SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, June 18, 2011

Deghoyan Sedap

Semalam time balik keja n tunggu laki aku amik dok la aku kat depan tadika. Tadika tu dalam building opis tu jugak. Sebelah tadika tu ada la ruang kosong. Aku nampak ada 2-3 orang laki dok angkut kerusi besi dari tepi tu alih ke tempat lain.

Tetiba ramai pulak orang datang pi tepi building tu. AKu buat tak reti je la.

Tak lama lepas tu aku terbau durian. Huuuuuwaaaaaa!!!! Nangis bukan sebab tak suka bau tu oke. Tapi sebab teringin. Baby dalam perut terus tendang sekuat-kuat ati. Mesti baby pun teringin kan.

Dah la aku dok melepak sesorang kat tepi tu. Takde pun orang pelawa seulas dua. Padahal bau sikit punya kuat. Tak patut tau biar mak buyung terliur-liur.

Ko sape orang nak pelawa? Hahahaha! Aku pun tak kenal diorang tu. So, kirim salam la kan nak dapat rasa durian.


N baru sekejap tadi abah datang. Ingatkan bawak apa. Macam tau-tau je anak dia yang perut dah besar tempayan ni mengidam durian. Abah bawak sebijik. Dia dapat dari opis. Kata pun opis buat penyelidikan pertanian. Confirm buah durian bersepah.


N aku dah pun selesaikan 2 ulas. Tak tunggu Abang Misai kopekkan. Dia pi tinted kereta. Aku kopek sendiri je. Aku pandai kopek durian oke. Hehehehe... Sangat sedap. Weeee!!! ;););)


Tq abah. :):):)



1 comment:

Yana a.k.a Noni said...

jangan mkn banyak nanti kepanasan pulak:-)