SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 22, 2015

Bila Tak Boleh Tido, Kita Main Masak-masak Ye.. ;p

Ok, frust time dah abes. Malas dah nak fikir. Sabar itu indah. Dunia aje semua ni. Fefeeling mode ustajah sangat ni. Hahaha!

Pagi tadi aku tak boleh tido. Pasalnya dak debab batuk-batuk. Geram tau aku dengan dak debab ni. Dia paling susah nak makan ubat. Memang jangan harap la apa-apa yang dipanggil ubat nak masuk mulut dia. Vitamin yang sedap dia makan.

Macam-macam la cara nak bagi dia ni makan ubat. Paksa, picit hidung, kunci tangan kaki. Ubat tetap la disembur keluar. Jadi agak susah hati kalau dia demam. Abang Amir dia no problem. Semua ubat dia telan dengan rela hati.

So, bila dah batuk teruk ni sapu segala macam ubat. Aku sapu batook ori. Pun tak jalan jugak. Kesudahan pagi-pagi buta pukul 2 aku membebel. Suruh dia makan gak ubat. Eh, nak pulak. Maybe sebab tak tahan sangat la tu.

Makan 5ml ubat terus tido tak bangun dah. Batuk pun sikit-sikit je. Tadi suruh dia bawak ubat pi rumah Toksu dia. Harapnya dia makan la ubat tu.

Yang omak eh pulak dah bangun pukul 2 pagi terus terkebil-kebil tak boleh tido. Teringat dak debab cakap dia nak makan makaroni. Gigih la rebus makaroni pagi-pagi buta. Ayam kisar memang aku dah thaw awal-awal. Ingat nak buat chicken ball. Tapi aku malas nak gentel pagi tadi. Jadi cucur ayam je. Kahkahkah!

Jadi inilah hasilnya makaroni goreng kak mot.


Gu kan dengan jemput-jemput ayam. Oh my.... Nak pi bancuh teh hijau panas sat. Jemput makan ye korang.

:):):):)

Thursday, December 17, 2015

Frust... Sangat...

Apakah perasaan anda bila markah penilaian anda adalah kurang daripada anggota yang cuti dah abes, MC dah abes, selalu tak mai, punch card semedang merah dan dah keluar dari payroll sebab masih cuti sedangkan cuti dah abes. Sedangkan balance cuti ko still cukup untuk tender resignation one month notice, punch card setahun hanya 2-3 kali merah sebab jalan jammed, MC pun berlambak lagi quota.

Ada rasa frust tak?

N segala keja yang ko buat ko bereskan on time. Kalau lewat pun still siap. Ko terpaksa rela masuk group KIK apa bagai. Tak tido berapa hari nak siapkan slide KIK, nak pikir buat pameran, nak pikir buat presentation. Asal opis buat road show promosi ko pun terbabit sekali. Ko susah payah cari responden untuk penuhkan dewan seminar.

Well....

Aku speechless... Sangat....

Demotivated jangan cerita la. Rasa nak berenti keja.

Seriously aku tak harap anugerah apa bagai. Tapi adekah sebab aku bukan jenis YES BOS maka boleh nilai macam aku ni langsung tak buat keja. Konon kata bagi markah kena profesional. Tapi nampak sangat beremosinya markah tu.

Agak sedih di situ.

 

Monday, December 14, 2015

Seronok Tengok Baby

Aku demam tetiba ni. Datang opis rasa sangat tak sedap badan n tekak sakit. Semalam sihat walafiat je. Kalau dah tetiba nak dapat sakit ni memang takde signal kan. Terus sakit je.

Semalam tinggal Amir kat rumah Mama Fik dia n dak debab Hana kat rumah opah. Apesal jadi berpecah gitu pasal masing-masing nak jumpa sepupu yang half dok rumah opah, half dok rumah Mama Fik. Aku? Pi melawat staf bersalin.

Nasib la ahkak datang dia belum discharge. Kalau tak aku saje-saje buat lawatan ke hospital la. Hahaha!

Baby boy dengan berat 3.48kg. Cser. Ok, teringat kenangan kena belah perut tetiba. Staf aku ni dia ada diabetes time mengandung. Ofkos la kena paksa bersalin kan. Induce 3 kali jalan tak bukak. Contraction pun tak rasa. Hebat sangat ni. Kesudahan terpaksa la cser. Sebab anak sulung dia pun cser. So, induce tu pun tak boleh bebanyak n ubat pun half dose saje.

Aku dulu 1st dose ubat tu masuk dah menggelupur. Lepas tu kena cser pasal kepala baby tinggi lagi. Merasa la ko kan dedua sakit. Atas bawah. Hihu... Dak debab pun kena induce pasal overdue. Tu sempat masuk ubat ke 2. Tapi masa ubat 1st tu dah rasa light-light sakit. Masuk ubat ke 2 rasa nak tampar muka orang. Ahahaha!

Seronok tengok baby kecik. Hehehehe... Tapi nak ada baby lagi tu Kak Mot trauma la uols. Sebab time dak debab agak kritikal sampai kena masuk darah 1 beg. Nadi takmo turun. Jadi aku memang gerun.

Kalau ada rezeki ada la. Kalau takde tunggu turn adik beradik lain beranak aku tolong timang je. Wahaha!

 

Tuesday, December 8, 2015

Review Lepas Sebulan Guna BB Cream n Sakura Mask Seqy Beauty.. I'm Lovin' It.. ♥♥♥ ☺☺☺

Aku banyak keja sebenarnya hari ni. Tapi sebab nak jugak-jugak review sempena sebulan aku guna BB Cream n Sakura Mask Seqy Beauty maka ku gagahi jua. Gigih sangat Kak Mot kaaannnn... Sila la kalau nak upah Kak Mot buat review. Muahahahaha!

Ok, tak mau cakap banyak. Aku tepek terus la pic dari hari 1st aku guna n pic hari ni.


Tudung biru 5 November n Tudung coklat 8 Disember. Amacam? Kecik besor pulak gambar tu ye. Tapi jelas kan muka Kak Mot yang sepinggan besar tu. Kalau nak tengok lebih besor klik kat gambar la kot. Haha!

Kak Mot akui ada la sehari dua terbabas tak pakai Sakura Mask. Sebab penat sangat lalu tertido. Lupa nak basuh muka jerawat pun menumpang tumbuh. Huhuhu... Tapi kejap je naik. Aku tenyeh balik Sakura Mask SQB terus kecut.

Parut makin pudar. Kulit makin cerah. Apa lagi yang engkau mau. Mau jadi hantu, mau jadi buaya? Haha! Memang kalau dok rumah aku buh BB Cream sesaje. Pehtu bedak sikit. Aku suka sangat la BB Cream ni. Pasal tak lekit n sekejap je sapu dah rata.

Masa pi taklimat kat Melaka pun gitu. Lepas rehat sapu BB Cream SQB n bedak sikit. Calit lipstick. Maka nyah la kau bertaklimat kembali.

Jerawat kecik-kecik kat dahi pun dah berkurang nampaknya. Hari tu Amir gatal-gatal badan pun aku tepek Sakura Mask jugak.

Sekarang Kak Mot konfiden sikit nak bergambar. Kalau tak dulu nyorok-nyorok jugak. Walaupun masih gerhana di kalangan kawan-kawan tapi cerah la sikit. Tak yah nak cerah macam mat saleh sangat sebab kulit orang asia kan. Cukup la kulit nampak bersih, pori-pori mengecik n jerawat makin kurang. Itu pun Kak Mot dah cukup gembira dah.

Tq Seqy Beauty. ☺

Kalau korang nak beli boleh contact Kak Jeng ye. Ni no Kak Jeng untuk diwassap yo #0122052091.

Or korang jenguk kat kedai Kak Jeng kat sini

secretofviruspadu.shoppy.my


Kak Jeng akan melayan korang dengan ramahnya. Hikhik..