Bulan ni kan bulan anniversary kawen kitorang. Tapi macam biasa la. Asal anniversary je laki aku takde kat rumah. Kena pi outstation. Terkebil-kebil la kak mot kat rumah dengan anak-anak.
N today la anniversary nya... Yang ke 7 tahun. Happy Anniversary to me!!!
Dengan hari Isnin. Monday blues sangat. Lepas tu dak debab Hana tu melalak pulak pagi tadi. Kaki dia sakit. Cramp kot. Semalam sejuk. Dah kena dukung bangun dari katil. Masuk kereta dukung. Sampai rumah mak pun dukung. 20kg berdukung patah pinggang mak nak.
Tak tau la drama queen ke hape sebab air mata berjurai-jurai tu. Tapi kat rumah mak tadi dia gelak pulak. Eeeee.... Saje la dak debab ni. Tu la. Malam tadi sebelum tido sakan berkejaran dengan abang dia. Mendapat la bangun pagi kaki cramp.
So, kejap lagi balik ingat nak menyinggah Tesco. Cari DVD player. Hadiah anniversary untuk diri sendiri. Kesian je bunyinya ye. DVD player yang ada kat rumah rosak. Kak Mot nak layan cerita Terminator Genysis n Avengers. Tengok cerita action movie ko melayan diri. Sobssss...
Nak sambung buat keja.
Sambil layan lagu jiwang karats.
Sobbsssss....
No comments:
Post a Comment