SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, June 10, 2011

Ada Apa Kat Tingkat 4?

Tengah rehat. Sejuk giler kat opis ni. Tambah pulak hujan lebat kat luar. Fuuuhhhh... Gigil ooohhhh....

Pada yang selalu dok komen kat blog ni tq ye. Aku nak je komen kat blog korang. Tapi amat kuciwa. Opis baru ni ketat nau sekatan dia. Nak komen kat blog orang tak boleh. Boleh baca je. Ada jugak blog feveret aku nak baca tak buleh bukak. Amarah betui. Huhuhu...

Nanti la. Kalau aku ada masa aku online kat rumah aku tinggal komen. Hehehe... Bila tahun tah nak online kat rumah. Laki ada sesaje. Dengan Amir kalau ummi dia ngadap pc sibuk nak tengok Chuggington.

Semalam aku telah menjadi maskot baru untuk federal building kat Penang ni. Sadis. Tertonggok depan tabika perpaduan selama 2 jam menunggu encik suami mengambil ye.

Abang Misai kan ada KIK semalam. Lepas abes opis hour aku call dia. Dia cakap baru nak penutup. Takpe la. Aku tunggu. Sebab diorang buat kat KOMTAR je. Dekat je Komtar dengan opis aku ni. Naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai dah.

So, aku pun ke surau kejap. Surau ada 2. 1 kat tingkat 4 n 1 lagi kat tingkat 7. Aku pun pi la yang tingkat 4. Ada la sorang je akak ni tengah solat. Time aku solat tu dia dah keluar dah. Lepas solat tu pi la nak turun bawah balik. Dalam lif terserempak la dengan staf opis. Diorang tanya la tak balik lagi ke. Aku kata la aku pi surau jap.

Terus ada sorang staf ni, dah agak berumur la kata tak payah la pi tingkat 4 or 7 kalau dah lewat-lewat. Errr... Aku musykil di situ. Sambil menggeleng pulak tu. Menakutkan ok. Adekah ada something??? Aku nak solat je. Dia kata pi la solat kat bilik dalam bilik pantry kat opis je lain kali. Huhuhu... Sangat menimbulkan ketakutan.

Turun bawah balik tunggu laki aku tak lama tu dalam kul 6 dia call kata baru keluar KOMTAR. Jalan jammed. Mintak aku tunggu la. Sampai 7.15 aku tunggu k. Dari KOMTAR nak ke opis aku makan masa sejam lebih. Gila babun punya jammed.

Aku ni sampai dah lenguh pungkoq la dok tunggu dia. Kejap karang berdiri. Berdiri lelama rasa nak pitam. Duduk balik. Sapu minyak kapak kat dahi dah 2-3 kali sebab pening. Baru la laki aku sampai.

Sampai rumah dah pukul 8 lebih. Amik Amir pun lambat la. Nasib baik tak buat perangai budak bertuah tu. Kesian dia. Mesti dok tunggu abah dengan ummi depan pintu. Selalu kalau amik petang-petang dia memang tunggu.

Petang ni tak tau la pulak macam mana. Hari Jumaat kan. Biasa jammed teruk jugak sebab ramai orang yang sewa kat Pulau ni nak balik kampung. Minggu depan lagi la. Sekolah pulak dah start bukak. Lagi pening. Pukul berapa pulak nak keluar rumah.

No comments: