SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, November 13, 2017

Pening Setiap Kali Lepas Minum Kopi

Ok, dulu masa kecik mama selalu buat nescafe. N itu salah satu minuman feveret aku la. Nescafe O. Aku tak suka sangat air yang campur susu. Hahaha! Kalau pi kedai memang air O. Sirap, teh O gitu la. Teh susu, milo jarang la aku order. Tak tau la nape. Rasa macam tak puas gitu minum air yang campur susu ni. Tapi air susu tu aku minum je.

So, lepas pindah ke Penang mama dah tak buat air nescafe. Selera mama dah berubah minum milo, vico ovaltine. So memang dah lama la aku tak minum nescafe or kopi.

Sekarang aku ada masalah nak minum kopi. Bila aku teringin sangat nak minum aku buat je lepas tu aku sakit kepala lepas minum. Tak kira la nescafe 3 in 1 ke, LA coffee ke, kopi O bancuh bila meeting opis ke. Ni aku baru lepas minum Pak Hailam White Coffee. Minum pukul 9.30 pagi sampai sekarang kepala aku dok berdenyut nyut nyut.

Apa masalah aku dengan kopi sebenarnya. Huhuhu...

Bila teringin je nak minum lepas tu sakit kepala. Nightmare sangat la wei. Adekah aku intolerant terhadap kafein. Ada ke kopi yang tak menyebabkan sakit kepala. Bila aku gugel mostly kata withdrawal symptom. Withdrawal apa benda dah lama gila aku tak minum. Sebulan sekali pun belum tentu aku minum kopi tau. Dia punya teringin tu umpama 3 bulan ada la sekali. 

Korang ada petua tak?

 

Tuesday, November 7, 2017

Tarzan dan Banjir

Pagi ni aku jadi tarzan dengan budak debab Amirah Raihanah. Budak bertuah ni ada 1 pe'el susah nak bangun pagi, susah nak mandi. Kalau dah masuk bilik air dia boleh keluar balik lepas 10 minit badan tak basah langsung. Tetiba cakap,

"Nak Ummi mandikan"

T_____T

Ummi dia ni dah la pagi-pagi mengejar masa. Lambat sikit jem macam hape dah. Kena pulak sekarang Penang dok banjir. Hiway BKE-BORR depa tutup pasal air dok bertakung dah jadi kolam renang olimpik. So, semua kena lalu jalan atas. Maka sangkut la kejap dalam jem pagi tadi.

Disebabkan stress pagi ni aku macam coklat sebungkus. Hohohoiiiiiii la. Macam mana nak kuruih gini. Badan dah macam dipam-pam dah ni. Zumba pun dah lama tak buat pasal tv rosak. Nak berzumba kat ruang tamu karang mak mertua terkejut pulak tengok menantu dok terkinja-kinja. Huhuhu...

Oh, Penang dah tak hujan lebat sangat 2 hari ni. Tapi still ada certain tempat yang air tak surut lagi. Kesian sungguh kat orang tua n budak-budak. Mesti sejuk malam-malam. Aku sendiri tak tahan sejuk sampai sakit lutut tengah-tengah malam.

Semoga warga Penang kuat menghadapi ujian ni.

#PrayForPenang