SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 9, 2011

Amir Yang Tak Reti Penat

Assalamualaikum

Baru la dapat nak menyentuh keyboard dengan sepenuh hati. Pagi tadi Amir dok melekat je dengan ummi dia ni. Takut dengan bunyi vacum cleaner dok pasang. Terlentok je kat bahu ummi.

Tu baru la boleh main sorang-sorang. Main dengan tutup kotak A4. Dok sibuk tanya pasal spider.

Amir tak boleh cakap lagi. Dia just tunjuk-tunjuk kat kasut crocs dia yang ada kepala spiderman. Bila cakap spider dia sibuk buat bunyi 'aoooo'. Macam bunyi tiger pun ada. Hahaha!

Keja dengan tetiba berlambak-lambak. Jumaat ada meeting. Jumaat jugak la adik jantan aku tu konvo. Aku sah la kalau mintak cuti Jumaat tu nak kena bambu dengan bos kan. Dah tau ada meeting sibuk nak cuti. Bos peduli apa konvo ke konvoi ke.

Yang datang mama abah aku je la. Kakak aku dalam pantang. So, dok rumah la dijaga dek adik aku yang tengah bercuti sem sekarang. Aku tak tau la dia jaga kakak aku ke or kakak aku yang kena jaga dia pulak.


Sambutan hari ibu? Dapat wish dari laki aku tapi malam tu buat aku sentap. Pasal apa sentap? Ntah la. Tak payah cerita kot. Gf adik aku pun wish jugak. Hahaha! N kitorang merambu ke pasar kat stadium.

Rentung aku semalam. Cuaca dah panas sekarang. Dengan Amir sangat la hypernya. Dia tengok orang ramai kot. Punya seronok jalan terkinja sana, terlompat sini. Tak reti penat. Balik dari pasar tu pi Giant kejap. Balik rumah dia lelap sekejap dalam 15 minit. Lepas tu terus tak tido sampai petang. Mana dapat energy banyak-banyak tah.

Nak paksa dia tido aku bawak masuk 1 bilik yang gelap. Melalak marah-marah baru la dia tido. Dah letih tapi punya la dia paksa diri dia main-main. Orang lain semua dah terbongkang dia boleh bantai main sorang-sorang.


Hmmm.. Ok. Nak siapkan keja sebelum bos cari aku. Penat tak hilang lagi sebenarnya ni. Tapi buat la jugak.





No comments: