SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Happy 5th Birthday Amir Ridhwan n 3rd Birthday Amirah Raihanah :)

Bulan Ogos adalah bulan kelahiran hero dengan heroin aku yang lasak. Amir lahir 19 Ogos 2009 n Hana debab lahir 8 Ogos 2011.

Tak ada la celebrate besar-besaran pun. Bawak anak bertuah 2 orang tu keluar makan. Amir sehari sebelum birthday dia dah request nasi burung.

Nasi burung tu macam nasi ayam je. Tapi ayam tu ganti dengan burung wak-wak tu. Dah dia request mari la kita pi makan walaupun ummi pening kepala sikit. Banyak la jugak dia makan. Hana ofkos abes sepinggan.

Amir request kek jugak. Dia nak kek yang ada kapal terbang. Mana la aku nak cari yang dah siap. Aku cari tak ada bila cakap dengan Amir dia kata tak kisah pulak nak kek apa-apa pun.

Lusanya baru aku beli. Kek coklat ada kereta hijau. Hijau feveret kaler Amir ye. Mari la abang n adik potong kek.






Kereta abang Amir amik. Pokok adik amik. Hahaha! Tersengih bangga dapat kek. Lepas tu tak makan pun. Bawak pi rumah Toksu. Makan ramai-ramai kat sana.

N hari Sabtu bawak diorang jalan pi tepi laut lepas amik stok Chocoletto. Makan chicken chop sambil tangan menepis gigitan nyamuk. Hooiiii.. Banyak betul nyamuk.






 

Doa ummi semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

nota tapak tangan : ketahuilah aku menaip entry ni dengan jari telunjuk tangan kiri yang cedera dan berbalut plaster. Tergunting jari sendiri kekdahnya. Bayangkan macam mana kegigihan aku menaip.

 

Thursday, April 18, 2013

Hadiah Apa Nak Bagi Ni

Assalamualaikum

Wahhhh... Dah settle keja pasal kursus. Bolehlah menari ayam sebentar. Hahahha! Esok dapatlah bercuti dengan aman dan damai.

Pasal beli rumah masih tak settle lagi. Ingatkan esok dah boleh la aku sign agreement. Huiiiii... Apa la yang diorang ni buat lama sangat. Dah almost 3 weeks pending. Letter offer tak siap la. Gambar rumah belum amik la. Why so lambat haaaa....

Eh, esok 19hb kan. Aku adelah terlupa. Esok harijadi laki aku la. Hahaha! Ingat sebenarnya tapi tak tau nak bagi hadiah apa kat orang tua tu. Dia kata nak Apple 5. Aku ni terpisat-pisat la cuba memahami apa itu Apple 5. Rupa-rupanya Iphone 5. wakakakakakkaka!

Gelak macam nak pecah perut aku. Nama handphone pun salah ada hati nak pakai ye bang. Kikikiki... Keji sangat gelakkan orang kan.

Hmmm... Disebabkan aku baru je mengorek simpanan untuk membeli rumah makanya terpaksa la aku cari alternatif lain kot sebagai hadiah. Lagi pun Iphone ni software dia banyak kena beli ye. Aku kan dah biasa guna android. Maka nak bagi yang lebih kurang sama je dengan aku. Boleh gitu? Hahahaha! Dengki!

Kot tak pun bagi je handphone aku guna sekarang. Aku beli handphone baru. Kihkihkih... Lagi la keji sangat perangai sebegitu.

Jom pikir jap.


Wednesday, September 22, 2010

Makin tua ke? :D:D:D

Assalamualaikum :)

Hari ni adelah hari yang orang akan kata aku dah makin tua. Mana ada tua. Aku pakai Safi Rania Gold eh. Awet muda tau. Muakakaka! ;p

Orang pertama wish tepat pukul 12 malam adelah Abang Misai. Tru SMS dengan sepotong ayat, 'HAPPY BIRTHDAY'. Tu je ok. Tak ada sayang ke, manja ke, bucuk ke. Huhuhu... Tak romantiks tawww... Sebenarnya dia taip tu dalam keadaan mamai. Itu dah pasti.

Orang kedua wish adalah cik Benz. Tq cik Benz. Ingat jugak birthday aku ye.

Akak aku sepatutnya jadi orang 1st wish tp dia wish sebelum pukul 12 malam. Hahaha! Sebab dia ngantuk. 

Yang selebihnya, my mom n Lynx.

Kat opis sorang pun tak wish sebab diorang tak tau hari ni birthday aku. Low profile ok. Hehehe...

Apa pun Alhamdulillah sebab aku masih lagi diberi kesempatan bernafas kat bumi Allah ni. Dapat tengok anak manja aku, Amir seminggu sekali. Dapat jumpa husband pun seminggu sekali kalau tak ada keja lain time weekend. Ada mama n abah, adik beradik semua.

Cuma aku harap dapat la aku pindah balik ke Penang dekat dengan family. Itu je la permintaan aku.

Ok, kejap lagi birthday girl *girl lagi ke? huhu* nak pi cabut gigi. Time-time birthday ni la aku nak cabut gigi kan. Sebab hari semalam dengan hari ni je boleh cabut gigi kat klinik gomen tu.

Tata!


Tuesday, September 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUU :):):)

Eh, ada benda penting aku lupa. Huhuhu...

Semalam tido awal tu yang lupa tu.

Hari ni adelah birthday kakak aku. :D:D:D:D

 Yang mekap tebal tu aku. Sebelah tu kakak aku. Hehehe... Ni time aku nikah.

HAPPY BIRTHDAY
TO MY LUVLY SISTER
 
Semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki, diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T sentiasa. Amin...

Dah masuk angka 3 kat depan tu. Hehehe... Anak pun nak masuk 3 dah. Eh... Hahaha! Esok birthday orang pulak Yong. Hehehe... Takde hadiah ke? Ngehehehe...

Birthday kakak aku dengan aku berjiran je. Dia cukup umor 2 tahun aku pun selamat la keluar esoknya. Wakakaka...

So, sila teka berapa umur saya. Agagaga ;p