SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 29, 2014

Sirih, Belimbing, Aidido

Semalam aku amik Amir n Hana dari rumah Toksu diorang. Tengok Amir bawak beg plastik ada daun.

'Apa tu Amir?'

Toksu dia jawab la tu daun sirih. Amir cakap tok mintak. Aku macam confuse, bila pulak la mak mertua aku mintak sirih ni.

Drive sampai rumah parent aku tetiba aku teringat mak mertua aku berborak dengan Amir dalam bilik malam kelmarin. 

'Nanti pi rumah mak *mak tu toksu dia la* mintak belimbing. Yang masam-masam tu. Belimbing buluh.'

Terus aku gelak keluar-keluar air mata ni. Mak mertua aku pesan belimbing. Ni apa pulak sirih dia bawak balik ni. Hahahahaha! Tapi aku gelak sorang-sorang je la. Huhuhu...

Wassap laki aku confirmkan balik. Mak mintak belimbing ke? Laki aku cakap ye la. Kalau ada. Aku bagitau Amir bawak balik sirih. Mesti laki aku gelak sorang-sorang kat opis.

Sampai je rumah Amir bagi sirih mak mertua aku terkebil-kebil.

'Ni apa?'

'Tok suruh Amir mintak sirih. Ni sirih la.'

Selamba je jawab tu. Hahahaha!

Nak buat apa la dengan sirih kat rumah tu. Hari ni aku la tolong sampaikan pesan kat Toksu Amir. Mak nak belimbing. Hehehehe... Amir sengih-sengih je.

Yang Hana pulak sekarang asek nak tengok cerita Frozen. Lepas tu nyanyi....

'Aidido... Aidido...'

Siapa dapat teka lagu apa? Hahaha!

 

2 comments:

Nurulaizanhusin said...

Let it go...let it go ^_^

aMiYs said...

intan - btuiiiii... hahaha!