SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, September 11, 2015

Trip To Cameron Highlands - 1

Sabtu lepas ke Cameron. Tido 1 malam n balik Ahad dalam pukul 2 petang lepas merayap merata. Last tempat merayap adalah Lavender Valley tu. Aktiviti seksyen ofis. Anak buah kat ofis teringin jalan ramai-ramai ke Cameron. Aku kan ketua, so takkan la tak pi kan.

Berangkut la anak beranak ke sana. Sabtu pagi nak pi tu laki aku pulak demam. Aku take over drive. Dah dak debab Hana mengamuk ok. Dia tak nak ummi dia drive. Nak abah je drive. Tapi dah demam panas cenggitu karang orang drive atas jalan laki aku drive dalam longkang. Nak tak nak lantak ko la nak ngamuk situ dik.

Katanya konvoi beramai-ramai. Tapi aku gigih merempit. Wakakaka! Stop Sungai Perak n kumpul balik kat sana.

Stay kat hotel Titiwangsa. Untung hotel kat sana tak payah pasang aircond. Ahahaha! Sampai Cameron dalam pukul 1 lebih gak la. Jammed hoi kat atas tu. Cramp kaki Kak Mot ni tau dok main gear 1 je. Nak masuk gear 2 pun tak lepas. Laki aku dengan bebudak syok je tido kan.

Eh, nanti la aku sambung. Keja banyak nak settle. Dah la aku ngantuk gila ni. Balik dari Cameron demam abah diorang berjangkit kat anak-anak pulak. Hamik ko aku terpaksa cuti dari Selasa sampai semalam. Tu pun tak berapa nak ok lagi budak-budak tu. Jadi selsema pulak. Tinggal ummi diorang je masih kental. Hari ni pun dah rasa tak sedap badan dah.

Jangan la aku pulak demam. Tak larat. Keja banyak.

T_T

 

Thursday, September 3, 2015

Ofis Yang Sunyi

Tak ada orang sangat kat ofis hari ni. Bos pun takde. Mereka-mereka ni ke Pahang. Ada sukan jabatan. Aku malas nak pi. Sebab banyak lagi keja nak kena buat kat ofis ni. Di samping menjadi penjaga ofis kekdahnya.

Semalam membaking congo bar lagi. Ada orang mengidam. Tapi tak pregnant pun. Hahahaha! Lelemak perut je yang mengidam. Sebab dah janji dari last week n hari ni lak birthday kawan tu maka rajin la aku menyadokan tangan membancuh congo bar.

Congo bar senang je. So, boleh la aku nak buat. Kalau renyah sikit terus malas. Ahahaha! Brownies kedut pun senang tapi nak double boil tu renyah sikit. Pun faktor menyebabkan tak rajin. Kihkihkih...

Nak buat kuih pau tak buat-buat. Malam ni la kalau rajin menggentel kuih pau. Tapi aku nak kukus tang mana tah. Periuk kukus tak ada. Kena mengkreatifkan diri ni.

Ok, ahkak nak sambung buat keja sebelum kemalasan ahkak melanda.

Bye..

Tuesday, September 1, 2015

Merdeka Kat Rumah Je

Selamat hari merdeka semalam uols. Aku sambut merdeka dekat rumah je. Iaitu dengan tengok tv lepas tu tido. Tak pi tengok mercun bunga api bagai. Pasal esoknya laki aku kena pi kawad kat Bandar Perda tu.

Laki aku kawad pun aku tak pi tengok. Pasal banyaaaakkk keja rumah nak kena setelkan. Basuh baju 4 round. Masak. Kemas rumah. Lepas tu aku terbongkang kepenatan. Sabtu aku pi opis so tak sempat basuh baju. Ahad hujan. Jadi kalau basuh aku nak sidai kat mana. Dalam rumah takde penyidai. Aku sidai kat langsir laki aku membebel. Hodoh la, nanti baju berbau la. Ok fineeee... Alhamdulillah la Isnin tu panas. Tengahari ala-ala nak hujan tapi tak hujan. Tawakal aje aku basuh baju banyak-banyak.

Masak memang awal gila aku masak semalam. Pukul 9.45 aku dah siap masak nasik n lauk lunch. Time tu orang breakfast pun tak sudah lagi. Pasal banyak keja nak kena siapkan jadi kena cargassss...

Dah la berangan nak buat kuih pau. Tapi tak kesampaian. Aku terlelap lepas Zuhur. Bangun-bangun tengok laki aku n anak-anak dah lesap pi amik mak mertua aku kat rumah adik dia. Masa tu dah pukul 4. Elok sangat la tu.

Pagi ni bangun awal pulak. Masak nasik goreng. Banyak pulak nasik lebih semalam. Ni la kalau anak tak reti nak makan nasik. Penat mak masak je tau.

Ok, aku nak sambung buat KIK. Gila lagi sebulan tak siap lagi. Waaaaa!!! Nangisssss!!!