Disebabkan ada yang bertanya pasal slimming jeans tu so mai aku tepekkan pic yang gigih aku snap sebelum tido semalam. Hehehe...
Oh, aku dah pakai dah slimming jeans tu. Nama je slimming jeans ye kawan-kawan. Tapi tak ada button or poket segala. Semua yang nampak macam jeans tu cetakan semata.
Nampak yang aku buat arrow tu. Itu tak ada la zip dengan button betul pun. Just dia cetak kasi nampak macam jeans. Tapi nampak macam real je kan. Haha! Ni dari pandangan depan.
Ni pulak dari pandangan belakang. Poket tu pun cetak saje. Poket sebenarnya ilek pocik. Kasi nampak cun saje.
Ni bling-bling free yang aku dapat. Boleh pilih bling-bling mana berkenan. Bear ada, cat ada. Tapi perlu ke aku jadi kanak-kanak riang dengan letak bear di situ. Huhu... Ni bila kita pilih dia akan tolong tampal kat situ jugak.
Ni pulak kaki aku. Hahahhaa! Abaikan betis aku yang bunting badak tu. Aku nak tunjuk sampai takat mana je slimming jeans tu. Perahsan model la kunun. Wakaka! Nak snap pic dari atas tak payah la senah. Perut berlapis akan menyebabkan korang mimpi ngeri je. Huhu!
Setakat ni komen daripada aku yang baru start pakai hari ni. Memang sedap dipakai la. Lembut n tak rasa menjerut sebab memang stretchable. Tapi rasa macam panas-panas sikit. Ate kata nak kurus, tahan la ye. Huhu...
Kalau panjang sampai ke buku lali confirm aku dah buat legging jalan-jalan sebab sangat comel. Nampak macam pakai jeans betul k. Hahaha! Tapi sebab paras betis saje maka batalkan la niat tu. Nak kena pelangkung laki aku boleh la. Hukhukhuk...
Dari yang cina tu xplain sebab aku banyak sangat tanya kan. Hehehe... Slimming jeans ni keluarkan ion negatif. So, sebab tu rasa macam panas sikit. Tak apa, kita tengok dalam 3 weeks ke 3 months ni. Ada tak perubahan. Tu cina tu la cakap. Perubahan dalam 3 weeks to 3 months bergantung pada tahap kerajinan ko pakai kot. Ke tahap ketebalan lemak tepu. Hahaha! *Kalau cina tu tipu aku maknanya aku pun tipu korang la. Wuwuwu....*
Then, kena pakai time siang time banyak bergerak. Time tu la ion-ion semua aktif. Eceh. Mandai-mandai kot aku ni. Wakaka! Time tido tak payah pakai la amoi sebab u tido tak banyak gerak. Itu cina tu kata okeh. Hahaha!
Orang gemuk pun boleh pakai kata cina tu sebab stretchable. Aku lupa amik gambo yang cina tu taruk kat situ sebab xcited nak beli kan. Huhuhu...
Kalau nak basuh pulak jangan pakai mesin eh. Kot nak menjahanamkan sila la guna mesin. Dia kata hand wash saje. Celup-celup dalam air sabun, bilas lepas tu sidai jangan kat terik matahari. Sidai dalam rumah saje. Nak perah pun perah-perah manja. Atau toskan air tu bila agak-agak tak menitik baru sidai.
Ok, tu je kot. Hahaha! Aku dah jadi duta tak berbayar ni. Ngehngehngeh... So, ada sesiapa berminat nak beli sila ke Giant Seksyen 13 Shah Alam. Kalau nak kirim kat aku pun no problem. Tapi posto charge tanggung sendiri maa.. Hahaha!
Kalau rasa-rasa nak mintak aku belikan sila roger-roger kat comment box ye. Kalau tak berkesan lepas korang pakai jangan blame aku pulak sebab aku cuma xplain balik apa yang diexplain pada aku je. Huhu... Aku pun baru je start pakai ni haa.. Heeee.... :D
Lupa pulak. Harga slimming jeans ni RM35. Tu tak termasuk kos penghantaran kalau ada yang nak kirim. Hehehehe...
Lupa pulak. Harga slimming jeans ni RM35. Tu tak termasuk kos penghantaran kalau ada yang nak kirim. Hehehehe...
4 comments:
eh... lawa la... klu aku pakai skali bawak tido... alamak... kat perut cover sampai pinggang paras mana ek... tinggi ke rendah cutting kat pinggang...
hehehe... bunyi cam minat...
tinggi jugak la cover paras pinggang ni... lg pun boleh ditarik2.. heheh... nk amik gmbr kat paras pinggang ke bwh karang akak pengsan lak tgk.. hahaha!
mmg nampak cantiikan mcm jeans kalau bawak pg jenjalan..erm mmg untuk kurus eh,,,,erm kalau nak kurus cepat amiys pakai jer sentiasa masa pergi keje..tapi pakai kat dalam lah..hehehhe
intan - tu la, klu pjg dh pakai bwk jln dh.. ha'ah, dia mcm girdle... mmg tgh pakai pun.. heheh.. klu pakai kat luar karang dah jd superman lak dgn bju kurung ni... :D
Post a Comment