SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Bisnes Internet. Side Income. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Internet. Side Income. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Contest? Nak ke?

***Sticky Post***

Kalau Kak Mot nak buat contest korang nak join tak?

Hadiah?



Sebatang lipstick bernilai RM30

Bukan hadiah orang di atas ye. Lipstick yang dipegang tu je. Hehehe...

Kalau setuju pliz komen. Kalau banyak sambutan Kak Mot buat. Kalau kedinginan umpama suasana antartika yang sejuk beku tu Kak Mot tak buat la.

Huhu...

Insya Allah, kalau ada rezeki lebih Kak Mot buat contest tetiap bulan.

:)

Friday, January 22, 2016

Nurraysa Beauty & Suhun Fucuk Hasdey

Disebabkan ekonomi makin meruncing. Maka aku pun nak menyahut seruan pak menteri la untuk buat lebih dari 1 kerja. Muahahaha...

So dengan ni Kak Mot nak bagitau Kak Mot adelah agen bagi produk Nurraysa Beauty.


So, boleh roger-roger ahkak la ye kalau nak beli produk ni. Aku start jual bila aku suka pakai bedak DD Moist Cake dia. Eyeliner pun best. Lipstick pun best. Skincare pun ado. Bodycare pun ado. Info lebih lanjut boleh add aku kat FB cari je nama Fukusyima Azmira. Segala pasal Nurraysa aku setting post untuk public. Blog ada tapi aku susah sikit nak update blog sekarang. Kena jegil dengan tok laki asek hadap henpon je. Huhuhu...

Di samping produk Nurraysa ada jugak aku jual....


Suhun dan fucuk keluaran bumiputera. Memang amik terus di tempat pemprosesan. Halalan toyyiban. N memang cepat habis la suhun n fucuk ni. Ramai yang cari. Selalu kehabisan stok. RM2.50 sebungkus.

Boleh la roger-roger ye. Kak mot jual....

:)

Monday, June 9, 2014

NaturCare® Berrygen™

Assalamualaikum

Ok, straight to the point la ye. Ahkak banyak keja pulak ni. Kena buat teks ucapan pengarah pulak. Aku dah la tak suka buat ucapan bagai. Nak buat teks satu hapah idea tak keluar ni.

Ada sesiapa consume Berrygen tak? Berrygen by NaturCare. Anak beranak tupperware ni. Berrygen tu campuran buah blueberi, raspberi, strawberi, kolagen, apple stem cell n gluta white. Bagus untuk mencerahkan kulit, reduce fine lines, menegangkan kulit. Lain-lain ingredient boleh tengok gambar di bawah ni.




 Cara consume pulak begini...



Pandangan depan kotak adelah seperti ini...








Aku amik Berrygen ni sekarang. Dah lama jugak aku beli tapi selalunya aku suka skip-skip. Tapi selepas 1 kejadian horror berlaku sebulan lepas aku amik secara berterusan.

Apa kejadian horror tu? Muka aku mengelupas ye. Sebab aku stop pakai krim muka yang selalu aku pakai. Nak nangis ok pi keja muka mengelupas lepas tu berbelak hitam bawah mata n tepi mulut. I is maluuuuu..... Semua orang tegur tau.

Terus istiqomah minum tak berenti. Tapi aku amik sekali je tetiap pagi. Malam aku tak amik. Kalau terlupa minum pagi baru aku amik malam pulak. Kekadang ade la terskip. So, dalam proses menghabiskan lagi 6 sachet kat rumah. Kira dah 2 minggu la aku non-stop telan balik Berrygen ni.

Rasa dia macam ribena sikit. Kolagen drink yang ada perisa la kekdahnya. Hana pun suka kecek aku kalau aku minum. Aku cakap ubat pun dia nak jugak. Padahal kalau benda lain aku cakap ubat memang tak la dia nak kan. Hahahaha!

So far, kulit aku nampak ok la sikit. Jap aku tunjuk gambor ye.


  

 Ok, gambar before tu adelah gambar lama. Aku tak ada gambar masa muka mengelupas tu. Tak teringin nak amik pic sendiri muka horror macam alien. Gambar before tu pun aku rasa lagi better dari muka kejadian menakutkan tu. 

N pic after adelah gambar hari jumaat minggu lepas, 6 Jun 2014. Gambar tak filter n amik di tempat yang sama iaitu opis aku. Kalau gambar besar nampak la parut aku jugak. Ni gambar kecik tetiba nampak jelita. Eh... Hahaha! Parut still ada tapi tak teruk sangat. Kulit tu jadi cerah sekata tu yang aku suka. N aku tak mekap pun. Guna bedak baby je. Pori-pori pun mengecik sikit dari time kulit mengelupas.

Kalau ada sesiapa yang nak aku ada jual.

 

Mari la kita sama-sama jelita. Echewah.... ;)




 

Thursday, May 22, 2014

Side Income Baru - Chocoletto

Hari ni gomen dah gaji. Gaji aku pun dah langsai bayar segala hutang piutang. Yang tinggal ada la sikit nak tukar tayar kereta abah aku n lain-lain buat belanja. Kena jimat cermat la ahkak. Dah nak start puasa n raya pulak. Kuih raya pun dah tempah. Amboihhhh... Puasa pun belum kuih raya dah tempah 2-3 balang kan.

Bonus raya macam tak ada je tahun ni. Ye la, macam-macam dah jadi kan. So, beban hutang negara tu aku rasa mencanak naik jugak la. So, buat la saving sikit-sikit untuk duit raya anak buah, adik beradik, sepupu sepapat nanti.

Aku jual coklat sekarang. Bukan la coklat seketui tu. Tapi bertih beras salut coklat dalam jar. Boleh la nak tambah income sikit-sikit. Nama coklat tu chocoletto.




Aku sendiri dah lebih 5 botol ngap. Hahahaha! Sekali makan tak boleh stop ok. Boleh terus kunyah n kunyah tetiba eh... Dah abes sebotol. Kat belah bawah jar tu ada biskut coklat. Memang nak nangis ahkak makan tau.

Kalau sesiapa rasa nak beli boleh la roger-roger ye. RM10/jar. Setakat ni aku buat COD pada sesapa yang dekat-dekat kawasan aku lalu balik keja n dekat-dekat rumah. Nak pos boleh diusahakan tapi maybe lambat sikit sebab aku boleh pi pos ofis hari Jumaat saje. Pos opis jauh dari opis ahkak. Aku ni pulak staf yang sentiasa di hati bos. Selalu dicari. Kahkahkahkah! Poyonye la tuan blog ni.

HQ Chocoletto pun still cari stokis, ejen n dropship ejen. Kalau berminat nak tambah income korang boleh search FB Official page: Chocoletto Official.

Panjang lebar pulak aku membebel hari ni. Hehehe... Padahal hari ni macam tak ada mood. Tu je la aku nak taip. Sekian dari aku yang dah pening-pening lalat lepas minum kopi goji guarana.

 Hana pon sukeeee.... Peace... 



Tuesday, August 17, 2010

Siapa nak join bisnes? Manyak untung ooo.. :):):)

Ni nak promote bisnes ni. Jangan lari dulu. Hehehe...

Korang mesti nampak ada 1 banner baru kat blog aku kan. Kalau tak nampak meh aku tunjuk.


Haaaa... Nampak tak? Nampak tak? Tu yang arrow merahnya mak ngah tu. :):):)

Itu la bisnes yang aku join. Meh aku story sikit bisnes apekah itu.

Korang pernah dengar or terbaca pasal hyprobulksms tak? Pernah? Tak pernah? Macam pernah?

Hyprobulksms ni 1 sistem hebahan sms pukal melalui internet. Macam yang korang dok dapat iklan Tesco ada sale ke, Wah Chan bagi free gift emas sekampit ke *contoh la*. Haaaa... Macam tu la.

Sistem sms ni sangat la sesuai kalau korang ada bisnes lepas tu nak buat iklan tu kurang rajin nak pi kedai nak buat flyers ke apa, pada lecturer pun boleh pakai jugak. Kot la lecturer nak cancel kelas kan. Nak hantar pada student yang ramai nun pun boleh guna hyprobulk ni. Nak panggil kenduri kawen pun boleh. No problem. Eh, macam-macam la kegunaan dia.

Hyprobulksms ni memang sesuai sangat la untuk buat iklan, promosi atau hebahan pada sahabat, handai taulan semua.

Tak terhad kepada sms semata-mata k. Boleh hantar MMS, Wap Push, Flash Message pada semua rangkaian telekomunikasi tempatan n international dengan kadar rata serendah 9 sen sahaja k.

Ada 3 pakej hyprobulksms ni. Start dari RM250, RM500 n paling tinggi RM1000. N modal ni adalah sekali seumur hidup. Ni bukan multi level marketing eh. Yang banyak tingkat sampai tak ketahuan tingkat tu. Ni 1 bisnes affiliate. N boleh make profit 100% bergantung pada pakej yang korang amik.


Aku nak cerita panjang bebenor. Sampai esok pun belum tentu abes. Air liur pun confirm tersembur-sembur. Hehehe... Bagi menjimatkan air liur walaupun aku kena taip je sebenarnya *lenguh gak tangan ni* korang klik aje banner kat atas tu. Akan direct terus ke web yang banyak info untuk pertanyaan korang.


Nak tanya aku pun buleh je.


Atau pun klik aje kat url ni, http://tinyurl.com/amiys198


Bisnes ni boleh jadi side income yang bagus especially pada kaum-kaum ibu yang dok rumah jaga anak. Boleh dapat income sambil jaga anak. Best tu.

Tapi setiap bisnes kena usaha ye kawan-kawan. Tak ada duit yang datang bergolek. Insya Allah, kalau rajin usaha nampak hasil baru la puas hati kan.

Segala yang tak faham boleh YM, SMS, call or emel. Saya sedia berkhidmat untuk explain pada anda semua. :):):)