SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Sangat Penat. Show all posts
Showing posts with label Sangat Penat. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

:(

Assalamualaikum

Tengah serabut. Aku rasa nak menjerit dalam opis ni. Boleh?

Penat sangat dengan keadaan sekeliling. Dengan orang yang tak faham. Dengan orang yang suka menyalahkan.

Penat sangat la....

Friday, December 23, 2011

Badan Penat

Assalamualaikum

Aku mengantuk n badan adelah amat letih. Semalam balik lewat. Meeting abes dekat pukul 6. Keluar opis hujan. Jalan jem. Oh, sungguh pakej sekali.

Aku sampai rumah pukul 8.15 gitu. Nak keluar dengan akak aku pun tak jadi. Pasal dia tunggu aku lama sangat. Dah la manjang dok tanya aku kat mana. Stress woh tengah drive pastu orang dok sms. Tak cukup sms call pulak. Aku memang tak jawab la. Sebab aku jenis tak reti nak kontrol keta sambil bercakap kat fon. Sms pun tunggu time keta stop.

Pagi ni pun ada meeting lagi. Perjumpaan pengarah dengan anggota. Petang pun ada meeting. Bagus sangat la minggu ni. Langsung tak dok kat meja buat keja. Memang berlonggok la keja aku.

Tahun depan punya meeting pun dah nak kena set tarikh. Aku nak buat takwim untuk setahun la. Senang. Hulur je kat bos. Takyah tanya-tanya dah. Penat aku nak jawab.

Tengahari ni aku nak tido.

Tuesday, December 13, 2011

Tak Tau Nak Boh Tajuk

Assalamualaikum

Aku still lagi keletihan. Ni tengah sakit belakang pulak. Rasa nak je aku hampar toto lepas tu tido kat opis ni. Tapi toto la takde. Hahaha!

Semalam balik keja bagi nenen kat Hana kejap. Mandi manda. Makan. Lepas makan terus aku angkut Hana masuk bilik. Kasi tido pasal ummi dia pun nak tido sekali. Memang tak sampai berapa minit aku dah belayar. Nasib baik la si Hana pun ngantuk sama. Dia pun tido jugak.

Amir aku tak risau pasal ada sepupu dia dok main-main dengan dia. Kalau sepupu dia balik dia dok layan bek hantu dia. Hehehehe! Bek hantu adelah cerita kartun Shaun The Sheep yang episod anjing terjatuh dalam selut time nak amik bola. Shaun The Sheep ni memang feveret Amir. Boleh ulang tengok sampai beratus kali dalam pc tu. Bek adelah kambing ye.

Patutnya jugak hari ni ada meeting. Pukul 2.30 petang. Tapi dalam email semalam kata meeting pagi. Apekah meeting pagi buat petang? Sesuai ke panggil meeting pagi gitu? Bukak email pagi tadi pengarah kensel meeting. Pasal ramai pegawai takde. Jadi mari kita menari tango seketika. Hikhikhik!

Aku nak upload pic si Hana debab ni. Tapi kabel hp aku laki aku pinjam la pulak. Lupa pulangkan la tu. Jadi takde la pic si debab untuk tontonan umum.

Dah 4 bulan dah debab. Amir panggil adik dia 'Bab'. Kehkehkeh... Mulut potpet je sekarang. Ajak borak. Dah pandai meniarap lepas tu angkat bontot pulak. Nak mara ke depan dah. Tapi selalunya tergostan ke belakang la. Haha! Hari tu sebelum balik nyinggah kedai mamak Subaidah sebab kebulur. Mamak amik order tu bukan main suka si debab ni. Siap amik gambar.

Yang Hana pulak sikit-sikit terteleng kepala cari mamak tu. Amboi dik, taste bollywood nampak. Muahahaha! Abang dia si Amir tu pulak pantang nampak pompuan comel + cantik. Tergedik-gedik. Kalau tengok cerita Cinta Elysa tu mata tak lepas tengok Fasha Sandha. Huuuuiiiii.... Kecik-kecik dah pandai.

Ok la. Tu je kot. Otak jammed pulak.

Papai~~

Monday, December 12, 2011

Dah Balik Dari JB

Assalamualaikum

Tuan blog masih lagi kepenatan. Balik dari taklimat kat JB nun. Dengan bawak hero dan heroin yang sungguh la melasak.

Pagi tadi pun aku drive memang mamai la. Dah gaya-gaya nak tertido. Tapi celikkan jugak bijik mata ni kasi buntang. Lepas tu layu balik.

Nak amik cuti malas. 19hb ni nak amik cuti pi cucuk Hana. Tu, yang koser sangat aku nak amik cuti hari ni. Datang je la keja.

Kat JB tu tak pi jalan mana pun. Melepak bilik je. Bilik mengadap Singapura. Jadi tambak Johor je la tetiap hari aku dok perati. Jammed memanjang. Asal celik mata tengok tambak jammed. Nak tido pun jammed jugak. Time bila tambak tak jammed aaa?

Hana memang sangat membuat perangai ye. Dok dalam bilik tu keja eh melalak sesaje kalau aku takde. Abah dia dah macam sewel dah nak jaga 2 orang budak. Nasib la Amir tu pandai bawak diri sendiri. Dok main sorang-sorang. Kalau tak dok acah-acah adik kasi adik senyap. Baru la laki aku tau macam mana huru haranya aku menjaga 2 orang budak bertuah tu time dia pi out station.

Pic tak banyak. Ada la 2-3 keping. Sebab mood memang takde nak bergambar ni.

Ok la, aku nak melepak kejap. Penat sesangat weh. Semalam Amir kacau aku tido pun kena marah. Huhuhu... Kesian anak aku.

Monday, October 24, 2011

Entry Jijiks Sikit Pagi Ni

Assalamualaikum

Monday morning semua. Hari ni tak berapa blues kot. Hahaha! Sebab pikir hari Rabu ni nak cuti. Pagi tadi pun jalan tak jammed. Maybe sebab ramai yang sambung cuti sampai hari Rabu.

Tapi tak blues pun agak tunggang terbalik la aku pagi tadi. Sakit perut. N semenjak 2 menjak lepas beranak ni aku mengalami masalah nak berak. Huhuhu...

Jijiks sungguh entry di pagi hari kerana berbicara soal berak. Pada yang rasa dia penggeli jangan la baca.

Serius aku susah gila nak berak sekarang. Macam mengalami problem time nak meneran. Aku rasa aku trauma la pasal teran baby hari tu. Terus effect kat salur usus ni haaa. Kalau dok dalam jamban lama-lama tu mak mertua aku dah confirm tau tu aku. Kadang-kadang dekat setengah jam aku berkampung dalam jamban tu je.

Merana okeh. Bila ko rasa nak berak tapi tak boleh berak. Tak nak keluar apa pun. Tapi perut memulas gila. Pagi tadi macam tu la. Dengan usaha gigih aku berjaya memendekkan masa dalam jamban kepada 15 minit. Masuk 6.05 keluar 6.20. Lepas tu kelam kabut siapkan anak-anak.

Dengan Amir tido lagi tak nak bangun. Semalam aku nak tido lama sikit dia sibuk pulak bangun awal kacau adik dia. Hana pun tak bangun. Nasib la baju semua dah bergosok, barang pun dah ada dalam beg. Tinggal nak bubuh ice pack je dalam cooler bag semua.

Campak-campak semua barang dalam kereta. Start enjin. Elok aku nak pi hangkut bebudak tu Amir dah jalan keluar dari rumah. Pandai pulak tu dengar bunyi kereta terus bangun. Hana pun tak meragam. Terus 6.40 berdesup ke rumah Toksu.

Itu la rutin aku sekarang. Hari minggu jangan cerita la. Dengan aku sorang menguruskan anak-anak bertuah tu. Laki aku tak balik lagi. Ada la balik kejap-kejap tunjuk batang hidung. Jadi tarzan aku hari Sabtu tu tau. Hari Ahad bawak dia pi rumah kakak aku dok senyap-senyap main dengan sepupu dia. Sangat penat.

Tu baru anak dua. Dah separuh sewel. Huhuhu... Macam mana mau tambah lagi? ;p

Wednesday, August 3, 2011

Tak Larat La Hari Ni

Hari ni aku rasa puasa yang amat mencabar ye. Letih sangat sangat dan sangat. Perut pun dah senak kat ulu hati ni.

Nak berbuka macam sayang la pulak. Sekarang dah dekat pukul 3. Lagi berapa jam je. Wuwuwuwu...

Dengan cuaca nampak je mendung tapi panas berbahang. Berapa hari dah aku tido menyeksi. Pakai je kain tapi tersingkap-singkap. Dengan anak bujang tu menempel kat ummi dia dok peluk n pegang perut macam takut adik dia lari.

Pagi tadi ada la hujan tapi kejap sangat. Bunyi guruh je yang beria. Nasib baik la bukan zaman pakai air tempayan kan. Macam pepatah tu dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan. Tapi hujan seciput. Tadah mulut pun tak hilang haus.

Nak tido dah tak larat aku nak berbaring manjang. Nak berjalan pun dah tak larat jugak. Perut dah berat. Berapa kilo dah baby pun aku tak tau. Last scan 2 minggu lepas 3.2kg. Mesti lagi lebih sekarang ni. Kena pulak dah 3 hari overdue.

Tu guruh dok berdentum kuat pulok. Nak hujan ke? Kalau hujan Alhamdulillah. Sejuk sikit malam ni.

Tuesday, April 19, 2011

Orang Yang Suka Bawak Keta Kat Emergency Lane Tu Tak Tahan Sangat Nak Terberak Ke Hape???

Assalamualaikum

Malam-malam baru ada masa nak update. Dari pagi tadi bz. Ni pulak tengah dok tunggu laki aku call. Ke sebenarnya tadi dia suruh aku call balik tapi bini dia ni pekak badak. Huhuhu...

Pagi tadi memula aku ingat nak EL. Tapi pagi-pagi buta sebelum pukul 7 ada sms masuk. Dari staf aku. Suruh aku pi gak ke SIRIM pasal function hari ni. Bos kecik suruh.

Dah golek-golek atas katil aku pun pi la jugak dengan hati separa ikhlas. Dok teringat adik aku yang nak operate tu. Pikir nak pi sekejap lepas tu blah la pi hospital. Tunjuk muka pun ok kan.

Sekali aku ter'stuck' kat auditorium SIRIM tu sampai pukul 11. Memula handle registration. Tolong-tolong apa yang patut pasal staf tak cukup. Lepas tu diorang suruh masuk dengar ceramah motivasi. Dr Ridhuan Tee ok. Mana boleh lepaskan peluang ni. Memang kelakar la tapi penuh info. Tapi sampai ke sudah aku tak nampak muka bos kecik. Dia tak datang ok.... Alasan dia nak buat speeh YB untuk slot petang. Ye la sangat kan.

Dalam pukul 11 balik amik Kak Ita. Pukul 9 lebih Kak Ita call. Motor abes minyak. Nasib baik baru sampai depan simpang rumah je. Kalau tak berkepam la ketiak nak tolak motor ye Kak Ita. ;D

Pi beli minyak. Singgah makan. Beli selipar jepun abah kirim. Balik tukar baju. N Kak Ita kata nak teman aku pi hospital. Baru je siap-siap abah sms. Adik aku tak jadi operate. Allergic ubat bius kot. N abes muka n bibir dia bengkak n pecah-pecah. Heart beat n BP semua menjunam. So, memang tak sempat operate doc stop semua. Kena tahan kat ICU untuk pemantauan.

Dalam pukul 2 jalan jugak pi jenguk adik aku kat ICU. Gamble ni tak tau jalan. Berteman Kak Ita je la dengan GPS busuk yang sikit-sikit nak recalculating. Geram ooo... Sampai silap masuk simpang akibat si GPS yang hampehhhhh....

Sampai jugak ke HUKM pukul 3. Fuhhh... Memang gamble la mak buyung ni bawak kereta. Lepak kat HUKM sampai pukul 7. Konon keluar lambat sebab nak elakkan jammed. Rupanya mimpi siang la aku. Tak berani nak ikut jalan lain. Ikut balik jalan datang tadi. Lalu Federal Hiway. Jammed gila!!!!

Lenguh kaki aku tau. Dah la kereta manual. Tukar gear 1, gear 2. Kekadang boleh la gear 3. Paling sakit hati orang yang guna emergency lane. Dah tak reti nak queue sangat ke hape??? Ko dah tak tahan nak terberak sampai main haruk je emergency lane tu??? Dengan sorang pompuan ni dah la ko bawak kereta mahal lepas tu kat emergency lane laju nak mampos siap himpit-himpit aku. Heeeee.... Memang tekanan perasaan la woi bawak kereta kat Klang Valley ni...

Ok la. Aku dah ngantuk sebenarnya. Penat sesangat. Balik tadi pun bli KFC take away je. Dah la menonong je tak pi tempat order terus pi tempat bayar. Hahaha! Malu wokey.. Malu... ;p Dengan kebulurannya. Macam tak cukup je makan 2 ketul ayam dengan nasi yang lebih semalam.

So, aku nak tido. Esok kalau larat ada la aku bangun pi keja. Ingat nak pi jenguk adik dengan abah lagi. Kesian abah. Dia kata tak ada duit tapi aku nak bagi dia duit tadi dia tolak. Masuk balik beg aku. Hmmmmm....


Ok. Gudnite all. Kak Ita dah selamat beradu. Aku pun nak tido jugak. Daaaaa...



Monday, March 28, 2011

Dengki Betui La

Tengah melayan pening kepala masuk sorang staf dalam bilik aku ni.

'Puan, esok puan kena pi Ampang ikut lawatan TPM tu Puan ***** suruh.'

Hoh! Apekah perlu nak bawak aku jugak. Aku semenjak perut dah maju ni memang susah la nak jalan jejauh. Cepat penat. Mengah tu jangan cerita la. Sakit belakang dah wajib. Macam pakej pulak.

Saje la tu dengki. Nama aku sebenarnya tak ada pun dalam senarai lawatan tu. Tak payah pi pun takpe. Tapi sebab dia kena pi nak suruh aku pi jugak.


Pi ke Ampang pulak tu. Aku tengok buku lawatan kerja tu dari tengahari sampai malam pulak tu. Hoiiii.. Ehhhh... Tak larat ok. Nak drive pi keja pun pikir seploh kali. Nak balik keja pun gagah jugak aku drive. Ni nak bertunggu tangga sampai ke malam. Pitam aku ko nak angkat.

Aku MC pulak esok.


Hampeh betui la.

Tuesday, January 18, 2011

Semalam Aku Pengsan

Salam

Morning. Hari ni baru ada update. Semalam aku pengsan sehari suntuk kat rumah. Sebab di bawah pengaruh dadah.

Aku patutnya keja. Tapi malam ahad tu sebelum naik tren aku makan ubat tahan muntah. Ubat tu memang power rangers la. Sampai esoknya aku dah sampai Shah Alam aku sambung tido kat rumah tak sedar diri terus.

Aku sampai dalam pukul 7. Aku tertido sampai pukul 3 ok. Mata macam kena gam gajah. Tak boleh bukak. Siap mimpi ntah apa-apa.

Maka emergency leave la semalam dengan alasan tak larat. Hahahaha!

Hari ni macam biasa la. Pagi-pagi dah pening. Asal masuk keja je memang pening. Esok balik kampung lagi. Letih tapi kesian kat Amir.

Masa aku balik tu dia punya la happy. Asal aku duduk relaks sorang-sorang nanti dia datang dekat tarik-tarik aku ajak main. Kalau aku mandi dia dok ketuk-ketuk pintu bilik air. Kesian dia. Sebak aku tengok.

Amir.. Amir... Kesian anak ummi...

Friday, December 10, 2010

Banyaknya Kejaaaaa......

Time rehat tapi aku tak rehat-rehat.

Meeting pagi tadi telah menyebabkan aku terpaksa bekerja keras demi memenuhi kehendak orang atasan. Huhuhu...

Gila babun nak siapkan keja by Jumaat depan. N ada lagi 1 deadline by petang ni. Tak menyempat nak makan minum haku weiii....

Amir si officer kecik dah tido. Tu pun jenuh la ajak aku berjalan pi kolam ikan semua dulu. Kalau tak segar bugar je mata dia.

Tapi yang aku bengang ni sistem apesal macam harammmmmm!!!!

Jangan nak kata deadline petang ni aku tak dapat nak kejar. Tahun depan punya pun belum tentu siap. Apekah???

Dah email kat BTM tapi diorang memang kata ada masalah teknikal. Maka bersabarlah kamu sebelum kamu disabarkan. Huhuhu....

Berpinar kepala otak macam ni.

Monday, December 6, 2010

Sangat La Penat.....

Yeee... Amir tak nak langsung kat orang lain. Orang baru lalu kat depan dia dah peluk kaki aku tak nak lepas.

Nak tak nak tadi masuk meeting 5S aku angkut sekali. Memula dia melalak sebab aku tinggal dia n masuk meeting. Bila aku dah angkut masuk meeting pun still melalak. Dah kena pujuk dulu.

N kali kedua masuk dia senyap. Tapi dia main ketuk-ketuk pulak. Huhuhu... Lepas tu tertonggeng dalam tray tempat orang catering sediakan untuk letak pinggan n cawan dah guna. Adoi laaaa....

Tetiba terbau busuk. Dia tunjuk bontot dia. Sah! Berak! Huwaaaa!!!!

Lepas tu ada meeting lagi 1 kat bawah. Memang hampeh tak masuk la aku. Meeting 5S tu boleh dimaafkan lagi. Meeting kat bilik bawah tu ada bos besar. Memang tak la kan aku nak masuk bawak Amir. Sampai ke sudah aku tak masuk. Nasib baik tak ada kena mengena dengan aku.

Tu dia tengah lepak minum susu lagi tu boleh la aku nak menaip. Ni pun menaip laju-laju. Tetiba terkagum dengan diri sendiri sebab taip laju gila.

Amir... Lusa tolong la ummi ye. Dok behave elok-elok. Nanti ummi belikan mainan ye.

N aku memang terpaksa dukung Amir Intan. Sebab tak ada siapa yang boleh tolong. Balik ni nak naik tingkat 5 yang tak ada lif tu jenuh la mengendong dia. Senak perut. Kalau jadi apa-apa kat aku memang aku mengamuk kat HQ. Kalau aku saman HQ agak-agak buleh menang tak? Hahahaha!

Friday, October 29, 2010

Semalam Hari Yang Sangat Penat

Salam Jumaat :)

Eh, ada bicara ilmu. Aku nak turun dengar kejap. Sebab ustaz yang bagi ceramah tu best. Kalau tak best pun aku dengar jugak. Dapat pahala tau datang n dengar majlis ilmu ni. Be right back. :):):)


Ok, dah balik.

Nak cerita pasal semalam.


Semalam adelah hari yang amat meletihkan. Dah macam pelarian dah aku. Kena berkejar ke sana sini.

Dengan perut lapar. Dah balik rumah kena pi opis balik. Oooohhhh... Sadis....


Dengan kereta aku bau ikan. Sebab aku angkut sekali barang basah yang aku beli tu pi opis balik. Kalau aku superman ye kot aku pi terbang naik tingkat 5 tu simpan barang kejap. Tak larat okeh. Lif takde rumah aku tu timah.

Balik rumah sebab terlampau kebulur terus zus zas aku masak. Lapar macam orang gila tapi sempat masak 3 jenis lauk. Hahaha! Kak Ita dah masak nasi. So, jimat tenaga di situ. ;p


Aku masak ikan goreng, kangkung pun goreng pedas, tempe n tauhu masak kicap. Nak cepat punya pasal aku lupa cara nak siang ikan. (Sebenarnya dah lama tak siang) Terus aku cantas kepala ikan tu dengan gunting. Muakakaka! Lepas dah sembelih sekor baru teringat macam mana cara nak menyiang sebab tengok ikan tu nampak pelik. Hahahaha! Budus jek.

Tapi dah letih plus penat terlampau tu pukul 12 jugak aku tido. Sebab dok buat bajet untuk diri sendiri. Tertido sambil memangku lappy ye.


N pagi ni bangun lambat sebab hujan. Tido pun best gila. Hahahaha! Tapi potong betul time tengah get ready nak pi opis dapat lagi sms dari timbalan tanya soklan sambungan semalam. Haiyaaaa....

Hari ni aku ingat nak balik rumah tengahari. Nak settle basuh baju n kemas beg nak balik kampung petang ni. Tak sabar nak balik jumpa Amir Ridhwan. :):):)


Teringat kat Amir je la yang boleh buat aku tersenyum walau hati sedang gundah gulana.