SaYa SayaNg AnDa :)

Sunday, August 22, 2010

Amir pun dah pandai rindu Ummi

Assalamualaikum. :)

Hari ni Ahad. Boleh pulak aku beronline ye. Pinjam lappy kak ita. Huhu.. PC aku tu tak cari lagi monitor baru. Bajet tarak. :(

Semalam memang sungguh la bukak puasa memparamkan diri. Aku beli nasi beriani kambing. Banyak gila. Macam nak pecah perut mengabeskan. Tak abes karang rugi pulak. Nasib la tak banyak beli benda lain.

Semalam video call dengan Amir. Masa Abang Misai hala ke Amir dia sibuk main tudung aku. Kata Abang Misai tido pun dia peluk tudung tu. Muka Amir pun sebik je tengok muka ummi semalam.

Kesian anak ummi. Rindu kat ummi ye. Sabar ye sayang. Jumaat ni ummi dah ada kat rumah. Boleh kita berkepit puas-puas.

Ok la, aku nak pi beli barang dapur sikit kat Giant. Ingat nak masak sambal jawa hari ni. Adik aku pulak nak masak bihun sup.

Hehehe... Time-time puasa ni memang kerajinan melampau sikit. ;p




No comments: