SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, August 11, 2010

Tengahari ni ke Giant :)

Yeayyy! Dah nak dekat lunch hour. Senyum.. Senyum.. :D

Hahaha! Tetiba suka time lunch hour. Bukan boleh makan pun. 

Tapi hari ni aku nak pi ukur giant. Mahu membeli barang dapur sikit. Barang dapur kat rumah sudah kehabisan.

Dan jugak mencari barang buat stok sampai dapat gaji sebab RM tinggal 70 saje. Huhuhu... Sadisnya. Maka perlu la cari telur sepapan, sardin tin kecik-kecik dan segala bahan-bahan kering yang memungkinkan aku untuk hidup sampai dapat gaji.

Sedih tak? Sob.. Sob...

Semalam pi beli beras 10kg sebab beras kat rumah dah abes. Tersenget-senget aku mengangkut ke car park. Aku pi beli kat Sri Kota PKNS je. Malas nak pi jauh-jauh. Terpaksa pulak parking kat basement sebab aku lupa selalu kat belakang PKNS ada bazar Ramadan time posa.

Drive punya drive terlajak pulak. Nak keluar barang tak beli lagi. So, turun la parking kat basement yang horror tu.

Dah tak cukup tangan punya pasal sebab beras tu berat terpaksa la sambung beli barang hari ni. Bawang pun dah ilek pocik kat rumah tu.

Lepas tu pulak cari-cari tiket parking dah tak jumpa. Menggelabah puyuh dah ni. Nasib baik still kat basement. Terus patah balik tempat parking tadi. Rupanya terjatuh dekat tayar kereta orang. Apekah???

Nasib baik ada. Kalau tak confirm duit aku tinggal RM 50 je hari ni sebab kalau tiket parking hilang kena bayar RM20. Wuwuwuwu....

Malam ni berbuka sardin dengan telur dadar la kita ye.




4 comments:

Intan and The Boys said...

yang, kita sedih tau bila awak tulis nak berbuka telur dgn sardin. sayu je hati ni. kalau kita dekat, lama dah ajak awak berbuka ngan kita.

:(

amiys said...

nk buat mcm mana intan.. sedih gak.. sob.. sob.. tp duit dh mmg kureng sgt dh.. dlm bank xleh nk usik sbb nnti abg misai kata x menyimpan.. duit gaji kita byk abes bli tket blk kmpg every week, byr sewa rmh, loan keta, loan itu ini... klu dok kpg xde la mcm ni.. sob.. sob...

Intan and The Boys said...

betul tu. sampai bila la diorang nak siman awak kat ofis tu. susah sangat nak bagi pelepasan tukar tempat. haihh...

amiys said...

ntah la intan... mintak tukar smpi nangis2 pun diorg x nk tolong sbb takut dgn bos besar... bos besar tak suka org mintak2 tukar ni...