SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Mengidam. Show all posts
Showing posts with label Mengidam. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Mengidam Takoyaki

Assalamualaikum

Pagi-pagi hari ni aku dah buat muka serius. Penat ok buat muka serius n suara pulak kena mantop. Mantop nak membasuh anak-anak buah kat opis. Awal tahun hari tu aku tak ada la segarang ni. Tapi lepas kita ni senyum semedang bebudak ni boleh naik tocang pulak kan. Haaaaa... Korang kira tocang korang je naik. Meh tengok pulak aku naik tocang macam mana.

Bulan lepas memang kena hangin puting beliung aku cukup-cukup la. Nak benci dengan aku? Silakan. Aku tak ada masalah. Aku marah bersebab. Sila fikir balik kesalahan korang. Ni asek fikir korang je la yang betul. Siap melawan cakap aku tak tahan ok. Nak aje aku tenyeh cili kat mulut tu. Aku takde masa nak marah orang kalau tak ada salah.

Ok, tak nak fikir dah. Sat lagi darah tinggi naik. Hoihhhhh... Baru umur berapa ni dah ada darah tinggi segala. Bos aku pulak cakap kita buat keja jangan stress... Iye la tu. Kalau tak nak stress sila kurangkan beban keja aku yang mencanak ni. Ni keja admin pun hempuk kat aku apa cerita.

Oh, semalam aku ganti puasa. Dah nak dekat bulan puasa baruuuuu la hegeh-hegeh kan nak ganti. Lepas tu tak tahan godaan je tengok orang makan sedap-sedap. Hahahaha! Balik rumah pi pasar tani pulak. Dan ahkak adelah sangat gembira semalam. *nanyi lagu Happy*

Happy sebab kemengidaman aku telah terlaksana. Ayat apekah ini? Hahahaha! Lantak! Bukan la aku mengidam pasal mengandung ye. Tapi dalam 2-3 minggu ni tekak terasa-rasa sangat nak makan takoyaki. Nak cari kat mana je la takoyaki tu. Jauh benor rasa shopping kompleks yang jual benda alah ni dari rumah n opis.

Masa pi pasar tani malam semalam tetiba terpandang 1 gerai ni. Takoyaki Muslim. Wow! Wow! Wow! Masa tu nak pi kedai ayam crispy. Lepas beli ayam crispy hangit *aku tension ayam tu hangit okeh!* patah balik beli sebekas takoyaki sotong. Ada lima ketul dalam tu harga RM5.

Tak menyabo aku nak makan dalam kereta terus masuk dalam mulut sebijik.... Oh.... Nikmatnyaaaaaa.... Sedapppppp sangat pada tekak aku. Padahal Amir n Hana rasa segigit terus tak nak. Hahahaha! Laki aku lagi la. Dia mana makan benda pelik-pelik ni. Aku buat trifle pon tak nak rasa langsung. *sedih T_T*

Tak sabar nak tunggu Rabu depan. Nak beli takoyaki lagi. Aku kalau suka memang ulang makan benda tu je sampai la aku muak. Lepas tu dah lamaaaa tak makan baru cari balik.

Cepat la Rabu... Hahahaha!

 

Monday, November 4, 2013

G Wrap McD Sold Out!

Demam... Berbisa je badan dari malam tadi. Tapi aku boleh pi opis pulak lagi kan. Cemerlang sungguh.

Demam selsema. Hingus meleleh je. Macam baru je lepas aku selsema teruk hari tu. Ni jangkit dengan Amir n Hana la ni. Diorang dengan riang gembiranya main lompat sana sini. Ummi diorang pulak kecundang dengan virus ni.

Dah rasa nak tido je. Tapi room mate ade la pulok. Ingatkan dia sambung cuti. Kalau dah tak tahan sangat sat lagi ni kena la aku pi surau.

Semalam masa demam baru nak mula tu teringin la tekak aku ni nak makan G Wrap McDonald's tu. Gigih ajak Abang Misai keluar petang-petang. Pi la ke McDonald's tepi hiway kat bandar Sunway tu.

Tapi kegigihan tu tak berbalas. G Wrap sold out la pulak. Hukhukhuk... Sedih sungguh. Bengang tau sebab dok iklan dalam tv bila nak pi beli tak ada pulak. I is marah!!!

Tanya staf kaunter, kat store tu je ke sold out. Idok ye. Whole Penang. OMG!!! Diorang kehabisan stok roti pita itu. Bila ada balik pun tak tau. Tunggu HQ katanya.

Kesian orang demam ni kan. Kempunan G Wrap.

 

Wednesday, January 9, 2013

White Coffee

Assalamualaikum

Aku rasa aku perlu kembali aktif berblogging sebab aku tengah stress gila babun kalau tak menaip aku boleh jadi gila!

Ok, mukadimah tak bersesuaian tajuk. Back to topic please.

Ye, aku sekarang tengah ketagih white coffee. Padahal kalau minum kopi ni aku rasa pening-pening. Semenjak dah kertu ni makan pelik-pelik sikit dah pening. Eh, bukan dari dulu pun aku macam tu ke? Hahahaha!

Asalnya aku teringat white coffee kat Pak Li Kopitiam Shah Alam tu. Adik aku la ni *salahkan adik pulak*. Dia suka sangat minum white coffee kat Pak Li tu. Aku rasa-rasa sikit. Lepas tu bila dah balik Penang asek la teringat. Demmmm....

Sebab sini tak ada Pak Li Kopitiam n aku tak berkenan nak mencemar duli  masuk kopitiam lain maka mari la cari instant white coffee. Ala... Yang paket bancuh siap terus minum tu.

Setelah mengsurvey sampai nak terkeluar bijik mata dekat rak kopi aku pilih jenama ini.


Brand In-Comix. Sedap la jugak. Tak salah pilih aku rupanya. Hahaha! Syabas bette! N tak kedekut kopi. Bila dah bancuh rupanya begini...


Suka sebab ada buih-buih tu. Hehehe.... Bukan aku goncang ke apa. Tapi memang berbuih halus-halus tu. Ai loikeeee.... :)

Brand lain aku tak try lagi. Ada sekali staf aku bagi Chek Hup. Err... Betul ke aku eja tu. Tapi In-Comix ni memang lagi sedap. Kaw-kaw punya la.

Ada lagi 10 sachet aku nak kena perabes. Sementara tengah gila kopi ni boleh kot. Tapi selang-selang hari la aku amik. Sat lagi ada pitam sebab migrain terlebih minum kopi. Hahaha!

Ok, itu la entry merepek untuk hari ni.



Thursday, August 4, 2011

Semalam Dah Macam Jeli

Assalamualaikum

Tak beranak lagi pompuan ni??? Hahahaha! Jawapannya belum la kalau ada entry baru tu.

Tak rasa sakit. Tak ada tanda apa. Maka dok la bertapa kat rumah ni. Jadi tugu negara.

Semalam memang posa yang paling aku lembik. Sebab panas kot. Petang tu hujan pun still rasa panas. Bahang panas tu naik ke atas. So, tak rasa la sejuk hujan tu. Dah malam still hujan lagi baru la malam tido rasa sejuk je. Amir pun tido syok tak menguit.

Laki aku balik tengok bini dia terbaring atas katil. Lembik semacam. Suruh berbuka tak nak. Degil. Konon nanti nak ganti payah. Hahaaha! Sayang ohhh.... Dah pukul 5 kot nak suruh berbuka. Lagi berapa jam je pun. Itu pun dia kata tak payah posa la hari ni. Tapi aku nak jugak-jugak posa.

Tapi dalam lembik-lembik pun sibuk mintak nak KFC la, tepung pelita la. Hahahaha! Laki aku kata KFC jauh, dia nak beli ayam golek je la. Dengar je ayam golek terus bersinar-sinar mata. Tak kisah la, asalkan ayam. Ahahaha! Tapi tepung pelita tak ada. Laki aku pulak boleh macam tak kenal pulak tepung pelita. Heeeee.... Saje buat-buat tak kenal ke hape tah.

Aku nak jugak tepung pelita sebelum beranak nih. Dah beranak sok mana buleh nak makan. Huhuhuhu... Makan curi-curi boleh kot. Errr..... 

 

Wednesday, August 3, 2011

Menghitung Hari Nak Beranak Ni

Assalamualaikum

Ye, saya masih menghitung hari. Staf aku semalam dah selamat bersalin. Dapat baby girl. Awal seminggu lebih dari due. Aku ni jugak la tercangak-cangak kat rumah.

Tekanan pulak dengar orang yang due lambat dari aku dah beranak. Semalam kawan Abang Misai punya wife pun yang due tengah bulan ni dah masuk hospital. Huhuhuu....

Semalam pun dapat jugak posa full. Tapi melepek lebih ok. Tak larat gila la. Teringin pulak nak makan KFC time posa ni. Tapi laki aku tu ingat aku main-main kot. Dia tak belikan. Huwaaaaa!!! Mencik tau.....

Tengok, cakap pasal KFC terus aku rasa lapar yang melampau.

Nak pi melupakan KFC kejap. Huhu...

Saturday, June 18, 2011

Deghoyan Sedap

Semalam time balik keja n tunggu laki aku amik dok la aku kat depan tadika. Tadika tu dalam building opis tu jugak. Sebelah tadika tu ada la ruang kosong. Aku nampak ada 2-3 orang laki dok angkut kerusi besi dari tepi tu alih ke tempat lain.

Tetiba ramai pulak orang datang pi tepi building tu. AKu buat tak reti je la.

Tak lama lepas tu aku terbau durian. Huuuuuwaaaaaa!!!! Nangis bukan sebab tak suka bau tu oke. Tapi sebab teringin. Baby dalam perut terus tendang sekuat-kuat ati. Mesti baby pun teringin kan.

Dah la aku dok melepak sesorang kat tepi tu. Takde pun orang pelawa seulas dua. Padahal bau sikit punya kuat. Tak patut tau biar mak buyung terliur-liur.

Ko sape orang nak pelawa? Hahahaha! Aku pun tak kenal diorang tu. So, kirim salam la kan nak dapat rasa durian.


N baru sekejap tadi abah datang. Ingatkan bawak apa. Macam tau-tau je anak dia yang perut dah besar tempayan ni mengidam durian. Abah bawak sebijik. Dia dapat dari opis. Kata pun opis buat penyelidikan pertanian. Confirm buah durian bersepah.


N aku dah pun selesaikan 2 ulas. Tak tunggu Abang Misai kopekkan. Dia pi tinted kereta. Aku kopek sendiri je. Aku pandai kopek durian oke. Hehehehe... Sangat sedap. Weeee!!! ;););)


Tq abah. :):):)



Friday, June 10, 2011

Nak Makan... Wuwuwu...

Lapar tahap rasa nak makan orang. Huwaaaa!!!

Pagi tadi ada meeting. So, ade la makan-makan. Nasi lemak. Banyak jugak la aku makan kan. Bajet tengahari tu tak nak la turun beli makan dah.

Tengahari ada staf nak turun makan. Ajak aku sekali. Tapi aku kata kenyang lagi. Padahal masa tu dah rasa aura- aura kelaparan. Malu punya pasal *lempang la muka aku* kata la dah kenyang.

Sekarang perut dah nyanyi macam-macam lagu. Siap bunyi-bunyi lagi. Mesti budak bilik ni tadi dengar bunyi perut aku. Ngahahaa!

Balik pulak nak ajak Abang Misai menyinggah jangan harap la. Dia risau amik Amir lambat. Sampai nak singgah beli coklat sebab bini dia ngidam pun tak nak.

Sampai hari ni aku dok teringin makan coklat lagi tau. Cissss....

Wednesday, February 9, 2011

Sedapnya Buah Kundang ;p~~

Semalam menyinggah pasar malam seksyen 17. Dah lama kot aku tak jalan pi pasar malam ni. Nama je pasar malam tapi aku pi petang lepas balik keja.

Biasa la. Cari sapedek je. Aku masih tak ada mood *pemalas* nak masak. Tak boleh bau. Pening karang *alasan*.


Dari jauh nampak buah mata kucing melambai-lambai. Eh, elok ke pregnant makan buah mata kucing? Terus la pi kat gerai buah tu. Tetiba nampak buah ni pulak....

Pic google. From Wikipedia.


Kenal tak buah apa tu? Pada yang tak kenal tu namanya buah kundang ye anok-anok. Masam-masam manis gitu. Terus teruja aku nak beli. Susah nak cari ni.

N harganya pun sebab susah nak cari memang mahal la. RM10/kg. Mahal tak? Aku amik dalam 15-20 bijik pun dah dekat RM5. Huhuhu...

Jadi la kan buat lepas rasa-rasa kat lidah. Karang kempunan meleleh air liur anak aku.

Ni pun tengah menaip sambil makan buah kundang. Ada sesiapa nak sikit? ;p


Wednesday, January 5, 2011

Craving For Durian

Salam

Aku masuk opis pukul 11 hari ni. Suka hati aku je kan. Baru start keja di tahun baru tapi masuk keja macam opis ni aku yang punya.

Satu, sebab aku mengalami kemabukan tahap yang boleh tahan teruk la jugak. Aku rasa time Amir dulu memang tak selera makan tapi ada benda aku boleh makan jugak. Ni, apa pun tak menggiurkan pada pandangan mata aku. Makan nasik secotet lepas tu keluar balik. Malam je mula la demam tergigil-gigil. Orang lain panas je pun.

Dua, sebab aku tak dah tak ada semangat nak keja. Selagi tak dapat tukar macam tu la cara aku keja. Ikut suka hati aku. Tekanan perasaan ok bila ko dah la tak larat. Lepas tu sakit pening jaga la diri ko sorang-sorang. Keja pulak sampai cuti dok kejar aku jugak.


Dah, tak nak cerita pasal benda yang boleh buat aku tekanan perasaan berpanjangan. Meh cerita pasal makan even aku ni banyak sangat benda yang tak selera nak telan.


Balik kampung hari tu menyinggah la rumah mak aku. Pi dapur nampak kulit durian. Mula la tetiba rasa nak makan durian. Padahal bukan musim pun. Hahaha!


Merengek la kat laki aku nak durian.. Nak durian... Laki aku kata bukan musim tapi tak nak kalah ok. Aku cakap la kat rumah mak aku ada je abah aku beli durian. Jenuh la agaknya laki aku pusing cari. Huhuhu... Memang ngada-ngada eh.


N semalam abah aku datang hantar durian 2 bijik. Tapi tak berapa elok la abah kata. Kat opis abah je ada musim. Hahaha! Boleh macam tu? Sebab abah aku keja kat opis research pertanian ni. Ntah apa mimpi pulak durian tu nak berbuah time la ni.


Tapi aku ni gatal nak merasa je sebenarnya. Makan 2 ulas terus tak nak dah. Laki aku dah bising-bising siapa nak abeskan durian tu. Dah semalam aku naik tren bau durian sebab dia suruh aku bawak jugak balik Shah Alam. Konon kalau taruk dalam tupperware tak bau. Tak ada maknanya la. Huahuahaua!


So, pada sesiapa ada bau durian dalam koc semalam tu aku la tu buat onar. Sorry ye. :D:D:D





Wednesday, September 1, 2010

Saya sudah di Shah Alam

Assalamualaikum :)

Selamba badak masuk lewat pagi ni. Lepas tu berselerak la opis call tetiba ada meeting kat Batang Berjuntai eh dah tukar nama Bestari Jaya pukul 2 karang.

Amir semalam melalak-lalak nak ikut balik. Dia pantang tak nampak muka ummi dia sekarang ni. Aku pi mandi pun menangis sungguh-sungguh sampai tersedu sedan. Bawak la sekali ke stesen keretapi.

Belum sampai stesen dia dah tido. Selamat la sikit. Kalau dia jaga mau kena angkut pi Shah Alam pulak. Tak nak lekang langsung. Huhuhu... Sedih la ummi macam ni. Dah la terpaksa mengeraskan hati tetiap kali nak balik ke Shah Alam.

Aku ada amik video dia jalan. Heeee... :D:D:D

Nanti aku upload la ye. Bz ni. Meeting tu nanti tah sape kena masuk. Confirm muka aku ni la yang kena kot. 

Dah la baru berangan hari ni nak masak sotong goreng kunyit. Semalam mak mertua masak aku makan sikit *sikit ke? hahaha!* sebab ala-ala malu kan. Hekhekhek... 

Ada la kena postpone pulak ni. Isk... Isk... Nak sotong goreng kunyit..... ;p~~




Thursday, August 12, 2010

teringin tapi asek la lupa.. Cis betul la...

Ok, semalam pi Giant tapi aku terlupa beli something.

Something yang aku teringin pulak tu. Macam mana boleh lupa ntah. Sebab barang dah berat kot. huhuhu...


Aku teringin ni....


Daging burger... Huuuuu.. Nak daging burger....


Sedap kalau panas-panas makan dengan nasi n ada sos cili plak. 


Dah lama teringin tapi asek la lupa nak beli. Sadis aaaa...


Abes tu bila pulak nak beli ni. Huhuhu...