SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, August 3, 2010

Slimming jeans punya pasal

Pagi tadi pi Giant. Eh, time keja pun boleh pi Giant ek. Nak kena kabo kat bos ni. Muahahaha! 

Ingat nak pi beli makanan je. Aku bawak bekal tapi pagi-pagi buta dah selamat dalam perut. Sebab lapar gila. Elok je sampai Giant segar bugar aku senah. Hahaha!

So, terkedek-kedek la ke Giant. Mula-mula beli epal je kata diet kan. Lepas tu mata aku terus macam kamera dslr boleh memfokus jarak jauh ek. Dari kaunter Giant aku dapat zoom kat 1 banner ni.

Slimming Jeans!

Terus menggelupur pi tersengih-sengih depan meja cina tu. Aku sekarang memang pantang tengok benda yang selim menyelimkan ni. Terusss laju je pi.

Cina ni bukak meja je dekat pintu nak keluar dari Giant. Bukan keluar ke parking lot tu. Keluar pi kedai-kedai lain kat luar Giant tu.

Atas meja penuh la dengan slimming jeans tu. Siap dengan gambar dari debab ke kurus. Tapi gambar adalah dari pinggang ke bawah saje. Sebab dah kata simming jeans maka muka tak penting ok. Hahaha! Kalau kena tipu pun percaya la bulat-bulat taik kambing tu.

Pokpek la cina tu xplain kebaikan slimming jeans tu. Ada ion negatif la. Tot tet tot tet punya bebel tanya harga. RM35 saje ooo.... Siap free manik-manik butterfly ke, bunga ke untuk tampal kat seluar. Wakakaka!


Oh, aku beli. Sob.. Sob... Melayang la RM35 hanya kerana mau kurus. Mau aku tak meroyan. Laki aku tu asek komplen perut aku ni haaaa... Benci tau! Biasa la cser. Lambat sikit maaa mau turun tang perut ni sebab tak boleh berbengkung segala time pantang tu.


Lepas tu perut orang cser ni kan macam menggeleber, macam lemak lebih terbuai-buai tu. Itu la yang dia kata aku gemuk tu. Marah ok. Tapi marah dalam hati je la. Dah gigih diet ni pun perut ni memang payah gilo la nak turun. Aku sental pati halia pun gitu jugak la.


So, kalau aku rajin aku tepek la gambo slimming jeans aku. Hahaha! Sebenarnya dia macam girdle je. Tapi dilukis nampak macam jean. Sekerat sampai lutut. Jadi pakai di rumah atau kalau pakai baju kurung boleh la pakai dalam kain. Ngehngeh!


Ada sesiapa nak beli? Cina tu ada kat Giant sampai hujung bulan ni saje. Hahaha!




3 comments:

ejaMaria said...

mana gambar nye?... aku suke gak menda-menda murah cam ni... klu utk pakai kat rumah ok la... aku suke je... lagi satu nko pegi Giant mana?

amiys said...

blum snap lg kak.. nk balik bru snap.. dah snap nnti kita up masuk blog k.. hehe.. Giant sek. 13 shah alam ni...

Fiza Amran said...

tepek jgn x tepek yer gambo.. aiii pun teruja mendengarnya