SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Gaji Baru Next Month Ye

Assalamualaikum

Nak pikir nak taip apa pun dah lebih seploh minit aku tengok screen pc ni. Seriously, otak adalah amat blur dan blank.

Keja macam biasa la. Berlambak, berlonggok dan segala macam ber lagi. Bos pulak asek la tanya pasal kursus. Penat aku dok follow up sampai orang naik menyampah nak jawab call aku.

Oh, hari ni gaji. Tapi gaji baru belum masuk lagi. Next month. Pakcik kayo sekejap la gitu. Kihkihkih... Siap calculate tadi berapa gaji naik. Sangat tak sabar kan. Dah berangan nak beli itu ini. Padahal aku ni bab shopping lemau je. Sekali beli barang pakai la sampai dah rebeh baru beli baru.

But aku tak banyak tudung cantik-cantik. Jadi teringin nak shopping tudung. Sekarang asek ulang pakai tudung sama je. Anak buah tengok pun mesti cakap bos sengkek. Kahkahkah! Tengok orang pakai shawl macam cantik. Jadi mahu buat transformasi. Mana nak cari silk shawl yang cantik-cantik ek?

Tapi bulan ni tengok dulu cuci-cuci mata la ye. Tadi pun dapat gaji terus bayar segala bil online lepas tu calculate bajet terus rasa macam nak nangis. Nama je pegawai tapi memang kopak la. Sob... Sob...

Ok la. Aku nak makan ayam goreng sejuk keras kejung yang aku beli kat pasar malam semalam. Tak abes so bawak mai opis.

Meh la makan sekali. ;p

Thursday, September 2, 2010

Baru nak feeling raya tetiba hangen 1 badan

Siap dah buat slide. Tapi figure miskin menaik menyebabkan sesak napas kejap. Confirm bos aku tanya apesal naik. Huhuhu.. Aku tak buat apa-apa ok. Standard la kan kejap naik kejap turun.

Jawapan menyedapkan hati yang bakal dibantai kejap lagi.

Ye la, aku mana la nak tau. Figure tu bukan statik. Dinamik k. Haaa... kan dah keluar ayat-ayat matematik. Korang faham tak ni? Huhuhu...

Aku dah la mengantuk gila ni. Apehal tah. Pagi tadi lepas sahur aku boleh sambung tido balik. Hish...

N now aku nak mengira bajet raya. Heee... :D:D:D

Baju raya tak beli lagi. Duit raya pun tak tukar lagi. Amir n Abang Misai punya baju raya pun tak ada lagi.

Nak beli sedondon pun tak tau nak pakai kaler apa. Aku suka purple tapi baju aku dah banyak purple. Reject! Kaler kuning? Karang laki aku kata aku tak sensitif dengan warna kulit kitorang yang ala-ala kopi. Hahaha!

Maybe cari warna maroon kot. Ok tak?

Cop! Cop!


Ok, tetiba hangin puting beliung sudah mai. Laki aku baru lepas call tetiba dia kata dia kena duty dari 9hb sampai 14hb time raya tu.


Apekah????


Diorang ni main buat duty roster tak tanya orang dulu ke apa? Straight pulak tu tak ada selang seli. Sewel kot.


Eh, terus merudum mood nak cari baju raya. Tak payah beraya la. 


Hish.. Marah! Marah!



Wednesday, August 11, 2010

Tengahari ni ke Giant :)

Yeayyy! Dah nak dekat lunch hour. Senyum.. Senyum.. :D

Hahaha! Tetiba suka time lunch hour. Bukan boleh makan pun. 

Tapi hari ni aku nak pi ukur giant. Mahu membeli barang dapur sikit. Barang dapur kat rumah sudah kehabisan.

Dan jugak mencari barang buat stok sampai dapat gaji sebab RM tinggal 70 saje. Huhuhu... Sadisnya. Maka perlu la cari telur sepapan, sardin tin kecik-kecik dan segala bahan-bahan kering yang memungkinkan aku untuk hidup sampai dapat gaji.

Sedih tak? Sob.. Sob...

Semalam pi beli beras 10kg sebab beras kat rumah dah abes. Tersenget-senget aku mengangkut ke car park. Aku pi beli kat Sri Kota PKNS je. Malas nak pi jauh-jauh. Terpaksa pulak parking kat basement sebab aku lupa selalu kat belakang PKNS ada bazar Ramadan time posa.

Drive punya drive terlajak pulak. Nak keluar barang tak beli lagi. So, turun la parking kat basement yang horror tu.

Dah tak cukup tangan punya pasal sebab beras tu berat terpaksa la sambung beli barang hari ni. Bawang pun dah ilek pocik kat rumah tu.

Lepas tu pulak cari-cari tiket parking dah tak jumpa. Menggelabah puyuh dah ni. Nasib baik still kat basement. Terus patah balik tempat parking tadi. Rupanya terjatuh dekat tayar kereta orang. Apekah???

Nasib baik ada. Kalau tak confirm duit aku tinggal RM 50 je hari ni sebab kalau tiket parking hilang kena bayar RM20. Wuwuwuwu....

Malam ni berbuka sardin dengan telur dadar la kita ye.




Monday, August 2, 2010

Masih kena membajet

Hari ni mood malas adalah menebal. Kalau boleh aku nak balik rumah tido.

Ngantuk la senah. Tak cukup tido. Kalau aku EL hari ni pun tak apa. Tak payah aku susah payah naik bas yang mahal lepas tu nak sentap-sentap dengan aku pulak bila sendiri buat silap. *emo pulak*

Ko, lagi murah aku naik tren kot. Naik bas je dah RM34. Sampai stesen bas shah alam dah kena mencangak naik cab. Tau-tau aje la cab pagi-pagi buta. Harammm la nak guna meter. Bagi harga ikut sedap tekak je.

Padahal bukan jauh mana pun. Benci betul aku. RM10 melayang tambang cab. Bawak cab macam nak terbang keluar aku dari tingkap punya la laju. Mengucap je la mana tau terbang betul-betul karang.

Dah tak pasal-pasal aku kena buat catuan belanja ni. Serius, aku tengok bajet sendiri dah nak menangis ni. Arrrr....

Hari-hari makan nasi lauk ikan kering dengan telur la sampai hujung bulan. Tu pun kalau mampu beli telur. Kot tak rebus telur makan la separuh pagi separuh malam.


Isk... Isk... Abah... Ummi nak balik kampunggg.....



Friday, July 30, 2010

Bajet yang tersasar

Dah rehat. Kejap lagi lepas rehat terus pi meeting. Lepas meeting memang terus berdesup balik la aku. Koser sangat la nak balik ke opis balik.

Ni tengah lapar gila babun ni. Hukhukhuk...

Pagi tadi minum ho! ho! ho! horlicks je.....

Dah la baru lepas kira bajet bulan ni. Terus nak makan pun rasa tak jadi. Macam nak kena catu je.

Ye la, tolak duit minyak keta *yang dah naik*, duit tambang, duit belanja balance tinggal berapa je. Cuba kalau aku dok kampung. Dah save banyak dah. Kalau aku beli rumah terus tak makan kot sebab bayar duit rumah pulak.

Sampai kena perli, gaji banyak tapi saving tak ada. Macam aku boros gila pulak. Duit ASB pun aku tahan je tak usik sebab nak simpan.

*nangis*




Thursday, July 22, 2010

Belanjawan 2011 :p

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. :)

Bz sikit pagi ni. Kena submit paper before pukul 12. Lepas tu nak pung pang pung pang explain kat bos kecik ni.


Bos kecik kalau boleh nak aku yang present. Dia kata aku lagi tau n tak patut suruh dia yang present. Terus timbalan aku backing.

'Diorang dah buat keja. U kena la present so lepas ni u lebih tau apa yang diorang buat.'

Hahaha! Betul sangat la tu. Aku memang nak gelak tapi tahan je dalam bilik meeting semalam.

Esok balik kampung. Jangan la diorang ni merepek suruh aku pi gak HQ. Dah la malam esok diorang buat APC. Amenda APC tu? Short form untuk Anugerah Pekerja Cemerlang. Aku tak dapat pun. Hahaha!


Ni aku check gaji ni tak dapat lagi tunggakan kenaikan gaji aku ni. Diorang ni kira macam mana? Pelik ah. Kawan aku semua dah dapat. Budak-budak aku pun. Dah selamat abeskan duit. Takkan la aku nak kena call tanya hq kot.

Tapi bukan sikit tu. Banyak jugak. Lepas la nak buat belanja beli baju raya untuk Amir n simpan buat duit raya untuk anak buah. Huhuhu... 


Anak buah belah aku dah ada 2. Belah husband ada 4. Tak kira sepupu punya anak. Sepupu sepapat yang cinonet-cinonet lagi. Nak kena buat belanjawan 2011 ni. Wakaka!