SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 31, 2013

Bz Menjelang Tahun Baru

Assalamualaikum

Entry sepanjang Disember memang la ada 1 je. Aku busy gila! Staf semua amik cuti sempena hujung tahun. Aku la tinggal terkontang kanting handle semua benda. Dah la next year ada projek penting. Memang terbangak-bangak la aku buat semua benda sorang.

Hari ni pun bz sebenarnya ni. Makan breakfast pun tak sempat lagi. Sempat kunyah cornflakes dua tiga gigit. Berlari fotostat surat. Staf sambilan datang mintak borang segala macam.

Hoiiiiii!!! Cuti aku pun bos kensel suruh pinda tarikh la. Nampaknya pertengahan bulan baru aku dapat cuti sebab aku nak pi kenduri kat Putrajaya.

Ni kira entry penutup tahun 2013 la ye.

So apa azam tahun 2014? Aku? Keja berlambak tak sempat nak berazam. Nak berak pun tak sempat.

Kita tengok la macam mana tahun 2014 ni nanti. Semoga baik-baik dan aman-aman sahaja...

 

Thursday, December 5, 2013

Selsema Lagi

Batuk dan selsema lagi. Berjangkit dengan anak-anak. Hari tu beria la doktor bagi antibiotik sebab kerap sangat aku demam lately ni. Kalau dah nak sakit tu makan la antibiotik penuh seperiuk pun. Sakit la jugak.

Amir pun dah tak batuk teruk sangat. Mak apak dia pulak yang sakit. Bernafas ikut mulut dah aku ni. Hidung dua-dua tersumbat. Abang Misai lagi la, baru semalam balik dari Sarawak dah demam pulak. Pagi tadi badan panas je.

Hana je la ok. Batuk sikit-sikit je. Tapi hingus kadang-kadang bersememeh. Selamba badak tarik baju aku lap hingus dia. Hahahaha! Hari ni tak nangis dah pi rumah Toksu. Kena pulak abah dia belikan gelang dari Sarawak. Puji pulak cantik. Kembang kempis hidung nak tunjuk kat kawan-kawan tu.

Aku nak settle checklist ni. Nak buat taklimat kat luar next two weeks. Serabut je. Banyak benda nak kena print. Dengan bos tak ada pi cuti-cuti Malaysia. Aku memandai approve karang amukan pulaknya. Tapi nak suruh buat cepat. Aku emel tak jawab. Maklum la pi over the sea. Roaming mahal le tew.

Tak apa la. Kita settle dulu mana patut. Yang tak boleh settle lantak pi dulu. Jangan stress-stress. Nanti muka tua. Cakap pasal muka tua terus teringat serum muka dengan serum mata aku dah abes. Bila nak pi beli ni.

Balik ni kalau sempat nak menyinggah la cari. Kalau tak tepek je muka dengan air beras bagi awet muda. Kohkohkoh!

Wednesday, December 4, 2013

Musim Batuk dan Selsema

Assalamualaikum

Baru dapat update. 2 hari aku cuti lepas balik dari Kelantan. Ikutkan cuti hari Isnin je. Lajak ke Selasa sebab Amir muntah-muntah.

Aku balik dari Kelantan tu Amir batuk-batuk. Asal nak tido malam je batuk macam nak tercabut anak tekak. Sapu vicks pun tak jalan. Isnin tu bawak ke klinik. Malam Isnin lagi menjadi batuk lepas makan ubat. Pakej sekali dengan muntah.

Muntah selambak pulak tu. Segala yang dia makan abes terkeluar balik. Tengah-tengah malam muntah lagi. Memang tak tido dalam bilik la pasal katil dah basah lencun dimuntahkan Amir. Jenuh aku menyapu segala macam balm nak redakan batuk dia.

Kesian sangat bangun pagi tu tengok perut Amir jadi kerempeng. So terus aku putuskan nak bercuti. Masak makanan feveret dia. Pagi makan nasi goreng. Petang semalam makaroni goreng. Abes dia sapu dengan Hana.

Sebab ummi dah bercuti lama maka pagi tadi Hana buat perangai tak nak masuk rumah Toksu. Dia keraskan badan masa aku nak dukung bawak keluar kereta. Kesian sungguh tengok anak-anak. Tapi apakan daya, ummi kena kerja cari duit bayar segala hutang kereta dan rumah wahai anak-anakku.

Ni masa kat Tesco siang sebelum dia muntah selambak. Nampak Iron Man terus cakap 'Ummi, amik la gambar Amir dengan Iron Man tu.'
Ni masa baru balik dari pasar malam. Nak kungkung(dukung) aje keja dia. Rebeh bahu aku sebelah.

Sayang 2 orang budak bertuah ni ketat-ketat. Walaupun ummi adelah tiger mommy tapi tetap jugak nak berkepit dengan ummi. Hehehe...

Saturday, November 30, 2013

Last Day Taklimat.. Yeayeahhhhh!!

Ok, bersiaran secara langsung dari Kota Bharu, Kelate.

Hari ni last day bertaklimat. Maka hati sangat gembira rasa nak lompat bintang depan hotel. Hahaha! Over sangat nak lompat bintang.

Tak sabar nak balik jumpa dua orang budak bertuah ummi. Kesian diorang semalam tido rumah toksu. Abah pi Sarawak. Ummi kat Kota Bharu.

Balik pun malam baru sampai. Jangan dah tertido time aku nak amik tu. Jenuh kena transform jadi hulk angkat 2 orang budak masuk kereta.

Ole-ole aku tak beli. Pasal naik flight. Berat beg nak bawak. Semalam pun terpaksa teman pengarah negeri Perak shopping kat Pengkalan Kubor. Aku beli seluar dengan baju aku je sehelai.

Kalau orang tanya best tak Pengkalan Kubor aku jawab biasa-biasa je. Kalau orang yang suka shopping pinggan periuk belanga mungkin suka kot. Aku pun bukan kaki shopping so memang kurang perasaan sikit. Lagi 1 sebab aku orang luar yang tak reti kecek kelate maka ditekan la harga tu mencanak. Sama je harga macam aku beli kat Penang.

Sebab ada orang kelate teman n kecek kelate dia turunkan harga banyak. Kalau tak memang jangan harap la boleh kurang harga lagi.

Moral of the story belajar la loghat kelantan ye.

Ok, tu je dulu. Terima la gambar muka aku yang happy nak balik rumah kat atas tu. Tak reti aku nak alih.


Posted via Blogaway

Monday, November 25, 2013

Otak Ku Tepu

Ok, aku panik. Sebab slide aku tak siap lagi. Otak tepu. Blur. Semua lah! Huhuhu....

Segala mak nenek data nak kena susun balik. Gila la haku. Malam semalam mengadap pun aku tambah sikit-sikit je. Lepas tu datang la ketepuan otak. Terus tutup lappy, baring sebelah Hana, tido. Tapi tido yang tak berapa nak tido la. Aku ni kalau dok terpikir satu-satu benda tido aku dah macam tido-tido ayam je. Mata je tutup. Otak berjalan memikir apa nak letak dalam slide.

Pagi tadi pun macam tu la. Aku tido tapi pikir esok pagi nak tambah apa lagi kat slide bos ni. Nak nangis sungguh. Sekarang ni pun aku hadap pc tapi kosong... kosong... Gimana iniiiii...

Aku blur ni pun pasal risau nak tinggalkan anak-anak. Aku pi Kelantan this week. Selang berapa hari laki aku pulak pi Sarawak. Anak-anak tinggal la rumah Toksu. Bermalam sehari je pun. Tapi sebab Hana ni jenis tak pernah bermalam dengan orang la yang aku dok pikir macam-macam. Sat lagi dia buat perangai kesian la kat Toksu diorang. Selalu time aku amik kat rumah Toksu pun dia dah tunggu depan grill pintu. Ni gamaknya apa la dia rasa bila tunggu depan grill aku n abah dia tak datang-datang pun.

Haih... Emosi seorang emak sungguh kan. Ok, mari sambung panik bersama. Dah la bos bagi excuse tak masuk meeting ni. Tapi slide suci murni lagi.

Pitam....

 

Friday, November 22, 2013

Sekejap Sangat

Assalamualaikum

Hoh, dah pukul 10. Sekejap sangat rasanya hari ni. Pasal aku banyaaaak keja nak setel. Kejap karang jalan pi admin. Kejap pi bilik bos. Kejap hadap pc. Kejap pi kat water dispenser tadah air buat nescafe. Tengok jam, ehh.... Dah nak rehat? How time flies... *tetiba speaking*

Macam tak cukup masa je hari ni. Sat lagi bos mesti cari punya la. Katanya nak discuss untuk slide dia tu. Oh mai... Oh mai....

Ni pun aku nak kena settlekan senarai anggaran bajet untuk hantar kat HQ. Detail punya. Pitams ahkak nak mengira n copy paste satu-satu. 

T______T'

Jadi marilah bersama-sama kita memeningkan kepala mengira duit yang banyak. Bukan duit depan mata. Figure saje.

Doakan la aku menang RM sejuta. Boleh aku langsai hutang. Tak payah pening-pening keja opis dah. Dok keja kat rumah saje. Amin....



 

Thursday, November 21, 2013

Cerita Pasal Diet

Assalamualaikum

Ok, semalam hari emo. Jadi entry semalam landing kejap je sebelum aku meroyan kat opis. Dah abes emo draft balik. Jangan ada orang report kat bos sudah. Hahaha!

Pagi ni mengadap bos yang sepatutnya masih MC sakit mata. Datang jugak dek non. Tapi jumpa aku je la pagi tadi. Haip... Kalau sakit mata tu tau dah jangkit dengan siapa kan. Discuss pasal bajet projek tahun depan. Ok, kena betulkan balik. Lalala~~

Sebab discussion panjang lebar aku tak dapat masuk ceramah hari ni. Aku menyibuk time makan-makan aje karang. Penuhkan tembolok. Tapi disebabkan aku adalah dalam proses menguruskan badan maka makan sikit aje la. Cuit-cuit je kot. Pasal pagi tadi ada insan bermurah hati sedekah nasi lemak sebungkus kat semua orang. Orang bagi takkan nak tolak. Aku ngap jugak. Hehehehe... Lepas tu terus rasa bersalah bukak apps MyFitnessPal kira berapa kalori dalam nasi lemak kuah kari udang. Hahahaha!

Disebabkan gigih nak menguruskan badan aku rajin buat squat dalam bilik air. Nak buat kat luar laki aku confuse pulak. Anak-anak pun banyak la tanyanya nanti. Time sebelum mandi tu bersquat la aku. Nak cantikkan pungkoq katanya senaman itew. Muakakaka! Cantik melentik ke macam mana sila gugel.

Dan aku tak strict diet pun. Nasi tetap makan. Cuma kurangkan kuantiti. Makan segenggam nasi saje. Tengok jugak la, kadang-kadang aku makan 2 kali segenggam nasi dengan lauk pauk. Tengahari n malam. Kadang-kadang sekali. Kalau dah makan benda lain tu memang sekali je la kan. Orang cakap lambat la kurus gitu. Slow pun tak apa lah. Bukannya aku nak jadi model peraga baju pun. Kurus untuk diri sendiri aje.

Hasilnya? Berat memang lambat la nampak turun. Tapi turun tang inci kot. Rasa semua yang ketat-ketat ala-ala dah boleh bernafas dengan selesanya. Kohkohkoh... Ni memang boleh rasa sendiri ye.

Minum air banyak juga. Buang toksin dalam badan. Sekali or dua kali seminggu aku minum air buh lemon slices n oren. 1st time aku buat air aku pahit mak hang. Kali kedua aku buang kulit lemon tu. Tapi orang kata kulit la selalu paling banyak khasiat ye. Tekak iols tak boleh terima la. Nak letak madu kasi manis-manis sikit pun aku belum sempat beli lagi. Buat sementara ni buang dulu la kulit lemon tu.

 Eh, entry dah jadi entry diet pulak ye. Hahahaha! Ni namanya main taip ikut sedap kepala otak saje. Ok, aku nak kena sambung buat bajet. Main juta-juta pulak tahun depan ni. Terkujat aku nak balancekan.

Sila mengira sekarang.


Wednesday, November 13, 2013

Demam Lagi

Assalamualaikum

Hari ni lagi sekali aku rasa tak sihat. Malam tadi mula start bisa-bisa badan. Terus demam. Hidung tersumbat. Tidur pun bernafas ikut mulut macam ikan dah.

Gigih jugak ni pi keja. Ada nasi banyak dalam periuk tadi tapi sebab tak larat tak ada la aku menggoreng. Nasib Amir tak request. Dah 2 hari aku masak bagi dia bawak bekal. Isnin bekal nasi goreng. Semalam bekal spagetti. Hari ni dia bawak bekal roti je. Macam kan pi sekolah. Padahal pi rumah pengasuh je pun.

Aku gigih menggoreng nasi pagi-pagi tu sebab itu je la yang Amir makan banyak. Hana dia nasi ni makan jugak tapi lebih suka sup. Spagetti tu dua-dua memang makan banyak.

Hoih... Tak laratnya la. Rasa nak tido je. Tapi ada paperwork aku kena siapkan. Huuuuuu... Tension hakak ni tau.

 

Monday, November 11, 2013

Tengok La Aku Berselfie ;p

Assalamualaikum

Selamat pagi. Aku senyap seminggu ni. Ada taklimat dekat hotel. Hotel dekat je area opis. Jalan kaki pun sampai. Dapat la bilik tapi aku tak stay. Balik rumah even taklimat habis pukul 10 malam. Akibatnya minggu lepas mata aku dah macam panda. Hitam keliling.



Itu adalah muka aku pada pagi Sabtu. Nak pi taklimat la tu. Taklimat sampai hari minggu pulak. Tension ahkak. Mencuri hari cutiku. Dengan tak pasal-pasal aku kena angin laki aku. Nak pi kenduri tak dapat pasal aku balik lewat. Sentap aku tau. Di hari anniversary pulak tu. So, merajuk la aku seharian.

Ahad pun melepak kat rumah. Aku gedik buat mini popia serunding. Nak buat simpul kasih tapi hancur berkecai. Asal aku simpul je berkecai. Fedap mak. Terus gugel cara lain nak melipat mini popia. Haaa... Yang ni tak berkecai. Tapi hudus la pulak. Tak kemas. Asal boleh ngap masuk mulut dah la. Nampak nau tangan tak berseni. Hahahaha!

Tetiba datang angin nak buat mini popia pasal kulit popia tu dah berzaman aku beli tapi tak buat apa pun. Dari raya hari tu. Hehehe... Buat semak freezer je kan. Balik malam sat lagi boleh sambung lagi. Serunding banyak, kulit popia pun banyak jugak.

Ok la. Aku nak siapkan minit mesyuarat ni. Esok meetingnya. Huhuhu... Gila bz sampai minit tu tak sempat aku nak tengok. Nasib ada record.

Babai!

 
 

Monday, November 4, 2013

G Wrap McD Sold Out!

Demam... Berbisa je badan dari malam tadi. Tapi aku boleh pi opis pulak lagi kan. Cemerlang sungguh.

Demam selsema. Hingus meleleh je. Macam baru je lepas aku selsema teruk hari tu. Ni jangkit dengan Amir n Hana la ni. Diorang dengan riang gembiranya main lompat sana sini. Ummi diorang pulak kecundang dengan virus ni.

Dah rasa nak tido je. Tapi room mate ade la pulok. Ingatkan dia sambung cuti. Kalau dah tak tahan sangat sat lagi ni kena la aku pi surau.

Semalam masa demam baru nak mula tu teringin la tekak aku ni nak makan G Wrap McDonald's tu. Gigih ajak Abang Misai keluar petang-petang. Pi la ke McDonald's tepi hiway kat bandar Sunway tu.

Tapi kegigihan tu tak berbalas. G Wrap sold out la pulak. Hukhukhuk... Sedih sungguh. Bengang tau sebab dok iklan dalam tv bila nak pi beli tak ada pulak. I is marah!!!

Tanya staf kaunter, kat store tu je ke sold out. Idok ye. Whole Penang. OMG!!! Diorang kehabisan stok roti pita itu. Bila ada balik pun tak tau. Tunggu HQ katanya.

Kesian orang demam ni kan. Kempunan G Wrap.

 

Tuesday, October 29, 2013

Roti Enakkk Yang Sangat Gebu

Assalamualaikum

Dah breakfast ke korang? Aku minum nestum 3 in 1 campur dengan oat n sebijik bun yang aku beli kat kiosk RnR jejantas Sungai Buloh hari Sabtu lepas. Elok lagi bun tu. Expired 31hb. N bun tu adelah sangat lembut dan sedap pada tekak aku. Aku beli 2 perisa, 1 tu custard. 1 lagi strawberry coklat. Strawberry coklat adalah sangatttttt sedap.


Itu la gambar roti yang telah selamat dicerna dalam perut aku. Hehehehe... Setiap 1 perisa tu dia pack dalam bekas ada 6 ketul. 1 pack RM5. Aku beli tu just nak try je. Rupanya sedap. Gebu, lembut. Tagline dia, teringat-ingat. Ha'ah.. Teringat dah ni. Hahahaha!

Korang boleh la tengok blog dia. rotienakkk.blogspot.com kalau tak silap aku. Instagram pun ada. Cari je rotienakkk. FB dia pun ada rasanya. Korang gugel la ye. Pada siapa-siapa nak jadi agen pun ada dalam blog tu.

Eh, ni aku promote free aje. Pasal aku rasa sedap. Dah la aku sorang membantai makan roti tu dari time beli sampai hari ni. Ada 12 ketul kan. Sehari makan 2 ketul. Hahaha! Laki aku makan seketul n dia kata lembutnya roti ni.

Kalau lalu RnR Sungai Buloh lagi confirm aku nak beli. Nak try perisa lain pulak.

:p~~~

 

Monday, October 28, 2013

Berjalan 3km = 10 000 langkah

Assalamualaikum

Isnin... Kat ofis la. Mana lagi kan. Ingat nak cuti lepas penat berlari *lari ke???* Sabtu lepas. Tapi keja banyak berlambak lagi. Datang je la opis. 

 Tu kat atas tu gambar orang yang join berlari. Aku masuk kategori fun run aje. Lari 3km. Tapi jalan aje lebih. Nak lari semput pulak siapa la nak angkat. Dah la setahun sekali pun belum tentu berlari kan.

Tunggu cabutan bertuah sampai habis tapi aku tak bertuah. Hahaha! So, abes je program balik hotel. Kemas-kemas barang. Blah la balik rumah. Apa lagi mau tunggu. 

Di hari Ahad orang dok relaks-relaks aku berhempas pulas basuh baju berlambak-lambak. Kena pulak cuaca pun elok je. Kejap-kejap macam mendung tapi tak hujan. Gigih aku basuh sampai 4 round. Mesin basuh ahkak semi auto dik. Jenis dah masuk sabun, pusing pastu kena drain air, bukak paip tunggu air penuh baru pusing bilas pulak. Bila tahun nak pakai mesin auto tah la.

Dah kering kena lipat pulak. Mesin lipat baju setakat ni belum ada lagi. Lipat la aku pelan-pelan kayuh. Basuh sekali selimut n tilam Amir. Budak bertuah yang kalau dia kencing atas tilam pun masih boleh tido dengan nyenyaknya. Heran sungguh aku dia ni. Tak rasa macam dok atas air kot.

Tu je la pun cerita semalam n kelmarin. Ni ada bau-bau masam dalam bilik opis ni. Siapa punya setokin bau masam ni weiiii! Ok, saya mau mengesan dari mana datangnya bau masam itu. Sakit hidung aku.



 

Friday, October 25, 2013

Penat La Nak Lari Besok

Aku kat PICC ni. Kena dengar taklimat. Esok kan kena paksa berlari. Huh!

Dah la tak cukup tido. Hana semalam stok tido terbangun merengek gatal... Gatal... Selagi aku tak garu or gosok dia hempas-hempas badan. Hoiiiii... Sabor je la mak hang ni tau.

Sambil garu sambil aku bebel dengan mata tertutup. Tu laki aku la jaga amir n hana. Merungut kat aku anak-anak buat perangai. Haaaa... Rasa la ye bang. Selalu bini yu ni la yang hadap perangai budak bertuah 2 orang tu. Bergaduh punya ganas gigit sana sini. Abang cubit tangan, adik cubit pipi abang. Haha! Aku, tolong tambah dengan rotan kalau dah aku leraikan pun masih bercekau. Tapi idok la aku bantai cukup-cukup. Piap sekali kat kaki gitu tapi menyentap dua-dua orang.

Eh, semalam ngam-ngam sampai hotel kereta naik temperature. Laki aku kata kipas problem. Tadi dia cari workshop la tu. Anak buat perangai pulak. Pening la dia. Sehari je bang. Esok kita lari la sama-sama kat putrajaya ni.

Lari kategori fun run saje. 3km je tu pun nak berpusing mata kot. Kategori 10km takde la aku nak amik. Dah la nak lari setahun sekali pun payah. Cramp kaki karang. Jadi amik short distance sudah. Jangan nak cari bala.

Ok. Nak sambung taklimat. Taklimat yang aku tak fokus langsung.


Posted via Blogaway

Thursday, October 24, 2013

Manusia Sekarang Ramai Yang Dah Tak Ada Sensitiviti

Semalam aku tertido awal. Pasal mengantuk terlebih. Anak-anak pun aku paksa jugak tido awal. Hahaha!

Terbangun pukul 12 malam. Tengok la henfon. Terkedu aku tengok member kat group wassap share gambar. Gambar pegawai bank yang kena tembak kat kepala tu. Terus aku tak boleh nak tido.

Ni pi keja tengok dalam fb ada orang share gambar arwah tu yang kena tembak. Tak censored. Tak blur. Clear abes. Terfikir kejap aku, tak ada sensitiviti dah ke manusia zaman sekarang.

Tak kesian dengan family arwah ke? Gambar arwah yang macam tu tersebar merata-rata. Yang aku baca dalam paper setakat ni anak-anak arwah sendiri tak tau apa yang jadi kat ibu diorang. Kalau anak-anak tengok gambar tu tak ke hancur luluh perasaan diorang. Tak rasa ke macam mana perasaan kita pulak kalau jadi kat orang terdekat kita. Kita suka ke gambar macam tu tersebar merata-rata.

Yang paling bangang sekali ada yang like pulak tu. Eh, korang faham ke tak apa fungsi like tu? Aku confused ni. Gambar macam tu pun nak like ke. Macam suka pulak ye. Apa makna like dalam bahasa melayu? Suka kan.

Kalau nak share sangat pi share gambar penjenayah tu. Yang tembak mati orang tak bersalah pada dia. Takut ke nak share? Takut kena tembak pulak? Tu lagi bagus daripada share gambar mangsa yang menyedihkan tu.

Pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang. Sensitiviti out.

 

Wednesday, October 23, 2013

Mata Letih

Ok, aku tengah mengalami 1 penyakit tak boleh nak hadap pc lama-lama. Aku menaip pun tunduk bawah je. Tengok skrin sekejap-sekejap. Dia jadi sakit kepala area kening n mata. Berdenyut-denyut tu.

Aku dah la banyak keja nak kena siapkan. Semua jenis kena hadap pc tenung lama-lama. Bagaimanakah nak siapkan keja macam ni.

Dah sapu minyak kapak pun masih begitu. Panadol asek lupa nak beli. Sakit start dari Ahad. Tapi macam makin teruk pulak. Semalam agak kronik. Pukul 11 gitu aku dah tak tahan terus blah pi surau. Jalan pun dah macam orang mabuk. Terhoyong hayang.

Hari ni kurang sikit pasal aku elakkan tengok pc lama-lama. Adekah aku keletihan mata sebenarnya.

Ada member suggest nat berry plus. Ok ke weh.


 Katanya ada jual kat farmasi. Raguram pulak aku nak menerai. Kalau baca kat situ takde perasa atau bahan-bahan tiruan.

Hmmmm....

Siapa pernah makan? Ok ke tak?


 

Tuesday, October 22, 2013

Larian Lah Sangattttt.....

Kepala sakit. Tension dengan arahan diktator. Yang sakit kepala tu memang dari ahad lepas lagi. Kena hujan kot.

Tambah lagi sakit kepala bila bos ni jadi diktator. Paksa pi larian kat Putrajaya. Larian jabatan lah sangat. Aku sebenarnya kena hantar adik aku pi interview. Notis suruh join larian adelah petang semalam pukul 6 tru email. Aku dah abes keja kot. Nak bukak email tru fon pun malam baru aku bukak. Baru la perasan malam tadi.

Interview adik aku tu kat bangunan tempat keja aku ni jugak. So, senang la abah aku tak payah susah-susah nak drive. Ni dah terpaksa jugak pi. Alasan aku ditolak sementah-mentahnya. Nasib la adik perempuan aku sorang lagi ni balik dari Shah Alam. Boleh la mintak tolong dia hantar.

Bangang sangat larian pun kena paksa pi. Sebenarnya nak memeriahkan majlis la tu. Akibatnya anak-anak buah dari cawangan negeri ni la jadi mangsa. Support jabatan. Ye lah. Support lah. Support tak ikhlas.

Hotel n kenderaan pun sendirian berhad. Memang aku angkut anak n laki aku la. Isnin aku nak cuti. Siapa suruh paksa aku pi. Jadi sila la luluskan cuti aku tu.

Haih..... Panadol mana panadol....

 

Friday, October 18, 2013

Pot Luck

Fuuhhhhh... Kekenyangan.... Alhamdulillah....

Buat pot luck dengan member ofis ni. Aku macam biasa bawak spagetti. Macam tak reti masak benda lain. Yang tu je senang. Hahahahaha!

Cincang-cincang bawang. Masuk daging kisar. Tumis-tumis. Masuk tomato puree. Kalau terlebih rajin masuk la tomato fresh. Bubuh cendawan n sosej yang dah potong-potong. Tunggu masak je la.

Tu resepi aku la. Buh la herba-herba segala mak nenek yang ada omputih buh tu. Oregano ke apa tah. So, siap la kuah spagetti. Spagetti rebus je la. Kalau nak ada rasa buh garam sikit.

Kalau dah femalas sangat beli je kuah spagetti dah siap. Panaskan n curah macam iklan prego tu. Hehehehe... Aku ni kira ada la rajin sikit lagi.

Selain spaggeti ada chicken wing, chicken finger, samosa, salad buah, pizza n kek. Western gitu. Nasik tak ada. Semua stok dah makan nasik siap-siap.

Maka, malam ni tak payah makan apa dah. Diet ke laut sangat kan. Huhuhu...

 

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Aku melangut dekat opis. Esok raya haji tapi gigih sangat datang opis kan. Semua cuti. Sunyi je. Tahap kesejukan pun melampau macam duduk kat negara bersalji. Hujan lebat pulak kat luar. Syahdu je mata nak tertutup ni.

Sebab semua dah pakat cuti aku pakat time off la. Setengah hari je. Siapkan pasal aset ni. Aku ni pegawai serba boleh. Keja teknikal aku sapu, keja admin pun aku sapu. Kesayangan bos sangat. Hukhukhuk....

Eh, semalam aku try buat cheesekut. Tapi belum try makan lagi la. Baru try buat je. Hahahaha! Petang ni makan buat berbuka kot. Puasa sunat hari ni. Apa la gamaknya rasa cheesekut aku tu. Sila kagum sebab aku ni payah benau nak buat kuih-kuih mak nenek ni. Tu pun buat kat rumah kakak aku. Buat kat rumah sendiri aku tak yakin jadi pasal anak aku terror bab tolong-tolong aku ni. Hahahaha!

Balik ni nak setelkan road tax. Pi renew la apa lagi. Dah lebih seminggu tak menyempat nak renew. Tapi kena pi amik laki i dulu. Dia hantar kereta opis dia tapi motor tinggal kat tempat lain. Sat lagi mesti aku kena hantar dia pi amik motor pulak.

Raya esok korang masak apa? Aku pun tak tau lagi nak masak apa ni. Mungkin menu biasa je la. Masak lodeh. Ayam masak merah atau kari saje. Rebus la ketupat belen raya hari tu. Tu je kot.

Ok, aku nak setel keja yang tak mungkin habis. Kalau tak habis sambung rabu. Rabu pun ramai lagi orang opis cuti. Aku je semangat keja melampau.

Nak amik cuti hujung tahun la. Ajak laki i hanimun. Kehkehkeh... Cuti berlambak nak buat apa kan. 

Ok tu je. Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.

:):):):)

Friday, October 11, 2013

Keretamu Keretaku Jua...

Masuk hari ni dah 2 hari aku bawak kereta laki aku pi keja. Keta aku road tax dah mati. Tak renew lagi. Maklum la, bz melampau sangat. Terkejar sana sini. Nasib la kereta laki aku tu road tax dah renew awal sikit. Hahahaha!

Tapi aku tak berapa suka sangat bawak kereta dia. Kan aku pernah cakap kereta dia macam kenderaan berat. Bunyi ngong ngong ngong. Lepas tu dia lowered kan. Potong spring bagai. Katanya nak potong angin. Iyeeee lah sangat.

Sebab dah potong spring jadi rendah maka skirting kereta tu selalu la jadi mangsa tersangkut kat mana-mana bumper atau tebing tinggi. Itu la yang paling aku tak suka. Bila aku bawak lagi la tak kuasa aku nak senget benget kan kereta kan. Aku sodok je semua. Hahahahaha! Lantak la kau.

Semalam masa hantar Amir n Hana ke rumah Toksu kereta bunyi macam tersangkut. Tapi aku main redah je pasal dah lambat. Balik keja baru perasan nak tengok skirting kereta. Gaya macam nak relai dah. Adehhhh... Aku nak cakap apa la dengan laki aku ni. Terus balik rumah buat-buat tanya soalan,

'Skirting kereta abang memang macam tu ek?'

Sambil tunjuk skirting kereta dia yang dah jahanam aku sauk tebing tanpa rasa bersalah. Terus tangan laki aku pegang kepala. Hehehehehe.... Kena la bebel serba sikit.

Sorry la ye bang. Siapa suruh potong spring bagi rendah. Gaya macam nak kena pasang skirting baru tu. Kumpul duit ye bang. I tolong bagi semangat je.

;p

 

 

Tuesday, October 8, 2013

Mokcik Stress!!!!

Assalamualaikum

Tuan blog demam. Dari hari minggu. Stress keja banyak sangat. Hari ni datang opis tambah stress lagi. Tengok atas meja penuh dengan borang. Sampai tak nampak ruang nak menulis.

Semalam cuti kecemasan pun tak meredakan stress.

Nak jerit boleh?

HUwarrgghhhhhhhh!!!!!

 

Tuesday, October 1, 2013

Sepi Pi Pi

Haaa... Lama kan blog ni sunyi. Dah surrender ke tulis blog? Hehehe... Idok la surrender. Cuma aku tak punya banyak masa nak jenguk blog sekarang ni. Keja berlambak-lambak.

Ni pun sempat menaip sebab tunggu bos aku confirm menu. Dia tak ada kat opis. Aku pun tak dok opis aku. Kat pejabat operasi ni. Ada meeting sempena perjumpaan dengan kp lusa. Macam nak jumpa pm kot. Hoihhh... Meeting sebulan 5 kali siap rehearsal. Pitam mak.

Ni pun sat lagi aku nak ke kedai untuk set pasal makan malam dengan kp. Sesi ala-ala food tasting kekdahnya. Huhuhu... Perut dah bergendang lapar. Dari tengahari tak makan. Lambat pulak bos aku ni. Tengok menu ke makan menu.


Posted via Blogaway

Monday, September 23, 2013

Makin Tua Makin Pelupa Ye

Assalamualaikum

Aku tengah blur pasal keja banyak bertimpa-timpa. Dari semalam kebluran itu dah menunjukkan taring. Hahahaha!
 

Petang semalam keluar jalan-jalan. Bawak anak-anak. Sempena menyambut hari tua aku. On da way ke Sunway Carnival Mall laki aku tanya,

'Kasut adik bawak tak?'

Hana angguk-angguk. Kasut kat belakang kata dia. Aku pun dah dia tanya pasal kasut tengok la kasut sendiri. Terus muka gelabah...

Pasal apa gelabah?

Pasal ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Huwaaaa!!!! Kesengalan terlampau....... Aku pakai kasut lain-lain sebelah. Yang selipar biru tu aku sauk selipar mak mertua aku. Tak perahsan sangat tau.

Kekdahnya aku dah betul dah pakai kasut. Lepas tu aku patah balik masuk rumah amik wet tissue. Keluar rumah main sarung je tak tengok-tengok dah. Dalam kereta masa laki aku tanya kasut anak baru perasan. Hahahahaha! Vudus sangat rasanya.

Ni dah kali ke berapa aku buat pesen kasut lain-lain pasangan ni. Dulu sebelum kawen pernah dah. Sampai kedai makan. Gila sakai sangat rupa aku.

Bila aku bagitau Abang Misai dia nak gelak tapi tahan je la tengok kebimboan bini dia. So, terpaksa la menuju ke kedai runcit. Tu pun aku sendiri turun pi beli. Mak maluuuuuu.... Laki aku tak nak belikan. Hahahaha!

Jadi ni la dia selipar baru. Selipar yang boleh tahan mahal. ASADI okeh. Dekat RM18. Laki aku kata beli selipar 2 ringgit dah la. Eh, aku yang beli suka hati la kan. ;p


Itu je la pun aku nak cerita. Pasal sampai hari ni aku gelak sorang-sorang bila teringat. Ntah apa-apa la perangai. 

Ni gambar terkini anak teruna n anak dara aku. Sibuk nak pakai spek hitam. 

 Amir Ridhwan yang banyak tanya


 Amirah Raihanah yang manja terlebih

Sekian sahaja dari aku yang makin pemalas nak update blog. Dengan pesanan sebelum pakai kasut sila tengok-tengok dahulu. Muahahahaha!

Bye!

 
 

Tuesday, September 17, 2013

Ke JB Hari Ni

Assalamualaikum

Macam dah lama aku tak update. Ni pc baru je direpair jumaat lepas. Maka senang hati la nak godek pc. Kalau tak pi la menumpang kat tempat orang. Nak buat keja pun payah jadinya.

Hari ni kena pi JB sampai hari Jumaat. Tinggal la si Hana manja tu dengan abah dia. Tak tau la nak tido malam macam mana tu. Selalu dengan ummi dia ni dia mengadu gatal. Suruh garukan. Aku selalu gosok-gosok badan dia sampai dia tertido. Banyak akal sangat budak bertuah tu tau.

Hana dah wean off dah. Hehehe... Aku letak kopi sekali je terus dia tak nak dah. Ada sekali dua je terbabas tu pun pasal dia mamai pagi-pagi buta. Sekarang ni kalau offer pun tak hingin dah dia. Gelak-gelak lepas tu lari. Rindu pulak zaman dia menyusu tu.

Blur pulak dah lama tak menaip ni. Macam banyak benda tapi tak tau nak cerita apa.

Ok la, perut dah berkeroncong. Nak cari makanan sat.

Tata!

 

Wednesday, September 11, 2013

Kebengangan

Berasap dah kepala aku punya bengang ni. Bukan bangang ye.

Pc aku jahanam tak ok lagi. Dah sebulan lebih. Dari sebelum raya sampai dah abes raya. Vendor tak datang-datang. Asal call cakap esok. Call jawab esok datang. Ha'ah, esok tahun depan la korang sampai kan. Aku report SPRM baru tau.

Ni emel aku pulak masalah. Huwaaaa!!!! Aku guna emel outlook. Sebab pc aku jahanam emel aku semua masuk henfon n webmail. Selagi aku tak bukak emel dari outlook kat pc seharusnya la emel aku tu still ada dalam henfon n webmail. Tapi pagi tadi semua hilang. Termasuk la emel baru. Aku baru nak bukak emel baru... Suppppp.... Hilang sekelip mata. Sempat baca tajuk emel je.

Maka riang ria la aku ingat pc aku dah direpair. Tanya budak it mana ada repair lagi. Terus aku blur. Tanya mana pi emel aku kalau macam tu.

Hukhukhuk... Ni apesal huru hara ni. Aku dah la banyak keja urgent. Dugaan sungguh. Menguji kesabarankuuuuu...

Sabar la oh hatiku...

Monday, September 9, 2013

Cuti On Monday

Ye, aku cuti. Selamat bekerja la untuk korang yang bekerja. Hahahahhaa!

Ayat nak kena penampar kan. Tapi aku cuti pun jaga anak-anak. Laki aku ni pun tak balik-balik lagi. Sepatutnya dia balik pagi tadi. Sebab ada kes besar so dia kena setel macam-macam kat opis.

Hmmm... Kalau lambat tak bersteambot la aku. Family aku ajak pi makan-makan. Maklum la, dah lepas kenduri. So, nak mereward diri sendiri yang penat terlampau. Macam nak tercabut kaki aku sabtu lepas. Jadi penyambut tetamu bagi goodie beg.

Macam biasa, gambar banyak kalau aku rajin. Tengok je la dulu sekeping 2 gambar yang ada. Hp aku langsung tak menyempat aku nak snap apa-apa. Muka berlengas aku ada la. Hohoho.. Jadi semua gambar adelah sumber fb makcik aku je.

Ok tata!

Monday, September 2, 2013

Sesi Meranapkan Diet Lagi

Assalamualaikum

Kekenyangan sekali lagi. Kali ni jamuan raya seksyen lain pulak. Dah jemput harus la memenuhkan tembolok. Kahkahkah!

Tapi aku rasa perut aku ni bermasalah sikit la lepas puasa. Maybe nak aku terus puasa sampai capai berat ideal. Dari time raya meragam sokmo. Jamuan raya last week aku cibi. Hari ni lepas makan terus berlari cari toilet. Haru sangat.

Aku makan pun benda renyah-renyah je. Nasi ada tapi tak jamah. Pasal dah kenyang. Sama la macam minggu lepas. Banyak berlebih nasi. Tadi aku makan ketupat palas n rendang sikit, soto sikit, rojak sikit, spageti sikit, popia basah sepotong, kek batik 2 potong kecik. Semua portion kecik-kecik. Tapi kenyang macam nak meletup perut ahkak ni.

Lepas tu semua keluar balik la sebab sakit perut. Nak topup balik sah la tak larat dah. Minum air masak aje la.

Mengantuk lepas makan perkara biasa. Lagi-lagi tibai pulut kan. Nak tido tak boleh lelap. Sambung aje la keja sambil layan perut yang mengganas ni.

Sedap pulak kek batik. Nanti kalau rajin nak buat la.

Penutup entry tah apa-apa.


Thursday, August 29, 2013

Jamuan

Tersandar kekenyangan aku hari ni. Ada jamuan raya tadi. Seksyen aku gabung dengan 1 lagi seksyen.

Padahal tak makan nasi pun. Aku makan roti jala 2 keping, lemang 3 potong, semangkuk kecik laksa. Kuih n kek tu starter la kan. Rojak semangkuk kecik jugak. Lepas tu dah tak larat nak makan nasi. Compartment perut aku dah kecik kot. Hahahaha!

Makanan banyak berlebih. Tu tara dah panggil 1 opis dengan aunty cleaner sekali tu. Pun tak habis. Main course dari seksyen aku roti jala. Seksyen sebelah order nasi tomato. Sate pun ada. Yang kek kuih n segala hidangan lain tu pot luck.

Paling laku spagetti. Aku masak. Hahahaha! Kembang kempis hidung bila orang tanya ada lagi tak nak tambah. Macam sedap sangat pulak ye. Kihkihkih... Ni namanya perahsan. Kuah memang licin licau. Aku buat kuah bolognese. Kuah cream aku bawak bekas kecik pasal nak bagi anak-anak bawak bekal. Habis jugak. Tahun depan la ye. Kalau panjang umur aku masak lagi. Spagetti lebih ada sikit aku angkut balik. Pagi esok boleh goreng buat breakfast.

Tu je nak story. Pasal aku taip dengan hp. Penat nak betulkan asyik salah taip. Pc aku masih di takuk lama. Hard disk jahanam. Dah tukar baru tapi kena tunggu vendor install segala mak nenek n buat back up. Bos tu dok la kata aku ni takde alternatif lain nak buat keja. Aku kena buat dari awal la sengal. Memang tengah buat tumpang pc orang lain. Yang aku dah siap tak sempat back up dalam external. Terpaksa aku buat balik dari scratch.

Eh, terpanjang pulak closing. Babai! Haha!

Thursday, August 22, 2013

Ni Gambor Dalam Wad

Ni yo la gambar masa dalam wad. Muka tak mandi tak gosok gigi aku pasal ada budak nak berkepit je doplohpatjam. Kalau aku tinggal ada terjun katil pulak.

Food Poisoning

Assalamualaikum

Lama aku tak update. Pc yang jahanam ni belum repair lagi. Sepuluh kali tanya jawapan sama je. Aku bakar pc ni karang.

Isnin lepas Hana telah admitted di hospital ye. Start ahad malam dia muntah. Tengah tido muntah lagi. Bagi susu muntah. Sampai la dah tak ada apa nak keluar pun muntah jugak keluar air liur. Terus pukul 1 pagi bawak pi hospital.

Sampai depan registration counter dia termuntah lagi. Laju-laju orang kaunter dekat emergency suruh masuk jumpa doktor. Depan doktor muntah lagi sampai dapat plastik tadah muntah. Doktor check sikit tengok dah keja terjeluak je terus masuk wad.

Dalam wad lagi haru. Apa pun takmau. Nak ummi je. Nurse nak check suhu pun dia tutup telinga. Nak masuk line untuk drip lagi la bergegar hospital tu dengan suara dia dok panggil ummi.

Memang sepanjang masa nak berkepit dengan ummi. Abah dia pun dia takmau.

Sehari je dalam wad. Pagi admitted petang pukul 7 doktor dah discharge. Pasal last dia muntah pun pukul 2.30 pagi. Susu pun dah minum n makan pun ok. Berak je tak.

Selasa aku EL lagi pantau dia. Pagi tu tido je. Bangun tido dah ok. Nak makan minum. Tapi tercirit la 3 kali.

Semalam pulak dia muntah n cirit lagi. Abang amir pun muntah jugak. Dengan aku sekali tercirit n nak termuntah. Pi angkut ke klinik. Doktor suspek semua kena food poisoning. Hamik ko. Suspek utama adelah makan kenduri. Sebab jarang sangat laki aku nak makan kat luar.

Dapat ubat bersilat pulak nak bagi. Nasib la amir ok je. Aku sekali dapat ubat.

Pagi tadi hantar ke pengasuh nampak ok lagi. Aku pun dok sakit perut lagi ni. Makan pun kena makan yang lite-lite je la.

Nanti aku update lain. Jenuh sangat nak menaip guna hp nih.

Friday, August 16, 2013

Mc Di Hari Raya


Bukan mc hammer. Bukan mc pengacara majlis. Aku mc cuti sakit. Dari semalam dapat mc. Doktor bagi 2 hari terus pasal blood pressure tinggi. Hohohoiiiiii....

Stress apa tah pompuan sorang ni kan. Tapi ok la tu. Boleh aku sambung cuti raya yang aku dok menyentap tak cuti tu. Wakakaka!

Semalam aku lepak rumah mama n abah. Dari pagi lepas hantar anak-anak pi rumah toksu aku terus balik rumah mama n abah, masuk bilik, tido. Sebab malam sebelum tu aku langsung tak boleh lelap. Dengan kepala sakit. So, koser sangat aku nak drive pi keja. Kalau buat gagah jugak aku rasa aku bawak kereta tu terjun jambatan.

Kat rumah mama abah pun aku dapat lelap dalam 2 jam je. Lepas tu terkebil-kebil. Baca novel Teduhan Kasih. Makan-makan. Petang pukul 5 pi klinik. Klinik tu memang pukul 5 baru bukak.

Masuk jumpa doktor aku cakap la aku sakit kepala tak boleh tido langsung n aku memang tak pi keja. Aku baru je jumpa doktor hari tu tukar pil. BP pun dia amik masa tu. Tapi lagi skali dia amik tu dia. Dah lari jauh. So, doktor kata sila rest secukupnya kerana anda adalah tak cukup rehat. Baiklah doktor.

Hari ni melepak rumah kakak aku pulak. So, mari sambung tido. Muahahahahaha!

Tuesday, August 13, 2013

I Diet Uols

Assalamualaikum

Semalam balik keja menyinggah rumah mama n abahku. Manusia kat rumah tu tengah gigih melipat kad kawen. Aku sampai kena jadi tukang masuk kad dalam sampul. Kad kawen adik-adik laki 2 orang tu. Menikah dah selamat dedua. Majlis je lambat sikit. Adik ipar aku pon dah preggy. Hahahaha!

Dan diet aku pun terbarai sebab makan nasik lauk daging goreng kicap dengan sayur campur. Kalau ikut nafsu dah bertambah-tambah. Tapi control sambil air liur menitik-nitik. Huhuhu.... Nak kurus....

Puasa hari tu turun 6kg. Berat sebelum puasa melampau sangat ok. Nyaris nak mencapai angka 70an gitu. Ngeri aku nak naik penimbang. Masa puasa hari tu aku sempat berherbalife 2-3 kali. Hahahaha! Tak kuat semangat langsung. Pasal tekak aku ni macam tak boleh pulak nak masuk shake tu. Terbelahak macam nak muntah. Jadi aku baru je start sambung balik herbalife tu semalam.

Tapi time sahur n berbuka aku makan tak banyak. Ikut gaya-gaya orang diet jugak la portion tu. Nasi segenggam. Lauk pun portion biasa je la. Kalau makan ayam seketul je. Kalau makan ikan seekor je. Mesti ada sayur. Wajib! Sebelum pi keja rajin sapu felinna inch loss tu. Berapi je perut n peha aku kat opis.

So, muat la aku pakai baju raya adik aku beli test kat diri dia sendiri tu. Saiz 40 dia beli. Selalu aku pakai baju saiz 42 senah. Perut pun kempis sikit. Tak ade la malu perut membonjol keluar. Kahkahkah! Time raya hari 1st pun terkontrol-kontrol makan aku. Pi rumah orang makan portion kecik-kecik aje. Gigih sangat kan.

Lepas raya ni belum start naik penimbang lagi. Lagi pun penimbang kat rumah dah biol. Nanti nak cari penimbang lain pulak. Badan besor gabak gini naik penimbang jadi 49kg. Mustahil sangat. Suka buat aku berangan badan macam Nora Danish. Cissss!

Dan kegigihan akan diteruskan sampai aku slim shady macam Miranda Kerr. Puiiiii... Hahahahaha!

Geram kot masa aku nak pakai jeans laki aku kata nampak susah nak bernafas. Padahal dia pon sama gemok. Lagi mau mengata orang kan.

Mari berdiet bersama-sama......

Pagi tadi aku minum shake herbalife. Minum pagi dengan sebiji epal. Lunch 2 keping roti taruk tuna light.

Semoga istiqomah. Huhuhu...


Monday, August 12, 2013

Raya Di Opis

Assalamualaikum

Aku kat opis. Raya pun datang keja. Padahal sebelum tu dah amik cuti sampai esok. Maknanya hari ni punya cuti n esok aku kensel.

Maklum la ada orang lupa aku amik cuti sampai esok. Dah banyak kali cakap. Asek kompang kat orang aku start keja hari isnin. So, baik aku pi keja. Senang hati aku dok kat opis. Tak payah masak, tak payah basuh baju.

Kat opis pun terpaksa pinjam pc orang. Nasib la ramai lagi cuti sampai hujung minggu ni. Pc aku yang jahanamun tu bila tah nak digodek. Kata hari tu Isnin before raya. Melampau sangat diorang ni kan. Ni dah raya ke 5 kot.

Raya aku macam biasa je. Aku masak lodeh, rebus ketupat segera, ayam masak merah. Rendang mak mertua aku dah tolong masak. Gambar? Aku malas nak upload. Ni pun aku rasa nak tertido depan pc pasal sunyi bebenor opis ni. Aircond pun lambat sejuk. Technician kat bangunan ni pun tak abes beraya lagi.

Duit raya anak pun aku tak kira lagi. Laki aku dah tolong kirakan dah.

Eh, malas dah aku nak menaip. Kuih raya sebijik pun aku tak bawak ni. Tengahari makan angin je la kat opis ni.

Bye!


Friday, August 2, 2013

PC Jahanam



Bersiaran guna hp aje la ye. PC aku dah jahanam. PC baru kot.

Dah la aku memang kalut datang awal pagi nak siapkan slide. Pukul 9 ada meeting. Boleh pulak jadi hal yang tak patut. Sampai opis aku terus on pc tapi sampai tang windows gambar 4 bijik kaler gedik-gedik tu tetiba stop. Tak gerak-gerak dah.

Aku dah berbulu dah ni. Nak shut down properly ofkos la tak boleh kan. Nak tak nak switch off terus plug. On balik. Naik pulak warning apa tah kata pc unable to start. Aaaaa... Waiting for repair. Ntah berapa minit macam tu jugak keadaannya.

Terpaksa aku pi tempat orang tumpang buat keja. Dah siap slide tumpang lagi untuk print. Balik kat meja dah jadi hitam je skrin pc tu. Ada nampak kursor je.

Panggil budak IT dia pun garu-garu kepala. Pun switch off plug n on balik. Tak ada perubahan ok. Hoihhhh... Time keja tengah banyak la nak merajuk pc ni pun. Ala manje bucukkkkkkk... Huhuhu....

Sampai sekarang aku hadap pc skrin gelap. Budak IT tak boleh buat. Kena call centre pc tu. Ntah bila pulak nak sampai.

Tension makcik wehhhhh....

Thursday, August 1, 2013

Semangat Raya Sudah Tiba

Assalamualaikum

Opis ni dah semangat raya dah. Dok berkumandang lagu raya 1 bangunan ni. Tengah dengar lagu dendang perantau ni haa...

Hari ni jugak opis aku buat majlis berbuka. Nak tak nak kena datang jugak la. Sat lagi kena bebelan pulak officer pemalas datang opis punya function. 

Bukan la aku suka suki tak nak datang ye. Mengenangkan jauhnye laaaaa opis aku dari rumah. Nak drive sorang malam-malam. Dengan mata aku ni tahap kerabunan silau agak melampau aku rasa. Pagi tadi pun jenuh buntangkan mata tengok jalan pasal hujan lebat. Lagi menggila la kesilauan aku tu kan.

Oh, aku dapat kad raya dari staf. Hehehe.. Aku sekeping kad pun tak beli hantar kat orang. Kera sumbang sangat perangai. Ni ada sorang staf chinese bagi pulak. Tq... Cantik kad tu. :)

Dan dah nak dekat cuti ni la banyak keja pulak. Emel berbondong-bondong mintak buat bajet la, ape la. Hoihhhh... Marah la aku. Nak menikmati pra percutian pun tak boleh. Hahahaha!

Ok la. Sambung buat keja dulu. Petang jap lagi ada macam-macam agenda opis ni nak kena setel.

Buhbye...

 

Wednesday, July 31, 2013

Raya Nak Dekat Dah

Assalamualaikum

Baru reti nak update. Bulan ramadhan ni aku jadi malas nak meraban kat blog. Seminggu sekali je la update ni. Simpan tenaga nak menaip untuk berkejaran pulang ke rumah.

Setakat hari ni masih belum pecah rekod untuk berbuka di tengah jem. Sempat sampai rumah. Selalunya pukul 7 la sampai pun. Paling awal semalam, pukul 6.30 dah ada kat rumah. Mintak la hari ni jangan jem lagi. Penat kaki ahkak ni nak control clutch tu.

Akhirnya sabtu lepas lakiku pulang juga ke rumah. Hahahaha! Masa dia balik tu aku tengah bersilat kat dapur. Hana tengah memunggah CD kat depan. Abah dia balik tegur je terus melalak macam hape. Berlari-lari ke dapur cari aku. Jenuh la pulak nak pujuk. Terkejut abah dia balik la tu. Asek cakap,

'Abah ni... Abah ni....'

Mengadu dengan air mata bercucuran. Hahahaha! Budak sorang ni kuat mengadu jugak. Sama macam abang Amir dia tu.

Aku pun dah tak ingat apa aku masak weekend hari tu. Ada sotong goreng tepung. Lauk beli kat kedai tu perkara biasa dah. Masak hitam amir *masak kurma sebenarnya*. Esoknya pulak masak lemak telur je.





Gambar yang telah di360 kan. Hahahaha! Gambar lauk pun nak guna camera 360. Megik skin pulak tu. Ingat nak masak grand-grand la sikit. Elok bebudak dah tido aku tengok laki aku pun takde. Pi rumah kakak dia kot. HP pun dia tak bawak. Aku nak ke kedai terus tak jadi. Takkan nak tinggalkan bebudak kat rumah kan.

So, pikir-pikir nak masak apa la dengan bahan yang ada kat rumah ni. Masak awal pasal petang tu nak ke Tesco kunun. Tetiba menjejes air liur teringat masak lemak telur resipi abahku. Jadi, masak lemak telur la kita.

Masak lemak telur ni buat macam masak lemak biasa je. Yang special tu abah aku dah last-last masak tu dia akan goreng halba campur *yang buat masak kari ikan tu*, bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dalam kuali lain. Dah garing curahkan dalam masak lemak. Memang wangi lah. Tapi yang aku buat ni macam tak dapat rasa macam apa yang abah aku masak. Huhuhu... Gigih ko wechat kat adik beradik macam mana nak masak macam abah. Kihkihkih.... Tapi kira ada la rupa tu kan.

Petang tu nak pi Tesco. Sampai aje punya melimpah orang. Tempat tak pernah orang parking pun ada orang jugak. Waaahhhhh!!! Tesco buat sale ke hape. Terus tak jadi. Lalu aje. Kita pi cari baju raya anak-anak kat Zon Ria je la.

Baju Melayu Amir dah beli. Ni tinggal nak cari baju kurung Hana pulak. Aku punya? Tak tau la. Macam malas pulak nak beli. Pakai aje baju yang ada. Baju opis yang baru buat hari tu pun tak pakai lagi. Sebat aje la.

 Korang dah beli baju raya belum?

 

Thursday, July 25, 2013

Sabar... Sabar... Sabar....

Baru nak bertenang-tenang. Aku ni dah 2 minggu kena jaga anak-anak sorang-sorang. Masing-masing punya pe'el banyak mengucap je la. Istighfar.... Yang Amirah Raihanah tu soheh-soheh sangat la manja terlebih-lebih kan. Macam semalam aku nak goreng telur n ikan masin tu. Dia pulak melalak-lalak nak berdukung. *pitam*

Laki aku kena out station ke JB. 2 minggu katanya. Ahad ni balik. Tiba-tiba tadi dia meng'wechat' aku kata arahan suruh sambung lagi seminggu. Apakejadahnya semua ini?!!

Ntah apa silap dia kata ada surat apejadah tah yang hq tak buat. So, bagi verbal punya arahan suruh stay lagi seminggu. Aku yang baru nak bermuhasabah diri ni dah jadi bermunasarawak dah punya la tahan angin-angin dari jadi puting beliung.

Anak-anak aku ni kalau aku pi kursus n stay dengan abah diorang behave je. Kalau dengan aku tu dia request macam-macam. Balik keja dengan penat haruk jem pun tak hilang-hilang. Nak nangis ok. Nak nangis....

Baju raya anak-anak pun tak beli lagi. Takkan la nak kena stay sampai raya kat JB tu. Sob.. Sob... Aku memang tak daya nak shopping bertiga je dengan anak-anak. Aku tengah drive dari rumah Toksu nak balik rumah sendiri bawak budak-budak tu pun dah mencabar gila aku rasa. Tengah drive anak ko lompat atas ko. Ko mampu senah? Macam nak terbabas kereta ok.

Bila aku marah terjerit-jerit pulak melalak dalam kereta. I is stress..... Tu tak campur diorang bergaduh 2 orang tu.

Aduhhh.... Tabahkan la hatiku Ya Allah.... Sebelum aku bertukar warna kehijauan....

 

Berbuka, Jerebu dan Tupperware

Assalamualaikum

Bulan-bulan puasa ni jadi malas pulak aku nak mengupdate. Nak update juadah berbuka, banyak aku beli kat kedai je pun. Semalam je tak menyempat nak ke kedai. Jambatan jem gila. Ada eksiden tengah jambatan. Yang tu masa aku lalu dah clear. Turun jambatan ada lagi 1 eksiden. Nampak orang terbaring atas jalan. Hidup lagi la orang tu maybe cedera teruk kot. Dari seberang nak ke pulau pun jem gila jugak. Rasanya ada eksiden jugak sebab ambulan sampai 2 bijik sekali meredah jem tu kan.

Jerebu pun menjadi-jadi jugak. Pagi tadi nak pi keja kalau siapa lalu jambatan tu dari seberang tak nampak belah pulau. Orang dok pulau tak nampak belah seberang. Masuk je kereta balik keja semalam panas berbahang jadinya.

Puasa tak boleh la nak minum air siang-siang kan. Jadi hadap la jerebu tu sampai sakit tekak. Dugaan Allah bagi di bulan puasa.

Sebab semalam tak menyempat nak menyinggah kedai aku goreng telur mata kerbau je dengan ikan terubuk masin yang adik aku beli kat sarawak. Aku je yang tak sampai lagi seberang laut sana tu. Seberang laut penang ni hari-hari pun aku lalu. Tambah dengan kari udang n kacang buncis, sup ayam yang mak mertua aku masak.

Terus rasa hari ni nak makan telur mata lagi. Kita goreng kasi kuning tu tak berapa masak. Letak kicap. Makan pulak dengan terubuk masin letak bawang banyak-banyak. Terus aku terliur sekarang ni. Hahahahahaha! Over sangat baru pukul 2 senah.

Esok cuti Nuzul Quran. Aku nak haruk kedai tupperware. Tolong-tolong akak aku. Tu pompuan tu tak abes pantang lagi dah nak bertupperware. Bisnes harus jalan ye. Kihkihkih... Takpe, aku tolong masyuk jugak dapat cheque tiap-tiap bulan kan. So, sape-sape rasa nak beli tupperware mai la beli kat aku.

Dulu aku heran apesal mak aku suka nau kumpul tupperware. Sekarang aku pun dah terjebak. Cantik comel tahan lama lagi. Kalau rosak sebab reput boleh tukar. Lifetime warranty kekdahnya. Kalau tak ada dah stok tupperware yang dah rosak tu boleh ganti tupperware lain dengan harga yang sama. Cool kan. Tapi jangan la ngengada ko pi rosakkan pulak. Rosak gatal tangan pi gunting no warranty oke. No! No! No!

Sekian sahaja dari cerita pasal berbuka, ke cerita jerebu, disudahi dengan cerita aku jual tupperware. Nak siapkan slide nak meeting next week.

 

Monday, July 22, 2013

13 Hari Puasa Dengan Lauk Kedai.. Ko Mampu?

Assalamualaikum

Hari Isnin hari malas sedoniya. Aku pun tengah malas la ni. Dok cari mana mood aku tercicir.

Dah 13 hari puasa. Lauk berbuka semua taram lauk kedai. Baru semalam aku angkat sudip buat ayam goreng kunyit. Sebab dah lama sangat ayam tu dalam freezer. Hahahaha! Kalau tak memang tak masak jugak la.

Amir request masak kurma. Aku cakap la jom pi kedai. Aku nak beli bahan masak kurma. Dia kata tak payah. Kita beli je dah siap kat kedai. Lagi pun dia bukan makan lauk kurma tu. Dia sebat kuah je. Dia panggil masak hitam.

Pi kedai semalam tak ada pulak orang jual masak kurma. Dah pukul berapa dia suruh aku masak pulak. Sorry la Amir, weekend ni la ummi masak ye. Memang dah tak sempat dah. Dah la kalau aku dok kat dapur tu Hana keja asek menyelit kat kaki tarik-tarik suruh pi ke depan.

Menjaga 2 orang budak kecik yang lasak ni buat aku sangat-sangat la keletihan. Lasak 1 hal. Banyak soalan 1 hal. Amir punya mulut tu banyak betul soalan. Sampai aku tak terjawab la. Pasai pa... Pasai pa....

Si Hana dengan pe'el melaram dia. Malam semalam 1 hari tak nak pakai baju yang aku pilih. Nak baju yang dia pilih padahal baju dia pilih tu untuk pi jalan-jalan. Adekah nak tido pakai overall? Aku bagi dia tido dulu baru la dapat pakaikan baju. Tu pun bangun pagi tadi merempan nak jugak pakai overall. Pakai la jugak pi rumah Toksu.

Dah la petang semalam pakai selipar lain-lain pasangan. Pitam aku. Suruh tukar tak nak. Fashionista sangat ko dik. Ingat dia trendsetter ke hape. Hahahahaha!

Ok la, aku nak buat keja. Keja aku berlambak sebenarnya tapi aku tak ada mood. Sob.. Sob... Plus aku penat... Plus aku ngantuk... Plus aku errr... *Pang sedas*

 

Friday, July 19, 2013

Kalau Aku Kaya

Hari-hari Hari Raya.. Hahahahaha! Tajuk tak ada kena mengena dengan entry. Aku asek terdengar lagu tu kat radio. So, dah berlegar-legar dalam kepala otak.

Hari ni aku dah raya dulu. Huhuhu... Ingat dapat la full sebulan. Rupanya kabi nehi. Bangun nak sahur tadi baru perasan. Tapi dah alang-alang bangun sahur jugak la kan. Hahahahahaha! Alas perut. Kat opis ni nak makan apa.

Tak apa la. Esok boleh la buat karipap sardin yang aku teringin sangat tu. Hihihi.... Dah berapa lama plan nak buat. Tapi tak jadi-jadi sebab buat benda lain. Lepas tu fikir kalau buat nanti macam mana nak rasa pasal tengah puasa. Nak buat malam si Hana tu bukan boleh. Baru basuh pinggan lepas berbuka dia dah sibuk tarik-tarik.

'Ummi.. Mai.. Ummi.. Mai... Nak shu ummi...'

Haaa... Tu la ayat biasa dia. Oh, dah pandai cakap sikit-sikit. Macam pagi tadi la sebelum pi keja.

'Ummi.. shetttt.. shettttt...' sambil tunjuk perut.

'Adik sakit perut ke?'

'Shettt... Shetttt....'

Shet tu sakit ye. Nasib aku faham gak. Selalunya aku tak faham. Main angguk je. Hahahaha!

Bising gila dia pagi tadi kata sakit sambil tunjuk perut. Aku pun sapu la minyak telon. Lepas tu dia diam muka gembira sebab dah sapu ubat. Ubat sapu tak apa, ubat makan memang jangan harap la nak masuk mulut.

Aku kelam kabut pi toilet sebelum nak pi start enjin kereta. Dia pun ikut jugak. Keluar je dari toilet,

'Ummi... uhhh...'

Patut la sakit perut. Berak rupanya. Huhu... Time ummi ko dah lambat ni la nak berak pun ye. 

Terpaksa la basuh dulu sebelum hantar pi rumah Toksu diorang. Dan terpaksa la jugak ummi korang ni memecut gila babeng pagi tadi takut jalan jem.

Sabor je la.

T____T'



 

Thursday, July 18, 2013

Audit 5S

Assalamualaikum

Seisi opis kalut hari ni. Ada audit 5S kekdahnya. Audit MAMPU. Aku tak tau la MAMPU ni macam mana gaya dia. Bebudak kat sini buat 5S takut aku tengok. Masa kat opis lama dulu pun dah buat 5S tapi auditor MPC. Relax je semua. Sini kritikal sangat aku rasa. Hahahaha! Dulu aku audit dalam 5S kat opis lama. So, nampak la beza 5S sini dengan sana.

Aku punya bilik ni diharap jangan la dia bukak aku punya kabinet. Kahkahkah! Aku main susun ikut dan aku je ni. Yang lebih-lebih aku dah 6S kan. S yang keenam tu SOROK. Hahahaha!

Auditor belum sampai lagi ke bilik ni. Ntah kat zon mana la tu. Aku nak buat-buat bz bekerja ni. Tak ada la diorang ni menyibuk nak masuk sekejap lagi kot tengok muka aku berkerut-kerut macam memikir masalah negara. ;p

Ok, diorang datang dah. Buat-buat bz. Buat-buat bz.

 

Wednesday, July 17, 2013

Gegaran Di Penang Pagi Ni

Assalamualaikum

Selamat pagi. Sebelum start keja mari update dulu.

Eh, korang ada rasa gegar tak pagi tadi? Aku kat Penang ni ada rasa ye. Masa tu aku dalam kereta kat tempat parking. Tengah dok dengar radio sambil main game. Datang awal. Lepak dulu dalam kereta.

Tengah syok main game tetiba rasa kereta aku macam beralun-alun ke kiri ke kanan. Macam kalau kita dok dalam kereta n ada orang kat luar tengah goyang kereta tu. Aku toleh gak kiri kanan depan belakang. Kot la ada insan nak bergurau senda pagi-pagi kan. Tak ada pulak.

Naik je opis ada sorang member tanya. Rasa tak gegar tadi. Dia dah ada dalam opis dah. Relax je dok dalam opis tak lari keluar. Hahaha! Macam dah biasa je.

Sebab member dah tanya maka soheh la aku rasa gegar tadi tu. Ada gempa bumi kat mana la pulak ye.

Makin banyak pulak rasa gegaran sekarang kan. 

Tuesday, July 16, 2013

Ceramah Menarik dan Hi Anon *sambil lambai-lambai*

Assalamualaikum

Hari ni setengah hari mendengar ceramah. Tajuknya Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran. Penceramah Dr. Danial bin Zainal Abidin. Gugel la ye kalau nak tau. Ada je wikipedia Dr. ni kat internet.

Dia ni memang Dr. perubatan. Bukan Dr. sebab belajar sampai dapat title Dr. tu ye. Banyak jugak la info menarik. Penulis buku jugak. Banyak buku dia best seller. N ada aku beli tadi ni tajuk buku The Power Of Al-Quran. Sesuai la kan dengan ceramah dia bagi tadi tu.

Ada Dr. cerita pasal vaksin yang dok kecoh-kecoh zaman sekarang ni. Aku malas nak ulas panjang pasal karang aku ulas apa Dr. tu cakap ada yang tak setuju. So kalau agak rasa nak berdebat dengan Dr. ni dia kata sila cari dia kat FB. Hahahaha! Yang penting katanya dia vaksinkan semua anak-anak dia.

So hari ni tinggal setengah hari untuk aku buat keja lain. Di samping tersengih-sengih baca komen anon. Hehehehe... Ada jugak anon tak puas hati baca blog aku ni ye. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Tambah pulak blog aku ni memang bukan blog ilmiah pun. Blog merepek-repek aku je. Blog time emosi terganggu. Gitu la.

Aku sakit perut, sakit kepala, sakit kaki semua pun aku buat entry kalau aku rasa nak menaip. Kalau tak kuasa nak menaip senyap sunyi sudah. Banyak je entry emo aku dulu aku dah draft balik. Makin tua ni emo tu simpan je la. Hahahaha! Pasal keja tu kadang-kadang stress aku jerit la kat sini. Tu je pun.

Pada aku kalau aku masuk blog orang n rasa penulisan dia tak kena dengan kepala otak aku, aku skip aje. Sebab blog tu pun orang tu buat untuk suka-suka. Kita ni siapa pulak tetiba nak emosi terganggu baca entry orang lepas tu bantai orang tu. Padahal orang tu cerita pasal diri sendiri. Kurang kasih sayang kah? Macam orang sewel pun ada. Kihkihkih! Lain la kalau blog tu memang mengundang sensitiviti seantero dunia. Memang la kena bantai kan.

Eh, tetiba aku membebel panjang. Dah pukul 1. Aku nak baca buku yang aku beli tadi. Boleh merangsang otak supaya tak nyanyuk gitu.

Sekian sahaja takzirah Ramadhan saya pada hari ini.

:):):):)