SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Cabut Gigi. Show all posts
Showing posts with label Cabut Gigi. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Pipiku bengkak sebelah

Assalamualaikum :)

Morning! Morning!

Aku kat opis dengan pipi yang bengkak sebelah. Huhuhu... Semalam aku pi cabut gigi. Pukul 2 pi klinik pukul 3 baru la kena panggil.

Dapat MC untuk petang semalam je. Sadis ok.

N Doc tak bagi pain killer. Dia bagi aku kapas dalam 5 keping. Apekah begitu jimat cermat???

Sampai rumah aku tido. Sebab bius tak hilang lagi so ok sikit la. Tak rasa sakit. Dah petang pukul 5 macam tu bibir je yang kebas-kebas lagi. Kat dalam dah nyut nyut nyut....

Nak makan pun seksa. Adik aku belikan bubur. Aku ngap. Nasi ambeng pun ada. Aku ngap jugak sakit-sakit tu. Tapi dah macam ular sawa sebab main telan tak kunyah. Huhuhu...

Malam nak tido makin kuat berdenyut. Dengan tangkap sebelah kepala n mata ni. Akhirnya telan uphamol 2 bijik terus tido sampai pagi.

Pagi ni apa pun tak makan lagi. Perut dah lapar. Tapi sakit berdenyut-denyut. Hukhukhuk... Nak makan ubat pun tak boleh sebab belum makan apa-apa lagi ni.


Ni ada nasihat lepas cabut gigi ek. Aku baca kat klinik siap snap sekali takut lupa. Hahaha!
  • Gigit kapas kuat-kuat selama 1/2 jam (nak lebih pun boleh. Korang yang gigit pun, bukan orang lain. Hahaha!)
  • Jangan masukkan jari atau lidah dalam lubang cabutan / soket (kalau rasa nak tau apa jadi lepas tu sila la buat)
  • Jangan cuci mulut a.k.a berkumur-kumur (kalau kumur bleeding susah berenti)
  • Jangan gigit pipi dan bibir yang masih kebas 
  • Jangan makan makanan atau minum minuman panas
  • Jangan mengunyah atau menggigit makanan di tempat gigi yang telah dicabut (gila sakit la woi kalau buat macam tu)
  • Sekiranya berlaku sebarang kesulitan atau pendarahan yang berterusan SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR GIGI DENGAN SEGERA (atau pergi ke hospital untuk kecemasan)
Sekian. Itu nasihat dari Doktor Amiys (Doktor Lantik Sendiri). Muakakaka!


notatapaktangan : kalau sakit jugak lepas ni aku nak balik rumah... huhuhu....




Wednesday, September 22, 2010

Makin tua ke? :D:D:D

Assalamualaikum :)

Hari ni adelah hari yang orang akan kata aku dah makin tua. Mana ada tua. Aku pakai Safi Rania Gold eh. Awet muda tau. Muakakaka! ;p

Orang pertama wish tepat pukul 12 malam adelah Abang Misai. Tru SMS dengan sepotong ayat, 'HAPPY BIRTHDAY'. Tu je ok. Tak ada sayang ke, manja ke, bucuk ke. Huhuhu... Tak romantiks tawww... Sebenarnya dia taip tu dalam keadaan mamai. Itu dah pasti.

Orang kedua wish adalah cik Benz. Tq cik Benz. Ingat jugak birthday aku ye.

Akak aku sepatutnya jadi orang 1st wish tp dia wish sebelum pukul 12 malam. Hahaha! Sebab dia ngantuk. 

Yang selebihnya, my mom n Lynx.

Kat opis sorang pun tak wish sebab diorang tak tau hari ni birthday aku. Low profile ok. Hehehe...

Apa pun Alhamdulillah sebab aku masih lagi diberi kesempatan bernafas kat bumi Allah ni. Dapat tengok anak manja aku, Amir seminggu sekali. Dapat jumpa husband pun seminggu sekali kalau tak ada keja lain time weekend. Ada mama n abah, adik beradik semua.

Cuma aku harap dapat la aku pindah balik ke Penang dekat dengan family. Itu je la permintaan aku.

Ok, kejap lagi birthday girl *girl lagi ke? huhu* nak pi cabut gigi. Time-time birthday ni la aku nak cabut gigi kan. Sebab hari semalam dengan hari ni je boleh cabut gigi kat klinik gomen tu.

Tata!