Sepanjang tak update ni sebenarnya macam-macam berlaku. Aku didiagnosis Dysthmia. Apa tu? Perkataan bunyi macam makanan Itali je kan. Tu nanti aku cerita post lain. Ni konon nak berazam nak aktif blog balik kononnya ni. Hahahahaha! Rajin ke kau Kak Mot oiiii.
Mungkin la aku akan rajin memandangkan aku bercuti tanpa gaji sampai hujung bulan 9. Jom la cari duit tepi kot boleh buat support susu anak.
Cerita pasal anak ni dah tambah lagi sorang korum dalam family. Setelah si Debab berusia 8 tahun baru dia dapat adik. Alhamdulillah la dia sayang adik dia. Kena pulak dia sorang je perempuan makin mendiva la perangai dia kan. Adik dia boy. Lahir bulan April hari tu. Birthday present untuk Abang Misai sebab sehari lepas baby lahir tu birthday dia pulak. So, hadiah birthday lain tak ada. Terima la seketul budak kerinting sebagai hadiah. Hahahaha! Dah 2 bulan budak kerinting ni. Kenapa panggil budak kerinting? Sebab dia lahir je rambut bergulung-gulung. Sampai orang ingat dia gegirl la.
Si budak kerinting ni nama dia Ammar. Elok la, nama abang Amir, kakak Amirah, dia Ammar. Kot dapat adik perempuan bagi nama Ammara pulak. Wakaka! Tapi rasanya Ammar ni bongsu dah kot. Aku dah tua dah nak masuk 40. Tak payah gigih la nak tambah lagi. Tapi kalau boleh tambah pun sorang lagi je la. Ammar ni aku opt for caesarean. Anak² aku ni semua tak reti nak keluar sendiri. Semua kena paksa. Ammar ni overdue macam Debab jugak. Pi serah diri kat wad doktor tanya nak induce ke operate. Aku pilih operate je la memandangkan aku dah merasa 2 kali diinduce. Amir induce tapi jalan tak bukak so kena operate. Debab pun induce beranak normal tapi paling hazabedah rasanya dengan tambah darah 1 beg sebab uterine atony. So, Ammar memang aku dah tak larat nak induce n tahan contraction yang teruk gila. Doktor bagi pilihan pulak. So proceed dengan operation je. Doktor kata kalau next time pregnant lagi last la sebab dah 2 kali operate. Baiklah doc!
Aku pilih nak operate pun bukan main la aku dibawangkan dek nurse dalam wad tu. Depan aku pulak membawang. Siap pakej sound aku macam berdosa sangat la aku pilih nak operate tu. Nanti la aku cerita lain. Nasib aku ni muka seposen malas nak layan masa tu. Kot datang gila aku jenuh la. Mau semua kena tempik kot. Aku yang merasa sakit induce sampai trauma. Depa suka suki je nak judge orang. Haih... Please ye. Ada sebab la orang nak buat pilihan masing². Jangan nak pertikai sangat. Kita tak tau apa yang dia rasa. Dengan aku yang mental tak stabil ni memang aku tak nak la contraction tu buat aku hilang pedoman terus nanti.
Ok. Aku nak tengok budak Ammar. Sikit² ek ek ek nak suruh orang angkat. Bertuah la budak ni. Manja nau nau. Nanti aku sambung pasal Dysthymia tu n apa² je la yang aku rasa nak cerita. Layankan aje la ye. Walaupun setakat sorang dua je yang nak baca blog sendu ni. Like I care. Hahahaha!
No comments:
Post a Comment