SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, September 1, 2016

Surat 'Cinta'

Hari ni kerja aku menaip surat 'cinta'. Surat cinta kepada anak buah yang suka sangat datang 'awal'.

Tak faham sungguh aku tau. Ada yang rumah dalam Pulau jugak tapi bilangan merah tu mengalahkan aku yang duduk seberang laut ni. Alasan jem. Keluar rumah pukul berapa la.

Lambat bukan sikit-sikit. Bilangan lambat pun bukan sikit-sikit. Ada yang half month merah sesaje. Amboi-amboi... Takkan sebab keja tak permanent maka boleh buat sesuka hatimu wahai anak-anak. Mana pi komitmen, rasa tanggungjawab semua.

Stress sesaje aku ni. Hari tu penyelia buat hal. Ni anak buah depa pulak. Patut la tekanan darah tinggi semedang.

Tengok.. Update blog tapi entry emosi. Huhuhu...

Penat hoih cakap elok-elok macam tak faham. Perlu ke aku jadi tarzan n memekik or azankan sorang-sorang.

 

Thursday, August 4, 2016

Misscarriage at 8 weeks

Amboi... Lama tutup kedai kan. Bersawang dah blog. Hahaha!

Mood ke laut la bulan lepas. Dari pertengahan bulan 6 sampai pertengahan bulan 7 aku melepak kat rumah. Sebulan kau cuti. Tapi bukan cuti makan angin mahu pun saja-saja melepak tak tentu hala. Cuti sebab misscarriage.

Yeee... Hakak pregnant. Tapi sempat 2 bulan je. Baru kelmarin pulak nurse suruh mai balik hospital. Katanya lab result dah keluar. Partial molar pregnancy. Apa tu? Pi gugel ye. Tak larat pulak aku nak explain panjang lebar. Kalau term melayu depa panggil kandungan anggur. So, akan ada la sorang manusia yang sentiasa masuk keja lambat pada hari isnin.

Sekarang dah ok la kot. Sebab dah berjalan merata. Cuma tak habis pantang lagi. Setakat ni aku pantang ala kadar je. Walaupun makcik aku kata pantang gugur lagi ketat dari pantang bersalin. Dah atenye aku nak pantang gitu kalau dah cuti sakit pun 2 minggu je. Lepas tu dah mula kerja. Setakat ni masih pakai stokin, tak makan pulut n laksa. Yang lain semua aku bedal. Terung memang tak makan la pasal angin terung amat la kuat pada aku.

Semua orang takut-takut je tersalah cakap dengan aku masa aku misscarriage tu. Aku ok je pun. Tak ada apa. Maybe sebab awal lagi kot. Tak sempat rasa baby gerak segala. Lagi pun kalau dah molar pregnancy memang tak survive.

Banyak lagi sebenarnya benda dalam kepala otak aku ni. Tapi kerja opis pun banyak jugak. Muahahaha! Maka stop dulu kat sini ye.

Eh, sesiapa nak order Nurraysa mari order dengan Kak Mot. :D

   

Thursday, June 9, 2016

Salam Ramadhan 1437H

Kak Mot bz ni uols... Lepas MC 6 hari last week sampai Isnin masuk opis macam rasa nak sambung MC tengok keja berlambak-lambak. Pitam bangun seploh kali. Hahaha!

Eh, bz-bz pun sempat update ye. Harusssss. Sempena awal Ramadhan nak update jugak. Padahal dah Ramadhan keberapa ni. Hari ni puasa ke 4 dah. Setakat ni masih bertahan. Tak tau la kot esok lusa tumpas pulak. Hehehe...

Amir Ridhwan pun puasa jugak. Tapi tetiap hari lagi 30 minit sebelum berbuka dia dok berzikir kata lapar la, haus la. Bila suruh makan ke, minum ke tak nak pulak. Nak jugak tunggu azan. Ate tetiap minit selama 15 minit sebelum berbuka tu pulak dia tanya,

'Ummi, lagi berapa minit nak azan?'

T____T

Penat aku nak jawab. Selang seminit ok dia tanya. Hahaha!

Dak debab Hana pulok ni dah berapa hari tak nak balik rumah. Dok rumah Toksu. Anak bertuah sangat ni. Geram je aku tengok dak debab ni tau. Hari first puasa tu dia nak puasa jugak. Tapi puasa makan saje. Air tetap minum. Wakakaka! Suruh makan gigih tak nak. Dia kata,

'Adik posa la'

Ahahaha.. Macam-macam anak bertuah ni tau. Hari ni try lagi pi amik dia kat rumah Toksu. Nak balik ke tak la budak bertuah tu.

Setakat ni aku tak merambu lagi kat bazar Ramadhan. Laki aku je pi membeli. Tu pun untuk Amir n dak debab. Kitorang ni makan apa yang ada je. Sebab yang ada tu pun tak abes. Pembaziran sungguh.

N ada bantuan raya jugak tahun ni. Alhamdulillah. Syukran... Syukran... Tq Allah. Tq PM. Hikhikhik...

Dah. Nak sambung keja balik. Nak settle sebelum bos masuk opis esok. Stress pulak la tanya soalan pelik-pelik karang.

Salam Ramadhan 1437H semua.

Thursday, May 5, 2016

Nyah Entry Merepek Dari Blog Ahkak!!!

Wahhhh banyak keja! Huhu...

Tak sempat aku nak jenguk blog. Tau-tau memberku Suliana bagitau blog aku dipenuhi entry pelik-pelik. Jenguk kejap padam entry pelik. Esok ada lagi.

Kebingungan sungguh kak mot tau. Setelah aku menggugel dengan beberapa keyword akhirnya terjumpa kat forum blogger. Suh disabled yang entry publish tru email tu. Baru la aku tak nampak entry-entry bongoks pasal ade outstanding hutang kejadah ituuuu... Haaaaa... Ye la, tukar password banyak kali pun jadi. Aku ingat nak tutup blog dah.

Eh, pembuka bicara dah membebel. Hahaha! Aku bz sangat ni. Survey nak jalan. Staf tak cukup. Responden makin susah nak bagi respon. Miserable sangat rasanya respon rate nanti ni.

Aku malas nak membebel panjang pasal respon rakyat malaysia ni. Setakat ni pi kampung-kampung respon ok. Yang tak ok kat bandar ni haaa.. Lagi-lagi dok kondo. Nak masuk area kondo pun dah susah ko hagak boleh ke nak naik sampai ke rumah. Memang harapan aje la. Orang kaya nak privacy katanya. Ye laaaaa.... Kaya tak payah dah bantuan gitu. So apedehal tak nak bagi respon, ye tak?

Aku nak tengok gak apa la yang nak diviralkan pasal survey tahun ni. 2 tahun lepas punya survey pun ada jugak yang update tak puas hati orang datang rumah sebulan tanya pasal belanja. Katanya kami ni nak amik duit dia. Lantak kome la.

Ok, aku nak sambung keja sikit. Lepas tu balik. Sakit kepala hadap pc dari pagi sampai petang. Makan pun depan pc ni haaa... Mata panda sangat.