SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Monday, November 9, 2015

Happy Anniversary

Bulan ni kan bulan anniversary kawen kitorang. Tapi macam biasa la. Asal anniversary je laki aku takde kat rumah. Kena pi outstation. Terkebil-kebil la kak mot kat rumah dengan anak-anak.

N today la anniversary nya... Yang ke 7 tahun. Happy Anniversary to me!!!

Dengan hari Isnin. Monday blues sangat. Lepas tu dak debab Hana tu melalak pulak pagi tadi. Kaki dia sakit. Cramp kot. Semalam sejuk. Dah kena dukung bangun dari katil. Masuk kereta dukung. Sampai rumah mak pun dukung. 20kg berdukung patah pinggang mak nak.

Tak tau la drama queen ke hape sebab air mata berjurai-jurai tu. Tapi kat rumah mak tadi dia gelak pulak. Eeeee.... Saje la dak debab ni. Tu la. Malam tadi sebelum tido sakan berkejaran dengan abang dia. Mendapat la bangun pagi kaki cramp.

So, kejap lagi balik ingat nak menyinggah Tesco. Cari DVD player. Hadiah anniversary untuk diri sendiri. Kesian je bunyinya ye. DVD player yang ada kat rumah rosak. Kak Mot nak layan cerita Terminator Genysis n Avengers. Tengok cerita action movie ko melayan diri. Sobssss...

Nak sambung buat keja.

Sambil layan lagu jiwang karats.

Sobbsssss....

    

Friday, November 11, 2011

Aniversari Yang Sentap

Assalamualaikum

Aku kat opis. Masuk opis lambat sikit hari ni. Kan baru balik dari Putrajaya semalam. Sampai rumah dah malam. Sangat la penat. Dengan mencari parking pagi tadi amat seksa. 3 kali kot aku pusing-pusing. Guard tu kata parking penuh sebab ramai orang daftar kawen hari ni. Bangunan persekutuan la kata kan. Jabatan Pendaftaran pulak 1 bangunan dengan kitorang. Tarikh hari ni kan cantik, 11/11/11. Tu yang ramai daftar kawen tu.

Hana dah tido masa aku sampai rumah. Amir pulak berlengas dengan minyak gamat. Ahahahahaha! Sat lagi aku cerita.

Naik pajero jabatan ke sana. Sengal belakang aku sampai sekarang. Sebab dok terhentak-hentak. Huhuhu... Memula kata dapat Wira. Tetiba hari nak pi tu kata kena naik pajero sebab kunci wira ada sorang tu bawak balik rumah. Ohhhh....

Nak tak nak naik la jugak. Asal boleh gerak. Laju jugak driver tu bawak. Driver adelah sama nama dengan anak aku. Hehehe! Dah boleh dipanggil pakcik. Umor dia dah 51.

Sepanjang dalam pajero tak tido aku. Menemankan Pak Amir tu. Sebab tengok dia pun rupa dah ngantuk. Kejap-kejap dia ubah duduk. Kejap karang dok tepuk-tepuk pipi. Aku lak yang seriau. Last-last ajak borak. Walaupun aku ni pendiam. Wakakakaka! Borak aje la apa topik yang buleh. Sampai Pak Amir tu siap cerita macam mana dia leh kenal dengan bini dia. Apekah? Hahaha!

Stay kat Kajang. Hotel Uptown Imperial. Hotel baru tu. Tapi jauh la dari kedai. Kalau dok Hotel Uptown yang dekat Metropoint tu mesti aku sakan bershopping. Yang bestnya hotel tu ada sedia van kalau ko nak pi merayap. Dia akan hantar la. If dah puas berfoya-foya call je n diorang akan amik.

Malam tu aku sms la tanya bebudak buat apa. Rupanya Hana nangis tak berenti. Sampai terketar badan. Buat macam-macam semua tak mau. Aku suruh la laki aku bagi baju aku yang belum basuh. Dia kan dah biasa petang aku ada dengan dia.

Tak pasal-pasal aku kena marah. Kata sebab aku bagi direct feeding kat anak sebab tu budak tu nangis. Motif nak marah-marah aku? Selama ni aku direct feeding n tinggal kat toksu dia masa aku pi keja takde pulak budak tu buat perangai. Ni baru suh tengok sehari dah nak angin-angin dengan aku. Ayat sms tu pulak amat menghiris kalbu. Aku ingat sampai mati ye bang. Aniversari kawen aku kena maki. Memang sampai bebila la aku ingat.

Lupakan pasal tu. Time aku sampai rumah semalam Hana dah tido. Amir tak tido lagi. Dok tunggu aku. Laki aku tetiba pulak baik macam hape. Buat macam takde apa-apa lak tu. Tetiba lak Hana merengek. Macam tau-tau je aku dah balik. Boleh bau kot. Hahaha! Yang si Amir aku tengok apesal la muka berminyak-minyak. Macam orang minyak.

Aku sebab sentap dengan Abang Misai kan buat tak tau je la nak tanya pun. Dia lak cerita tanpa ditanya. Amir main minyak gamat kat bilik tok dia. Tok dia tengah solat. Dia amik botol minyak tu, dia tuang atas carpet kecik dalam bilik. Lepas tu dia sapu minyak tu atas kaki dia.

Tok dia abes solat je terus dia cakap,

'Amir sapu ubat.' sambil tunjuk kaki.

Hahahahaha! Bertuah punya anak. Dah tak memasal la dengan tangan bercapuk minyak tu sapu pulak kat pipi. Tido malam ummi peluk bau minyak. Terus aku lumur bedak pulak kasi wangi. Kot tak tengik gamat anak aku.

Hari ni pulak Abang Misai ke KL. Tengok enjin bot ape tah. Hal kerja. Aku malas nak tanya. Esok dia balik kot. So, malam ni tido dengan anak-anak la. Amir tu pantang tengok aku bagi susu kat adik dia. Karang dia pun,

'Mi, nak tu.'

Makna dia, 'ummi, nak susu'. So, kena la prepare susu dia awal-awal. Sebab dia ni bila dah baring mintak susu tu takde makna la dia nak bangun capai sendiri botol dia. Aku jugak kena amik. Saje nak jeles dengan adik Hana dia.

Ok, panjang la pulak. Aku nak tido jap. Penat tak hilang lagi. Kan rehat Jumaat panjang. Hehehe...

Papai~~

Wednesday, November 9, 2011

Hari Ni Dah Genap 3 Tahun Rupanya

Assalamualaikum

Kat opis ni. Tak tau la pukul berapa nak bertolak pi KL. Aku ikut orang je. Stay mana pun aku tak tau jugak. Semua ikut orang. Kalau dulu aku dok Shah Alam lain cerita. Berdesup sendiri je pi Putrajaya tu.

Tengok-tengok email semalam tetiba baru perasan aku kena attend ntah taklimat menda ntah petang esok. Kalau ikut function yang aku kena attend sampai pukul 12 je. Sudah hangen 1 badan woh. Lambat la aku balik rumah cenggini. Lambat la jumpa budak Hana debab tu. Isk.. Isk...

Dah 3 bulan Hana kan. Semalam la genap 3 bulan. Eh, hari ni berapa hb? Adekah hari ni anniversari kawen aku? Hohohoho! Macam mana buleh lupa. Oh nooooo!!!! Busuk sungguh kena attend function di saat anniversary wedding adelah hari ni. Kureng sopan sungguh tau. Baru je aku cakap dengan Abang Misai 2-3 hari lepas mengingatkan dia lepas tu hari ni aku yang lupa.

Takpe, aku dah sms dia. Dia pun lupa. Bagus... Dedua pelupa. Banyak sangat makan semut ke hape.

Wedding anniversary yang ke 3 tahun. Anak dah 2 orang. Hehehehe...

Amir Ridhwan dah besar dah. Dah pandai cakap macam-macam. Kelakar tengok dia buat macam-macam gaya. Rindu ummi masa dia kecik-kecik dulu.

Amirah Raihanah dah 3 bulan. Dah pandai meniarap dah. Tapi ikut mood la. Kalau hangin 1 badan cepat je meniarap. Kalau angin cool jenuh dia tolak badan nak bagi berpusing. Hahahaha!

Rindu sama itu budak-budak bertuah.

Hana macam tau-tau je aku tak tido dengan dia malam ni. Malam tadi dia buat perangai. Kejap uh sana. Kejap uh sini. Selalu tu lena bukan main. Boleh pulak awal-awal subuh pukul 4 dia memerut. Terkentut-kentut je. Angin kot. Kesian dia. Malam ni Hana tido dengan abah ye. Esok ummi balik la.

Ok, time memerah dah sampai. Aku hangkut sekali spectra tu pi KL. Senang sikit nak memerah.

Papai~~

Thursday, September 22, 2011

Saya Sudah Tua

Assalamualaikum

Taip laju-laju ni sebab Hana tido. Dia tu tido bukan jenis tido nyenyak sangat. Kejap karang menggeliat dia siap dengan bunyi-bunyian sampai aku ingat dia ni dah terjaga.

Hari ni i sudah bertambah tua ye. Ohhh.... Dah bertambah la umur. Tahun depan dah 3 series. Alhamdulillah, hidup lagi aku kat muka bumi ni. Haaa.. Pandai-pandai la teka berapa umur aku n tahun bila aku lahir. Muakakaka!

Tak celebrate menda pun. Celebrate hari last berpantang yang macam tak pantang ni ye kot. Aahahaha! Pandai bajet ek. Hari last pantang adelah ulangtahun kelahiran.

Ok la. Mau lipat kain. Nak basuh kain malas padahal ada la selonggok tu sebab tadi nampak macam nak hujan. Tetiba cerah la pulak. Mendung tak bererti hujan la kan.

Papai~~

Friday, July 8, 2011

Lupa Semalam Tarikh Aku Bertunang

Assalamualaikum

Rasa pelik-pelik je pagi ni. Bila tengok tarikh entry kawan-kawan semalam baru aku teringat. Hari ni anniversary aku bertunang. Huhuhu....

Boleh pulak lupa ek. Memang la banyak wayar dah short kat kepala ni.

Dah la semalam cuti. Tak pi mana-mana pun. Dok rumah. Mendobi. Bergaduh dengan Amir. Budak bertuah tu kan susah betul tau nak tidokan tengahari kalau dengan ummi. Dia cucuk-cucuk muka ummi. Cucuk perut. Cubit pipi. Tarik hidung. Ummi dia dah ngantuk dia pulak tak nak tido. Aku bengang tepuk-tepuk tangan dia sebab sakit kena cucuk kat muka bukan dia nangis. Dia gelak mengekek. Padahal ummi dah hangen 1 badan.

Lepas tu abah dia la take over. Koser sangat aku nak layan dia cucuk-cucuk muka aku ni. Karang aku tukar jadi hulk ada yang melalak kena tibai dengan aku. Abah dia letak dalam buaian. Dia melalak-lalak. Nak main. Tapi lepas tu tertido jugak. Terlebih gula kot aktif semacam.

Semalam Penang cuti sempena pengisytiharan ulang tahun tapak warisan dunia. Hari ni ramai la kat opis ni sambung cuti. Cuti tersepit katanya. Hahaha! Aku je rajin terlebih. Laki aku dah tanya aku tak cuti ke sebab dia pun malas nak pi keja.

Next week ada appointment dengan pakar lagi. Nak tengok baby macam mana. Still songsang or dah pusing balik. Cuti la 11hb tu. Hehehe... Mintak MC je. Confirm lambat abes punya la.

18hb dah start cuti. Saje amik cuti awal. Tak larat nak ulang alik pi keja jejauh. Ngehngehngeh... Itu pun kalau tak terberanak lagi la. Dibuatnya terberanak awal kira dah amik cuti bersalin terus la.

Ok, aku nak relaks-relaks jap sebelum cari data kat library. Tetiba pulak ada surat sampai mintak data pasal belia.

Tata~~

Friday, November 19, 2010

1 Tahun 3 Bulan :)

Amir sedang tido dengan nyenyaknya. Dari pukul 2 tadi dia tido. Penat sangat la tu main-main dengan cousins dia yang 3 orang tu. Ummi letak dalam baby cot, bagi botol susu tak sempat suku dah belayar dah. Hahaha!

Amir dah 1 tahun 3 bulan ye hari ni. So, boleh la ummi update perkembangan budak bertuah yang telinganya capang macam abah. Akekeke...

  • sudah pandai menggigit ummi dengan gigi 6 batang kat atas n 2 batang kat bawah. Sakit woooo.....
  • suka jerit-jerit. Suara dah la nyaring.
  • dah kurang minum susu. Makan pun ciput je. Risau ummi tengok anak ummi keding.
  • laju gila dah berjalan. Dah macam berlari pun ada.
  • Kuat jeles. Ummi baring kat abah mula la dia jerit lepas tu puk ummi sebijik. Huhuhu...
  • Kuat merajuk jugak. Hahaha! Kalau ummi marah dia nangis. Kalau tak pun dia dok tertonggeng kat lantai sampai orang pujuk.
  • Dah pandai n cerdik. Kalau ummi nak balik Shah Alam n dia ikut abah hantar ummi ke stesen keretapi dia nangis sebab ummi nak tinggalkan dia.
  • Tak boleh berenggang dengan ummi kalau ummi ada kat rumah. Mesti kena ada depan mata Amir.
  • Malam pun dah jarang bangun minum susu.
  • Takut dengan orang yang dia tak kenal. Mesti menyorok belakang pungkoq ummi nih.
Banyak lagi tapi aku dah sengal belakang nak menaip. Hahaha! Kejap lagi bangun la anak teruna tu nak tolong menaip sekali.


So, chow sin chi dulu la ye.


:):):)



Monday, November 8, 2010

Sudah Masuk 2 Tahun

Aku balik kampung hari tu Abang Misai kena keja malam. Nyampah betui la. Orang nak manja-manja dia kena keja pulak.

N kalau keja malam selalu pukul 4 pagi la baru dia balik. Aku selalu tersedar tapi buat-buat tido je. Sebenarnya selalu aku tersedar kalau dia dah landing kat sebelah. Hahaha! Gila tido tak sedar diri weh.

Dia balik keja pagi Sabtu tu time dia dah baring terus aku tanya,

"Hari Selasa ni berapa hb?"

"Hmmm... Nape? Hari ni berapa hb?" Sambil kira-kira.

"9hb la kan?"

"Ada apa hari tu?" Aku tanya.

Muka blur je laki aku. Lepas tu baru macam sengih-sengih sorang-sorang.

"Dah berapa tahun ek?"

Huhuhu.. Macam kan dah lama benor. Baru 2 tahun bang kita kawen. Amir tu baru nak masuk setahun 3 bulan.

Ye, aku bunting pelamin. Tak sabor sangat nak beranak kata. ;p

Tapi tak best kan. Esok anniversary tapi aku kat Shah Alam ni tak dapat celebrate sekali. Sedih betul.

Terus gangguan emosi. Huh!


Notatapaktangan : Happy 2nd Anniversary kat diri sendiri...

 

Wednesday, September 22, 2010

Makin tua ke? :D:D:D

Assalamualaikum :)

Hari ni adelah hari yang orang akan kata aku dah makin tua. Mana ada tua. Aku pakai Safi Rania Gold eh. Awet muda tau. Muakakaka! ;p

Orang pertama wish tepat pukul 12 malam adelah Abang Misai. Tru SMS dengan sepotong ayat, 'HAPPY BIRTHDAY'. Tu je ok. Tak ada sayang ke, manja ke, bucuk ke. Huhuhu... Tak romantiks tawww... Sebenarnya dia taip tu dalam keadaan mamai. Itu dah pasti.

Orang kedua wish adalah cik Benz. Tq cik Benz. Ingat jugak birthday aku ye.

Akak aku sepatutnya jadi orang 1st wish tp dia wish sebelum pukul 12 malam. Hahaha! Sebab dia ngantuk. 

Yang selebihnya, my mom n Lynx.

Kat opis sorang pun tak wish sebab diorang tak tau hari ni birthday aku. Low profile ok. Hehehe...

Apa pun Alhamdulillah sebab aku masih lagi diberi kesempatan bernafas kat bumi Allah ni. Dapat tengok anak manja aku, Amir seminggu sekali. Dapat jumpa husband pun seminggu sekali kalau tak ada keja lain time weekend. Ada mama n abah, adik beradik semua.

Cuma aku harap dapat la aku pindah balik ke Penang dekat dengan family. Itu je la permintaan aku.

Ok, kejap lagi birthday girl *girl lagi ke? huhu* nak pi cabut gigi. Time-time birthday ni la aku nak cabut gigi kan. Sebab hari semalam dengan hari ni je boleh cabut gigi kat klinik gomen tu.

Tata!


Tuesday, September 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUU :):):)

Eh, ada benda penting aku lupa. Huhuhu...

Semalam tido awal tu yang lupa tu.

Hari ni adelah birthday kakak aku. :D:D:D:D

 Yang mekap tebal tu aku. Sebelah tu kakak aku. Hehehe... Ni time aku nikah.

HAPPY BIRTHDAY
TO MY LUVLY SISTER
 
Semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki, diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T sentiasa. Amin...

Dah masuk angka 3 kat depan tu. Hehehe... Anak pun nak masuk 3 dah. Eh... Hahaha! Esok birthday orang pulak Yong. Hehehe... Takde hadiah ke? Ngehehehe...

Birthday kakak aku dengan aku berjiran je. Dia cukup umor 2 tahun aku pun selamat la keluar esoknya. Wakakaka...

So, sila teka berapa umur saya. Agagaga ;p



Tuesday, July 20, 2010

Ummi Amir dah berangan nak beli kek birthday Amir ni :):):)

Dah la sakit kepala. Lepas tu bantai pulak minum nescafe o pekat. Bagus... Bagus...

Kejap lagi meleleh la air mata tahan sakit kepala tu.

Aku tengah menggoogle pasal secret recipe ni. Nak cari kek. Birthday Amir kan next month. Cecece... Dah berangan nak beli kek secret recipe. 

Bukan anak aku yang nak makan pun. Mak pak yang lelebih. Hahaha! Plus, cousin Amir nak mintak combine celebrate birthday sebab dia kata birthday Amir nanti masa tu dah puasa. So, nanti macam tak meriah la.

Birthday dia awal bulan 8. Di samping boleh mengepow makcik pakcik dia. Bijak sungguh budak-budak zaman sekarang ye. Ate kalau tak bagi hadiah karang kecik hati pulak kan. Huhuhu...

Apa hadiah sesuai bagi budak perempuan umur 8 tahun? Sebab cousin Amir ni dah 8 tahun. Aku memang terima kasih banyak-banyak la nak beli-beli hadiah. Tak reti ah. Sebab masa kecik aku pun tak dapat hadiah.


Senang korang bagi suggestion aku pi menonong beli je. Tapi rate adalah jangan mahal melampau. Hahaha! Kedekut gila. ;p


Dan aku tengah bengang dengan web RS ni. Awat error nih? Semalam under contruction. hari ni error pulak. Hish... Aku beli kek tempat lain kang!





Monday, July 19, 2010

11 months already aaaa...

Cuba tengok kat ticker kat atas tu.

Hari ni Amir genap 11 bulan. Tak sangka dah 11 bulan anak ummi. Next month cukup setahun. Banyak yang ummi miss out kan. Sebab kita dok jauh. Sob.. Sob... 


Rasa macam sekejap sangat Amir dah membesar. Tak puas lagi ummi nak gomol-gomol geram dengan dia.

Tak lama lagi mesti dah pandai jalan pulak. Hopefully, by raya Amir dah pandai jalan. Mesti comel tengok anak ummi terkedek-kedek sana sini salam orang. Itu pun kalau Amir tak takut la. Hahaha!


Apa perkembangan Amir 11 bulan ni ye...

  • Gigi bawah Amir dah tumbuh 2 batang. Hehehe... Tajam ok. Kalau bagi dia nasi hancur tu suka dia ngap sekali dengan jari ummi. Ouch!
  • Dah pandai berdiri n jalan-jalan paut tepi meja n kerusi. Sebenarnya dia boleh je berdiri sendiri tak pegang apa-apa kalau tengah kusyuk main. Tapi bila dah sedar tiba-tiba pulak jadi takut terus pegang meja or anything yang dekat dengan dia. Gayat kot.
  • Suka makan roti. Hari tu Amir telah merampas roti dari tangan cousin dia terus sumbat masuk mulut. Hahaha! Semua orang gelak tengok perangai dia.
  • Akan melonjak-lonjak depan grill bila ummi or abah start kereta or motor. Lepas tu melalak kalau tak bawak dia jalan.
  • Suka main air. Kalau time mandi tu dia la sibuk pegang hose air tu. Kalau tutup air lepas tu angkat dia mengamuk k.
  • Kalau bosan dok dalam baby cot dia akan baling semua benda keluar dari baby cot tu. Abes semua bantal berterabur dekat lantai. Dengan harapan orang bawak dia keluar. Hahaha!
  • Amir dah pandai marah orang kalau orang marah dia ye. Nanti dia sibuk dok 'Haip! Haip!' jugak kat orang tu.
  • Suka tunjuk-tunjuk. Kalau tanya mana cicak nanti tunjuk kat siling. Tanya mana ayam dia cari ayam n tunjuk.
  • Ni paling tak boleh handle, suka sangat main bebird dia kalau ummi bukak pampers. Bila ummi marah lagi seronok dia pegang n gelak-gelak. Adoiiii....
  • Senang bila orang lain nak pakaikan pampers. Tapi kalau dengan ummi dia tak nak. Dia nak berbogel. Huhuhu....
  • Suka cium orang lagi la kalau jumpa budak baya-baya dia or kecik sikit. Tu tandanya dia sayang ye.
  • Dia masih kenal ummi dia. :):):) Kalau orang lain pegang still dia akan nak kat ummi jugak. Ummi love u....
Banyak lagi keletah budak bertuah Amir ni. Sekarang dah ada gigi lagi la. Keja nak gigit je. Just kulit Amir ni macam sensitif la. Balik hari tu muka dia penuh bintik-bintik macam kena gigit nyamuk. Alololo... Dah lari sikit kehenseman dia. Hahaha!


Apa pun ummi sayangkan Amir sangat-sangat. MMMMUUUUAAAHHHH!!!! Amir jangan lupa kat ummi ye.


Oh, sayang sama spidey... :):):)

Thanks ummi belikan Amir belon spidey :)

Pic adalah pic masa Amir dok sebulan dengan ummi hari tu.





Tuesday, July 6, 2010

Aku gemuk!

Oh, hari ni 6 Julai rupanya.

Sangat laaaaa kelupaan. Huhuhu... Tu la. Keja asek nak angin 1 badan.

Esok dah 7 Julai. 3 tahun yang lepas tarikh 07/07/07 ni aku dah jadi tunangan orang. Wawawawa!

Awat la boleh lupa. Patut la rasa apesal macam ada yang tak kena je ni.

Sekarang dah jadi bini orang dah. Anak sorang pulak lagi. Hehehe...

Tak ada hadiah ke sambut anniversary bertunang ni. Wakakaka! Laki aku tu ingat ke tak la tu. Aku dah la asek nak merajuk aje dengan dia 2-3 menjak ni.


Sebab dia kata aku gemuk!


Marah ok.