Tokwan diorang je. Dekat dalam taman jugak. Atenye tak mau duduk dengan Abang Amir dia. Nak jugak berkepit dengan ummi.

Woooo.... Tak boleh tahan ngantuk sangat ni. Pi toilet untuk merefreshkan diri.

Tata...


Tuesday, September 18, 2012

Merata Berjalan Weekend Ni

Assalamualaikum

Letih tak hilang lagi. Semalam baru balik dari Shah Alam. Balik bukan berelax-relax ye. Balik cuci baju pulak.

Perut pun tak hilang sakit lagi ni. Dari Khamis malam cirit. Jumaat tu lepas balik keja terus singgah klinik dekat rumah. Merasa la kena cucuk kat vontots tau. Huhuhu... Doktor dengar bunyi perut aku pun dah ngeri. Terus kena cucuk n makan ubat time tu jugak.

Sabtu pagi bertolak ke Shah Alam. Menyinggah Taiping. Bawak budak-budak ke zoo. Amir punya seronok. Tapi dah nak sampai tengok gajah kaki dia melecet. Kena la dukung dek abah dia. Hana dah tertido. Tak sempat tengok gajah menari.

Sampai Shah Alam pukul 7. Menyinggah pulak ke I-City. Naik Giant Wheel. Heheheh... Sorang seploh hengget nak naik tu. Amir pun kena cas sebab tinggi Amir dah lebih 90cm. Bawah dari 90cm free.

Hana sampai I-City terdiam tengok lampu yang cantik-cantik. Kalau tak bukan reti dok diam dalam kereta.

Pi kenduri hari Ahad. Masak asam pedas yang sangat marveles oleh bapak tunang adik aku tu. Teringat-ingat. Fuhhh... Nak mintak resepi la nanti.

N semalam pagi balik. Dah la perut tak baik lagi. Aku boleh sakit perut nak tercirit tengah hiway. Jenuh laki aku memecut ke hentian terdekat. Hahaha! Keadaan sangat kritikal weh. Memang dah di muka pintu je. Aku tahan je sampai ke toilet.

Hari ni perut masih bergelora. Pucat-pucat muka aku tahan sakit pagi tadi dalam kereta. Nasib tak hantar bebudak. Abang Misai yang hantar pi rumah Toksu. Tu pun Amir nangis-nangis nak aku yang hantar. Kesian dia.

Ok, aku nak menyetelkan report. Sat lagi ada yang mencari.

Daa~~


Friday, September 14, 2012

Jamuan Raya Opis

Aku masih sakit perut tahap menggelupur. Gila la. Ciri birit sehari semalam dah namanya ni. Kena la aku pi menjengah jugak klinik sebab gelora perut ni melampau sangat dah. Ada pitam aku karang nak layan 2 orang budak perkasa sebab abah diorang hari ni keja 24 jam. Esok pagi baru balik.

Tapi nak up jugak gambar makanan untuk jamuan hari ni yang banyak tapi aku tak makan sebab sakit perut. Kerugian sungguh.


Ni laksa siam. Dibuat oleh sorang staf sambilan. Masih anak dara. Rajin kan. Tak tido malam dibuatnya.


Area lontong, mee goreng, makaroni goreng, spagetti, sosej koktel, drummet n meatball. Aku la masak makaroni goreng tu. Alhamdulillah, abes. Orang cakap sedap walaupun aku main campak je masak. Kembang bontot seketika.


Area manisan. Kuih muih. Banyak gila weh.


Area buah, rojak, pizza n salad.


Area sate, ketupat, laksa.

Aku makan lontong 4 keping nasi impit, sikit spagetti n buah je la. Yang lain tengok je sebab serius sampai sekarang perut aku sakit nak tercirit je.

Pitam macam ni. Balik ni memang kena pi klinik.


Demam dan Cerry Berry... Sape Tengah Makan Jangan Baca...

Assalamualaikum

Badan dah separuh lembik. Malam semalam aku demam n cirit birit yang melampau. Berak dah macam air paip keluar dah. Perut sakit jangan cerita la.

Aku kan sakit perut dari pagi semalam lagi. Lepas tu ada pulak jamuan. Aku makan sikit je pun. Rasa-rasa orang kata. Ketupat sikit, sate. Yang lain aku jamah juih muih je. Laksa pun aku tak makan. Bihun goreng pun aku pandang je. Sebab dah tak sedap perut ni koser sangat la nak makan beria.

Time nak balik aku dah rasa sakit-sakit urat. Rasa nak muntah pun ada. Siap pulak boleh bawak kakak aku pi beli kipas lagi.

Sampai rumah terus seram sejuk. Badan dah mula dedar-dedar. Lepas suap anak bertuah 2 orang tu makan aku pi mandi. N start gigil-gigil. Terus aku berkelubung dalam selimut. Hana dan Amir sila menepek kat abah. Amir lagi best,

'Ummi pengsan la abah.'

Amboi... Over sungguh hang ye. Sebab aku berkelubung dalam selimut mengadap dinding. Hana dok tarik-tarik aku nak nenen. Tapi sori la dik, ummi makan ubat. Tak dapat la Hana nenen malam tadi. Malam semalam Hana tido sebelah abah dia. Elok pulak lenanya. Kalau tido sebelah aku kejap-kejap bangun selak baju aku cari nenen.

Abang Misai tak bagi aku pi keja. Tapi mengenangkan hari ni ada jamuan. N aku dah janji nak bawak potluck. Gigih la bangun pukul 4.30 kan pi masak makaroni goreng. Padahal dah memang tak boleh tido pasal ulang alik ke jamban. Bertemankan sekor tikus besar gedabak dalam perangkap *masuk perangkap akhirnya* aku masak n goreng-goreng segala meatball.

Hari ni keluar lambat sikit. Bila dah keluar lambat agak tension la nak hadap jammed masuk ke tol jambatan tu. Rupanya ade eksiden. Tapi tak teruk. Maklum la, orang Malaysia prihatin. Slow aje tengok apa jadi. Tu yang jammed.

Sampai kat lorong smart tag tetiba kereta tak bergerak. Aku dah heran. Apesal pulak ni. Sape makhluk yang lupa topup touch n go tu. Sampai pukul 7.30 aku still ada kat tol. Aduhhh... Jangan la merah punch card aku ni.

Ada kereta rosak kat lorong smart tag pulak. Adei la... Nak marah pun tak boleh. Bukan dia nak kereta dia rosak kan.

Berjaya sampai ke opis sebelum pukul 8. Tak perasan aku lagi berapa minit. Yang pasti punch card tak merah. Legaaa....

Dan sekarang aku masih lagi menahan sakit perut. Rasa nak berak. Pi toilet takde hasil pun. Penat la macam ni.

Thursday, September 13, 2012

Pagi Ni Nampak Pelangi :)

Assalamualaikum

Sejuk je pagi ni kan. Hujan dari tengah malam tadi rasanya. Aku tido pukul 9 lebih. Memang tak sedar apa dah. Botol susu bebudak pun Abang Misai yang basuhkan. Pasal bini dia dah pengsan. Hahaha!

Pagi ni pi keja hujan renyai-renyai. Hana pun orang usik-usik buat derk je sambung tido. Angkat nak letak dalam kereta pun tido jugak. Angkat bawak masuk rumah Toksu dia pun tido lagi. Amboi... Mengantuk sungguh anak ummi. Amir je elok bangun siap tanya itu ini. Mulut mak nenek pagi-pagi. Siap tegur Mak Long dia,

'Awalnya Mama hari ni.'

Hahaha! Kalau dah start bercakap tu memang tak jangka la ayat-ayat dia. Ayat buku pun ada.

'Wahhh.. Hebatnya kapal korek ni ummi..'

Perkataan hebat tu yang mahal tu. Aku pun tak guna perkataan tu untuk berborak-borak. Kihkihkih....

Oh, pagi ni nampak pelangi. Masya Allah, cantik sangat. Betul-betul kat kaki bukit. Sesiapa turun jambatan hala ke bandar Georgetown mesti nampak. Aku selalu nampak pelangi. Semoga hidup pun seceria dan secantik pelangi yang colourful tu.

Pagi ni jugak murah rezeki. Staff belanja makan nasi lemak. Sedap nasi lemak tu. Lauk ikan masin.

Tengahari ni pun murah rezeki jugak. Ada jamuan raya kat seksyen nun di wing sebelah sana. Tak payah keluar duit beli makanan.

Esok jamuan raya seksyen aku combine dengan seksyen 1 lagi. Main coursenye adalah laksa, ketupat, rendang, lontong. Yang lain-lain bawak potluck sendiri. Aku dah beli dah bahan nak masak pagi esok. Jangan tak terbangun sudah. Takkan nak menggoreng dekat opis pulak. Hahaha!

Ok, aku sakit perut sebenarnya ni. Dari pukul 4 pagi tadi. Dah ke toilet pun. Tapi still sakit. Melantak tak ingat doniya sangat kan minggu ni. Seminggu full dengan jamuan raya. Perut la jadi mangsa sebab tuan dia ni main bedal je apa yang ada.

Aku nak sapu pati halia bara sat. Kasi kurang sikit sakit.




Wednesday, September 12, 2012

Bubuh La Tajuk Sendiri

Assalamualaikum

Mengantuk tersangat-sangat. Apehal la hari ni over sangat mengantuk tah. Ada taklimat untuk budak-budak sambilan aku masuk kejap sepuluh kali menguap.

Ni pun hadap pc rasa nak tido lagi. Time lunch hour tadi aku dah tido dah. Memang sejam tu bantai tido. Sambung lagi 15 minit. Pun mata macam nak rabak jugak.

Semalam Abang Misai dah balik dari Melaka. Seronok la Hana nampak abah dia. Amir buat dek balik-balik capai basikal main dengan sepupu dia.

Tapi laki aku keletihan. Tido semalam pun awal gila. Aku la terkebil-kebil melayan mata tengok tv. Lepas tu aku pun tertido jugak.

Jumaat ni ada jamuan raya. Aku pikir nak masak makaroni goreng aje. Tengok la kot ada benda-benda lain aku goreng-goreng macam hot dog ke. Blur pulak otak aku nak masak apa.

Dah la weekend ni nak berkejaran ke Shah Alam. Adik aku nak bertunang. Dah dia tergedik-gedik belajar pun tak abes lagi tapi nak kawen lepas tu kepala keras macam batu degil tak nak dengar kata orang, so bagi aje la kawen kan. Tunang dulu bulan ni. Next month kot nikah. Majlis tahun depan kalau bini tak termengandung lagi.

Haih... Yang ni memang bikin orang sakit hati. Kalau dah ada duit aku tak kesah. Ko bagi duit kitorang tolong settle. Setakat ada bulu dada 2-3 helai je buat apa.

Malas aku nak bebel panjang-panjang. Dah kawen esok jangan menyusahkan mak bapak pulak nak menanggung hidup laki bini. Sendiri pikir.

Sebelum aku emosi melampau baik la aku stop takat ni dulu.


Tuesday, September 11, 2012

Aksi Bahaya Di Pagi Hari

Assalamualaikum

Pagi ni aku membuat kerja gila. Bawak kereta sambil pangku budak Hana. Bahaya? Memang bahaya la. Tapi no choice.

Entah apesal pagi ni Hana menghempas-hempas badan dia. Dekat carseat takmau duduk. Aku letak sebelah abang dia pun dia lentik-lentikkan badan. Mengeras badan sana sini. Aku kalau lambat sikit sangkut la dalam jammed dekat tol jambatan tu.

Maka terpaksa la aku membuat aksi ala-ala Britney Spears bawak anak sambil drive. Jangan ada orang report lak ye.

Dan nasib la Hana tak buat perangai time aku dok drive tu. Dok diam je. Aku pakai seatbelt dengan dia sekali. Lepas ni mesti dia buat perangai amukan lagi tu. Dengan abah dia boleh pulak nak dok diam-diam tau. Eeee... Kegeraman sungguh aku dengan budak bertuah sorang ni.

Amir pulak malam tadi mengadu sakit time nak kencing. Ahhh.. Sudah.... Baru-baru ni sepupu dia ada sorang bebird dok bernanah. Nyaris nak kena sunat la. Ni aku dok tilik bebird anak aku pulak. Nampak macam ada ciri-ciri nanah jugak. Nanti aku suruh Abang Misai lak tengok. Sebab aku ni kurang kefahaman sikit bab anatomi lelaki. kahkahkah! Tapi time tido elok pulak kencing sampai penuh pampers.

Ok, jom sambung keja. Aku dah la pening nak pikir pasal jamuan raya kat seksyen aku ni. Banyak nau nak pakai duit bulan ni padahal gaji belum masuk. Tekanan oke.


Monday, September 10, 2012

Celcom Problem Ke HP Aku Bengong?

Sesiapa guna Celcom jugak kat sini?

Aku tengah berbulu dari pagi tadi ni. Langsung tak boleh surf tenet kat hp aku ni. Aku activate data network tapi sign yang patut keluar bila dah buat activation tak timbul-timbul. Ada seploh kali try timbul kejap lepas tu padam. Apa pun tak berupdate.

Ada jugak aku tanya staf aku yang guna Celcom jugak dia kata dia pun tak boleh online dengan ipad dia.

Ada sesiapa lagi yang facing the same problem tak hari ni?

Amarah betui aku. Kalau dah tau ada service disruption tak boleh ke notis kat customer? Time lambat bayar laju je ko barred hp aku kan. Ni takde angin takde ribut tak boleh online tapi hapah pun tak tau.

Aku check online pun takde notis apa.

Kesengalan sangat.


Pic Budak Lasak





Ini adelah pe'el si Hana masa hari Sabtu lepas. Abah diorang kata ada training bot tapi last minit kitorang nak pi tengok dah kensel pulok. So, sementara Abang Misai dok buat keja kitorang 3 beranak dok kat bilik tamu pejabat dia.

Kunci yang kat tangan Hana adelah kunci kabinet dalam bilik tu. Tak boleh amik kalau dia dah pegang. Confirm akan menghempas-hempas badan kat lantai. Tak cukup hempas badan dia headbanging sekali. Lepas tu dah terhantuk melalak macam kena pukul. Anak siapa la ni? ;p

Dan dia sangat suka main kat switch tu. Tekan sana sini. Duduk kat lantai. Padahal ada je kerusi. Aku marah dia lari jerit-jerit. Ingat aku nak main kejar-kejar dengan dia kot. Hahahaha! 




Dan ini adelah satu-satunya gambar Hana pandang kamera. Sekarang memang payah la nak amik gambar dia. Tengok je la macam kat atas tu. Terloncat sana-sini. Tergolek. Terlentang. Terbaring. Ni pun nasib baik dia pandang je. Yang ni masa dalam feri.

Hana putih dari ummi dia kan. Huhuhu...


Friday, September 7, 2012

Tuan blog tayang muka



Kebosanan tunggu dinner tak start lagi. Aku dah kebulur oke. So, tayang muka sat.

Muka orang kebulur.

Posted via MyAndroid

Dinner Ini Malam.. Makan dan Makan dan Makan Lagi ;p

Assalamualaikum

Aku kat opis lagi. Pukul 8 nanti ada dinner dekat hotel dengan dengan opis. Dinner merangkap jamuan raya jabatan. Jadi mari la bersama meningkatkan lemak di seluruh anggota.

Nak balik koser sangat la kan. Confirm jammed nauzubillah. Agak-agak nak pi dinner terus aku balik tido je. Ye la, pasti sampai rumah tu dah pukul 7 lebih. Dinner start pukul 8. Nak patah balik rentas laut cina selatan ni? Tak payah la. *Eh, betul ke laut cina selatan. Fail geografi la. Hahaha!*

Jadi tercongok la aku kat opis ni sementara nak tunggu pukul 8 n berjalan kaki ke hotel. Hotel dekat bebenor. Aku dah siap-siap bawak iron oke nak iron baju. Hahaha! Dasat tak?

Semalam memang ingat nak iron. Dah aku tidokan Hana dengan Amir dengan aku-aku sekali la ikut belayar. Pulak tu apehal tah ngantuk gila-gila pagi pun aku biar hp berbunyi sampai termati sendiri. Sudahnya Abang Misai bangun pi snoozekan pasal bising. Dia mengantuk pasal baru balik dari KL pukul 2 pagi.

Bangun pagi pun tak sempat dah nak iron baju. Aku sumbat je baju dalam beg lepas tu angkut iron masuk beg. Laki aku pelik tengok apehal la sampai berangkut iron. Hahahaha!

Dah sakit perut la pulok. Nak pi jamban la. Papai~~




Thursday, September 6, 2012

2 Orang Budak Telah Menyebabkan Ummi Mengantuk

Assalamualaikum

Pagi ni gerimis mengundang. Gelap mendung je haa macam nak hujan lebat. Semalam 1 hari suntuk hujan. N tido malam adelah best sebab sejuk. Tapi ada jugak part tak bestnya. Amir n Hana pulak selsema.

Bila dah selsema maka pasti la ada insiden yang menguji ummi n abah dia. Hahaha! Kesabaran aje la dah jadi mak bapak ni ye.

Amir hidung berhingus. Batuk sikit-sikit. Tapi pukul 12 malam tadi dia batuk terus muntah. Aku tengah tido terbangun dengar dia muntah. Abang Misai terus terlompat. Hana pulak memang dah kejap-kejap merengek. So, aku dok pujuk si Hana.

Tengah Abang Misai dok bersihkan muntah tu Amir batuk n muntah lagi 2nd round. Haaaa.... Kali ni selambak. Abes segala tilam n baju dia penuh muntah. Dah.... Terus kena tukar baju. Pulak tu siap nak memilih lagi baju tu. Huhuhu... Sungguh la anak teruna sorang ni tau.

Lepas sapu vicks Amir tido balik n lena. Tak batuk dah. Kali ni adik pulak. Hana nafas dok berbunyi-bunyi. Hidung dia tersumbat. Merengek-rengek la. Mula-mula aku bancuh susu. Minum tak abes pun. Dia cari nenen pulak. Tapi tetap merengek.

Rupanya nak tido berpangku. Pitam ummi hang ni Hana. Pukul 1 lebih sampai 2 pagi aku pangku dia sambil aku pun tersengguk. Dah tak boleh tahan aku letak gak atas tilam. Dia merengek sumbatkan nenen. Jadi dia tido bergayut la malam tadi. Aku jugak la tahan sakit sebab sebelah ni nipple crack tak baik-baik. Yang tempat sakit tu la kegemaran dia. Huwaaaa!

Sekarang aku sangat mengantuk n bawak kereta tadi pun aku rasa macam nak tido. Tapi memikirkan kalau aku tertido pasti akan tido tak bangun-bangun so gigih la mencelikkan mata.

Sampai opis nak tido pun tak sempat sebab aku ada meeting ni. Aku pengerusi pulak tu. So, ada benda nak kena revise.

Tolong~~ Mengantuknya~~

T____T


Wednesday, September 5, 2012

Update Secara Ringkas

Assalamualaikum

Baru abes meeting pukul 1 tadi. Sebelum meeting tak sempat der aku nak jenguk blog ke hape. Betulkan report n slide. Lepas tu pi fotostat minit sampai 25 copy. Nasib ada yang tolong. Sebab aku nak print slide presentation pulok.

Ngam-ngam pukul 9 settle semua n berkejaran ke bilik meeting. Fuhhh.... Minitku cuma ada 1 pindaan. Yeayyy!! Bangga ko senah sebab tu la 1st time aku jadi pencatat minit. Hahaha! Gila poyos.

Dan sekarang adelah misi memeriksa borang dan claim. Esok ada meeting lagi. Kepala aku dah pening ni. Nak rehat pun tak sempat. Sebab tadi ada sesi bergambar. Nak masuk buletin pejabat kekdahnya. Dengan muka berlengas minyak. Hudus bebenau rasanya.

Ok. Aku nak settlekan keja. Nak balik awal.

TaTa!


Tuesday, September 4, 2012

Random Aje Semua

Assalamualaikum

Takde mood sangat nak blogging. Banyak merapu kat twitter je. Kot ada nak follow sila la. Hahaha! Perasan retis sangat. ;p

Keja adelah berlambak. Stress aku tau. Dah la semalam jem luar biasa. Sampai merah la punch card aku. Tersangkut atas jambatan. Punya la banyak kereta bersesak nak masuk area Bayan Lepas. Sampai orang yang nak ke town kena tempias. Tak pasal je hari pertama bekerja bulan September aku dah catat rekod merah. Kejis... 

Dan bulan ni adelah bulan penuaan aku. Welcome 3 series. Tu yang stress tu. Kahkahkah! Alasan tah hape-hape.

Esok ada meeting pulak lagi. Slide untuk meeting esok pun aku tak buat lagi. Lusa meeting lagi. Pitam tau banyak sangat meeting.

Lusa ada jamuan kat bangunan ni. Jamuan raya. Makan lagi. Tulat jamuan raya merangkap dinner jabatan. Makan dan makan dan makan. Puasa turun 2 kilo raya naik berkilo-kilo. Takut nak tengok penimbang tau. Confirm tak menunjukkan angka yang mengghairahkan.

Lately ni cuaca agak panas. Tido malam pun berpeluh. Aku pulak bila panas jadi baran. Amir la jadi mangsa ummi dia. Kesian dia. Dia pulak hyper terlebih time panas-panas ni. Sorry anak ummi. :(

Hana pulak semenjak dah laju berjalan ni memunggah merata. Aku ke dapur nak masak pun dia dok bergayut kat kaki. Alahai.... Lepas tu punggah la kabinet dapur tu. Segala gelas n cawan dah tak boleh letak tepi meja. Dia dah sampai nak menyauk ye. Semua kena letak tengah-tengah.

Ok, nak buat slide la. Aku penat n stress. Huwaaaaaaa!!!