Assalamualaikum
Selamat Hari Bapa semalam. Sempena hari bapa aku dengan Abang Misai n Amir Ridhwan berjalan ke Tesco lepas tu pi makan sup tulang. Dah petang pun baru keluar. Siang tu aku basuh baju yang baby nak pakai nanti. Tak beli banyak pun. Aku beli 3 pasang je. Yang lain pakai Amir punya sebab macam banyak la pulak baju Amir time baby bila dah punggah-punggah balik.
Baju baru nanti kita beli bila baby dah keluar ye. Sebab ummi tak sure lagi yang bakal keluar ni betul ke macam doktor scan. Karang dah beli baju banyak lain pulak yang keluar. Hahaha!
Barang nak bawak ke hospital pun aku tak prepare lagi. Dibuatnya tetiba esok lusa nak terberanak memang confirm la tunggang terbalik laki aku kena susun barang.
Hari Sabtu pun bz jugak. Basuh baju 3 round. Macam biasa la. Baju kepam seminggu. Dulu masa dok Shah Alam boleh la tak banyak baju. Ni dah dok kampung dengan baju laki aku sekali. Mesin pulak still guna manual.
Lepas tu nak masak lagi. Dengan Amir dok main peti ais keluarkan segala harta karun dalam tu. Petang nak relaks Amir dah tak nak tido pulak. Dia tepuk-tepuk muka ummi dia sebab tak layan dia main. Nak lipat kain yang dah jemur tadi. Fuhhh.... Penat bangat wooo...
Hari ni tak tau la apa keja lagi nak buat. Ada interview untuk cari orang sambilan. Tapi aku tak involve pun. Buat semak je kalau aku ada pun. Sebab bukan bahagian aku.
Ok la. Aku nak pikir nak buat apa ni. Kepala pagi ni agak pening n ada rasa nak muntah. Semalam panas kan. Aku tido malam semalam rasa nak bogel je. Huhuhu... Bukak 2 kipas pun berpeluh sakan.
Kalau ada benda menarik aku update la. Tata~~
No comments:
Post a Comment