SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Miscarriage Again Part 2

Amboihhhh...

Sebulan gap nak sambung part 2. Hahahaha! Bz weh sebulan ni. Bz dengan promosi n segala macam mak nenek nak memperkenalkan jabatan kat rakyat Malaysia ni. Dah la keja berpanas hujan, bila publish hasil survey kena makian rakyat jelata pulak. Kesian sungguh kat anggota jabatan kitorang ni. Sobsss.....

Ok.. Ok.. Sambung.

Menyerah diri kat hospital pukul 4 gitu. Mula-mula ke hospital Bukit Mertajam la dah check up semua kat situ. Lepas tukar uniform wad doktor nak scan pulak. Bukan scan kat perut tu. Ni transvaginal scan. Pi gugel sana kalau tak faham. Mula-mula sorang doktor. Lepas tu dia panggil kawan dia. Dah tetiba aku kena heret pi klinik gynea pulak sebab sana scan clear sikit plus nak tunggu pakar pulak.

Disorong la aku dengan wheelchair dari labour room sambil doktor tu explain dekat laki aku. Sampai klinik transvaginal scan lagi. Doktor pakar dok explain terus decide hantar aku ke Hospital Seberang Jaya. Sebabnya hospital BM takde kemudahan 24 hours operation theatre. Kot la betul aku ectopic pregnancy lepas tu tetiba pulak aku menggelupur sakit so kena la hantar ke sana untuk standby. Merasa hakak naik ambulan neno neno gitu. Melambung weh bila depa drift tu. Hahaha! Kena pulak hari tu Jumaat. Jalan memang jammed pukul 5 gitu. Laki aku dah keluar dulu nak pi balik amik anak tetiba masa dalam ambulan dia call.

'Laju nampak'

Hahahaha! Dia stuck dalam jammed. Aku dah selamat sampai ke HSJ. Sampai sana terus kena sorong ke labour room. Again kena transvaginal scan dengan doktor. Mula-mula nak tunggu pakar tapi pakar lambat lagi so depa bagi masuk wad dulu. Eiiii.. ngeri dok labour room dengar orang nak beranak. Aku ni dah 6 tahun takde baby kecik. Seriau terus tinggi BP. Huhuhu...

Dok dalam wad sampai pukul 9 malam tetiba nurse datang n suruh duduk atas wheelchair. Ke labour room lagi. Kali ni scan dengan pakar pulak. Pakar kata takde tanda macam ectopic. Just miscarriage biasa je. Apa pun tunggu result darah pulak. So kembali la ke wad.

So, merasa la aku tido 1 malam dalam wad tu. Ramai orang jugak. Esok pagi bangun tunggu doktor round. Doktor pakar round relax je pakai cargo pant n t-shirt kolar. Sekali pandang tak nampak macam pakar. Dia baca sikit, dengar MO dia explained, tengok result darah terus dia kata aku boleh discaj dah hari tu. Terkebil-kebil aje la aku. Hahaha! Discaj pun petang baru dapat keluar sebab hari cuti kan. Doktor tak ramai. Nak tunggu doktor sign sijil discaj dulu. Kesudahan dalam pukul 6 petang jugak la baru keluar.

Dapat la mc 2 hari. Aku sambung dengan cuti tahun pasal badan rasa tak kuat n tetiba emotionally unstable. Sehari aku datang keja tetiba aku nangis sorang-sorang. Aku sambung cuti sampai hujung minggu tu.

Actually sampai sekarang emosi aku tak stabil sangat. Boleh hangin tiba-tiba. Bleeding pun 20 hari baru stop. Maybe dah ade bonding kan tetiba hilang macam tu je. Apa pun pi follow up hari tu doktor kata gap la 3 bulan gitu. Aku ada follow up lagi bulan 11 ni untuk molar pregnancy last year. Kesimpulannya aku dengan hospital memang tak akan berpisah la dalam masa maybe setahun akan datang.

Anyway, maybe tak ada rezeki nak dapat baby dah kot. 2 orang tu pun kadang-kadang aku dah jadi tarzan aje. Hahaha! Tunggu aje la kan.

Ok, sampai aku rajin untuk menaip lagi la kita jumpa ye. Mana tau aku taip pasal ada berita gembira pulak. Hehehe...


 

 

Wednesday, September 20, 2017

Miscarriage Again Part 1

Meh la meriahkan blog sendu ni dengan entry terbaru. Kahkahkah!

Well, tak ada apa yang menarik pun. Aku baru je lepas bercuti panjang bulan ni. Bukan cuti hip hip horrayyy pun. Cuti sakit n rehat kat rumah je. Tak ada rezeki nak dapat baby gitu. Miscarriage at 5 weeks. Tapi tak ada la rasa sakit ke apa. Tau-tau bleeding and scan dah tak ada dalam perut tu. Kira macam dia tumpang lalu sat dalam perut kot. 😅😅😅

Kronologinya macam ni. Hari yang sepatutnya period tapi tak period. So aku assume yang kali ni lewat la ni. Take a chill pill mat saleh kata. Hahaha! Tapi lepas 5 hari dari tarikh sepatutnya aku dah macam apa la tak period lagi. Tapi simptom macam nak period tu ada la. So, ok la. Jom test urine.

29hb Ogos buat urine test n tadaaaaaaa! 2 line dengan jelasnya. Tapi lepas 2 hari buat urine test tetiba turun darah. Merdeka Day masa tu. Masa tu macam bertenang-tenang lagi. Tapi lepas 2 hari bleeding macam tak reda Aku hayak la laki aku cari gynea. Dah la orang cuti sakan sebab raya haji pulak kan. Nasib la ada klinik gynea yang bukak.

Masa kat sana doktor scan dia kata tak nampak apa. Suruh aku buat urine test pulak. Still positif tapi macam dah faded line tu. So, doc bagi tarikh 8hb untuk mai lain ke klinik. Aku pun pi la keja macam biasa. Buat muka toya. Tak bagitau sesiapa pun. And orang kat opis ni ada yang sampai sekarang ingat aku pregnant lagi. Ohh... Nanti aku story emosi lepas keluar wad.

8hb aku tak pi ke klinik tu tapi aku pi hospital Bukit Mertajam pulak. Apesal aku ke hospital? Sebab sebenarnya aku still ada follow up untuk last year punya miscarriage bulan 11 nanti. Miscarriage last year partial molar so memang lama la kena follow up. Mula-mula pi klinik pesakit luar. Ye la, takkan terus menyerbu ke klinik gynea. Cerita dengan doktor n doktor suruh urine test lagi. Maka ke makmal la kita. Sekali keluar result negatif. Aku macam hmmmmm....

Tapi sebab aku cerita dah 3 kali aku buat urine test positif so dia hantar gak aku ke pakar gynea. Aku kena pi labour room pulak. Hahaha! Ate macam orang nak beranak. Lepas tu guard tu pulak mesti la tak percaya. Perut pun tak mengembung nak check apa. Rupanya sebab doktor semua lepak kat sana. Kena pulak soal siasat doktor kat labour room. Scan lagi and doktor kata tak nampak apa-apa. Tapi aku kabor la aku bleeding non stop sampai hari tu. N bleeding tu adelah tak sama pattern macam period ok. So, doktor suruh tunggu kejap untuk cari balik fail yang aku buat follow up dah setahun lebih kat situ. Menganga la aku dalam dewan bersalin tu.

Siap pi terkucil la sebab lama nau tunggu. Tau-tau doktor tu jumpa aku nak suruh kencing lagi. Air kencing pun dah tak sudi nak keluar. Hahaha! Maka doktor bagi aku keluar pi makan-makan minum-minum n bekalkan bekas urine sekali dengan borang makmal tu. Pi makan kat kafe belakang makmal. Lepas makan n mengembungkan diri dengan air aku pi makmal balik. Orang makmal pun kenal dah muka aku ni. Siap tanya apesal datang buat urine test lagi sekali. Dah akak kena explain pulak lagi. N result yang keluar kali ni positif pulak tapi very weak positive katanya. Maka kembali la akak ke dewan bersalin jumpa balik doktor tu.

Disebabkan kali kedua punya result tu positive doktor suruh masuk wad. Sebab depa takut ectopic pregnancy. Huhuhu... Aku pun bagitau doktor aku nak balik dulu kemas beg. Hari tu pulak Jumaat. Aku balik pun dah pukul 12 lebih. So, doktor kata datang la sebelum pukul 5. Kita pun berhuha sekejap kat rumah sebelum menyerah diri. 

Eh, sambung nanti. Banyak pulak keja mak incik nak kena settle ni. Hehehe...

To be continued....

 

Friday, August 5, 2011

Posa Mak Buyung Hari Ke 5

Assalamualaikum

Diam tak diam dah masuk hari ke 5 la posa kan. Oh, mak buyung masih menggigih posa jugak sebelum menyerah diri ke hospital ahad ni kalau still tak ada tanda nak bersalin.

Betul la tak ada tanda. Setakat sakit belakang tu biasa-biasa je la. Nak kata air turun pun tak nampak bayang air. Darah pun tak ada jugak. Kaki ni sampai tak larat la nak bawak diri sendiri. Huhuhu...

Berbuka semalam lauk biasa je. Mak mertua aku dah tak ada idea nak masak apa. Just goreng paru n hati. Sambal keli lebih berbuka kelmarin. Tomyam kelmarin jugak. Pajeri terung. Nak snap pic malas melampau sebab melayan hero yang buat aku kelam kabut nak berbuka.

Asal nampak benda je nak cekau dengan tangan dia. Hish.... Nasik dalam periuk pun dicekau dengan tangan. Lepas tu main ramas-ramas n campak-campak. Nampak pulak gelas nak isi air. Mintak 1 suruh letak air dia. Takmo la dia minum dalam bekas plastik.

Tahun lepas boleh la kurung dalam katil dia tu. Tahun ni mau dipanjat katil tu terjun ke bawah pulak.

Tadi akak aku call kata mak aku muntah-muntah. Dengan anak-anak dia sekali muntah-muntah. Salah makan ke hape tak tau la pulak. Kalau nak bawak pi klinik setakat yang dalam taman ni je aku larat la. Sebab kaki dah ala-ala krem melampau ni. Aku call tadi suara pun dah tak larat je bunyi.

Hmmm... kalau laki aku balik tengahari ni boleh la mintak dia tolong hantar rumah akak aku kejap.

Ok la. Mau pi tengok apa sudah jadi dengan kain baju dalam mesin. Aku mendobi tadi. Dah tak tau nak buat apa. Nampak macam mendung. Tengah memikior nak sidai ke idak...

 

Wednesday, August 3, 2011

Menghitung Hari Nak Beranak Ni

Assalamualaikum

Ye, saya masih menghitung hari. Staf aku semalam dah selamat bersalin. Dapat baby girl. Awal seminggu lebih dari due. Aku ni jugak la tercangak-cangak kat rumah.

Tekanan pulak dengar orang yang due lambat dari aku dah beranak. Semalam kawan Abang Misai punya wife pun yang due tengah bulan ni dah masuk hospital. Huhuhuu....

Semalam pun dapat jugak posa full. Tapi melepek lebih ok. Tak larat gila la. Teringin pulak nak makan KFC time posa ni. Tapi laki aku tu ingat aku main-main kot. Dia tak belikan. Huwaaaaa!!! Mencik tau.....

Tengok, cakap pasal KFC terus aku rasa lapar yang melampau.

Nak pi melupakan KFC kejap. Huhu...

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa Dari Mak Buyung Yang Belum Beranak :)

Assalamualaikum

Selamat berpuasa kawan-kawan sekelian. Mak buyung masih di sini. Dah overdue 1 hari. Huhuhu...

Hari ni aku puasa jugak. Tetiba jadi gagah perkasa ko nak puasa. Kurang sikit nak ganti kan. Tapi kita tengok la tahan tak tahan nye mak buyung ni. Muahahaha! Sekarang pun dah lapar. Baru pukul 10.

Pagi tadi checkup kat klinik. Perut sudah turun. Kepala baby sudah masuk parking kata nurse. Jadi tunggu masa je la.

Hb semua ok. Hasil makan hati lembu semalam kot. Mak mertua aku la masak. Aku tolong makan je. Ngehehehe...

Ok, mau melepak. Ni kat rumah kakak aku ni. Semalam nurse ada jugak datang rumah. Tu nanti la cerita.

Papai~~

 

Friday, July 29, 2011

Aku Belum Beranak Lagi La

Assalamualaikum

Oh, aku belum beranak la. Ramai betul orang sms tanya. Orang opis. Staf opis lama. Hehehe... Yang nyatanya aku ni masih terboyot kat rumah.

Baby pun dah makin besar gamaknya. Gerak pun tak boleh nak tendang kuat sampai senak sebab space dah kecik kot. Huhuhu....

Dok rumah menyebabkan otak aku tepu ye. Tak ada benda nak buat. Tak balik-balik hadap internet. Lepas tu kemas bilik. Sapu sampah. Bab masak tu jangan harap la. Mak mertua aku yang masak. Aku tak berani weh nak memandai masak ni. Kot tak kena selera mak mertua aku pulak ke.

Acececeh... Alasan mantap abes dah la tu. ;p


Tapi betul la. Tiap kali aku masak kalau mak mertua aku pi memana mesti sikit je yang luak. Tak kena selera diorang kot. Dah kata orang penang kan. Hari-hari tala kari tau. Baru je ni aku breakfast makan roti cicah kuah kari. Kari lagi. Ahahaha!


Aku masak semua moden-moden. Laki aku dengan mak dia tekak kampung. Ni teringin benau aku nak makan spageti masak sendiri. Tapi karang membazir je aku masak bukan laki aku nak makan pun.


Semalam pun teringin benau aku nak makan kek. Mintak kat laki aku. Dia ingat aku bergurau kot. Tak dibelinya. Sob... Sob... Kempunan mak buyung tau.


Semalam time tengah tido tetiba hujan lebat selebat lebatnya. Boleh tak si Amir Ridhwan terbangun dari tido. Dari dalam katil dia boleh lompat pi katil kitorang. Kitorang letak katil dia kat sebelah katil kitorang je. Selalu tido sekali dengan kitorang. Tapi sesekali ai nak jugak bermanja dengan hubby ai. *ayat gatal ;p*


So, kitorang letak la dia dalam katil dia. Boleh pulak dia dengar bunyi hujan lebat tu terus bangun. Amir memang takut bunyi hujan lebat n guruh. Tido peluk abah dia tak lepas ok. Abah dia bangun kejap pun dia dah tak tentu arah. Pusing cari ummi lak. Hehehe... Kelakar betul la Amir ni.


Macam kelmarin ada orang fogging kawasan rumah ni. Dia punya la takut. Abes bergayut berdukung dengan ummi. Aku nak letak dia kat bawah boleh dia sangkut kaki dia tak nak turun. Hadoiiii.... Sosak nafas ummi dia ni. Dengan perut boyot. Nak dukung budak 12 kilo sampai bunyi orang fogging tu hilang pun dia tak nak turun.


Last-last ummi surrender. Cari abah dia kat depan. Sila dukung Amir ye. Senak perut aku tau.


Mana la dia dapat genetik penakut melampau ni. Huhuhu...


p/s : Dapat sms dari staf opis lama. Sorang pegawai yang pernah keja 1 opis meninggal accident pagi tadi kat Kuantan. Al-fatihah untuk arwah.

Tuesday, July 26, 2011

Air Apa Ek?

Assalamualaikum

Sedang menganga di rumah. Amir macam biasa la. Pos ke rumah toksu dia. Ummi tak larat hooo... Dia kat rumah ni kan 'rajin' sangat mengemas. Bila ummi dah susun dia saje je teraburkan balik sambil gelak-gelak. Lepas tu lari. Tau la tu ummi nak jadi tarzan.

Dok basuh baju. Ada lagi 1 round. Sebab dah penuh sebakul kan. Laki aku kata kalau tak larat tak payah basuh. Tapi semak la pulak mata memandang. Basuh je la.

Pagi tadi kan dalam pukul 6 gitu baju kelawar aku basah ok. Aku tak sure la air apa. Takkan ketuban kot. Sebab tak ada pun mengalir ke apa lepas tu. Dia basah sekali tu je. Nak kata terkencing tak ada la pulak. Basah tu time aku baru tukar pampers Amir. Maknanya aku sedar la. Kalau kencing mesti rasa nak kencing kan. Musykil ni tau. Discharge ke? Melampau sangat la pulak sampai basah gitu. Huhuhuhu....

Ok la. Nak sudahkan basuh kain. Baju Amir nak kena sidai. Turn baju ummi dengan abah pulak masuk mesin.

Monday, July 25, 2011

Klinik Lagi

Assalamualaikum

Saya mau ke klinik pagi ni. Bukan sebab baby nak kuar. Kena check darah. Hb aku kan sesuki hati nak turun naik.

Ok, kalau aku rajin aku update la.

Tekak teringin makan spageti la pulak kan. Wuwuwuwuwu...

Thursday, July 21, 2011

Result MGTT Ok Je

Laki aku keluar pi mana tah. Hari ni dia keja malam. Semalam pun keja malam. Aku pun tak faham jadual dia. Amir tengah main kat luar dengan sepupu dia.

Time menaip ni aku tengah menggeliat-geliat tahan sakit. Baby mengeras dalam perut. Adoi laaaaa.... Tu baru sikit. Kena time betul-betul nak beranak sok. Huhuhu... Tak dapat dibayangkan lor... Sedangkan time Amir pun aku dah berkeluh kesah sampai kena marah dengan misi kan. Huwaaaa... Tetiba seriau nak beranak.

Pagi tadi berdating berdua dengan laki aku. Hehehe... Lama gila kot tak keluar berdua. Dia nak cari printer. Saje survey-survey. Ada pulak nak cari printer yang ada ink hitam je. Aku rasa tu zaman tok kadok dulu ada la. Tadi pun setiap kedai dok geleng kepala je.

Pukul 2 tadi aku pi klinik. Amik result MGTT yang kena repeat tu. Ok je result. Sebelum minum 3.8 kot. Lepas 2 jam 5.7 je. Ok la tu kan. Lebih kurang result yang 1st test. Jadi aku tak faham motif doktor suruh aku repeat lagi test tu. Dia suruh aku repeat lagi sekali memang aku suruh dia je minum. Ingat sedap ke? Berpusing kepala aku tahan dari muntah tau.

Ok la. Mau relax-relax. Macam kan tak pernah relax. Hahaha! Nak pi tengok Amir main kat luar.



Tuesday, July 19, 2011

Pening Kan Minum Air Manis

Yaaaa... sudah pulang dari klinik. Sengal dedua belah tangan tau. Dah kalau minum air gula dedua mesti kena cucuk amik darah punya. Sebelah sebelum minum. Sebelah lagi lepas 2 jam minum. Nurse tu pun sampai dah kenal muka aku ni.

Pelik gak la sebab selang 2 minggu aku kena repeat MGTT test tu. Dia kata maybe sebab ketuban aku banyak tu yang doc suruh repeat. Apa-apa je la. Pening berdesing kepala aku lepas minum air tu tadi. Nak termuntah pun tahan je. Kalau tak ada yang merasa minum air gula kali ketiga. Nehi!!!!

Borak-borak dengan sorang akak kat klinik tadi. Dia pun kena minum air gula gak. Akak tu dah 40an tapi nampak muda je. Anak sulung pun umur dah 23. Dia cerita la dia ingat memula dia nak menopause. Sekali check pregnant laaa.... Hahahaha! Anak sulung dengan anak bongsu dah macam anak dengan mak la gitu beza umur kan.

Tadi amik darah dengan banyaknya ye. 3 tabung uji tu. 1 lagi tu sebab diorang kata result aku check darah kat klinik Shah Alam dulu takde. Motif???? Mengabihkan darah aku je tau. Nasib baik hb ok. Kalau tak mesti pot pet la nurse tu.

Lusa pi amik result MGTT. Tulat kena pi hospital pulak. Scan. Nak tengok baby semua macam mana. 25hb kalau tak beranak lagi amik darah lagi. Huhuhu... Pengsan!!!!

Aku kat rumah kakak aku ni. Dah makan. Dah minum. Aku nak tido. Hehehehe... Buruk tak perangai. Amir tak ada. Pagi-pagi abah dia dah hantar pi rumah toksu dia. Sebab ummi nak ke klinik. Dia kalau ummi ada perangai memang lemak berkrim. Main baling-baling je barang kat ummi. Ummi marah pun dia gelak je.

Petang karang suruh abah dia jugak amik. Ummi nak rehat hari. Ecewah...

Oh, semalam celebrate birthday abah aku. Nanti la cerita. Aku nak tido jap. Huahuahauaha! Papai sume. Jangan jeles. ;p

Nak Pi Klinik Minum Air Manis Lagi

Assalamualaikum

Awal aku online hari ni kan. Sementara nak ke klinik jap lagi. Ai kan dah mula bercuti. Hehehe...

Nak pi klinik minum air gula lagi. Tak suke okeh. Result dah ok tapi kena repeat. Tak puas ati betul aku. Apekah???

Ni tetiba pulak sakit perut. Rasa nak berak. Ahahaha... Pi berak dulu la. Koser sangat aku nak melabur kat toilet klinik tu. Karang orang lain pun nak guna toilet jugak.

Ok, kalau aku rajin aku sambung. Papai!

 

Tuesday, July 12, 2011

Baby Dah Ok

Assalamualaikum

Aku kat opis. Semalam pi checkup kat hospital. Pasal baby breech tu. N baby sudah pun berpusing ke kedudukan yang betul. Aku rasa sehari sebelum aku pi checkup sebab malam tu elok lagi dia dok tendang kat bawah.

Jadi baby, sila pastikan kedudukan anda telah tetap. Kemungkinan untuk berpusing tu doktor kata ada lagi since ketuban adelah banyak. N baby pun tak engage lagi. Masih floating atas reason yang sama. 22hb ni kalau aku tak beranak lagi kena scan lagi tengok balik baby macam mana. Sebab ketuban banyak kan. Doktor takut baby tak jumpa jalan n floating sepanjang masa. Dah la tu kena repeat MGTT lagi. Huwarrggghhh!!!

Test hari tu ok je result dia. Aku pun tak tau apesal doktor suruh repeat test lagi. Aku rasa macam nak terbeliak mata nak ngabeskan 1 mug air gula tu. Ni nak kena minum lagi. Lepas tu nak kena cucuk tangan amik darah lagi. Tak sukeeeee!!!!

Selagi aku tak beranak banyak kali la aku kena pi klinik-klinik yang ada. Next week je sampai berapa kali appointment. Nasib la dah start cuti senah. Kot tak berbulu la timbalan aku pasal aku asek tak ada je.

Ok, aku nak dok buat keja. Papai!

Friday, July 8, 2011

Lupa Semalam Tarikh Aku Bertunang

Assalamualaikum

Rasa pelik-pelik je pagi ni. Bila tengok tarikh entry kawan-kawan semalam baru aku teringat. Hari ni anniversary aku bertunang. Huhuhu....

Boleh pulak lupa ek. Memang la banyak wayar dah short kat kepala ni.

Dah la semalam cuti. Tak pi mana-mana pun. Dok rumah. Mendobi. Bergaduh dengan Amir. Budak bertuah tu kan susah betul tau nak tidokan tengahari kalau dengan ummi. Dia cucuk-cucuk muka ummi. Cucuk perut. Cubit pipi. Tarik hidung. Ummi dia dah ngantuk dia pulak tak nak tido. Aku bengang tepuk-tepuk tangan dia sebab sakit kena cucuk kat muka bukan dia nangis. Dia gelak mengekek. Padahal ummi dah hangen 1 badan.

Lepas tu abah dia la take over. Koser sangat aku nak layan dia cucuk-cucuk muka aku ni. Karang aku tukar jadi hulk ada yang melalak kena tibai dengan aku. Abah dia letak dalam buaian. Dia melalak-lalak. Nak main. Tapi lepas tu tertido jugak. Terlebih gula kot aktif semacam.

Semalam Penang cuti sempena pengisytiharan ulang tahun tapak warisan dunia. Hari ni ramai la kat opis ni sambung cuti. Cuti tersepit katanya. Hahaha! Aku je rajin terlebih. Laki aku dah tanya aku tak cuti ke sebab dia pun malas nak pi keja.

Next week ada appointment dengan pakar lagi. Nak tengok baby macam mana. Still songsang or dah pusing balik. Cuti la 11hb tu. Hehehe... Mintak MC je. Confirm lambat abes punya la.

18hb dah start cuti. Saje amik cuti awal. Tak larat nak ulang alik pi keja jejauh. Ngehngehngeh... Itu pun kalau tak terberanak lagi la. Dibuatnya terberanak awal kira dah amik cuti bersalin terus la.

Ok, aku nak relaks-relaks jap sebelum cari data kat library. Tetiba pulak ada surat sampai mintak data pasal belia.

Tata~~

Tuesday, July 5, 2011

Sakit Bila Kena Tendangan Padu.... Uuuu....

Baru lepas makan. Tapi main telan-telan je. Sebab sakit macam terberanak rasanya time makan tadi. Baby kan kaki kat bawah. Bila dia tendang memang syahdu la ummi dia dok tahan.

Nak jalan pun dah tak larat. Semalam nak tido pun tak lena sangat. Pinggang sakit gila. Nak berkalih tido tu hadoi la.... Tengok Amir baik punya tergolek sebelah ummi. Kejap-kejap karang kaki naik atas perut la. Tangan dok peluk ummi la.

Dah pandai budak bertuah tu. Letak dalam katil dia dalam pukul 3 pagi bangun panjat katil menggagau landing sebelah ummi. Semalam pulak abah dia kena keja sampai pagi lagi la seronok dia melanding atas katil luas tu. Kalau dalam katil dia asek berlaga je dengan penghadang kayu tu.

Ingat nak mc hari ni. Tapi petang sat lagi ada meeting. Esok pagi petang meeting. Tsk... Tsk....

Serius la dah tak larat gila. Oh, test air gula aku normal result dia. Tak ada kencing manis pun. Tak memasal je minum air manis tu. Wuwuwu....

Baby Masih Breech

Assalamualaikum

Kat opis. Pagi tadi nyaris sangat la aku pi keja sendiri. Sebab Abang Misai semalam kena keja 24 hours. Baru pagi tadi balik.

Pasal apa aku kata nyaris? Pasal aku dah hantar Amir pi rumah tok su. Tetiba tengah on da way laki aku call tanya aku kat mana. Suruh aku balik rumah balik lepas hantar Amir.

Dan hasil daripada patah balik rumah adelah kemerahan punch card. Ciskek betul. Lambat 1 minit aje. Jammed gila kat jambatan sebab ramai nak masuk susur ke bayan lepas tu.

Semalam checkup. Sebenarnya check darah je. Hb turun balik. Tekanan perasaan betul la. Kerang dah makan. Bayam dah makan. Hari-hari kat opis ni aku telan bayam. Dah macam popeye. Dah alang-alang check darah klinik desa yang selalu aku pi tu suruh aku pi check perut sekali. Baby masih kepala kat atas.

Heartbeat baby semalam betul-betul kat pusat aku je. Hahaha! Nurse tu kata confirm la kepala baby kat atas. Lagi pulak dia menendang memang rasa kat bawah je. Atas ni tak rasa apa. Ada tak ada pagi tadi aku rasa gerak-gerak kat atas ni. Tapi maybe tangan baby la. Sebab ni dah rasa dia tendang kat bawah balik. Huhuhu....

Korang rasa ada harapan lagi tak baby nak buat sommersault berputar dalam tu? 11hb ni ada checkup pakar lagi sekali. Kalau tak pusing kalu baru diorang decide 11hb tu.

Friday, July 1, 2011

Next Week Banyak Meeting

Assalamualaikum

Hari ni pepagi aku dah turun cafe. Cari kuih. Selalu aku makan biskut. Tapi stok biskut dalam bilik dah abes. Lupa nak topup. Dah la perut makin maju ke depan ni. Sangat malas mau berjalan hoh. Aku rasa macam nak merangkak je sebab penat sangat. Melampau pemalas kan.

Tengok la esok lusa pi cari biskut. Ada lagi barang nak pi hospital yang nak dibeli.

Next week checkup lagi. Aku tengah confuse dengan adik Amir ni. Kejap karang dia menendang kat atas. Tapi selalunya tak sampai sehari je la aku rasa dia tendang kat atas. Petang tu elok la dia tendang balik kat bawah. Perlu ke berpusing dengan sesuka hati?

Next week jugak adelah banyak meeting. Meeting berderet. Nyampah pulak aku. 7hb pulak Penang cuti. Eh, rasa nak amik cuti la 8hb tu. Kan hari Jumaat. Cuti tersepit kata orang. Muahahaha! Staf aku pun ramai yang cuti. Dah la 11hb tu ada checkup dengan pakar pulak. Aci tak? Mesti timbalan aku membebel tarik-tarik muka kan. Ada aku kesah?

Ok la. Aku nak relax-relax kan tulang belakang jap. Sakit betul sekarang ni. Nak tido pun asek la terbangun. Tengok laki aku tido syok je. Jeles tau tak.

Babai!

Tuesday, June 28, 2011

Sudah Minum Air Gula

Assalamualaikum

Kat rumah ni. Jangan jeles. Muekekeke!

Baru lepas minum air gula. Rasa nak termuntah je. Tapi nurse dah pesan. Jangan makan, jangan minum, jangan muntah. Hukhukhuk... 

Kejap lagi pukul 10.35 kena datang lain. Malas aku nak tunggu lama-lama kat klinik. Kita balik dulu. Amir pun sibuk ikut sekali tadi.

Abang Misai tido. Malam tadi dia kena pi operasi. Pukul 5 lebih pagi tadi baru balik. Harap la nak menghantar aku. Pi sendiri je la.

Ok, mau berelaks-relaks sementara tunggu pukul 10. Tetiba rasa nak terberak. Huhuhuhu...

Monday, June 27, 2011

Barang Dah Kemas

Assalamualaikum

Isnin datang lagi. Rasa macam nak padam je hari Isnin dari kalendar kan. Sebab malas betul nak keja. Miahahaha!

Aku ni biasa la. Bila dah start hari keja je mula la sakit kepala. Automatik betul kepala ni. Hari cuti bukan main seronok lagi berjimba-jimba ek.

Weekend aku macam biasa je. Hari Sabtu adelah hari mendobi sedunia. 4 kali round basuh baju. Kerana saya tiada mesin auto ye. Sambil-sambil mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah. Tukar cadar yang si Amir dok kencingkan.

Nak harap Abang Misai. Dia bab lain rajin. Cuci akuarium ikan rajin. Basuh baju rajin. Tapi sejak aku balik kampung ni dia jarang sangat dah basuh baju. Basuh pinggan kalau mood rajin dia datang la. Tapi tukar cadar memang berzaman. Time aku dok Shah Alam dulu selagi aku tak balik kampung memang tak bertukar la cadar. Kalau rendam dalam sungai boleh timbul semua ikan. Tak payah susah-susah nak tuba. Hahahaha!

Barang baby dah almost complete. Semalam pi Tesco *aku boleh jadi duta Tesco dah* tengok baju tapi macam takde pulak yang berkenan. Pakai la baju Abang Amir dulu ye dik.

Towel baby pun abes. Pun pinjam towel Abang Amir la. Gila ramai manusia ke Tesco semalam. Nak kata ada sale aku tengok biasa je. Parking yang tak pernah sampai hujung tu pun boleh penuh.

So, barang baby n ummi dah packing. Baby still aku rasa kaki kat bawah sebab bila dia tendang adelah senak pundi kencing aku. Sakit ok. Kalau kaki kat atas rasa dia tendang kat belah atas. Ni tak.

Baby, pusing la ye. Apa ke seronok sangat kamu berpusing-pusing ke pening dok kepala kat bawah kaki kat atas?

Ok la. Aku nak tengok report sat. Rabu ni ada meeting. Aku kan kena bentang sikit. Kena la kasi faham even tak faham pun. Nampak la confident sikit depan anak buah. Huhuhu...

Kalau bosan-bosan aku update ye.

Friday, June 24, 2011

Baby Breech La Pulokkkkkkk

Assalamualaikum

Keserabutan di hari Jumaat. Dari semalam lagi aku dah serabut padahal semalam MC. Ye, dapat MC hospital gomen. Sila la kagum. Bukan senang nak dapat. Pernah aku pi sebab demam diorang boleh tak bagi sebab dia kata elok je boleh jalan lagi. Gilo betui.

Dah lebih 4 jam semalam kot aku tertonggok kat klinik gynae tu. Datang pukul 8.30 sebab appointment kata pukul 8.30. Pukul 10.30 baru nak amik urine. Lepas setengah jam baru amik berat. Apekah???

Apa aku buat kat klinik gynae? Aku kena refer ke pakar. Memula pasal kes bersalinkan Amir. Aku kan kena cser. So, untuk tengok condition adik Amir ni boleh ke tak nak normal kena la jumpa pakar dulu. Kelmarin dah pi klinik kesihatan untuk scan. Sekali adik Amir breech la pulokkkkk.....

Kepala kat atas kaki kat bawah. Dalam ertikata lain songsang. Hadussss..... Hari tu masa scan nak tengok jantina elok je kepala dia terletak kat bawah tu.

Dah tambah lagi 1 sebab kenapa kena jumpa pakar. Termasuk la anemia. Isk.... Pi klinik kesihatan tu ingat amik darah yang secoet kena cucuk kat jari tu. Tidak rupanya. Amik 1 tabung uji tu haaa.... Kering darah aku. Huhuhu... Lagi 2 minggu check darah lagi.

Kena seluk sekali semalam. Doc nak check boleh ke tak kalau nak bersalin normal. Jalan ok je. Tapi kalau dah baby breech guano nak bersalin normal? Lagi sekali doc pakar scan semalam. Baby still kepala kat atas kaki kat bawah. Check pulak ketuban. Hamik ko! Ketuban terlebih kata doc. Sebab tu baby berpusing-pusing dengan senang hati.

Dah kena buat test air gula. Doc suspek aku ada diabetis time pregnant. Sebab tu ketuban terlebih. Dah hujung-hujung ni baru nak suruh minum air gula. Dah la aku tak pernah buat test tu. Manis kaw-kaw punye kan air tu. Tapi setakat hari ni aku belum buat lagi. Nak tanya dulu klinik desa ada buat tak. Kalau tak kena buat kat klinik kesihatan la.

Masa kat klinik semalam call la timbalan aku. Cakap aku tak dapat masuk opis. Maybe kena EL. Dia kata kalau tak cukup 4 jam checkup aku still kena masuk opis. Tak bagi tu aku nak EL. Macam kan kat opis tu ada keja berlambak. Hari-hari setakat ni aku dok nganga je kat meja aku. Ingat opis dengan hospital ni sebelah menyebelah kot. Kalau lebih 4 jam suruh aku mintak MC or apa-apa bukti aku pi hospital. Meh aku bagi buku merah aku ni. Segala bukti ada. Punya la tak bagi aku EL. Padahal cuti aku berlonggok-longgok.

Ni lagi 2 minggu nak kena pi jumpa pakar balik. Tengok baby pusing ke tak. Kalau still kepala kat atas baru la doc buat keputusan. Aku pun tak tau la apa keputusan yang diorang nak buat. Aku baca biasa diorang bagi 2 pilihan. 1st, diorang try pusingkan baby, kira macam bidan la urut-urut kasi baby pusing. Or, 2nd kasi belah sama itu perut.

Aku macam seriau la nak urut-urut ni.

Siapa pernah urut baby kasi pusing?

Wednesday, June 22, 2011

Semua Bos Pun Takde

Aku nak mintak time off petang ni. Tapi hampeh sorang bos pun takde. Bos kecik ke, besar ke semua tah ke mana-mana.

Timbalan ada taklimat. Aku call tak berjawab. Aku sms pun tak berjawab jugak. Bos kecik ke opis 1 lagi. Haiyoooohhhh....

Aku call admin tanya macam mana dia kata pi je la kalau dah inform. Ok, aku boleh je nak pi. Tapi karang bingit lagi la telinga aku dengan bebelan kan. Hari tu EL dah kena bebel. Tapi ni aku dah inform dah.

Aku tak kira. Pukul 12 lebih sat lagi aku cabut jugak. Nak tunggu timbalan abes taklimat ntah pukul berapa la tu. Tekanan sungguh tau.