SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 31, 2018

Setengah Bulan Dah Puasa

Dah nak raya kome. Sekejap je kan dah setengah bulan puasa. Aku punya juadah berbuka memang jarang sangat la beli kat pasar ramadan ni. Ada tak ada beli roti john. Hari tu aku keluar pi pasar ramadan Kubang Semang (orang sini panggil pasar Parit Busuk) pun beli kuih sejenis. Lebih tu membeli kat anak je sebab Debab ikut. Padahal puasa yang yok je minah tu. 😂😂😂 Layankan aje la.

Debab hari tu dah kurus kejap. Demam punya pasal. Tapi bulan puasa ni dia makan banyak. Nampak naik balik sikit badan dia. Time berbuka tu dia boleh tambah sampai 3-4 kali tau. Periuk nasi stand by kat sebelah. Selalunya dia la tukang perabes nasi tu. Senang keja omak. Terus boleh basuh periuk esok pagi masak nasi lain.

Tapi nak bangunkan dia sahur macam nak pi berperang. Huhuhu.. Menjerit menangis aje la. Ni la bila manja terlebih. Bila la hang nak dapat adik ni Debab oiii... Hahahaha! Empat adik hang main kat syurga tu haaa... Rindu pulak bulan-bulan Ramadan ni. Semalam lagi tak ketahuan hala nak nangis tapi ayaq mata tak mau keluar. Bukak Quran baca bagi tenang sikit. Hmmm... Dah tua ni syahdu je kejanya.

Baju raya aku ada dah. Bahahaha! Baju raya Debab dengan Amir la tak beli lagi. Abah diorang tu bila nak belikan tak nak. Tak nak sudah. Bukan tak nak belikan online. Tapi diorang ni cerewet sikit. Amir lagi la. Asal baju raya je kaler hijau. Dari kecik sampai besar ni baju raya dia kaler hijau. Tone aje lain-lain. Ahahaha! Baju t-shirt raya pun banyak kaler hijau. Fanatik hijau ni.

Ok la. Nak sambung keja. Zaman Tun kena kerja lebih. Tun dah umur 93 pun kerja lagi. Kita yang muda ni banyak buang masa je. Huhuhu... Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk Tun.

I 💗 PM

eh, tetiba 😆

Wednesday, May 2, 2018

Hari Sukan Sekolah Amir n Mira Yang Separuh Jalan

Sekolah Amir buat hari sukan hari Isnin lepas, 30 haribulan. Gigih la Umi depa ni amik cuti. Ye la, nak tengok anak bersukan. Kena pulak Amir masuk 4 acara. Semua larian. Hoihhh... Atlet sangat anak aku kan. Semua acara larian hang sapu.

So, seawal subuh di hari Isnin aku dah bangun mandi siap buatkan milo n suruh Amir makan nasik lagi. Tetiba jadi umi penyayang. Sebelum ni kalau mengamuk kalah mak tiri. Hahahaha! Dah katanya nak berlari harus la ada tenaga. Bagi minum milo agar anda jadi sihat dan kuat! Aku tak anti milo macam yang viral resdung salahkan milo tu ye. Aku masih berpijak di bumi nyata. Sental milo macam makan nasik dah sakit salahkan milo. Ape daaa.

Elok aje Amir nak pi sekolah hujan pun turun. Takpe la, maybe sekejap je kot (hati aku berkata-kata). Amir pi sekolah naik van. Mira debab yang dah tak debab tak ikut pasal cikgu depa kata darjah 1 dengan darjah 2 tak payah mai. Siapa mai cikgu nak ikat (boleh macam tu?). Patut la beria aku ajak Mira tengok abang dia berlari dia takmau. Takut dengan cikgu lagi banyak dari takut Umi dia. 😑

So, sementara tunggu hujan turun aku duduk la dekat rumah. Tengok jam pukul 8, hujan tak berenti lagi. Pukul 9, eh lebat lagi. Pukul 10, bila hujan nak berenti ni senah. Pukul 11 nampak macam dah renyai-renyai. Aku haruk je la. Lagi pun naik kereta kan. Dalam kereta ada payung. Gigih la sampai sekolah pukul 11 tu tengok bebudak buat persembahan perbarisan kat kantin je nok. Huk aloh. Nampak la anak aku dengan gembiranya main jalan-jalan kat padang yang bertakung air lecak tu. 😤

Habis je persembahan perbarisan terus dengar announcement cikgu acara larian ditunda ke hari Jumaat sebab padang becak n licin n hujan pun tak berenti lagi. Adui laaaa... Kegigihan omak amik cuti ni macam mana pulak. Apak depa tak mai tengok pun. Pukul 12 baru balik rumah dari keja malam sebelum tu.

Amir nak suruh aku mai tengok dia Jumaat ni. Tak dapat la nak amik cuti lagi nak oiii... Bos jeling je karang. Kesian Amir. Harapnya laki akak dapat la pi tengok anak dia berlari. Ni la lagi kuat rasa nak berenti je keja dok jaga anak kat rumah ni. 😭😭😭