SaYa SayaNg AnDa :)
Showing posts with label None. Show all posts
Showing posts with label None. Show all posts
Friday, August 16, 2013
Mc Di Hari Raya
Bukan mc hammer. Bukan mc pengacara majlis. Aku mc cuti sakit. Dari semalam dapat mc. Doktor bagi 2 hari terus pasal blood pressure tinggi. Hohohoiiiiii....
Stress apa tah pompuan sorang ni kan. Tapi ok la tu. Boleh aku sambung cuti raya yang aku dok menyentap tak cuti tu. Wakakaka!
Semalam aku lepak rumah mama n abah. Dari pagi lepas hantar anak-anak pi rumah toksu aku terus balik rumah mama n abah, masuk bilik, tido. Sebab malam sebelum tu aku langsung tak boleh lelap. Dengan kepala sakit. So, koser sangat aku nak drive pi keja. Kalau buat gagah jugak aku rasa aku bawak kereta tu terjun jambatan.
Kat rumah mama abah pun aku dapat lelap dalam 2 jam je. Lepas tu terkebil-kebil. Baca novel Teduhan Kasih. Makan-makan. Petang pukul 5 pi klinik. Klinik tu memang pukul 5 baru bukak.
Masuk jumpa doktor aku cakap la aku sakit kepala tak boleh tido langsung n aku memang tak pi keja. Aku baru je jumpa doktor hari tu tukar pil. BP pun dia amik masa tu. Tapi lagi skali dia amik tu dia. Dah lari jauh. So, doktor kata sila rest secukupnya kerana anda adalah tak cukup rehat. Baiklah doktor.
Hari ni melepak rumah kakak aku pulak. So, mari sambung tido. Muahahahahaha!
Friday, August 2, 2013
PC Jahanam

Bersiaran guna hp aje la ye. PC aku dah jahanam. PC baru kot.
Dah la aku memang kalut datang awal pagi nak siapkan slide. Pukul 9 ada meeting. Boleh pulak jadi hal yang tak patut. Sampai opis aku terus on pc tapi sampai tang windows gambar 4 bijik kaler gedik-gedik tu tetiba stop. Tak gerak-gerak dah.
Aku dah berbulu dah ni. Nak shut down properly ofkos la tak boleh kan. Nak tak nak switch off terus plug. On balik. Naik pulak warning apa tah kata pc unable to start. Aaaaa... Waiting for repair. Ntah berapa minit macam tu jugak keadaannya.
Terpaksa aku pi tempat orang tumpang buat keja. Dah siap slide tumpang lagi untuk print. Balik kat meja dah jadi hitam je skrin pc tu. Ada nampak kursor je.
Panggil budak IT dia pun garu-garu kepala. Pun switch off plug n on balik. Tak ada perubahan ok. Hoihhhh... Time keja tengah banyak la nak merajuk pc ni pun. Ala manje bucukkkkkkk... Huhuhu....
Sampai sekarang aku hadap pc skrin gelap. Budak IT tak boleh buat. Kena call centre pc tu. Ntah bila pulak nak sampai.
Tension makcik wehhhhh....
Thursday, July 4, 2013
Essay From Figure
Assalamualaikum
Tawa dalam tangisan sangat ko malam-malam ni. Masih di sungkai ye. Esok baru boleh balik.
Apa yang nak bertangis-tangis sangat ni? Kena buat assignment uols.... Mak tak sukaaaaaa...
Assignment pulak sikit punya bagus. Bagi paper yang ada figure jadual pasal kdnk, kadar kesuburan, consumer price index segala mak nenek. Sila buat essay berkenaan figure-figure tersebut. Huwaaaaa....
Tapi ayat doktor tadi, jangan stress. Jangan tido lewat. Buat la essay tu dengan enjoy. Kita enjoy!!!! Enjoy apekah begini? Tell me?!! Tell me?!!! *sambil hantuk kepala ke bantal*
Mood... Sila ke mari. Sob.. Sob... Idea tarak ni. Apa mau goreng?
Postezd via MyAndroid
Tuesday, July 2, 2013
Tak Cukup Makan
Assalamualaikum
Aku kelaparan... Tengahari tak makan nasi. Ratah lauk je tu pun ciput. Pi cafe katerer kata nasi abes baru nak masak.
Musykil aku. Masak memang cukup-cukup ke? Kalau sorang dua yang tak dapat tu boleh la faham. Ni lebih 10 orang.
Punya lama tunggu tak siap-siap masak. Terus aku blah balik bilik. Makan mee cawan. Luckily aku bawak mee cawan.
Pagi tadi breakfast pun tak cukup. Bercatu. Aku amik breakfast tak sampai setengah senduk. Kesian kat orang belakang-belakang.
Balik kursus ada orang tak kenal pulak nanti. Body terus bertukar body Miranda Kerr. Tak cukup makan punya pasal.
Kahkahkah! Berangan melampau.
Postezd via MyAndroid
Postezd via MyAndroid
Monday, July 1, 2013
From Sungkai With Loveeee
Assalamualaikum.
Menunggu roomate aku abes mandi. Lepas tu nak pi makan.
Aku kat sungkai ni. Ada kursus. Sampai jumaat. Tension mak nenek sungguh kursus dalam hutan. Dengan line tenet kalau guna fon adalah line paling hazabedah sekali. Edge.
Jadi toksah harap la aku nak update siap gambar segala bagai. Macam la selama ni rajin update gambar kan. Muahahaha!
Nak bukak pc pun aku malas. Ada je pc dalam bilik ni. Tapi karang kalau aku dah hadap tak boleh buat benda lain dah.
Perut aku meragam dari semalam. Angin ke apa tah. Nak berak tak ada pun sakit perut macam nak berak tu. Tapi ada la rasa angin berpusing-pusing. Semalam makan lambat. Time dah nak bertolak tu singgah makan kat juru. Driver opis amik kat situ. Tapi hana hijack nasi ayam aku. Sup semua dia balun sampai abes. Ummi dia ni abeskan belen-belen yang dia tak abes la.
Dah la berkuntau merata. Eeee... Geram aku. Memang takde harapan la aku dapat makan dengan aman kalau bawak hana ni. Amir ok lagi. Ni makanan macam sangkut kat tekak je rasa. Boleh tercekik pun ye jugak. Sabor je la.
Eh, ingat nak update pendek je. Terpanjang pulak. Aku dah gigil sejuk ni. Kuat pulak aircond bilik ni.
Dah. Aku nak pi makan. Makaaaaaan je keja.
Postezd via MyAndroid
Sunday, June 16, 2013
Tunggu Tuala Tak Kunjung Tiba
Assalamualaikum
Tengah melangut tunggu towel tak sampai-sampai ni. Housekeeping kemas bilik tapi tak letak towel. Nak lap badan macam mana la. Hohoho!
Malam tak ada taklimat. Relax la otak sikit. So malam ni lepak bilik je kot. Nak pi karok tapi tak ada geng otak mereng macam aku. Dok bilik baca buku je la ye senah.
Makan kat sini not bad la. Cuma variety kureng. Macam la kalau banyak sangat variety aku boleh makan semua. Hahahaha! Nafsu semua tu.
Malam ni makan macam biasa je. Semalam ada la bbq. Pun tak banyak choices. Kambing, daging, ikan, sate. Lain-lain tu salad segala bagai la.
Cakap pasal makan perut dah bunyi. Nak siap pi makan la. Mandi kemudian la nampak gaya ni. Dah tuala tak sampai lagi. Jauh bebenor gamaknya opis housekeeping ye.
Posted via MyAndroid
Friday, June 14, 2013
Biasa Aje
Aku dah kat bilik hotel. Condition bilik agak tak memuaskan. Katil ok. Tapi aircond air menitik. Remote aircond barai tak boleh guna.
Lampu malap je ni. Lampu jenis romantika d'amor sangat. Macam gaya datang nak hanimun kekdahnya.
Aku rasa macam ada nyamuk. Oh.. Gatal-gatal dah ni. Makan belum rasa lagi. Dok tunggu kawan aku tak sampai lagi ni.
View dari bilik je la boleh tahan. Nampak laut terus.
Ruang bilik pun standard. Tak luas sangat. Tak sempit sangat. Tapi macam lagi besar bilik aku kat bajet hotel kat kajang hari tu.
Arah kiblat pun tarak. Dalam buku panduan atas meja kata ada kat siling. Jenuh aku dongak cari hapah takde. Nasib la aku ada install kompas kiblat dalam fon ni.
N sampai sekarang aku tak dapat lagi sejadah n iron yang aku mintak dari pukul 7.10 tadi.
Overall, biasa-biasa je la.
Posted via MyAndroid
Ke PD Kita
Dalam kereta on da way ke port dickson. Bukan jalan-jalan makan angin okey. Ni keja punya pasal. Keja... Keja... Keja...
Tadi melepak dekat tapah kejap. Dok minum-minum bos dah call. Dia mintak amik dia kat klia. Mula-mula dia plan nak pi putrajaya dulu. Oh, bos naik flight ye. Kami ni naik kereta. Tapi plan pi putrajaya telah dikensel sebab geng dia tak ada kat hq tu. So tu dia tengah tunggu kitorang le tu.
Dan inilah masanya aku nak relax kejap. Biar laki aku pulak take over jaga anak-anak. Si hana tu dah la manja terlebih dengan aku. Jenuh la apak dia nak handle. Hahahaha! Malam tadi je berapa kali dia bangun kacau aku tak nak tido. Aku dah la ngantuk.
So tadi dah balas dendam. Tido all da way dari penang ke tapah. Hehehehe..
Ni nak sambung tido jap la. Karang bos dah ada dalam kereta dia ajak menyembang pulak.
ZzZzZz.....
Posted via MyAndroid
Thursday, June 6, 2013
Taklimat @ Putrajaya
Assalamualaikum
Yuhuuu... Kebosanan ni tunggu pintu bilik seminar bukak. Aku sampai punya la awal. 7.15 dah terpacak depan pintu.
Hari ni last kat putrajaya. Petang ni terus berdesup balik. Ye la, esok keja kekdahnya. Asek cuti je nanti bising la encik bos kita. Padahal kalau nak cuti tu tak ada hal. Cuti aku berlambak-lambak.
Next week stand by pulak nak ke PD. Yang tu tak bawak bala tentera. Bilik kena kongsi. Relax kejap ummi ye. Gantung pampers. Hahahaha!
Ok, jom cas hp siap-siap. Aku main candy crush tadi abes bateri dibuatnya.
Posted via MyAndroid
Sunday, May 19, 2013
Mesin Jahit Tukun
Assalamualaikum
Sila kagum aku update di hari ahad. Anak-anak tido. Aku nak tido tak boleh pasal sidai kain kat luar. Sat lagi hujan berderu ada la kain tu basah balik. Dah pernah jadi maka insaf. Hahahaha! Sebenarnya malas nak basuh balik.
Tadi aku memunggah mesin jahit kat bilik belakang. Pasal Abang Misai asek perli-perli. Konon mesin tu dah jadi tempat cicak n tikus bersarang. Eh, aku simpan dalam kotak ok. Selamat dari anasir-anasir menggelikan itu.
Sebab dah bising maka aku punggah. Tapi punggah je la. Letrik pun tak sambung macam mana aku nak godek. Takat baca manual tak thrill la. Kena praktikkan. Hohoho! Velagak sangat.
Alamak, hana dah bangun. Dengar suara dia merengek dalam bilik. Harus la kena stop menaip. Hana sekarang manja melampau. Asek nak berdukung je. Rebeh bahu aku ni.
Ok, tu la dia update di hari ahad. Membebel pasal mesin jahit.
Posted via MyAndroid
Friday, April 19, 2013
Berapi Macam Naga
Assalamualaikum
Aku kat rumah. Tak pi pun Shah Alam lagi. Tak payah pi lagi bagus kot. Aku tengah berapi gila-gila ni. Tunggu api nak menyembur keluar je macam naga.
Pasal apa aku berapi? Tak payah la aku bagitau pasal apa. Sat lagi kalau aku luah berjela-jela. Dah la taip guna hp. Penat hoh dengan taip banyak silap keja asek nak perbetul je. Jadi biar aku simpan sorang-sorang.
Itu pasal berapi. Ni pasal hepi pulak. Hutang PTPTN aku dah settle wehhhh! Hahahahaha! Gumbira! Gumbira! Tadi time tengah api menggelegak aku pi setel. Haaaa... Terus rasa bagai disiram ais. Kekekke... Lepas tu sambung berapi balik.
Nanti la aku cerita pasal PTPTN tu. Hana berak pulak dah. Bising suruh aku basuh dah tu.
Ok, babai!
Posted via MyAndroid
Sunday, April 14, 2013
Demam
Assalamualaikum
Ye, aku la yang demam itu. Start tak sedap badan petang jumaat. Malam tu memang menggigil. Badan rasa bisa-bisa.
Pulak tu Abang Misai kena outstation pulak ke johor. Asal aku demam je laki aku kena pi outstation. Dengan tak larat la aku kena jaga hero heroin yang lasak tak ingat tu.
Semalam pun aku basuh baju sikit. Lepas tu memang dah tak larat nak sidai. Hari ni nak tak nak kena abeskan jugak basuh dan sidai. Hukhukhuk...
Berdiri lama-lama rasa macam nak pitam. Mata pun bisa. Kepala sakit. Ohhhh...
Rasa macam nak mc je esok....
Tak larat sangat....
Posted via MyAndroid
Tuesday, April 9, 2013
Lupa Hari Ni Ada Meeting
Assalamualaikum
Ada meeting. Tiba-tiba rasa nak muntah. Eh, tak preggy. Maybe angin kot. Pasal tak makan lagi. Laparrrrr....
Badan sakit-sakit. Penat sangat gamaknya.
Tak ramai dah update blog ye. Masing-masing sibuk dengan Keek pulak. Video-video ni memang tak la aku join kot. Pemalu kekdahnya. Kahkahkah!
Ok, nak start meeting. Babai!
Posted via MyAndroid
Tuesday, March 19, 2013
Bos di sebelah
Aku kat usm ni. Ada sesi apa tah. Kena hayak dek bos. Staf kesayangan kekdahnya.
Sebab dia ada kat sebelah maka tak boleh update panjang berjela.
Dah, aku nak tengok movie ni.
Kahkah!
Posted via MyAndroid
Monday, February 11, 2013
Cuti Maka Blog Pun Sepi
Assalamualaikum
Kalau dapat up entry time cuti maknanya teman-teman bergaduh tengah tido atau pun tiada di rumah. Hahaha!
Sekarang geng gaduh aku Amir n Hana dok tido. Nak tidokan pun jenuh bergaduh. Amir lagi la dah pandai bercakap keja nak menjawab je. Mulut kalah mak nenek.
Cuti sampai esok. Tapi tidak la ku tahu nak buat apa sebab aku cuti tapi Abang Misai keja. Bosan betul. Hari ni ada la dia kat rumah tapi baru pagi tadi balik. Semalam dia keja 24 jam so aku merayap ke rumah kakak aku.
Esok pun keja jugak. Motip sangat kan aku cuti dia keja. Dah lama tak merayap jalan pi mana-mana.
Eh, sakit perut la pulak. Selalu time aku nak update perut buat perangai.
Ok la. Seruan toilet sudah memanggil. Bye~~
Posted via MyAndroid
Tuesday, February 5, 2013
Meeting Semedang
Ye, aku bosan. Keja berlambak tapi asek kena attend meeting.
Tu je. Gambar tuan tanah yang ketensionan.
:-P
Tengah meeting ni.
Bye!
Posted via MyAndroid
Wednesday, January 23, 2013
Nak Ke Shah Alam Hari Ni
Assalamualaikum
Adik aku nak menikah esok. Jadi hari ni aku bercuti. Tapi still kat rumah. Tak gerak pun lagi ke Shah Alam. Hahaha! Kalau pi keja pun takpe kot.
Saje la amik cuti. Bila lagi dapat cuti kan. Ni alasan kukuh so bos bagi la jugak cuti walaupun muka adelah kelat masa sign borang. Kihkihkih..
Baju pun aku tak kemas lagi. Rumah pun bersepah-sepah. Sat lagi mesti Abang Misai bebel ni.
Ok, nak tengok mak neelofa kat WHI. Cun la mak dia. Patut la neelofa pun comei je.
Tu je. Babai!
Posted via MyAndroid
Tuesday, January 8, 2013
Tak Tau La Entry Ke Berapa Pasal Signal Ni
Apa fungsi signal? Hiasan semata-mata ek.
Tadi nyaris aku berlaga dengan sebijik van. Main menonong je masuk lane aku. Nak je aku carutkan. Kebodohan melampau.
Banyak kali sangat dah aku kena dengan driver yang aku tak tau la dapat lesen dari sekolah memandu mana. Drive dah la macam jalan tu dia sorang bayar cukai. Lepas tu suka suki masuk mencelah dengan tak bagi signal. Ingat aku ada kuasa psikik boleh baca apa ko nak buat ke samdol?!
Ada la sebab orang cipta signal. Kalau rasa tak nak pakai cabutkan je.
Ada lagi 1 pe'el dia guna signal. Bagus la tu kan. Tapi apakejadah hang bagi signal sekali nyala terus berdesup masuk. Gila ka?
Hoih... Memang menimbulkan amarah sangat tau. Istighfar banyak-banyak. Huhhhh... Huhhhh... *tarek napas*
Posted via MyAndroid
Tuesday, December 25, 2012
Kenduri kendara
Assalamualaikum
Baru balik dari kenduri. Sepupu kahwin. Lama jugak la dok beramah mesra dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik.
Banyak betul kenduri. Hari Ahad kenduri belah perempuan. Kitorang ni datang dengan pihak lelaki. Siap makan beradab sekali la. Haha! Yang hari ni kenduri belah lelaki.
Mari jadikan entry ni entry caca marba. Jumaat lepas aku MC. Hipertensi. Tekanan darah sampai 140. Tu maknanya aku stress tahap gaban.
Stress keja melampau. Semua benda nak serentak. Akhirnya darah pun naik. Huuuuu...
Ok la, tu je. Hikhik.. Apa punya update la. Aku still pening-pening lalat ni. Lain kali la update.
Posted via MyAndroid
Wednesday, December 19, 2012
Pagi Ni Aku Rajin :-)
Assalamualaikum
Wah, pagi-pagi tajuk dah masuk bakul angkat sendiri. Kuikuikui...
Tapi betul. Pagi ni aku rajin. Pasalnya aku ada taklimat dekat dengan rumah. Boleh keluar lambat.
Tengok ada banyak nasi lebih semalam. Jom kita masak nasi goreng. Gigih aku tumbuk bawang pagi buta. And thank you Allah sebab Hana tak buat perangai pagi ni.
Tambah lagi 1 menu... Serawa durian. Yummehhh.... :-P ~~
Tapi aku dapat jamah sikit je. Kerana berkejaran buat macam-macam benda. Sidai kain, amir berak, basuh n kemas pinggan mangkuk periuk belanga *macam la masak guna belanga*.
Serawa durian tu 1st time buat. Sonang yo rupanya. Aku gugel semalam. Santan, durian, gula. Campak semua. Kacau-kacau, siap! Aku guna gula pasir je. Santan pun santan kotak. Kahkahkah!
Konon nak letak daun pandan kasi wangi sikit. Gigih la aku pi belakang rumah pagi-pagi tu. Cari punya cari tak jumpa pokok pandan. Eh... Sebelum ni ada. Bila pulak la laki aku cabut pokok tu. Nampak sangat la aku tak amik port pasal pokok belakang rumah. Muahaha!
Pokok orang rumah sebelah ada la. Malas nak mintak pagi-pagi. Jadi serawa durian aku tak ada wangi pandan lor.
Serawa tu pun aku sempat rasa cuit-cuit je. T_____T
Ok la. Nak bertaklimat ni. Nanti update kalau rajin. Daaa~~
Posted via MyAndroid
Subscribe to:
Posts (Atom)