SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Amir Sayang. Show all posts
Showing posts with label Amir Sayang. Show all posts

Wednesday, May 2, 2018

Hari Sukan Sekolah Amir n Mira Yang Separuh Jalan

Sekolah Amir buat hari sukan hari Isnin lepas, 30 haribulan. Gigih la Umi depa ni amik cuti. Ye la, nak tengok anak bersukan. Kena pulak Amir masuk 4 acara. Semua larian. Hoihhh... Atlet sangat anak aku kan. Semua acara larian hang sapu.

So, seawal subuh di hari Isnin aku dah bangun mandi siap buatkan milo n suruh Amir makan nasik lagi. Tetiba jadi umi penyayang. Sebelum ni kalau mengamuk kalah mak tiri. Hahahaha! Dah katanya nak berlari harus la ada tenaga. Bagi minum milo agar anda jadi sihat dan kuat! Aku tak anti milo macam yang viral resdung salahkan milo tu ye. Aku masih berpijak di bumi nyata. Sental milo macam makan nasik dah sakit salahkan milo. Ape daaa.

Elok aje Amir nak pi sekolah hujan pun turun. Takpe la, maybe sekejap je kot (hati aku berkata-kata). Amir pi sekolah naik van. Mira debab yang dah tak debab tak ikut pasal cikgu depa kata darjah 1 dengan darjah 2 tak payah mai. Siapa mai cikgu nak ikat (boleh macam tu?). Patut la beria aku ajak Mira tengok abang dia berlari dia takmau. Takut dengan cikgu lagi banyak dari takut Umi dia. 😑

So, sementara tunggu hujan turun aku duduk la dekat rumah. Tengok jam pukul 8, hujan tak berenti lagi. Pukul 9, eh lebat lagi. Pukul 10, bila hujan nak berenti ni senah. Pukul 11 nampak macam dah renyai-renyai. Aku haruk je la. Lagi pun naik kereta kan. Dalam kereta ada payung. Gigih la sampai sekolah pukul 11 tu tengok bebudak buat persembahan perbarisan kat kantin je nok. Huk aloh. Nampak la anak aku dengan gembiranya main jalan-jalan kat padang yang bertakung air lecak tu. 😤

Habis je persembahan perbarisan terus dengar announcement cikgu acara larian ditunda ke hari Jumaat sebab padang becak n licin n hujan pun tak berenti lagi. Adui laaaa... Kegigihan omak amik cuti ni macam mana pulak. Apak depa tak mai tengok pun. Pukul 12 baru balik rumah dari keja malam sebelum tu.

Amir nak suruh aku mai tengok dia Jumaat ni. Tak dapat la nak amik cuti lagi nak oiii... Bos jeling je karang. Kesian Amir. Harapnya laki akak dapat la pi tengok anak dia berlari. Ni la lagi kuat rasa nak berenti je keja dok jaga anak kat rumah ni. 😭😭😭

Wednesday, January 20, 2016

Rajin Berbento

Aku kekaguman tengok mak-mak yang buat bento kat anak yang cantik-cantik. Siap ada muka bagai. Mata la. Aku? Idok le menyempatnya nak kelebet semua tu weh.

Tapi since Amir masuk sekolah belum lagi la aku miss buatkan bekal tu. Amir pulak jenis tak makan nasik pagi-pagi. Dia nak roti je. Nasi goreng pun tak makan. Ntah sejak bila tak makan nasi goreng aku pun tak tau. Dulu selalu nau suh masak. Sekarang nak tengok pun tak nak.

Jadinya bekalan roti gardenia perlu selalu ada kat rumah. Selalu aku buatkan burger, roti telur. Kadang-kadang nugget n fries. Nugget kat sekolah seketul 60 sen ok. Baik la aku goreng sendiri.

Pagi tadi gigih Kak Mot korang masak pizza. Pizza roti gardenia nama dia. Hahaha... Aku igt nak menguli. Tapi terbangun pukul 4.45 celah mana sempatnya. Sat lagi tak pi keja pulak. 6.30 memang dah kena kuar pi keja atau selamat la punch card merah kan.

Ada pulak nasik lebih meh la masak nasik goreng. Untuk bekalan diri sendiri.


Langkah penjimatan jugak la bila Amir masuk sekolah kan. Dengan ummi dia sekali bawak bekal. Hahahaha!

Memang kena berjimat pun sekarang. Bajet ofis kena potong kaw-kaw. Lebih 70%. Tak mau cakap banyak-banyak sangat. Karang kena surat tunjuk sebab mati la nak. Huhu..

Berbento la Kak Mot setiap hari lepas ni. Or puasa je. Baguih la. Kuruih sikit. Sekarang pun dah mendebab. Kain baju kurung pun dah sendat-sendat.

Nak kuruihhhhhh....
 

Friday, January 8, 2016

2016.. Anak Dah Darjah 1

Dah tahun baru 2016. Apa azam tahun baru kome? Aku? Nak kurus tu adelah azam dari tahun 2011 lepas beranakkan dak debab lagi. Hahahaha! Masih top list tu. Sebab aku bukan makin kuruih. Makin bulat pulaknya. Makan apa pun tak tau. Hahahaha!

Lain-lain punya azam? Nanti la fikir. Aku busy sampai tak terfikir nak listkan azam apa. Asalkan apa yang aku nak buat berjaya Alhamdulillah la tu.

Busy la pasal tahun ni Amir masuk sekolah. Kelam kabut hoih siapkan barang dia. Dok pikir macam mana nak sekolah agama. Dia nak pi sekolah macam mana. Stress tau. Sebab laki bini dedua keja jauh dari rumah. Rasa nak berenti keja je aku bila fikir.

Dah la hari first sekolah time balik tu Amir hilang. Aku suruh tunggu dengan sepupu dia Fik n Yana. Tunggu aku datang amik. DIa pi ikut cakap sepupu dia lagi sorang si Tina. Pi naik van. Macam nak luruh jantung tau cari dia tak jumpa kat sekolah. Nasib la sekolah transit dia call tanya. Rupanya dia turun sana. Tak sempat marah dah melalak dulu. Huhu... 

Aku memang nak berbisnes la. Kalau dah mantap memang aku nak berenti keja. Rezeki ada di mana-mana kan. Daripada aku stress kat opis kena dengan bos, stress pikior anak-anak lagi. Baik la aku stress dengan anak-anak je. Stress banyak lama-lama sakit. Siapa yang susah. Bos bukan amik kisah pun.

Dah, get ready nak balik. Gambar Amir pi sekolah ada kat fb n ig. Aku malas nak cari dalam henpon nak tepek sini. Ada benda nak siapkan.

K, Bai.
 

Friday, June 19, 2015

1st Day Puasa - Jalan Jem

Pagi ni sampai sakit perut aku tahan nak terkucil. Sepanjang jambatan mana ada jamban. Nak stop stesen minyak malas. Tahan la sampai ke opis. Nasib tak terkucil dalam kereta. Ngahahaha!

Semalam berbuka apa korang? Aku balik keja semalam sampai rumah pun dah pukul 7. Jadi tak ada la aku nak masak. Makan aje la apa mak mertua masak. Jalan jemmmmm hoiihhhh... Atas jambatan boleh la pulak ada lori kontena rosak kat lane kanan kan. Time orang balik keja time tu la ko nak lalu kan lori kan...

Jalan nak balik rumah pun jem jugak senah oiii... Sebab jalan yang aku lalu tu diorang memang tetiap tahun buat pasar ramadhan dekat tepi tu. Orang Kubang Semang tau la, pasar parit busuk. Hahahaha! Jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu. Maybe sebab parit tu busuk la kot.

Jem tak bergerak wei... Aku patah balik lalu highway BKE lepas tu ikut jalan kampung balik rumah. Merentas desa aku dengan kereta. Dah la jalan kampung tu sempit. Kalau ada kereta nak pi opposite direction jenuh la nak bagi laluan. Dengan kakak aku pi bawak balik durian pulak. Pening ahkak tau time-time posa dok hirup bau durian dalam kereta.

Berbuka makan kari ikan n sayur campur. Amir puasa sekerat hari aje. Hehehehe.. Dia cakap dia sakit perut lapar. So, cikgu bagi la makan. Hana pulak dia kata dia puasa. Konfiden aje minah tu tau. Bila aku tanya kat rumah mak makan tak. Dia kata dia makan. Hahahaha! Tapi tetap kata dia puasa. Dia la jugak yang paling last abes makan time berbuka. Dok gentel ulam pucuk kadok. Makan ulam anak dara ni. Terkejut ummi hang ni. Selalu tak nak makan sayur. Tapi ulam tu mak mertua aku dah celur la. Agaknya lembut so tak terasa sangat la, tu yang dia suka nak makan.

Sahur pagi tadi pun aku goreng telur dadar je. Makan dengan nasi n sayur campur. Minum horlick. Amir n Hana tak mau bangun dah. Wahahaha! Tak puasa la budak-budak bertuah tu hari ni. Macam la semalam diorang puasa kan. Aku rasa tetiap hari nak makan telur dadar aje la. Macam tak ada selera sangat nak makan macam-macam.

Cuma aku nak cari ayam percik. Nak ayam percik... Nak ayam percik... Nak suruh Abang Misai belikan. Dia tu kalau bini dia ni mintak time aku dah tak teringin nak makan baru la nampak makanan tu. Huhu..

Ok, selamat berbuka petang sat lagi.

 

Monday, January 5, 2015

Cuti... Amir Nak Sekolah Dah

Selamat Tahun Baru 2015 uols. Tak lambat lagi kan sebab still bulan Januari. Hahaha!

Aku cuti hari ni. Cuti sebab hantar Amir pi transit kat sekolah dia. Sekolah tak start lagi. Tapi sebab aku bayar untuk transit sekali sampai petang maka perlu la hantar. Rugi duit apak ko bayar transit tapi tak pi. Nak biasakan dia jugak sebelum sekolah bukak. Karang sekolah dah bukak baru nak hantar ada harapan melalak pulak mamat hati tisu tu.

Masa hantar tadi dia terus menonong je masuk dalam sekolah. Amboi anak aku. Tak nangis pulak. Siap cikgu panggil suruh salam ummi dia ni dulu. Hope ok la anak bujang aku tu. Omak dia lak yang over kan. Huhuhu! Padahal masa aku kecik dulu pun abah aku buat hati kering tinggal je aku kat sekolah. Terkebil je la aku tengok kawan-kawan lain mak pak siap tunggu.

Budak Hana tak mau masuk sekolah lagi. Tadi masa hantar abang dia pun dia menyorok belakang aku. Ceh... Dengan aku kemain garang. Penakut rupanya. Tak tahan weh perangai minah sorang ni. Dia boleh melalak semalam masa pi keluar beli barang sebab nak makan KFC. Aku malas nak layan pasal dia sepuk muka aku sebab mengamuk. Sampai balik rumah la nangis jerit-jerit. Sabooooo je tau tak. Ntah macam mana la kalau dia pi sekolah. Garang bebenor.

Aku cuti ni pun macam tak cuti sebenarnya. Pagi-pagi buta ada report nak kena hantar kat pusat latihan. Sebelum 10 pagi pulak tu. Nasib la dah ada semua. Tinggal nak emel je. Siapkan laporan pulak lagi. Laporan dah naik berkulat aku peram. Pun baru emel tadi kat bos. Ni tengah pikir nak buat apa ni. Tunggu ada orang nak datang pasang ape tah kat rumah. Laki aku suruh tunggu. Ingat nak pi pejabat pos check ASB. Hehehe...

So kiranya aku hari ni work from home la. Bila la kerajaan Malaysia ni nak apply work from home ni. Aku orang pertama gedik nak buat. ;p

Ok. Nak makan. Lapar. Tadi minum air pelawas aje.

Bye

 

Tuesday, April 29, 2014

Sirih, Belimbing, Aidido

Semalam aku amik Amir n Hana dari rumah Toksu diorang. Tengok Amir bawak beg plastik ada daun.

'Apa tu Amir?'

Toksu dia jawab la tu daun sirih. Amir cakap tok mintak. Aku macam confuse, bila pulak la mak mertua aku mintak sirih ni.

Drive sampai rumah parent aku tetiba aku teringat mak mertua aku berborak dengan Amir dalam bilik malam kelmarin. 

'Nanti pi rumah mak *mak tu toksu dia la* mintak belimbing. Yang masam-masam tu. Belimbing buluh.'

Terus aku gelak keluar-keluar air mata ni. Mak mertua aku pesan belimbing. Ni apa pulak sirih dia bawak balik ni. Hahahahaha! Tapi aku gelak sorang-sorang je la. Huhuhu...

Wassap laki aku confirmkan balik. Mak mintak belimbing ke? Laki aku cakap ye la. Kalau ada. Aku bagitau Amir bawak balik sirih. Mesti laki aku gelak sorang-sorang kat opis.

Sampai je rumah Amir bagi sirih mak mertua aku terkebil-kebil.

'Ni apa?'

'Tok suruh Amir mintak sirih. Ni sirih la.'

Selamba je jawab tu. Hahahaha!

Nak buat apa la dengan sirih kat rumah tu. Hari ni aku la tolong sampaikan pesan kat Toksu Amir. Mak nak belimbing. Hehehehe... Amir sengih-sengih je.

Yang Hana pulak sekarang asek nak tengok cerita Frozen. Lepas tu nyanyi....

'Aidido... Aidido...'

Siapa dapat teka lagu apa? Hahaha!

 

Tuesday, February 4, 2014

Bila Amir Berbicara....

Ahad lepas bawak Amir n Hana ikut aku buat keja luar. Abang Misai drebar la. Aku mem besar kat sebelah. Hahaha!

Sampai lampu isyarat. Sebagai seorang typical meleis laki aku nampak lampu kuning dia pun pecut sepenuh hati. Bukan bersedia untuk berhenti ye. Aku je yang selalu berhenti time lampu kuning.

Amir pun bising kat abah dia.

'Abah potong lampu isyarat!'

Tengok, budak 4 tahun lebih pun tau abah dia buat salah. Aku dengar ayat Amir yang pelik cakap dengan Amir,

'Bukan potong la Amir. Langgar...'

'Awat langgaq pulak. Langgaq jatuh la lampu isyarat tu.'

Ok.... Amir menang. Hahahahaha! Aku dengan Abang Misai tergelak-gelak dalam kereta. Ades la Amir.

 

 

Wednesday, December 4, 2013

Musim Batuk dan Selsema

Assalamualaikum

Baru dapat update. 2 hari aku cuti lepas balik dari Kelantan. Ikutkan cuti hari Isnin je. Lajak ke Selasa sebab Amir muntah-muntah.

Aku balik dari Kelantan tu Amir batuk-batuk. Asal nak tido malam je batuk macam nak tercabut anak tekak. Sapu vicks pun tak jalan. Isnin tu bawak ke klinik. Malam Isnin lagi menjadi batuk lepas makan ubat. Pakej sekali dengan muntah.

Muntah selambak pulak tu. Segala yang dia makan abes terkeluar balik. Tengah-tengah malam muntah lagi. Memang tak tido dalam bilik la pasal katil dah basah lencun dimuntahkan Amir. Jenuh aku menyapu segala macam balm nak redakan batuk dia.

Kesian sangat bangun pagi tu tengok perut Amir jadi kerempeng. So terus aku putuskan nak bercuti. Masak makanan feveret dia. Pagi makan nasi goreng. Petang semalam makaroni goreng. Abes dia sapu dengan Hana.

Sebab ummi dah bercuti lama maka pagi tadi Hana buat perangai tak nak masuk rumah Toksu. Dia keraskan badan masa aku nak dukung bawak keluar kereta. Kesian sungguh tengok anak-anak. Tapi apakan daya, ummi kena kerja cari duit bayar segala hutang kereta dan rumah wahai anak-anakku.

Ni masa kat Tesco siang sebelum dia muntah selambak. Nampak Iron Man terus cakap 'Ummi, amik la gambar Amir dengan Iron Man tu.'
Ni masa baru balik dari pasar malam. Nak kungkung(dukung) aje keja dia. Rebeh bahu aku sebelah.

Sayang 2 orang budak bertuah ni ketat-ketat. Walaupun ummi adelah tiger mommy tapi tetap jugak nak berkepit dengan ummi. Hehehe...

Thursday, May 30, 2013

Kentut ;p

Assalamualaikum

Ni kisah pagi tadi. Aku kan pagi-pagi hantar anak bertuah 2 orang tu pi rumah pengasuh. So, on da way dalam kereta tetiba dengar bunyi,

'Prottt'

Aku toleh tengok Amir. Amir tengok aku. Hana gelak-gelak.

'Eeee... Adik kentut ek?' aku tanya.

Hana gelak je. Sah la tu dia kentut. Sabor je ummi oiii.... Tiba-tiba Amir pulak bersuara.

'Ummi, Amir pun kentut jugak. Hehehe..'

Ades la, boleh korang kentut berjemaah dalam kereta ye. Tak lama lepas Amir cakap dia kentut tu aku terbau sesuatu yang kureng enak. Hahaha! Pasti la bau busuk.

'Eeee... Busuk. Apa ni Amir. Kentut busuk. Adik kentut tak bau pun.'

'Mesti la busuk Ummi. Bontot Amir kan lagi besar dari bontot adik.'

Adoi! Hahahahahahaha! Aku gelak macam dah nak menangis dengar Amir cakap. Mulut budak sorang ni memang tau. Memang banyak je ayat dia tu yang tak terjangkau dek fikiran aku.

Rupanya bukan pasal Amir kentut yang bau busuk tu. Adik Hana dia berak. Huhuhu...

 

Tuesday, April 16, 2013

Cerita Anak-Anak


Kelebet-kelebet gambar saje upkan gambar ni. Ada dalam insta dah ni. Masuk blog pulak. Cuba tengok muka budak Hana. Budak yang sekarang sangat suka main bukak tutup peti ais. Sampai naik syeh ummi mengamuk pun dia buat tak reti je.

Ni muka tengah memikir nak membuat onar apa pulak lepas menyepahkan lego kat belakang tu. Hahahaha! Ada je pekerjaan minah ni tau. Hari tu dia bukak peti ais lepas tu dia dok diam-diam celah peti ais tu. Senyap-senyap aku ngendap. Rupanya tengah main ubat demam.....

T_____________T'

Suruh makan ubat tak nak. Main ubat nak pulak budak bertuah ni tau.

Abang Amir good boy. Tapi kalau datang angin dia menyepah mainan langsung tak nak kemas balik tu yang geram tu. Dia cakap,

'Ummi la tolong kemas kat Amir.'

Amboi la hang. Dia menyepah suruh ummi kemas. Banyak cantek!

Ni pic latest Hana.


Dah potong rambut depan tu. Kalau tak keja asek menyelak rambut macam model iklan. Hahahaha! Nak potong tu pun jenuh melalak. Tapi bukan aku potong. Abah dia yang buat.

Koser aku nak dengar minah ni melalak lepas tu main gigit-gigit n cubit-cubit. Ada kena pang sekali.


Thursday, March 28, 2013

Amir dan Hana

Suka sangat tengok Hana masa ni. Pakai topi kait. Tapi topi tu bertahan atas kepala dia tak sampai 5 minit. Huhuhu...

Hana jenis tak suka benda letak atas kepala. Topi langsung tak nak pakai. Sebab aku nak amik gambor je la dia pakai sengih-sengih tu. Lepas tu selamat kena tarik.

Dah setahun 7 bulan dah budak Hana ni. Sekejap je rasa dah 2 tahun. Dah pandai macam-macam. Cakap sebutir-sebutir lagi. Dah pandai cakap nanti becok macam Abang Amir la tu. Hahahaha!

Dan sangat melekat dengan ummi. Masih menenen lagi. Kuat berlari pulak tu. Ke sana sini berlari saje. Yang kita ni punya la risau takut jatuh tersembam. Dia relax je.


Dan suka menggigit juga. Kesian Abang Amir, selalu jadi mangsa. Berbekas tangan Amir semalam kena gigit. Dia kata adik gigit masa kat rumah mak. Alahai...

Amir pulak dah bijak sangat bercakap. Tu gambar atas tu pasal aku suruh senyum. Kalau suruh Amir senyum macam tu la. Hahahahaha! Abah dia cakap jangan senyum pasal Amir takde gigi. Takde dia kisah pun. Hihihi...

Semalam abah diorang pi gerudi apa tah dalam bilik sebelah. Amir yang tengah melepak main dalam bilik berlari keluar. Takut la, apa lagi. Penakut Ya Rabbi. Tengok cerita hantu nak tapi mesti nak suruh aku teman. Paling suka cerita Hantu Kapcai dengan Halimunan.

Up entry sebab rindu kat budak 2 orang tu. Tengah tido agaknya sekarang.



Wednesday, February 13, 2013

Cuti Yang Membosankan

Assalamualaikum

Cuti dah lama. Bila nak start keja mula la kemalasan tanpa batasan. Huhuhu... Dah banyak benda nak setel sebelum pi Kota Bharu ni. Jumaat ni pi Kelantan. Bukan makan angin. Buat keja ok. Ada taklimat. Kali ni tak bawak anak-anak pasal bilik twin sharing. Nak bayar sendiri memang lemau la tengah-tengah bulan ni. So, anak-anak tinggal dengan abah ye.

Ni pun tengah pening lalat. Aku rasa hormon aku tak stabil ok. Jerawat ni besor-besor naik kat pipi. Perut pun rasa sakit macam ala-ala senggugut je. Tension sangat tengok jerawat bermaharajalela. Nak cover pakai apa pun tak boleh.

Cuti panjang aku bersidai kat rumah je la. Laki aku keja jadual tunggang terbalik. Ada la petang kelmarin bawak budak-budak tu pi tepi laut kejap. Kejap memang betul-betul sekejap. Ramai sangat makhluk kat tepi pantai Robina ke hapa nama tu. Mat-mat motor jangan cakap la. Bersepah di mana-mana. Konvoi ramai-ramai.

Aku pulak macam seriau tengok mat motor ramai macam tu. Budak-budak muda. Siap merempit buat wheelie segala. Kepala otak mula la pikir yang bukan-bukan. Aku kalau bab berfikiran yang pelik-pelik ni memang juara. Hahaha!

Ajak la budak-budak tu balik. Amir memang bising la. Apesal kejap sangat kata dia. Dia bosan dok rumah la tu. Kecik-kecik hang dah pandai bosan ye. Ummi hang ni dulu nak keluar sebulan sekali pun belum tentu.

Ok la, meh tengok pic 2 orang budak ni. background sampah tu harap diampun. Hahahaha!

Ini budak suruh tengok depan tapi dia tengok abah dia. Aku seriau dia tergolek je. Amir enterframe kat belakang. 


Amir bila ummi suruh senyum. Hahaha! Dah besar anak aku.

Tu je la pun. Bosan kan. Hahaha!


Friday, February 8, 2013

Budak Yang Melekat Dengan Ummi

Assalamualaikum

Aku mengantuk. Pagi tadi pukul 3 lebih Amir bangun panggil...

'Ummi! Ummi!'

Aku mamai-mamai terbangun. Ingatkan aku mimpi. Jenguk la Amir kat dalam katil dia *ye Amir masih tido dalam baby cot dia* di sebalik Abang Misai. Nampak tangan dia menggeliat.

'Apa dia?'

'Amir kencing la. Basah.'

Aiyooo... Pampers bocor la tu.

Kejut la abah dia bangun. Sebab aku memang ngantuk yang amat. Abang Misai dah tido awal semalam. Bila abah dia suruh bangun n pi bilik air Amir cakap,

'Takmau abah. Nak ummi jugak.'

Huwaaaa.... Melekat dengan aku betul dua-dua orang anak ini. Hana dah tentu-tentu la melekat. Abah panggil suruh tido pun menyorok balik kain aku. Aku balik keja pun dia terjerit-jerit,

'Mi! Mi! Mi!'

Nak makan malam semalam pun Amir nak aku jugak. Abang Misai dah amik diorang dulu sebelum aku balik keja. Jalan dah la jem teruk semalam. So, lepas mandi segala aku pun baru nak menyuap nasik ke mulut Amir kata,

'Amir nak makan jugak. Nak ummi suap.'

Padahal laki aku kata sebelum aku balik tu dia dah offer Amir makan. Tak nak. Nak ummi suap jugak sebab dia dok ralit tengok Upin Ipin. Daripada nak menyuap ke mulut aku terus menyuap ke mulut Amir. Bagus la macam tu, kurus sikit ummi hang ni. 3 ketul ayam masak kurma dia bedal. Nasik tambah 3 kali.

Bila aku kata,

'Asek nak ummi je. Kalau ummi takde pi keja jauh macam mana?'

'Amir ikut la ummi.'

Errr... Macam mana tu? Takkan pi kursus nak berangkut kot. 15-18hb ni aku ada taklimat kat Kelantan. Abes tu macam mana?


Amir dan Hana yang attached sangat dengan ummi.... Sayang 2 orang budak ini ketat-ketat...

Thursday, January 17, 2013

Amir n Hana

Assalamualaikum

I is bz yang amat. Tahun ni tengok planner ofis pun dah rasa macam nak pitam. Member pun cakap kita ni kalau nak cuti kena pi masuk wad baru dapat cuti n rehat dengan tenang. Haaa... Bz sangat kan. Maka blog pun terabai. Sob... Sob...

Ok, dah lama tak cerita pasal 2 orang budak kesayangan saya.


Alhamdulillah, Amir n Hana sihat walafiat. Selsema hidung berhingus tu ada la sikit-sikit. Asal cuaca kejap panas kejap sejuk mula la hidung tu srot sret aje.

Amir dah nak masuk 4 tahun la tahun ni. Sekarang adelah 3 tahun 5 bulan. Pe'el sekarang sangat la cengeng. Kalau nak satu satu benda tu dia melalak macam hape. Hari tu pi pasar malam dia nampak ada mainan motor polis. Amir ni kalau dia nak 1 benda dia takkan cakap direct. Dia berkias. Contoh ek...

'Amir tak ada lagi mainan motor. Cantik kan ummi.'

'Uiiii... sedapnya air milo tu.'

Hahahaha! Itu contoh sikit je. Kalau hari-hari dengar mau tak pitam ko. Semua benda hang nak. Kalau tak dapat dibantainya melalak. Dulu tak ada la macam tu. 1 pasar malam semua pandang je aku. Huhuhu... Akhirnya Amir menang. Tapi dia tak main pun motor polis tu. Gerammmmm je Ummi dia ni tau.

T______T'

Semalam dia nak ayam goreng. Ada la pasar tani kat taman tu. Kebetulan masa aku balik parking penuh. Aku pun tak solat Asar lagi. Jadi aku balik la rumah terus malas nak singgah. Tiba-tiba tengah tengok tv Amir tanya,

'Ummi tak beli ayam goreng ka hari ni?'

Dah sudah.... Aku pun jawab la,

'Ummi tak singgah la Amir. Tak ada parking tadi.'

'Awat ummi tak parking kat rumah opah. Lepas tu jalan pi pasar. Kat rumah opah takdak sapa parking. Macam Amir pi dengan Acik hari tu.'

Adessss... Dia ingat pulak. Rumah mak pak aku dekat je dengan pasar tu. Kadang-kadang kalau hari Rabu amik diorang tak ada parking aku singgah rumah mak pak aku n bawak diorang jalan kaki. Hahahaha! Ni dia pulak ajar aku.

Tak pasal-pasal semalam dia tibai tepi mata aku dengan torch light sebab nak ayam goreng sambil melalak-lalak. Kena marah la. Tapi sudahnya abah dia pi la bawak dia jugak beli ayam goreng dengan air strawberi. Tapi dia tak makan pun. Heeee... Sabor je la budak ni.

Oh, Amir aku tak hantar pi sekolah lagi. Takut dia bosan sekolah lama-lama. Maybe tahun depan la baru hantar. 

Ok, Hana pulak. Dah setahun 5 bulan. Si bertuah Hana adelah sangat la lasak. Berlari je keja dia. Nak ke dapur berlari. Pantang nampak pintu terbukak berlari keluar.

Bercakap tak reti sangat lagi. Yang dia pandai sekarang sebut susu. Tapi sebutan jadi syusyu. Hahahaha! So comel tau kalau dengar. Lepas tu ulang banyak-banyak kali.

Masih nenen di malam hari. Asal aku balik je dok selak baju. Hoih... tak menyempat. Kalau terjaga malam pun selak baju. Lepas tu kalau nak tido mesti celah ketiak atau landing kepala atas perut. Tapi nenen adelah wajib.

Rambut Hana dah panjang. Lepas tu bergulung-gulung kat belakang. Dah boleh tocang pun. Hari tu dah beli 1 beg kecik getah rambut yang kalerful. Balik dari rumah Toksu tengok rambut dah bertocang macam kat atas tu. Heheheh....

Makan tak nak bersuap. Nak suap sendiri. Jenuh la keja aku nak lap lantai. Tapi budak-budak kalau suap sendiri paham-paham je la. Makan 1 sudu lagi 5 sudu berterabur kat lantai.

Cerita pasal budak-budak ni tak sabar pulak aku nak balik tengok diorang. Suka tanya Amir soalan sebab nanti dia cerita tu buat aku gelak-gelak. Hahahaha!


Thursday, November 8, 2012

Perbualan Dengan Amir Ridhwan

Eh, ada entry lagi. Kata nak kemas balik dah. Hahahaha!

Buat entry sakit perut teringat semalam masa amik Amir dari rumah Toksu. Dok la dengar dia menceceh. Hehehehe... Kuat menceceh budak Amir ni. Layankan aje.

'Umi, lembu tu tak sakit perut ke?'

Oh, rumah Toksu Amir kat dalam kampung. Sebelum tu kena lalu tepi bendang n tali air. Banyak lembu bersepah makan rumput.

'Kenapa pulak lembu nak sakit perut?'

'Semalam Amir tengok banyak lembu warna kuning *err... ada ke lembu kaler kuning?* semua kuar dari rumah dia. Ada 1 lembu putih tu tak kuar. Dia dok dalam rumah. Lembu tu sakit perut.'

'Hahaha! Mana Amir tau lembu putih tu sakit perut?'

'Sebab lembu putih tu dia makan banyak-banyak sangat. Dia makan, makan, makan.'

'Oooo... Lembu putih tu makan banyak sebab tu sakit perut ek?'

'Dakkkkk... Lembu putih tu sakit perut sebab tu dia makan banyak-banyak.'

'Abes tu Amir kalau sakit perut Amir makan banyak jugak ke?'

'Haa laa...'

'Hahahaha! Tu bukan sakit perut la. Tu lapar.'

Nak gelak guling-guling ummi hang ni Amir oiii...  

Thursday, October 25, 2012

Soal Jawab Amir Ridhwan

Assalamualaikum

Macam biasa la. Nak raya. Opis mesti lengang punya. Opis aku pun begitu jua. Staf aku je sampai 5 orang sekali cuti. Aku ingat nak amik time off. Tapi bos kecik tak balas sms lor pulak. Bos kecik besar semua tak ada kat opis dari last week lagi. Tapi tak berjimba pun pasal emel n sms bos besar je dah panjang berjela.

Banyak benda nak buat malam ni. Nak masak ketupat rendang. Nak sental lantai. Tapi semua kena tunggu hero n heroin tu tido lew. Kalau tak ada harapan la keja 1 apa pun tak siap. masing-masing rajin terlebih nak tolong umi dia ni. Huhuhu...

Kalau aku lipat kain sat lagi Hana pun tolong jugak. Punggah balik kain yang aku dah lipat. Ada sekali aku bangun pukul 3 pagi pi buat susu dia. Balik bilik tengok dia tak ada atas katil. Panik oke. Gelap-gelap tu pi mana pulak budak kecik ni. Bukak lampu tengok-tengok dok terselit kat sudut bilik pi punggah bakul kain kotor.

( ̄◇ ̄;)

Tu tak kira lagi dia tolong lap lantai. Hahahaha! Nampak aje orang lap lantai kalau ada air tumpah dia pun laju jugak pi nak tolong lap. Tapi lap dengan baju dia.

o_0

Amir ikut kepala angin dia. Kalau rajin semua dia buat sendiri. Kalau tak,

'Umi la pi buat.'

Hamboih la anak bertuah. Bagi arahan macam bos besar.

Kalau nak tido malam pulak sebelum tido tengok tv kejap. Sambil baring tu mulut dia mesti menceceh tanya soalan berdasarkan cerita kat tv. Macam malam semalam. Cerita tv9 yang Eja berlakon tu. Apa tah tajuk.

'Umi, pasai apa dia nangis? Pasai apa dia tak mau makan?'

'Dia merajuk la tu.'

'Pasai apa dia merajuk?'

'Mak dia marah kot.'

'Pasai pa mak dia marah?'

'Dia tak mau dengar cakap mak dia. Mak dia marah la.'

'Pasai pa dia tak mau dengar cakap mak dia? Pasai pa dia nak kawen?'

(~_~;)

Soalan on going sangat kan. Lepas jawab dia tanya balik. Sampai la umi dia blur. Terus cakap dengan Amir.

'Tak best la cerita ni. Umi tutup tv eh. Kita tido.'

'Ok.'

Terus off tv n tido. Abes cerita. Hahahaha!




Wednesday, October 10, 2012

Kisah Amir dan Hana

Assalamualaikum

Aku adelah dalam kekalutan yang amat. Kerja memang tak pernah abes kan? Ni tengah stress buat keja la ni. Hadap blog kejap.

Oh, Hana dah baik demam. Demam nak tumbuh gigi la aku rasa. Tengok gusi bawah dia bengkak gigi geraham nak naik. Haaaa... Lagi laaa seronok dia menggigit orang lepas ni. Huhuhu... Aku suka sangat tengok Vampire Diaries masa pregnantkan dia dulu. Sekarang amik kau. Anak pun suka main gigit-gigit. Lebam merata dah kaki aku ni.

Amir hari tu kena taboh dengan aku. Puncanya aku tak bagi dia ape tah. Keluar ayat,

'Ummi bodoh!'

Terus berdesup darah aku mendidih naik ke kepala. Maka terima la 2 das tepukan kat mulut. Geram sangat aku. Mana dia belajar cakap macam tu ntah. Aku bebel-bebel la sekali *pakej* kata aku tak pernah ajar dia cakap benda-benda tak elok ni.

Sekali kaki dia pulak tendang aku. Amboi!!!! Melampau dah ni. Pelepap! Aku tibai kaki dia pulak. Terus lari-lari masuk bilik merajuk atas katil. Tak koser aku nak pujuk.

Dia ni jenis cepat tangkap apa orang buat n cakap. Hana lagi la cekap. Nasib belum pandai cakap lagi tu. Bila kawan-kawan dia dok buat n cakap dia dok ikut. Dah la pesen orang utara ni aku tengok cakap kasar-kasar. Bodoh tu dah macam makan gula-gula je pada diorang. Main cakap je tak kira.

Haih... Pening kepala aku gini.

Tak marah sat lagi dia ingat benda tu adelah sesuatu yang dibenarkan n elok. Bila aku cakap baik-baik kadang-kadang dia terima kadang-kadang tak.

Macam mana aku tak marah gitu?


Monday, September 24, 2012

Amir Yang Western

Semalam aku masak 3 jenis lauk. Sambal sotong, udang goreng dengan petai n sayur goreng. Sayur tu aku guna carrot dengan jagung muda tu. Sabtu buat sup dengan 2 jenis sayur tu jugak. Tu namanya rajin terlebih. Hahahaha!

Amir kan suka makan udang goreng. So, sebab ummi dia ni teringin nak makan petai maka campur la sikit petai dalam tu. Semua benda pun aku teringin ni. Apekah??

Jadi petang semalam lepas dia bangun tido aku ajak la makan. Amir sekarang cukup susah la nak ajak makan. Dah kurus anak aku. Dia nak makan jajan, coklat, keropok. Tu je la yang sedap dia makan.

Konon dengan masak udang goreng kunyit tu nak la dia makan. Jadi aku bubuh la nasi dengan sup n udang tu sikit. Aku suapkan sebab baru lepas mop lantai. Koser sangat la nak mengelap lantai balik. Hahaha! Teruknya la ummi Amir ni.

Suapan pertama n kedua oke je dia makan. Sebab aku bagi sup ayam dengan carrot je. Masuk suapan ketiga tiba-tiba,

'Eee... Ummi busuk apa ni?? Busuk apa ni??!'

Bluwekkkk... Dia luah balik nasi dia dalam pinggan. Aku tengok pelik-pelik dah. Apesal pulak budak ni.

'Amir takmau makan dah.'

Terus dia lari pi baring tengok tv. Aku sua pun tak nak makan. Abang Misai tunjuk kat udang tu. Rupanya yang busuk tu bau petai. Suapan ketiga tu aku letak udang dalam nasi dia. Hahahaha! Adoi la....

Sungguh western sekali Amir Ridhwan. Bau petai pun terus tak nak makan. Lepas ni tak boleh la aku goreng udang dengan petai lagi. Kena goreng kosong je. Hehehehe....


Tuesday, May 8, 2012

Amir Ni Kadang-kadang Drama Lebih

Assalamualaikum


Aku mengantuk. Macam tak cukup tido je. Padahal semalam sebelum pukul 9 aku dah selamat belayar dah. Amir dok berjoget apa celup apa celup kat depan Tok dia pun aku tak dengar dah.


Amir dah sihat. Hari Jumaat kan aku pi keja jugak. Sebab Khamis yang aku half day, petang tu dia dah boleh makan. So, aku assume Jumaat tu dia dah boleh makan macam biasa la.


Rupanya tak ye. Toksu cakap dia minum milo je. Susu pun tak nak. Malam tu macam-macam la aku umpan dia suruh makan. Idok le dia mau. Aku tengah buatkan susu pun dia pi dapur nangis-nangis pi tolak botol tu. Nasib tak terbalik. m(><)m Heee.... Geram je aku tapi sabor je la budak dah sakit kan.


Time dia tido je aku sumbat mulut dia dengan susu. Ehhhhh.... Boleh pulak minum. Tak pulak rasa sakit. Disebabkan dia tak makan langsung siang tu aku ulang buat susu 3 kali. Dah la abah dia tak ada. Ke Johor. Sabtu baru balik. Maka aku la terkontang kanting melayan kerenah si Amir.


Hari Sabtu still tak nak makan. Belikan nasi lemak lauk sosej pun tak sentuh. Menangis tunjuk mulut. Lagi parah bercakap pun tak nak. Hmmm... Hmmm... Hmmmm... Itu je la bunyi kalau aku tanya. Pening terus kepala ummi ni. ⊙_☉


Tengahari tu adik n kakak ipar aku datang rumah. Amir takut sikit dengan adik ipar aku. Disuruh minum abes sebotol susu. Lepas tu adik ipar aku suap nasik abes sepinggan. Hooooo.... Lega sungguh kepala otak ummi dia. Siap boleh bergelak ketawa n bercakap tak berenti. Dah ok la tu.


So, lepas sepupu dia balik aku tidokan la Amir. Bangun tido boleh dia start tak bercakap balik. Tak faham sungguh aku.


Esoknya hari Ahad pun dia tak nak makan. Susu semua still tak nak minum. Jenuh aku memikior apa la nak buat dengan budak sorang ni. Abah dia balik pun dia buat tak bercakap.


Tengahari tu lepas aku masak nasi aku masak pulak spageti. Aku yang nak makan sebenarnya. Hahaha! Tapi Amir pun suka jugak. Buat la spageti carbonara. Kuah yang pantas lagi senang dah tentu la kuah dalam tin kan. Try ni nak tengok Amir nak makan ke tak.


Huaaaaaa!!!! Abes sepinggan spageti. Terus mulut macam bertih kena goreng. Pokpek tak berenti. Tetiba pulak ajak abah pi cari baju Boboiboy dengan Ben10. Hahahahaha!
 (─‿‿─)


Macam-macam kerenah si Amir sekarang ni. Rasanya nak tarik perhatian la tu. Almaklum la, semenjak ada adik ni dia rasa macam tak ada orang kisah kot.


Balik ni mesti Amir tak berenti dok cerita dia buat apa kat rumah Toksu.



Friday, May 4, 2012

Melayan Ragam Amir

Assalamualaikum


Aku bz tapi disebabkan otak adelah sangat jammed tak tau nak start mana dulu maka mari kita start dengan blogging a.k.a meluah perasaan. Hahaha! Poyos sangat.


Aku penat sebenarnya ni. Kelmarin meeting dari pagi sampai petang. Semalam meeting dari pagi pun membawak ke petang. Tapi pukul 2 aku dah cabut balik rumah. Abang Misai yang kat Johor suruh aku balik tengok Amir. Sebab Toksu datang rumah cakap Amir mengadu lapar tapi tak boleh nak makan sebab mulut dia sakit.


Boleh pulak main pas-pas dari Penang ke Johor lepas tu balik Penang. Aku pun tak faham. Maybe diorang segan nak call aku. Tak apa la.


So, pukul 2 aku pecut balik. Pukul 3 sampai rumah Toksu tengok Amir terus meloncat keluar dari endoi nak balik dengan aku. Toksu cakap Amir menangis dari pagi. Makan minum semua tak nak. Dia nampak aku terus nangis lagi.


Tinggal Hana kat Toksu n terus bawak Amir pi cari klinik. Dalam kereta sekejap-sekejap dia nangis sebab gigi dok berlaga dengan bibir yang pecah. Ulser penuh 1 mulut. Mana dia nak makan.


Kat klinik doktor suruh bukak mulut tak nak pulak dibukaknya. Check tangan kot ada rashes. Sebab doktor takut HFMD. Tapi malam tadi aku check ada rashes kat kaki dia. Doktor bagi ubat titis kat mulut, antibiotik n demam. Terus bawak Amir pi jalan kat Tesco. Nak pujuk dia makan punya pasal. Kulit dia jadi kering sangat sebab minum pun tak nak.


Masuk Tesco nampak lolipop gedabak kat kedai buku dia nak. Aku pujuk pi tempat lain dia buat muka sedih pastu melalak. Beli la jugak. Pusing-pusing Amir tunjuk roti aku beli. Kalau tak dia melalak. Amir tunjuk milo kotak aku sauk jugak. Dia tunjuk mainan itik pun aku amik. Tapi dah sound awal-awal lepas aku beli semua ni dia kena makan. Buat muka kesian je.


Time nak bayar nampak pulak beg Angry Bird kat kedai luar tu. Amik pulak beg. Nasib la RM15 je Amir oiii... Kot tak botak kepala ummi ni.


Bawak Amir pi KFC. Suruh dia makan. Macam-macam la aku umpan. Mula-mula sapu ubat titis dulu. Melalak dia 1 KFC tu sebab sakit. Dia nak coleslaw aku suap pun melalak jugak. Sudahnya aku biarkan aje. Agaknya dah lapar sangat dia amik sudu suap sendiri. Mula-mula merengek lepas tu laju je menyuap. Dah oke la tu. Siap abes setengah bekas milo dia minum.


Balik rumah dia makan nasik bertambah-tambah. Lega sikit aku tengok. Tapi time tido malam dia dok meracau sana sini. Susu pun sebotol je dia minum.


Hari ni pagi-pagi dah nangis tunjuk mulut. Aku dah la banyak benda nak kena buat kat opis. Ingat nak angkut la dia ke opis aku. Tapi Amir cakap,


'Tak nak. Opis ummi ada lipas.'


Hahahaha! Semalam aku beli ubat gegat nak letak kat kabinet opis sebab ada lipas kecik-kecik dok berumah kat kabinet tu. Aku bagitau kat Amir. Boleh pulak dia ingat.


Maka Amir dok rumah Toksu saje. Jangan la hari ni dia nangis lagi macam semalam n tak nak makan. Pengsan aku nak kena half day lagi. Dah la jenis bos yang aku pun tak tau nak cakap macam mana anak demam pun suruh jugak datang attend meeting mengarut dia tu. Keja je dah banyak tertunggak dek meeting yang meleweh-leweh aku nak kena siapkan lagi.


Haish....


Pening ah macam ni.