SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Promotion. Show all posts
Showing posts with label Promotion. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Roti Enakkk Yang Sangat Gebu

Assalamualaikum

Dah breakfast ke korang? Aku minum nestum 3 in 1 campur dengan oat n sebijik bun yang aku beli kat kiosk RnR jejantas Sungai Buloh hari Sabtu lepas. Elok lagi bun tu. Expired 31hb. N bun tu adelah sangat lembut dan sedap pada tekak aku. Aku beli 2 perisa, 1 tu custard. 1 lagi strawberry coklat. Strawberry coklat adalah sangatttttt sedap.


Itu la gambar roti yang telah selamat dicerna dalam perut aku. Hehehehe... Setiap 1 perisa tu dia pack dalam bekas ada 6 ketul. 1 pack RM5. Aku beli tu just nak try je. Rupanya sedap. Gebu, lembut. Tagline dia, teringat-ingat. Ha'ah.. Teringat dah ni. Hahahaha!

Korang boleh la tengok blog dia. rotienakkk.blogspot.com kalau tak silap aku. Instagram pun ada. Cari je rotienakkk. FB dia pun ada rasanya. Korang gugel la ye. Pada siapa-siapa nak jadi agen pun ada dalam blog tu.

Eh, ni aku promote free aje. Pasal aku rasa sedap. Dah la aku sorang membantai makan roti tu dari time beli sampai hari ni. Ada 12 ketul kan. Sehari makan 2 ketul. Hahaha! Laki aku makan seketul n dia kata lembutnya roti ni.

Kalau lalu RnR Sungai Buloh lagi confirm aku nak beli. Nak try perisa lain pulak.

:p~~~

 

Tuesday, August 17, 2010

Siapa nak join bisnes? Manyak untung ooo.. :):):)

Ni nak promote bisnes ni. Jangan lari dulu. Hehehe...

Korang mesti nampak ada 1 banner baru kat blog aku kan. Kalau tak nampak meh aku tunjuk.


Haaaa... Nampak tak? Nampak tak? Tu yang arrow merahnya mak ngah tu. :):):)

Itu la bisnes yang aku join. Meh aku story sikit bisnes apekah itu.

Korang pernah dengar or terbaca pasal hyprobulksms tak? Pernah? Tak pernah? Macam pernah?

Hyprobulksms ni 1 sistem hebahan sms pukal melalui internet. Macam yang korang dok dapat iklan Tesco ada sale ke, Wah Chan bagi free gift emas sekampit ke *contoh la*. Haaaa... Macam tu la.

Sistem sms ni sangat la sesuai kalau korang ada bisnes lepas tu nak buat iklan tu kurang rajin nak pi kedai nak buat flyers ke apa, pada lecturer pun boleh pakai jugak. Kot la lecturer nak cancel kelas kan. Nak hantar pada student yang ramai nun pun boleh guna hyprobulk ni. Nak panggil kenduri kawen pun boleh. No problem. Eh, macam-macam la kegunaan dia.

Hyprobulksms ni memang sesuai sangat la untuk buat iklan, promosi atau hebahan pada sahabat, handai taulan semua.

Tak terhad kepada sms semata-mata k. Boleh hantar MMS, Wap Push, Flash Message pada semua rangkaian telekomunikasi tempatan n international dengan kadar rata serendah 9 sen sahaja k.

Ada 3 pakej hyprobulksms ni. Start dari RM250, RM500 n paling tinggi RM1000. N modal ni adalah sekali seumur hidup. Ni bukan multi level marketing eh. Yang banyak tingkat sampai tak ketahuan tingkat tu. Ni 1 bisnes affiliate. N boleh make profit 100% bergantung pada pakej yang korang amik.


Aku nak cerita panjang bebenor. Sampai esok pun belum tentu abes. Air liur pun confirm tersembur-sembur. Hehehe... Bagi menjimatkan air liur walaupun aku kena taip je sebenarnya *lenguh gak tangan ni* korang klik aje banner kat atas tu. Akan direct terus ke web yang banyak info untuk pertanyaan korang.


Nak tanya aku pun buleh je.


Atau pun klik aje kat url ni, http://tinyurl.com/amiys198


Bisnes ni boleh jadi side income yang bagus especially pada kaum-kaum ibu yang dok rumah jaga anak. Boleh dapat income sambil jaga anak. Best tu.

Tapi setiap bisnes kena usaha ye kawan-kawan. Tak ada duit yang datang bergolek. Insya Allah, kalau rajin usaha nampak hasil baru la puas hati kan.

Segala yang tak faham boleh YM, SMS, call or emel. Saya sedia berkhidmat untuk explain pada anda semua. :):):)





Wednesday, August 11, 2010

Mari la beli produk tempatan - promote tetiba ;p

Baru balik dari Giant. Sengal-sengal oh badan angkat barang. Huhuhu...

Siap dah list barang apa nak beli maka tidak la melencong beli barang yang bukan-bukan ok. Hehehe... Lagi pun shopping kilat ni tak perlu meleweh-leweh ke tempat lain ye. Ko rehat sejam je kan. Hahaha!

Ingatkan beli barang sikit ringan la. Sekali berat dia humang aiiii... Boleh bermuscle lengan akak ni.

Biasa la, beli sardin. Itu harus ye. Huhuhu... Bila dok bujang macam ni la. Cuba ko dok dengan laki. Mau kena perli hari-hari dok tala sardin je.

Dan aku juga membeli ini.



Hasil daripada tengok tv dan terus macam nak rasa la. Aku ni suka makan keli. So, mari kita try produk buatan Malaysia ni. Kalau sedap boleh beli lagi. Hahaha!

Tapi kat Giant mahal oh Mr Keli ni. 6 hengget 1 tin. Lagi mahal daripada Sardin Adabi tu. Huhuhu...

Dan petang ni sharp pukul 5 aku akan terus punch card n challo. Sebab kat kawasan opis aku ni boleh tahan dia punya jammed tu. Takmo la bukak posa korek hidung pulak. Wakakaka!






Wednesday, July 14, 2010

Comforter n Toto Murah Punya! Meh beli meh. :):):)

Lai! Lai! Lai! :):):)

Ni tolong promote untuk kawan ye. Siapa-siapa nak beli boleh jenguk kat FB dia. Situ laaagi banyak gambar cantik menarik tertarik ok.


Memang berbaloi-baloi la. Harga comforter n toto murah k. Siap 1 set lagi dengan cadar n sarung bantal.


Rugi kalau tak beli nih. :):):)


Sila klik kasi besar punya... Baru clear... Hahaha! Aku amik yang ni... :):):)

Ni pun aku dah sapu jugak.. Hahaha!




Banyak lagi la gambar menarik. Tapi kalau aku rajin nanti aku taruk k. Ahahaha! So, sesiapa yang berminat sila la menjenguk FB Lieza Jas. Dah siap link tu. Hehehe... Boleh msg-msg dia kat FB kalau berkenan.

Harga macam yang tertera kat gambar tu ek.

Apa lagi, tambah la koleksi cadar n comforter kat rumah tu. :D