SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 30, 2011

Last Day Today

Assalamualaikum

Hari ni masih di opis. But maybe half day je kot. Sebab kena bagi taklimat. Kalau tak dah selamat aku bermalas-malas kat kampung sekarang.

Abang Misai dah ada kat rumah. Tengah tido time aku keluar pi opis tadi. Sampai Shah Alam pukul 2.45 pagi. Aku mamai-mamai je drive pi amik dia. Adik aku teman la. Koser sangat la aku nak drive sesorang pepagi buta.

Ok la. Aku nak prepare untuk taklimat ni. Hari Sabtu hari tu datang keja kemas barang aku je. Tak sempat nak buat apa.

Nanti kalau sempat aku update lain.

 

Friday, May 27, 2011

Farewell For Me

Assalamualaikum

Aku kat opis. Jap lagi nak balik. Hari ni ada farewell untuk 4 orang staf kat sini. Termasuk aku la tu.

Tetiba kena buat ucapan ringkas. Kejap-kejap aku ucap terima kasih. Aku rasa ada kot 5 kali aku ucap terima kasih je.

Tapi yang pelik air mata aku ni tak nak keluar pulak. Budak sebelah aku yang tak dapat sambung kontrak n farewell untuk dia jugak la kiranya dah berderai-derai air mata. Sorang lagi terus tak dapat nak bagi ucapan.

Aku ni keras hati ke apa? Ke takde perasaan. Hmmmm....

Diorang start Isnin ni dah tak datang opis. Amik cuti terus tak datang dah. Aku je yang rajin Isnin depan datang lagi. Dah la nak lapor diri hari Rabu kat Penang. Memang mencungap la aku.

Banyak benda nak cerita ni. Tapi nanti la. Aku nak balik rumah dulu. Penat la hari ni.

 

Thursday, May 26, 2011

Sudah Abes Opis Hour

Assalamualaikum

Cara-cara dah abes opis hour baru dapat menghapdet. Ini pun nak kena edit lagi slide yang ada tu. Huhuhu...

Esok pulak dah nak kena print pepagi buta. Lepas tu nak hantar kat HQ sebab bos kecik nak terus ke HQ. Lepas bagi dia semak tadi boleh pulak la bercerita dalam bilik dia.

Aku ingat nak balik buat kat rumah je la. Sebab penat semacam.

Ok la. Balik dulu. Tata~~

 

Wednesday, May 25, 2011

Suka-Suka Ko Aje Kan

Haaaa... Ni lagi 1 buat aku hangen bertambah macam puting beliung ribut taufan yeeeee....

Aku kan masuk lambat tadi. Boleh tak bos kecik memandai-mandai nak tangguhkan aku lapor diri. Siap nak suruh admin buat surat. Dia nak suruh aku ajar dulu pegawai yang nak ganti aku tu baru aku boleh lapor diri kat sana. Dah la tak bagitau aku. Bagitau dekat staf aku je pulak tu.

Konon takut pegawai baru tu tak tau nak buat apa bila dia lapor diri.

Habesssss??? Aku yang nak kena lapor diri kat sana nanti siapa yang nak ajar? Boleh tak fikir logik.

Kalau aku dah buat nota serah tugas tu pandai-pandai la ko ajar dia. Ni semua orang tak nak amik tau apa aku buat. Semua bulat-bulat tuju kat aku. Bila aku dah takde semua menggelupur macam kena parkinson.

Sesuka hati je nak tahan-tahan aku. Nak ke aku bakor je bilik dia? Masa dia first time datang sini dulu ada ke orang ajar nak buat apa. Takde kottttt.

Yang kalut sangat takut pegawai baru tu tak tau apa-apa apesal. At least budak tu dah ada basic dari opis lama. Aku ni masuk opis dia nanti lagi kalut. Langsung takde basic pasal keja aku kat sana. Keja aku sekarang ni ada la jugak sangkut paut dengan keja budak tu sebelum ni. Eh, korang paham ke apa aku cuba terangkan ni? Tak faham buat-buat faham la ye.

Aku buat tak tau je pasal slide ni karang. Baru padan muka sorang-sorang.

Huuuuuuhhhhh.... Tarik napassssss pepanjang....



Tolong Tengok Je Diorang Ni

Assalamualaikum

Aku lambat masuk opis hari ni. Sakit kepala. Ingat nak pi klinik sebelum pi opis. Bukan sebab nak check kepala yang sakit. Tapi nak bagitau next prenatal appointment aku tak boleh datang pasal dah kena balik kampung.

Keluar la lewat sikit. Sekali hamik ko. Berderet kereta. Nak parking pun malas aku nak nyelit-nyelit. Terussss je zussss aku pi opis.

Kat opis pulak tengok pc aku dah on lepas tu ada slide atas meja. Dah la print kaler. Membazir betul la. Aku tanya apesal ada slide atas meja aku. Staf aku kata bos kecik nak tengok. Aku mana la simpan dalam pc. Aku bawak balik rumah semalam. Buat kat rumah.

Yang dia sibuk la nak tunjuk kat bos besar. Buat tak nak. Bincang lagi la haram. Berbulu 1 badan betul aku la. Aku yang dah nak blah ni la terkontang kanting buat sesorang. Dengan nota serah tugas pun aku tak buat lagi. Barang aku tak kemas lagi. Dengan EPF aku nak pi settle tak settle-settle lagi. Mau aku tak hangen.

Aku bertukar jadi hijau karang. Baru diorang tau kot.



 

Tuesday, May 24, 2011

Tolong!!!

Tolong!!! Tolong!!!

Yeee... Mintak tolong tapi korang pun confirm tak boleh nak tolong.

Tengah ketandusan idea nak taruk apa dalam slide ni weh. Sangat blur oke. Template HQ dah bagi dah tapi macam tak kena je dengan orang yang menghandle negeri yang kalah ni.

Bos kecik dah call tadi tanya dah siap ke belum. Dia tunggu end result je la. Aku ni yang menonggeng nak siapkan.

Serius kepala otak aku macam kosong je ni.

Dengan nak siapkan nota serah tugas. Lepas tu nak kemas barang-barang aku dalam bilik ni. Barang kat rumah yang nak bawak balik pun aku tak kemas lagi.

Serabut sungguh. Nasib baik adik aku stay lagi kat Shah Alam tu. So, barang-barang besar bagak seperti peti ais n mesin basuh tak perlu diangkut. Kalau tak 1 hal pulak aku nak sewa lori. Sewa lori je tapi suruh laki aku bawak boleh kot. Dia ada lesen lori. Hahaha!

Eh, tengok. Aku dah melalut.

Tolong!!! Tolong!!!

Selamat Pagi All :)

Assalamualaikum

Tarik nafas dulu panjang-panjang. Penat naik tangga. Naik 1 floor je pun. Hahaha! Malas nak tunggu lif. Semenjak ada penghuni lain kat tingkat atas sinun keadaan lif amat la menyampah sekali. Dengan bau-bauan tengik hasil daripada penyatuan bau peluh yang jitu. Eeewwww!!!

Semalam pulak bebudak yang dok sini tu pi berwrestling dalam lif. Time tu aku nak balik. Berdua dengan staf aku la. Dengar bunyi macam lif nak runtuh. Dah la pukul 7 malam. Suspender je. Rupenya bebudak mata sepet tu dok bertomoi.

Hari ni aku awal. Bangga? Ofkos... Bangun aje dah pukul 7. Apehal la sekarang ni susah nau nak bangun pagi tah. Ni esok-esok balik Penang ni lagi la kena bangun pukul 5 pulak. Sebab opis kat belah panggilan pulau tu. Huhuhu....

Jauh ok. Aku kat tanah besar. Opis kat pulau. Dengan jammed lagi. Jambatan kedua tu bila nak siap ek??

Pagi-pagi dah panjang bebel. Aku nak siapkan slide untuk Jumaat ni. Sebelum mak tiri datang bertanya. Semalam hapah aku tak usik. Mood takde wehhhh... Aku buat keja lain je semalam. Settle dah. Tinggal nak buat slide ni je la. Nyampahhhhh....

Monday, May 23, 2011

Amat Lapar

Aku lapar. Huwaaa!!!

Bawak je bekal. Tapi just bawak nasik n scrambled egg je. Nasik tu pasal semalam aku masak lebih. Nak biar nanti membazir pulak. Aku balik keja karang mesti dah basi punya. So, bawak je la.

Tapi kan selera aku ni macam dah kureng la sikit. Semalam adik aku bawak makan kat Pak Li Kopitiam tu pun aku makan secoet je. Selebihnya tak abes. Padahal order nasi ayam lemon. Bukan tak sedap langsung.

Dah makan nasik bekal sikit. But selera macam mati. Lapar tu memang lapar la.

Hukhukhuk... Macam mana ni...

Nak keluar beli makanan memang tak la kan. Dengan keadaan orang dok double triple parking depan kereta aku. Confirm punya la double parking sebab memang tempat aku parking tu terpaksa buat macam tu. Kalau tak orang lain tak ada tempat dah nak parking.

Staf aku pi Putrajaya pulak. Nak menunggu dia balik opis ni tah pukul berapa la.

Terus terganggu konsentrasi nak buat keja. Muahahaha! Alasan kan.

Nak selongkar kabinet la. Kot jumpa kerepek-kerepek ke.

 

Update Secara Pukal

Assalamualaikum

Menyepi je blog aku sekarang. Malas mengupdate kekdahnya. Penyakit malas tu dah start menyerang tahap kronik.

Malas bukan sebab apa. Banyak keja nak settle. Lepas tu kat rumah tu amat la liat aku nak on lappy adik aku. Dok lepak hadap tv je la kejanya.

Eh, pagi ni hujan lebat yang amat kan. Aku ni dah la pepagi asal bangun je kepala sakit gila. Nak drive lagi dalam hujan. Dengan wiper kereta belah driver ni hari tu bunyi pelik-pelik. Aku check hari tu rupanya sipi-sipi lagi nak tercabut. OMG!!! Nasib la aku check. Kalau tak time guna tu dah terbang melayang. Huhuhu...

Klip yang pegang kepala wiper tu takde macam wiper belah kiri. So, agak musykil kat situ. Tawakal je aku sangkut gitu je. Kot time hujan lebat tak berani la aku nak guna wiper di kadar yang paling laju ye. Tadi pun aku drive slow n steady saje.

Sabtu pepagi dah ke Perodua. Ingat nak betulkan radio. Still ada warranty kan. Tapi hantar perodua kat seksyen 15 tu dia kata 3 minggu baru siap. Sebab kena hantar perodua Rawang. Tapi kalau aku hantar ke Rawang sendiri maybe dia boleh siapkan on da spot. Apekah Shah Alam dan Rawang itu sepertinya jarak KL London naik kereta????

Aku dah la dah nak blah hujung bulan ni. Aku suruh dia cabut fius je la kasi senyap radio tu. Sebab kekadang dia boleh ter on sendiri ye. Scary betui. Tapi dia kata dia cabut soket radio. Ah, lantak la nak cabut apa pun. Asal radio tu tak bernyawa dengan tetiba. Kalau tetiba on sendiri lagi pasti amat angker sekali.

Ahad aku lepak rumah je. Adik aku n Kak Ita pi tengok movie. Aku malas nak join sebab sakit kepala. Boleh diorang tengok movie door to door. Patut la lama gila. Cis!!! Tengok Nur Kasih dengan Pirate Of the Carribean. Aku nganga kat rumah layan tv saje.

Ok la. Aku mau menyettlekan banyaaaaakkkkkk benda. Nak call orang kat HQ tanya pengganti aku. Nak buat itu. Nak buat ini. Balik lambat kot hari ni.

Tata~~

Friday, May 20, 2011

Rajin Terlebih Sebab Masih Di Opis

Aku kat opis lagi. Rajin tak? Ha'ah! Rajin terlebih dah namanya ni.

Tetiba berlambak keja ok. Rasa nak nangis. Dengan staf aku ni buat perangai pulak. Buat keja acuh tak acuh je. Tau la ada buat part time jual insuran. Tapi aku bengang bila dia guna time opis hour pi key in pasal insuran dia. Lepas tu keluar opis sesuka suki hati pi menyettlekan keja part time dia.

Kalau buat lepas opis hour lantak ko la situ. Ini time aku suruh buat keja sendiri tak tersettle-settle sampai sekarang. Hangen ok.

Dah la aku punya kepala ni tak baik-baik pulak sakit dia. Ketensionan melampau.

Admin pulak patut diorang la call HQ aku tanya pasal pengganti. Ni aku sendiri kena call tanya. Siap pulak timbalan cakap kalau pengganti aku tangguh nak lapor diri ke sini aku pun tak boleh ke sana.

Kejadahnya laaaaaa!!!!

Aku ni dah tak larat manjang. Nak drive pi keja pun paksa-paksa diri je ni. Asal bangun tido kepala aku sakit. Nak kata terlebih tido aku ni susah nak tido kalau Amir tak ada. Nak kata terkurang tido maybe la kot. Semalam pun lebih pukul 12 baru aku tertido.

Ni nak balik pun malas nak drive ni sebab sakit kepala. Jalan confirmed la jammed.

Isk... Isk....

 

Tension Sungguh La Hari Ni

Assalamualaikum

Tengah sakit kepala ni. Semalam tak update sebab membz. Bukan bz keja. Tapi menyemak kat konvo adik aku.

Dah la panas. Dengan perut boyot. Gagah jugak nak pi meramaikan majlis yang dah memang ramai tu. Adik aku pulak tetiba la time dah abes majlis tu wartawan nak interview. Bukan sebab dia dapat anugerah apa pun. Pasal adik aku yang ni kurang upaya fizikal sikit.

Tercari-cari pulak abah yang dah terpisah dengan mama aku time nak dekat abes majlis. Abah aku ni tak pakai henfon. So, payah la kalau dah berpecah tu. Jenuh mata nak scan orang satu-satu nak cari dia. Mama ada la henfon. Kocoh kacah cari sebab wartawan dok tunggu nak amik gambar sama. Last-last adik aku bergambar dengan mama je la.

Ok la. Semalam cuti emel aku dah penuh dengan segala macam pesanan penaja dari bos. Time nak bertukar ni macam-macam la cekadak. Hish... So, aku nak settlekan buat slide untuk workcamp hujung bulan ni. Daaa~~





Wednesday, May 18, 2011

Weekend Yang Agak Penat Tapi Best :)

Assalamualaikum

Lama aku tak update kan. Ke mana menghilang???


Ada je. Hehehe... Jumaat lepas membz sikit. Pagi adik aku konvo. Aku tak pi tengok pun. Tapi tercatuk depan stesen komuter seksyen 19 yang buat aku rasa nak carutkan aje di pagi-pagi hari. Perlu ke mencarut di hari Jumaat?

Pagi-pagi tu aku pi stesen. Dalam pukul 9 la aku sampai sana. Hajat hati nak beli tiket tren untuk abah aku dia nak balik malam tu jugak. Tunggu punya tunggu kaunter tutup. Rehat. Selalu tak la lama. Hari tu boleh pulak dia bantai rehat sejam. Senang hati betul jaga kaunter rehat lama-lama kan dik.


Bukak je kaunter aku terus la cakap nak beli tiket tren intercity. Ko tau apa jawapan dia. Sistem dia problem. Mouse tak boleh gerak. Perlu ke bagi penampar pulak kat budak tu. Boleh tak ko tampal notis kalau sistem problem. Tak ada la aku melangut kat situ sampai sejam dengan melayan kerenah Amir bertuah yang nak berdukung semedang hari tu.

Berbulu je aku tengok muka budak laki tu yang cakap sambil tersengih-sengih. Aku tiau kepala ko baru tau.


Terus aku blah pi opis Kak Ita. Lepak makan-makan. Tumpangkan Amir kat situ kejap sebab petang ada meeting. Meeting petang pulak abes lewat. Pukul 6 baru settle. Terkocoh kacah aku ke opis Kak Ita amik Amir. Dah la laki aku dah tunggu kat Restoran Hakim. Dia kan baru balik dari Melaka. Nasib baik Amir behave je.

Weekend pulak buat keja gila. Hahaha! Tau aku ke mana? Pagi-pagi dah bangun. Lepas tu bertolak ke Cameron. Yeehhhaaaa!!! Mak tak pernah pi Cameron ok. Kesian la kat mak buyung ni.


Naik ikut Tapah. Pening kepala berpusing-pusing. Jalan dah la sempit. Corner tajam. Dengan lori bas segala yang bagak bawak laju pulak turun bukit. Yang kita ni naik bukit. Lepas ni kalau pi lagi baik la ikut Jalan Simpang Pulai. Tak ada la pening sangat.

Yang kat Cameron nanti aku story mory aaa... Tengah lelah ni. Baru balik dari stesen komuter amik abah aku dengan adik n anak buah. Adik aku sorang lagi kan konvo esok. Harus la datang memeriahkan majlis beramai-ramai.


Nak buat keja sat. Opis sunyi sepi sikit hari ni. Mana tah semua orang pi.

Thursday, May 12, 2011

Hujan La Hari Ni

Hujan pulak hari ni kan.

Selalu panas lit lit. Membahang-bahang. Amir pun tido dok terpusing-pusing. Aku pakaikan pampers je sebab kepanasan. Ummi dia ni kalau boleh nak tido pakai bra dengan spender je.

Hari ni sejuk la sikit. Jerebu pun kurang la dek hujan ni kan. Kalau tak nampak berkabus je pemandangan. Kebakaran kat negara jiran eh. Apa la yang terbakar. Aku bukan tengok berita pun. Semalam bantai tengok Astro. Nguahahaha! Maklum la, baru pasang. Tak abes lagi dia punya jakun tu.


Lebat jugak la hujan. Sampai berdentum-dentum guruh tu.


Ape la si Amir dok buat kat rumah dengan opah n tok wan dia tu. Dia takut sikit kalau bunyi guruh berdentum dentam ni. Mesti nak peluk punya.


Tak sabar nak balik jumpa buah hati bertuah tu.



Alhamdulillah.... :D:D:D

Berita baik! Berita baik!

Sila senyum sampai ke telinga sambil menampakkan gigi atas bawah.

:D:D:D:D:D

Saya sudah dapat tukar ke kampung. Yeaaayyyyyyyyyy!!!!!!!

Syukur Alhamdulillah.

Berkuatkuasa 1 Jun.

Fuhhhh... Apa la rasanya bertukar ke tempat baru ni ek.

 

Amir Tinggal Rumah Dengan Opah Hari Ni

Assalamualaikum

Aku kat opis. Sorang je. Amir tak ikut. Hehehe...

Opah dengan tok wan dia kan sampai pagi tadi. So, mari kita tinggalkan budak bertuah itu dengan opahnya agar ummi boleh membuat keja tanpa membuat keja sambilan menjadi tarzan.

Memula Amir takut-takut dengan opah. Dok la terlekat kat ummi. Tok wan pun dia takut sebab muka tok wan Amir macam Prof Serba Tau. Berjambang bermisai segala. Hahaha! Tak lama je dia warm up terus ok. Siap ajak opah tengok kapal korek (Amir panggil back hoe tu kapal korek) dok menarah tanah kat depan flat. Ada construction baru depan rumah tu.

Tapi tadi aku keluar rumah sorok-sorok jugak la. Mesti muka sebek je cari ummi tak jumpa tu. Sekejap je Amir ek. Petang karang ummi balik la. Semalam syok sangat tengok kapal korek ummi ajak pi keja pun dia babai ummi balik. Hahaha! Hari ni Amir tengok kapal korek puas-puas.

Jadi mari kita menyetelkan keja dengan aman. :)

Wednesday, May 11, 2011

Saya Berbau Muntah

Aku berbau muntah. Huwaaaa!!!

Amir la muntah tadi. Ceritanya macam ni. Amir asek dok tunjuk flyers pizza hut delivery. Kesian pulak kat dia. So, decide tengahari nak order pizza.

Amik set PHD (bukan perasaan hasad dengki ye ;p) speedy combo no 2. Dapat la tempura prawn, 2 regular pizza n air pepsi sebotol.

Amir punya la tak sabor nak makan dia amik tempura prawn tu sampai 2. Kiri kanan tangan dia pegang. Lepas tu pulak tak menyempat-nyempat nak halang dia dah masuk dalam mulut tang ekor tu dulu.

Ntah macam mana tersekat kat tekak dia dah muka merah-merah gaya nak muntah. Aku ni punya la tak nak muntah dia jatuh atas karpet tadah kan guna tangan. Maka sekarang tangan sudah bau muntah. Bilik pun macam tu. Huhuhu...

Dah la baru lepas mandikan dia. Berlemuih balik 1 badan. Dengan mushroom soup dia main godak-godak pakai tangan. Konon-konon udang tu buat cicah dengan sup.

Hari ni sepanjang hari bau muntah sesaje la aku. Hukhukhuk...

 

Apa-apa Aje

Assalamualaikum

Hari ni masuk opis lambat. Kaki cramp lagi. Padahal minum susu tetiap hari dah. Lepas tu kepala sakit gila. So, cool down kejap kat rumah. Apakejadah nak drive dengan sakit kepala n kaki. Orang bawak kereta atas jalan aku pulak bawak kereta dalam longkang je karang.

Kat opis pulak berselirat kepala tengok perangai hero sorang ni. Dah abes sesi warm up. Dia dah menawaf 1 opis. Lepas tu bagi air suruh minum dia sapu kat muka. Tuang pulak atas baju. Abes basah dah 1 baju. Heeeee... Ummi dah nak jadi tarzan dah ni tengok perangai dia.

Tak takut dah orang kat opis ni. Selamba katak je pi tempat orang. Kalau dah pandai bercakap tu mau orang pening nak melayan dia. Sekarang dia cuma boleh cakap Boboiboy je. Kartun feveret dia. Tapi bila cakap Boboiboy buat gaya Ben 10 bertukar. Macam mana la tu???

Esok opah n tok wan Amir nak datang Shah Alam. Sempena konvo adik jantan aku. Adik sorang lagi konvo 19hb ni. So, aku nak tinggalkan budak bertuah tu kat opah dia. Hahahaha! Biar dia rasa. Asek nak menggelinjang ke sana sini kan.

Oh, sempena dengan gula naik harga semalam pi beli putu piring yang selalu RM2 dapat 5 ketul telah menjadi RM2 dapat 4 ketul sahaja. Pantas dan tuntas betul orang naikkan harga ye.

Ok la. Nak cari budak Amir yang dah merayap ke mana tah. Bertuah punya anak.

Tuesday, May 10, 2011

Stress!

Assalamualaikum

Aku tak ada mood hari ni. Ada benda yang merunsingkan kepala otak. Oh, anak buah aku yang baru lahir tu admit hospital semalam. Kuning tinggi katanya. Tak tau la bila boleh discharge.

Pagi tadi pulak kaki cramp gila babun. Masa tu dah nak bangun dah. Tetiba cramp. Memang menjerit kejap la aku dalam bilik. Tapi tolong diri sendiri je la.

Ni pulak baru lepas mengadap timbalan. Berbelit lidah aku nak explain report. Keja diorang ni nak argue je padahal tak tau hujung pangkal. Penat ah!

Aku stress!

 

Monday, May 9, 2011

Tak Start Buat Lagi...

Yeeee....

Ada benda yang aku terlupa nak buat hari ni. patutnya pukul 9 tadi kena start buat.

Apa tu?

Mengira cukup 10 kali baby gerak dalam sehari. Start pukul 9 n kena amik masa bila dah cukup 10 kali. Punya la bz sampai terlupa semua benda. Dengan kepala tetiba pening ni.

Amir pun aku dah tak terpantau apa dia buat. Asek dok berlari sana sini kat luar bilik.

Peningnyaaaa....

Amir Yang Tak Reti Penat

Assalamualaikum

Baru la dapat nak menyentuh keyboard dengan sepenuh hati. Pagi tadi Amir dok melekat je dengan ummi dia ni. Takut dengan bunyi vacum cleaner dok pasang. Terlentok je kat bahu ummi.

Tu baru la boleh main sorang-sorang. Main dengan tutup kotak A4. Dok sibuk tanya pasal spider.

Amir tak boleh cakap lagi. Dia just tunjuk-tunjuk kat kasut crocs dia yang ada kepala spiderman. Bila cakap spider dia sibuk buat bunyi 'aoooo'. Macam bunyi tiger pun ada. Hahaha!

Keja dengan tetiba berlambak-lambak. Jumaat ada meeting. Jumaat jugak la adik jantan aku tu konvo. Aku sah la kalau mintak cuti Jumaat tu nak kena bambu dengan bos kan. Dah tau ada meeting sibuk nak cuti. Bos peduli apa konvo ke konvoi ke.

Yang datang mama abah aku je la. Kakak aku dalam pantang. So, dok rumah la dijaga dek adik aku yang tengah bercuti sem sekarang. Aku tak tau la dia jaga kakak aku ke or kakak aku yang kena jaga dia pulak.


Sambutan hari ibu? Dapat wish dari laki aku tapi malam tu buat aku sentap. Pasal apa sentap? Ntah la. Tak payah cerita kot. Gf adik aku pun wish jugak. Hahaha! N kitorang merambu ke pasar kat stadium.

Rentung aku semalam. Cuaca dah panas sekarang. Dengan Amir sangat la hypernya. Dia tengok orang ramai kot. Punya seronok jalan terkinja sana, terlompat sini. Tak reti penat. Balik dari pasar tu pi Giant kejap. Balik rumah dia lelap sekejap dalam 15 minit. Lepas tu terus tak tido sampai petang. Mana dapat energy banyak-banyak tah.

Nak paksa dia tido aku bawak masuk 1 bilik yang gelap. Melalak marah-marah baru la dia tido. Dah letih tapi punya la dia paksa diri dia main-main. Orang lain semua dah terbongkang dia boleh bantai main sorang-sorang.


Hmmm.. Ok. Nak siapkan keja sebelum bos cari aku. Penat tak hilang lagi sebenarnya ni. Tapi buat la jugak.





Friday, May 6, 2011

Checkup n Pencarian Nama Baby

Assalamualaikum

Hari ni opis agak kesunyian ye. Ramai yang takde. Weekend ni ada family day yang HQ buat untuk semua. Sebenarnya yang pi berapa kerat je. Yang ramai-ramai takde ni amik kesempatan la kan. Tak ada la nampak sangat ko memonteng. Muahahaha!

Amir macam biasa la. Sampai je opis abes ditawafnya. Setakat hari ni dia tak berani pi jauh-jauh sangat. Dok main-main dekat seksyen ni je.

Semalam pi checkup hasilnya kureng memberansangkan la. Hb naik sikit je. 10.7 sahaja. Itu still bertanda merah ye. Urine ok. Clean n clear sebab aku minum air sampai senak pundi kencing. Berat turun. Pelik bin ajaib betul penimbang kat klinik ni. Kejap naik kejap turun. Ke memang berat aku ni yang turun.

Baby pulak masa nak check heart beat terus dia tendang ye. Hahaha! Marah la tu perut ummi kena tekan-tekan. Dia tengah relax-relax berenang kuak lentang tu kena kacau pulak.

Kedudukan baby aku tengok nurse tu tulis cephalic. Maknanya baby dah berpusing la kan. Tapi bukan scan la. Dia tekan-tekan perut je rasa kedudukan baby. Kat klinik seksyen 7 tu payah la nak dapat scan. Kecuali ada kes. Macam kes Amir dulu. Kepala tak engaged pada waktu sepatutnya. Baru la dapat merasa scan klinik gomen.

Nanti la, ada masa nak pi scan kat klinik swasta. Nak tengok sekali baby boy ke girl. Senang ummi nak panggil nama baby siap-siap n beli baju bajan.

Oh, pasal nama baby. Aku dah ada nama baby girl. Tapi Abang Misai macam tak suka je. ;(

Sob... Sob...

Aku nak bagi nama starting A lepas tu ada Nur n belakang huruf R. Senang cerita nama depan tu Amira Nur R.... Tapi Abang Misai nak Nur tu kat depan. Aku cakap la biar la nama starting A. Time sekolah nanti apa-apa dapat awal. Abang Misai lak kata biar la Nur tu kat depan. Ramai la kawan-kawan so tak ada la gabra sangat. Boleh gitu?

Nama baby boy still cari lagi. Hmmmmm..... Pun Abang Misai ada suggestion lain jugak. Hari tu beria je suruh aku yang cari nama. Tapi dia pulak tak berkenan. Eeeee.... Geram ah!

Ok la. Aku nak pi buat pemantauan kat budak bertuah Amir. Ke mana hala je dia pi tu.

Thursday, May 5, 2011

Checkup Sat Lagi

Aku ada checkup jap lagi ni. Sat lagi berdesup la aku mencabutkan diri dari opis. Hehehe...

Rumah dah masuk ASTRO. Macam jakun la kejap. Semalam terus tido lambat. Nguahaha! Poyo kan. Ni la namanya batak sebab tak pernah langgan ASTRO sebelum ni.

Amir sangat la rajin hari ni. Dia telah menyepahkan duit dalam tabung yang aku dok kumpul kat opis ni. Lepas tu dia tarik sticky note ummi dia. Nasib baik la sticky note free orang bagi. Kalau tak harus la aku dah bertempik macam tarzan terlepas dari hutan.

Ok, update pendek ni je la. Sebab nak kemas-kemas nak balik. Papai all~~

Bila La Nak Beli Barang Baby

 Assalamualaikum.

Semalam dah taip 1 entry tapi tak sempat nak publish sebab internet kat opis ni sangat la mintak diterajang je. Line fon sekali tak boleh guna. Aku nak call out pasal hal keja pun tak buat-buat la jawabnya. Hari ni pun still sama. Ni pun online guna broadband sendiri sebab nak buat keja.


Dah kata keja based on system yang memerlukan line internet. Harus la spare broadband ni even line broadband ni tak ada la broad mana pun.



Ni barang baby 1 hapah pun tak prepare lagi. Baju tak beli. Barang nak bawak ke hospital tak standby. Patutnya dah ada la sikit-sikit tu. Nak harap baju Amir zaman baby je yang ada. Tu pun kat kampung. Tak packing lagi.

Busy semedang. Mana nak sempatnya.


Ingat weekend ni nak pi beli. Itu pun kalau adik aku tak jadi pi Pahang la. Kalau tak melangut la dengan Amir kat rumah layan tv. Tak larat la nak pi berdua je dengan budak bertuah tu. Karang bukan beli barang baby. Barang Amir pulak yang terlebih. Hahaha!


Eh, ada good news. Amir dah dapat cousin baru. Baby girl. Nama aku tau tapi tak reti eja. So, tak payah bubuh sini. Karang salah eja berbulu je akak aku tengok. Baby girl seberat 3.29kg. Tu dah overdue seminggu tu. Suka sangat dok dalam perut mama dia. Hahaha!


Congrats to my sis. Dah 3 orang tentera ye. Aku ni baru nak masuk 2. Produktif sungguh. Muahahaha!


Ok, aku nak edit surat. Semalam dah kena cantas-cantas dengan timbalan bila aku suruh dia semak. Daaa~~



Wednesday, May 4, 2011

Sudah Bermula La Huru Hara Di Opis

Assalamualaikum

Kehuru-haraan. Si Muhammad Amir Ridhwan semalam dah warm up kat opis. Hari ni abes berkecah dah. Siap boleh main lari keluar masuk bilik lepas tu hangkut segala barang orang buat main.

Tu dah ke mana hala la tu. Baru hari kedua dia tak berani pi jauh sangat. Tengok la esok lusa. Diharuknya sampai ke bahagian teknikal. Anak bertuah betul.

Nak bagi makan pulak 1 hal. Orang nak suap tangan dia pun sibuk la dok masuk jugak dalam bekas sauk sekali makanan. Lepas tu main campak-campak.

Huhuhu... Macam mana nak buat keja macam ni.

Tuesday, May 3, 2011

Dengar Cakap Abah Je....

Sesungguhnya aku kecik hati. Dengan anak sendiri pun nak kecik hati. Ntah apa-apa kan.

Ye la, penat ko bawak perut 9 bulan. Kena belah perut pulak. Tak campur lagi sakit kena induce sebelum kena belah tu. Tapi anak tak nak dengar cakap.

Dengan abah dia senang je. Time makan suapkan elok je behave. Tapi bila dengan ummi dia nak suap makan siap boleh jadi gaduh. Kesudahan kena tepuk tangan tu dengan ummi sebab sibuk nak main dengan nasik bukan nak makan. Nak suapkan merentan-rentan tak nak. Konon nak suap sendiri padahal nak main.

Mandi pun macam tu. Baik je bila abah suruh mandi. Dengan ummi siap kena pujuk sampai tone suara dah macam tarzan memang tak nak la dia ikut mandi. Except mood dia baik sesangat.

Senang cerita dia dengar cakap abah tapi tak nak dengar cakap ummi. Sampai kelmarin aku dok merajuk dengan anak sendiri yang umur tak sampai 2 tahun sebab dia tak nak dengar ummi cakap. Tapi pandai pulak tau ummi ni merajuk dengan dia. Bila abah dia suruh pujuk ummi baru la sibuk datang cium-cium. Kalau tak, nak suruh sayang tu jangan harap la. Abah dia je dia sayang.


Ntah apa-apa kan. Sebab jarang ada dekat dengan Amir sampaikan apa yang ummi cakap dia tak nak dengar sangat. Sedih....



Sakit Perut Nak Memerut

Assalamualaikum

Hari ni ada meeting pagi rupanya. Aku tak tau sebab masuk lambat. Jumaat pulak aku EL. Sebab belakang aku sakit sangat. Macam nak patah rasanya.

Hari ni kan bawak budak bertuah Amir. Semalam lagi dah sampai. Dalam pukul 9 bertolak. Pukul 3 sampai. Jammed kat Bidor pasal ada accident 4 bijik kereta. Kira masa start accident tu kitorang dah dekat-dekat tempat kejadian la. So, tak ada la queue panjang sangat. But still geram dengan mangkuk yang tak reti queue n guna emergency lane. Lepas tu bila dah stuck kat emergency lane tu sebab kereta yang accident tu tersadai kat situ menyelit balik masuk queue. Tak ke kurang ajar namanya. Bodoh piang je orang macam tu.

Ni perut tengah sakit ni. Tahan memerut sebab Amir dok follow ke hulu ke hilir. Abes dia sepahkan 1 bilik ni. Huhuhu....

Aku nak siapkan keja. Bos mintak report dari hari Khamis tapi aku malas nak layan. Hahaha! Gile jahat.

Ok, papai!