Ini kerana card reader aku yang kecik cinonet tu telah menghilang entah ke mana. Huhuhu... Rasanya hari tu Amir main. Mesti aku lupa nak simpan balik.
Ok, tujuan sebenar entry bukan nak cerita pasal card reader yang hilang tu. Tapi nak tanya macam mana nak guna forehead thermometer ni wehhhhh...
Hish.. Aku nak tepek pic google pun tak boleh la pulak. Blogger tengah upgrade menda tah sebab dah lain pulak rupa kalau nak add pic tu. Tapi tak boleh add pulak.
Alaaa... termometer yang rupabentuk macam kertas sekeping lekat kat dahi tu. Tadi staff aku keluar pi beli barang so aku kirim la beli termometer. Aku nak digital punya tapi dia kata tak ada. So, beli la yang tepek kat dahi tu.
Instruction kat kertas ni kata kena letak kat dahi barang 15 saat sampai kaler berenti bertukar. Ok, Done! Tapi kena mengadap cermin la sebab bacaan kena baca masa benda alah tu atas dahi.
N kat sini kata 'green indicate the correct temperature'. Tapi aku punya tadi warna merah.
Adekah itu menandakan aku demam?
Tolong la aku yang memang ngok ngek sikit bab-bab macam ni.
No comments:
Post a Comment