SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Saspen. Show all posts
Showing posts with label Saspen. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Mari Menggelabah

Baru je up entry macam mana kalau aku kena outstation dan dan pulak terserempak dengan timbalan aku kat toilet. N dia kata maybe aku kena pi JB 8,9,10hb bulan depan.

Ok, mari menggelabah puyuh sekarang.

Setakat kat Putrajaya tu masih boleh digagahi untuk aku paksa laki aku ikut n bawak anak-anak. Ke JB? Aku rasa mesti dia tak nak. Haiyooooh... Kos tinggi. Kalau naik Air Asia pi balik pun dah 400++. Tak campur aku la sebab aku guna waran gomen kan. Tu belum campur kalau duit hotel kena bayar sendiri. Gigit kuku ok. Makan pasir la bulan depan.

Baru je berangan aku nak shopping gaji bulan ni. Tsk.. Tsk.. Tsk...

Aku kesiankan Hana la. Mesti dia cari-cari ummi dia ni. Selalu time aku amik dia macam tu la. Dia tau je aku yang kelek dia mula kepala dok sondol-sondol ke tetek.

Jangan la timbalan aku taichi jemputan tu ke aku. Huhuhu... Mintak-mintak dia je la yang pi. Amin.....

Stress sungguh bila keja banyak travel ni.

Wednesday, November 16, 2011

Kereta Kena Pecah? Hoih! Keji Tau Siapa Yang Buat Tu

Assalamualaikum

Aku baru letak bontot pas beli breakfast tetiba dapat call akak aku. Ingatkan apesal la pagi-pagi dah calling-calling. Ape rindu sangat ke kat adik dia ni padahal semalam baru aku hantar balik rumah. Hahahahaha! Rupanya membawa khabar kureng enak ye.

Kereta adik aku yang dok kat Shah Alam tu kena pecah. Cermin sebelah passenger. Ohhh.... Keji sekali siapa yang pecahkan kereta tu.

Adik aku pulak dia tak tau nak sedih ke nak gelak sebab kereta kena pecah tapi yang hilang cuma duit syiling. Sape la yang bodoh piang tahap langit ke 7 pecah kan keta orang tapi curi duit syiling je? Alang-alang ko dah pecah keta orang tu sapu la semua yang ada. Radio keta, kad touch n go, segala mak nenek barang dalam tu awat tak sapu? Saje nak bagi orang keluarkan duit nak pasang cermin baru pulak kan.

Bukan keta adik aku je kena pecah. Keta kancil depan keta dia pun kena. Elok sangat la tu. Sekor kancil, sekor kelisa. Kesian adik aku. Dah la tengah kopak. Tunggu gaji minggu depan baru masuk.

Takpe la. Sat lagi aku bank in.

Aku nak makan sat.

Tuesday, September 20, 2011

Rumah Jiran Nyaris Kena Rompak

Cerita panas-panas baru keluar microwave ni. Dengar mak mertua aku cerita terus taip sini. Kepochi jugak aku ek. Muahahaha!

Jiran kitorang selang berapa buah rumah nyaris kena rompak ko. Budak moto 2 orang masuk rumah ikut pintu belakang. Tak sempat nak merompak dengan lebih lanjut sebab tuan rumah dah jerit mintak tolong. Sempat la bawak balik buah tangan iaitu mangga solex *orang utara panggil pedai ayam* sebijik. Elok hayun kat kepala mangkuk 2 ekor tu je solex tu.

Kat taman rumah aku sekarang memang berleluasa la. Yang sedih tu bebudak melayu jugak yang buat pekerjaan cilakak ni. Memang nak kena sumpah bawak moto jatuh sungai kot.

Tak takut betul tau. Ragut dah banyak kali dah aku dengar. Aku suspek orang yang sama je buat benda tu.


Pecah rumah, ragut, pecah kereta, curi motor. Sume ada la. Pakej kejahatan kat taman ni. Padahal ada kuarters polis tu dalam taman ni. Pun tak heran nye diorang. Siap berusaha tu nak curi motor even tuan rumah dah jerit dari dalam rumah. Memang ekstrim kan.


Apa la nak jadi orang zaman sekarang ni.







Thursday, March 17, 2011

Bos Mengamuk

Assalamualaikum

Lambat aku update hari ni. Sebenarnya dah malas nak mengupdate. Kepala otak dah tepu, beku, semua la. Mood nak berblogging ni dah makin pudar sepudar semangat aku yang tak dapat pindah. Tu dah macam salah satu tanda depression dah. Hilang minat pada apa yang aku suka buat.

Pagi tadi kecoh kejap. Konon bos besar mengamuk kat aku. Heran la pulak kan. Tak ada angin ribut tetiba pulak nak mengamuk kat aku dah kenapa.

Rupanya bos kecik cuti tetiba. Dia pulak letak nama aku as pengganti dia untuk masuk meeting petang. Timbalan pun kebetulan EL sebab mak sedara dia meninggal. Pagi ni pulak ada meeting jugak.

Meeting pagi kat Tanjong Karang patutnya timbalan chair. Tapi dah timbalan EL turun la kat bos kecik. Bos kecik pun cuti dengan tetiba maka naik la nama aku diorang suruh chair meeting. Ehhhhh... Mana boleh. Meeting tu tahap bos kecik ke atas je yang kena chair.

Maka bos sudah hangen. Sebab tak ada orang langsung yang boleh chair meeting tu. Pulak tu dah jadi salah faham macam mana tah sebab aku kena ganti bos kecik masuk meeting petang maka aku la yang kena chair meeting pagi jugak. Ohh....

Bos mengamuk n suruh bos kecik cancel cuti, pi tanjong karang chair meeting n masuk meeting petang sebab timbalan KP yang jadi chairman. Hamik ko.

Aku yang nak mintak cuti 2 hari next week ni pulak tetiba tak berani nak mintak. Takut kena sembur dengan bos. Haiyoooo....

Seperti tersepit di tengah-tengah lor.

Eh, hujan lebat la kat luar. Macam mana nak balik? Kereta parking kat tempat tak berbumbung. Ish....

Tuesday, July 13, 2010

Confirm!!

Salam semua. Selamat pagi. :)

Mulakan pagi dengan senyuman ek. Even kepala otak tak berapa nak ok.

Tajuk entry tak boleh blah. Hahahaha! Apa yang confirm?

Confirm preggy kah?

Kasi suspender dulu. Wakakaka!

Setelah pagi tadi dengan excitednya bangun nak sahur sebelum tu dengan mamainya ke toilet. Maka dengan ini diisytiharkan bahawa.......

Jeng... Jeng....


Confirm!


Perut aku ni angin je. Huhuhu....


Negatif ye. Negatif. *nada kecewa sikit tu*

Masa nak test tu dia punya berdebar macam nak amik result exam. Sekali naik 1 line aje. Hmmmm.... So, tak dapat la nak geng dengan Intan. Sob.. Sob...


Aku suka je kalau ada baby. Eh, over kan. Si Amir tu pun ketandusan kasih sayang lagi nak tambah lagi sorang. Hahaha! Ayat tak boleh blah. Tapi memang kesian pun kat Amir. Jumpa ummi hujung minggu je.


Maybe kepeningan dan keloyaan melampau aku ni sebab angin dah penuh 1 badan. Angin pasal tak makan dengan stress keja maka jadi la tindak balas yang telah menyebabkan reaksi kimia dalam badan yang bercelaru.


Muakakaka! Ni penerangan saintifik apekejadah pulak ni. Dulu suruh belajar sains main-main. ;p;p;p


Ok la. Aku sebenarnya tengah sakit kepala lagi ni. Nak drive tadi pun macam nak terbang je rasa.


N ada macam-macam benda dalam kepala otak. Tapi buat-buat happy aje la.


Got to go now. Banyak keja nak settle. Kalau ada entry kejap lagi tu maknanya aku stress la tu. :):):)