SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Monday, April 23, 2018

Nuffnang

Lama tak bukak blog. Tengok hari ni berkeliaran iklan nuffnang kat 3 tempat. Hehehehe... Ingatkan dah berkuburan dah iklan aku.

Kegigihan nak berblog tu ada. Tapi idea aku kering je sekarang. Mood tak ketahuan hala ni. Kejap ok, kejap sedih, keja gembira, kejap menangis.

Tq la nuffnang menceriakan hari akak hari ni. Suka aku tengok kelip sana kelip sini iklan kereta. Macam tau-tau pulak aku tengah survey kereta. Hakak nak beli kereta gear auto pulak. Tak larat dah weiiiiiii tekan clutch tukar gear. Lagi-lagi bila aku dah asek tak sihat je ni. Masa pregnant hari tu lagi la. Cramp segala kaki.

Tapi laki aku tu la sayang sangat nak jual kereta ikan dia tu. Sayang kata dia pasal dah banyak buat. Kalau aku beli kereta baru pulak nak letak mana kereta lama. Kat rumah je sekarang dah ada 3 bijik kereta termasuk kereta aku. Nak parking pun dah tak tau nak letak mana. Rumah bukan ala istana yang halaman terbentang nak bergolek ala hindustan kan.

Harapnya nuffnang terus bermurah hati nak buh iklan banyak-banyak. Akak nak kumpul duhet. Nak buat modal bisnes n bayar hutang piutang. Tak larat dah ulang alik jauh-jauh. Nak berenti keja (konon).

Kbai. Sambung keja. Ada audit EKSA hari ni. Tadi follow blog EKSA ofis guna akaun emel lain. Sat lagi guna akaun emel ni depa dapat detect akak menjemah berblog pulak. Bahahaha!

Thursday, November 4, 2010

Ingatkan Dah Tak Sayang....

Siapa yang sayang?

Ni haaa...


Hehehe... Gila lama la aku tak dapat buffered. Tu dah bertambah dari 1 jadi 4 tu kira ok la. Kira nuffnang sayang lagi la kat aku. Muahahaha!

Ala, nak dapat banyak-banyak macam kan ko tu glamer sangat kan Timah. ;p

Traffic kat blog ni pun tak meriah. Sebab aku ni tak melawat blog orang lain sangat. Bz sangat katanya. Mengalahkan PM.

Tapi kalau orang datang sini aku menyinggah balik la.

Bila la buleh dapat advert dari nuffnang macam Kak Jemah n adik beradik dia tu kan. Masyuk la sikit side income.

Agagaga~~ Verangan la pulak.

;p;p;p
 

Wednesday, October 27, 2010

Pantun Cinta Untuk Blackberry Torch 9800 :):):)

Ok, ramai yang join. Aku pun nak join jugak. Sebab aku nakkkkk sangat Blackberry tu. Sonang nak buek kojo eh. Senang jugak untuk aku update blog. Hahaha! Kata blogger tegar kan. Hp pun dah tak ada ni.

Maka terimalah berangkap-rangkap pantun (ke?) demi Blackberry Torch 9800 terchenta. Ku persembahkan hanya untukmu. Cewahhh! ;p


Tersebutlah kisah tentang si dia,
Cantik rupawan pelbagai ciri,
Buatkan aku terjatuh chenta,
Si manis Blackberry Torch 9800 nama diberi.


Beremel, bertelefon, berinternet di mana saja,
Emel bisnes mahupun yang peribadi,
Malahan berborak di alam maya,
Semuanya hanya denganmu wahai Blackberry.



Skrin besar 3.2 inci penuh makna,
Nak zoom boleh sentuh-sentuh saja,
Dengar muzik boleh pulak tengok muka siapa,
Memori 8GB sampai 32GB besar punya! ;p


5MP camera dah tentu ada punya,
Ada flash, auto focus dan stabil juga,
11 photo modes, mai la rakam video saya,
Saya nak amik gambar ni, jaga-jaga...

Kalau nak bersosial pun tak ada masalah,
Boleh update FB, Twitter sekali banyak pun tak kisah,
Guna la tanpa rasa bersalah,
Blackberry Torch 9800 pasti tak lelah.

Ada tabbed browsing dan juga bookmark,
Senang nak tanda yang hati dah suka,
Branded icon ada, boleh customize nama jugak,
Sukanya saya nakkkkkk!

Nak lagi best meh nak tambah cerita,
Jom la jadi 100 yang pertama,
Pre register n beli Blackberry Torch 9800 terchenta,
Dengan Celcom Exec Postpaid Plan yang sangat cara.

Boleh dapat hadiah percuma,
Jabra Bluetooth Headset RM125 harga,
Dapat lagi 8GB Micro SD Card, amma!
Energizer Portable RM58 juga.


Guna Blackberry dengan Celcom memang baguih dok ada,
Celcom kan Malaysia's no 1 Blackberry provider,
Betui, sungguh saya tak tipu daaa,
Kalau saya tipu memang la saya mengada.


Celcom Exec 50 banyak kelebihannya,
15 sen call rate ke mana-mana number,
Boleh dapat diskaun sampai 30% kalau hangpa tak caya,
Dapat lagi free 384Kbps Celcom Broadband Basic Plan 1 bulan bah.

Banyak lagi yang nak cerita,
Takut nanti orang tak larat nak baca,
Encik Nuffnang n Celcom saya ni pelanggan setia,
Apa macam? Ada can ka?

Hahahaha! Itu saje pantun aku untuk hari ni. Ni namanya pantun last minit tunggang terbalik. ;p

Nak tau lebih lanjut pasal Blackberry Torch 9800 n Celcom boleh layari http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php

N kalau berminat nak pre register boleh tengok http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

pic credit to Celcom n Nuffnang

Wednesday, October 13, 2010

Nampak sesuatu yang baru

Aku baru perasan lepas bukak Nuffnang tadi.

Dashboard Nuffnang dah ada something new.



Nampak tak yang aku kotakkan kaler merahnya mak ngah tu? Nampak tak? Nampak tak? Nampak takkkk?

Aku kelebet gak la tadi. Yang Getting Started tu dia tunjuk macam mana cara nak guna Nuffnang. Ada FAQ. N ada jugak Do's n Don'ts. Don'ts nya dah tentu la jangan buat fraud click. Oke, sila insaf siapa yang buat cenggitu atau pun anda akan dibanned. Huhuhu... aku dah insaf dah..


Kat Blogger Bio tu macam biasa la. Nak tau sikit-sikit pasal korang. Tetiba feeling artis ada orang nak tau bio kan. Muahahaha! ;p

Itu saje pesanan khidmat masyarakat tak berbayar aku untuk Nuffnang. Huhuhu... Encik Nuff, kasi la iklan banyak sikit kat saya. Nak cash out kali kedua ni. Hehehe.... Encik Nuff kan baik orangnya. 


Hehehe... Bodek... Bodek...


Ok la, aku nak balik. Koser la jadi penunggu kat opis ni. 


Tata~~