SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, August 17, 2010

Sahur apa pagi tadi :):):)

Salam. :)

Alhamdulillah. Dah seminggu kita puasa ek. Kejap je rasa. 

Awal sungguh la aku berbelogging hari ni. Dah sampai awal. Jadi mari update apa yang patut. Hehehe...

Sahur pagi tadi korang makan apa? Aku pukul 4.30 dah bangun. Sekarang sangat bangga dengan diri sendiri k. Otomatik bangun tak payah jam handfon aku bunyi. Aku dah terbuntang bijik mata.

Bangun masak-masak nasik, sayur sikit n telur dadar *tu je la menu aku*. Ada special ayam kfc idamanku selalu. Hahaha! Sahur makan kfc tuuuu...

Abah aku belanja k. Semalam dia datang kl nak bawak adik aku ke hospital untuk check up. Ada la abah ajak berbuka tapi aku memang flat gila semalam. Bawak kereta hoyong hayang dah.

Dan aku makan berbuka dengan banyaknya semalam. Huhuhu... Apekah bertambah nasik dalam pinggan. Lepas tu selamat la sakit perut sebab makan dengan gelojohnya. Housemate aku bagi ubat gastrik 2 bijik lepas makan terus aku pengsan.

Hari ni tak tau lagi la macam mana keadaan aku. Sebab pagi tadi dah sahur nasik kan. Maybe agak bertenaga la daripada makan roti 2 ketul sahur semalam tu. 

Semalam Abang Misai sms kata amir tak nak minum susu la pulak. Dia nak minum air masak je. Normal ke eh? Risau pulak aku. Abang Misai kata maybe Amir rindu kat ummi sebab tu dia tak nak minum.

Oh... Sangat sedih. Macam nak menitik air mata duyung aku bila teringat kat hero pujaan hati aku tu.




1 comment: