Assalamualaikum
Lama aku tak update kan. Ke mana menghilang???
Ada je. Hehehe... Jumaat lepas membz sikit. Pagi adik aku konvo. Aku tak pi tengok pun. Tapi tercatuk depan stesen komuter seksyen 19 yang buat aku rasa nak carutkan aje di pagi-pagi hari. Perlu ke mencarut di hari Jumaat?
Pagi-pagi tu aku pi stesen. Dalam pukul 9 la aku sampai sana. Hajat hati nak beli tiket tren untuk abah aku dia nak balik malam tu jugak. Tunggu punya tunggu kaunter tutup. Rehat. Selalu tak la lama. Hari tu boleh pulak dia bantai rehat sejam. Senang hati betul jaga kaunter rehat lama-lama kan dik.
Bukak je kaunter aku terus la cakap nak beli tiket tren intercity. Ko tau apa jawapan dia. Sistem dia problem. Mouse tak boleh gerak. Perlu ke bagi penampar pulak kat budak tu. Boleh tak ko tampal notis kalau sistem problem. Tak ada la aku melangut kat situ sampai sejam dengan melayan kerenah Amir bertuah yang nak berdukung semedang hari tu.
Berbulu je aku tengok muka budak laki tu yang cakap sambil tersengih-sengih. Aku tiau kepala ko baru tau.
Terus aku blah pi opis Kak Ita. Lepak makan-makan. Tumpangkan Amir kat situ kejap sebab petang ada meeting. Meeting petang pulak abes lewat. Pukul 6 baru settle. Terkocoh kacah aku ke opis Kak Ita amik Amir. Dah la laki aku dah tunggu kat Restoran Hakim. Dia kan baru balik dari Melaka. Nasib baik Amir behave je.
Weekend pulak buat keja gila. Hahaha! Tau aku ke mana? Pagi-pagi dah bangun. Lepas tu bertolak ke Cameron. Yeehhhaaaa!!! Mak tak pernah pi Cameron ok. Kesian la kat mak buyung ni.
Naik ikut Tapah. Pening kepala berpusing-pusing. Jalan dah la sempit. Corner tajam. Dengan lori bas segala yang bagak bawak laju pulak turun bukit. Yang kita ni naik bukit. Lepas ni kalau pi lagi baik la ikut Jalan Simpang Pulai. Tak ada la pening sangat.
Yang kat Cameron nanti aku story mory aaa... Tengah lelah ni. Baru balik dari stesen komuter amik abah aku dengan adik n anak buah. Adik aku sorang lagi kan konvo esok. Harus la datang memeriahkan majlis beramai-ramai.
Nak buat keja sat. Opis sunyi sepi sikit hari ni. Mana tah semua orang pi.
No comments:
Post a Comment