SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Rajin Berbento

Aku kekaguman tengok mak-mak yang buat bento kat anak yang cantik-cantik. Siap ada muka bagai. Mata la. Aku? Idok le menyempatnya nak kelebet semua tu weh.

Tapi since Amir masuk sekolah belum lagi la aku miss buatkan bekal tu. Amir pulak jenis tak makan nasik pagi-pagi. Dia nak roti je. Nasi goreng pun tak makan. Ntah sejak bila tak makan nasi goreng aku pun tak tau. Dulu selalu nau suh masak. Sekarang nak tengok pun tak nak.

Jadinya bekalan roti gardenia perlu selalu ada kat rumah. Selalu aku buatkan burger, roti telur. Kadang-kadang nugget n fries. Nugget kat sekolah seketul 60 sen ok. Baik la aku goreng sendiri.

Pagi tadi gigih Kak Mot korang masak pizza. Pizza roti gardenia nama dia. Hahaha... Aku igt nak menguli. Tapi terbangun pukul 4.45 celah mana sempatnya. Sat lagi tak pi keja pulak. 6.30 memang dah kena kuar pi keja atau selamat la punch card merah kan.

Ada pulak nasik lebih meh la masak nasik goreng. Untuk bekalan diri sendiri.


Langkah penjimatan jugak la bila Amir masuk sekolah kan. Dengan ummi dia sekali bawak bekal. Hahahaha!

Memang kena berjimat pun sekarang. Bajet ofis kena potong kaw-kaw. Lebih 70%. Tak mau cakap banyak-banyak sangat. Karang kena surat tunjuk sebab mati la nak. Huhu..

Berbento la Kak Mot setiap hari lepas ni. Or puasa je. Baguih la. Kuruih sikit. Sekarang pun dah mendebab. Kain baju kurung pun dah sendat-sendat.

Nak kuruihhhhhh....
 

Tuesday, December 22, 2015

Bila Tak Boleh Tido, Kita Main Masak-masak Ye.. ;p

Ok, frust time dah abes. Malas dah nak fikir. Sabar itu indah. Dunia aje semua ni. Fefeeling mode ustajah sangat ni. Hahaha!

Pagi tadi aku tak boleh tido. Pasalnya dak debab batuk-batuk. Geram tau aku dengan dak debab ni. Dia paling susah nak makan ubat. Memang jangan harap la apa-apa yang dipanggil ubat nak masuk mulut dia. Vitamin yang sedap dia makan.

Macam-macam la cara nak bagi dia ni makan ubat. Paksa, picit hidung, kunci tangan kaki. Ubat tetap la disembur keluar. Jadi agak susah hati kalau dia demam. Abang Amir dia no problem. Semua ubat dia telan dengan rela hati.

So, bila dah batuk teruk ni sapu segala macam ubat. Aku sapu batook ori. Pun tak jalan jugak. Kesudahan pagi-pagi buta pukul 2 aku membebel. Suruh dia makan gak ubat. Eh, nak pulak. Maybe sebab tak tahan sangat la tu.

Makan 5ml ubat terus tido tak bangun dah. Batuk pun sikit-sikit je. Tadi suruh dia bawak ubat pi rumah Toksu dia. Harapnya dia makan la ubat tu.

Yang omak eh pulak dah bangun pukul 2 pagi terus terkebil-kebil tak boleh tido. Teringat dak debab cakap dia nak makan makaroni. Gigih la rebus makaroni pagi-pagi buta. Ayam kisar memang aku dah thaw awal-awal. Ingat nak buat chicken ball. Tapi aku malas nak gentel pagi tadi. Jadi cucur ayam je. Kahkahkah!

Jadi inilah hasilnya makaroni goreng kak mot.


Gu kan dengan jemput-jemput ayam. Oh my.... Nak pi bancuh teh hijau panas sat. Jemput makan ye korang.

:):):):)

Tuesday, August 25, 2015

Spaghetti Cheesy Lava With Meatballs n Swedish Meatball Yang Memang Sedap Menjilat Pinggan :p~~

Dah berapa hari dari last week sampai this week keja aku makan swedish meatball n spagetti meatball je. Hahaha! Tekak western sangat ni.

Oh, beli tu delivery ye. Bukan kedai tapi home made. Kalau sesiapa dok area Pulau nak rasa boleh la search kat FB The Yummy Food House. Instagram pun guna nama yang sama.

Sebab memang sedap so aku war-warkan kat sini. Akak or adik (aku tak tau nak panggil akak ke adik sebenornya) ni ada jual kek yang dalam bekas kecik-kecik tu jugak.

Nak tau mana dia ada buat delivery pun sila la refer kat IG or FB.

Makan sehingga menjilat bekas uols. Hahaha!
 
Semalam aku beli meatball n spageti. Lepas tu bagi spageti tu kat akak aku. Hari ni dia order 4 bekas. 2 spageti n 2 meatball. Hahaha! Dasat tak?
 
So, kalau dok Penang n rasa nak makan spageti or meatball try la dengan akak ni.
 
 

Friday, August 14, 2015

Jamuan Raya Seksyen.. Congo Bar

Hari ni ada jamuan raya seksyen. Gabung dengan seksyen sebelah. Atenya memula macam tak nak buat dah. Tapi bila mengenangkan jamuan raya opis hari tu makan ala-ala bercatu maka tetiba timbul dalam kepala otak nak buat makan-makan seksyen. Kira macam jamuan raya jugak la gitu.

So, masing-masing bawak pot luck. Seksyen masing-masing ada la sumbangkan main course. Nasi ayam n nasi impit kalau tak silap aku. So, yang memasing tu tak reti-reti ke nak bawak pot luck. Hahahaha!

Aku punya blur tak tau nak masak apa ni. Sebab this week ahkak kepenatan uols. Sorang-sorang menjaga 2 orang tentera tu. Abah diorang out station kat Melaka. Jadi aku pikir apa benda yang senang n tak terlampau renyah. Main course dah ada, mari la kita bawak manis-manisan.

Setelah berhempas pulas memerah otak pikir nak bawak apa aku masak Congo Bar aje semalam. Muahahaha! Senang n bahan pun tak banyak. Balik semalam singgah kedai barang kek beli apa yang tak cukup kat rumah. Tidokan bebudak, set jam pukul 1 pagi. Pukul 1 tu la aku sibuk bancuh bahan.

Ingat nak buat fudgy brownies kedut tapi pikior nak kena melt kan coklat guna kekdah double boil terus kensel. Penat. Hahaha! Dasar femalas sangat ni.

Maka jadi la seperti di bawah....


Resepi? Ahkak gugel je nok. Aku kalau gugel resepi gugel yang paling mudah. Perkataan wajib adalah MUDAH. Bengong sangat kan. Memang semua keja nak mudah aje kekdahnya.

So, sekarang aku dah mengantuk. Hoho... Lepas masak main henpon pulak. Pukul 4 baru tido. Padahal siap keja pukul 3.

Ok tu je nak cerita.

 

Thursday, April 16, 2015

Online Shopping Aje Sekarang Ni

Hari ni ada lawatan inspektorat keselamatan. Jenuh la aku menyorokkan segala harta karun yang tak sempat kemas. Sebab nak nampak bilik suci murni. Suciiiii sangat kan.

Hari ni tak bawak bekal. Sakit kepala malam semalam. Terus tak larat nak bangun pagi-pagi buta. Bahan nak masak pun tak ada apa sangat. Tak apa la, hari ni kita cari kedai murah-murah. Kalau tak pun puasa la di tengahari. Balik karang baru makan. Sadis sangat bunyinya ye.

Aku tengah kepingin lontong ni. Bukan mengidam sebab ada baby ke hape. Dah lama tak makan. Tengok pulak dalam fb ada orang jual lontong n naik kat newsfeed aku. Dah tak pasal-pasal teringin. Nak masak sendiri aku sorang je kot yang makan. Kena masak dalam periuk kecik la nampak gayanya.

Aku nak cerita pasal apa sebenarnya tadi tah. Pasal handbag kot. Apesal tetiba terkalih cerita pasal makan. Hahaha! Harta karun yang ada dalam bilik opis ni adelah 2 bijik handbag yang belum pakai lagi. Huhu... Bila zaman aku nak pakai ni. Tahun lepas aku kena sawan handbag. Semua yang berkenan aku beli. Tapi bukan la ori. Kalau ori mau terkangkang la aku nak membayornya.

Bila dah beli tak reti pulak nak pakai. Sebab takut laki tanya. Hahaha! Hari tu aku saje tukar beg seminggu sekali pon dia dah perasan. Aik, beg baru pulak? Terussss ahkak buat-buat tak tau. Ada la beg tu mereput dalam bilik ni kang. Takpe, balik sat lagi kita godek beg mana pulak nak pakai.

Sekarang aku gila online shopping. Rasa nak duduk dalam gua je tak payah ada talian internet. Nasib la nafsu ni masih boleh ditahan-tahan lagi. Tengok duit dalam bank makin menyusut baru reti nak insaf kan senah. Huhu...

Setakat ni yang aku beli online adelah handbag, handphone (tak pakai lagi pasal takut laki terbeliak mata), tablet (pon aku letak untuk pakai kat opis), eh macam-macam lagi la. Sebab membeli online, aku ni pemalas nak merayap kat kedai. Bz memanjang. Hanya dapat melilaukan bijik mata kat internet saje. Senang shopping online ni, order terus sampai depan mata gitu. Tapi kalau tak berkenan pasrah je la. Seperti yang dikatakan tadi, aku bz tak sempat nak pi kedai sangat maka kalau tak puas hati diam-diam je la nak pulangkan balik bila masanya.

Eh, panjang pulak karangan ahkak pada hari Khamis ni. Ok, tu je aku nak menceceh. Mari siapkan kerja.

 

Friday, April 3, 2015

GST... Punca Rajin Aku Sekarang...

Dah 2 hari start dari GST aku bawak bekal. Kagum tak? Sila la kagum bagi orang yang liat nak bangun awal subuh ni untuk memasak ye. Aku kena bangun pukul 4 pagi if aku berangan-angan nak bawak bekal ke opis. Sebab aku kena keluar dari rumah pukul 6.30 pagi. 6.45 mesti dah lepas hantar Mira Hana debab tu ke rumah Tok Su. Lebihhhhh je dari 6.45 ya ampunnnnnnn pasti la aku sangkut dalam jammed.

Pagi tadi pun pukul 4.45 baru aku terpisat-pisat. Tengok nasik lebih banyak lagi. Kita buat nasi goreng. Tapi tekak aku rasa nak makan nasi berlauk untuk bekal. Gigih sangat masak lauk pulak. Buat ayam goreng kunyit n goreng tempe salut telur. Nasik putih masak lain pulak. Nasi goreng biar laki aku buat breakfast dia.

Nak masak pagi-pagi ni kena prepare malam sebelum tu. Jadinya aku letak ayam frozen yang dah siap potong kecik-kecik kat dalam peti ais belah bawah. Biar dia thaw. Budak debab terjaga pukul 3 pagi nak susu. Masa tu aku keluarkan ayam tu letak kat sink sebab keras lagi.

Hoi, kagum dengan diri sendiri aku hari ni sebab sempat masak nasik goreng n nasik putih siap dengan lauk 2 jenis. Tempe tu aku kaut semua sebab orang dalam rumah tu tak makan tempe.

1hb hari tu aku bawak bekal nasik putih, sotong goreng kunyit, sawi buh tauhu masak kicap. Semalam puasa. Hari ni bawak bekal balik.

Tengok selama mana aku gigih nak berbento ni. Harapan kepada diri sendiri adalah semoga aku istiqomah la. Sekarang ni barang banyak naik harga. Walaupun pada fahaman aku GST ni sepatutnya harga barang ada yang patut berkurang tapi tidak ye. Sedangkan kedai makan yang selalu aku beli deliver kat opis ni pun tambah cas RM2 tak semena-mena seminggu sebelum GST. Gila bapak delivery cas tambah sampai RM2. Kalau 20 hari non stop aku beli dengan dia dah RM40 cas dia. Boleh beli ayam 3 ekor n sayur-sayuran okeh.

Nah gambar bekal aku sebagai penutup entry.


 

Tuesday, September 2, 2014

Weekend Aje Masak.. Makan... Gemuk..

Selamat menyambut hari merdeka yang ke 57. Cuti 3 hari aku terperuk kat rumah je. Tak pi mana.

Sabtu aku buat apa pun aku tak ingat. Yang aku tau aku dilanda sakit kepala melampau. So, lepas basuh baju stok seminggu tak basuh aku baring n tido je la.

Ahad laki aku tak ada. Pi perbarisan hari merdeka. Aku nak ikut tapi dia kata susah nak cari parking. Jalan tutup. Mengenangkan nak bawak budak 2 orang yang lasak tu sorang-sorang aku pun mengalah la. Dok aje kat rumah. Terus bangun pagi-pagi bakar pizza.

 Sebelum pembakaran

 Ketika pembakaran. Cheese membuak. I loikeee.. 

Macam biasa la. Doh pizza mesin yang uli. Topping pun guna apa yang ada je. Ada sosej n daging burger. Cheese cheddar petak. Tak ada cheese sagat segala bagai. Senang guna cheese petak. Penuh terus nampak atas pizza tu. Hahahaha! Sos aku guna sos tomato aje. Nak pedas sikit tambah sos cili.

Amir cakap 'sedapnyeeee pizza ummi buat ni.'

Hahahaha! Amir cakap sedap tu ok la tu. Banyak la jugak dia makan. Tapi tak boleh buat kerak nipis garing. Nanti keras dia susah nak kunyah pasal tak ada gigi. Huhu... Kena bagi gebu n lembut. Yang tu dia suka. Hana apa abang dia makan dia pun sapu aje. Tapi tak banyak la.

Lauk hari ahad aku masak kurma ayam (ayam masak hitam kata amir), sayur cendawan campur carrot n ikan masak bening.

Isnin pulak breakfast bihun goreng (alamak, lupa beli bihun ganti mak mertua punya), tambah lauk daging goreng kunyit je pasal kurma ayam ada lebih. Lepas tu petang gigih sangat aku buat....

 Sesi uli menguli
 
 Output yang terhasil.. Onde-onde @ buah melaka

Senang aje buat onde-onde ni rupanya. Ni 1st time aku buat. Awal-awal asek bocor je onde-onde tu. Lepas tu dah paham konsep. Lepas gentel terus buh dalam periuk ayor panas tu. Sebab melekat-lekat kalau susun dalam pinggan dulu. Dah hujung-hujung baru cun aje bulat dia tu. Hahahaha! Saya budak baru belajar.

Gula melaka berlambak lagi tu. Boleh la nak buat lagi nanti. Amir pun suka makan. Banyak dia habiskan. Lega mak pasal ada jugak orang nak makan. Huahuahua! Hana dia gigit sikit lepas tu dia rasa tak best dia letak balik dalam pinggan. Sabor je la ummi dia ni.

Tu je la cerita hari minggu. Mak-mak sangat dah sekarang. Masak aje kejanya. Bila tah nak cuba buat cheese tart. Mixer takde. Sekarang pesen kuih aku semua tak pakai mixer. Mungkin lepas ni menajamkan skil buat muffin. Atau pun cari resepi brownies pulak.
 

Thursday, July 17, 2014

Aktiviti Time Cuti Nuzul Quran - Projek memuding

Dah berapa hari puasa? 19 hari dah kan. Sepanjang puasa ni aku memang tak ada membeli sangat kat pasar Ramadhan. Memang masak aje kat rumah. Lauk 2-3 jenis aje. Tapi aku masak weekend aje n hari cuti. Yang lain mak mertua aku masak pasal aku balik keja je sampai rumah dah pukul 7.

Kelmarin cuti Nuzul Quran maka mari lah kita memasak. Amir dah bagi kiasan-kiasan,

'Dah lama ummi tak masak ayam masak hitam kan?'

Hahahaha! Ayam masak hitam adalah ayam masak kurma. Jadi marilah kita masak. Kelmarin terlebih rajin jugak buat puding jagung resepi paling sonang sekali. Puding tu pasal akak aku request. Mengidam pulak minah tu. Ok la, mari kita buat. Tekak sendiri teringin nasik ayam sampai sekarang tak buat. Huhuhu...

Mula-mula aku buat puding jagung. Puding ni tak guna agar-agar. Just tepung kastad, air, gula, susu cair, jagung jenis creamy. Resepi ni akak aku la bagi pasal dia teringin. Aku tak pernah buat pon puding jagung ni. Ikut aje la resepi. Aku tak tau dia amik dari blog mana. Sat aku cari ada gambo screenshot blog tu tak.



So, itu la resepinya. Credit kepada tuan punya blog. Korang gugel la ye. Gula tu aku kurangkan sebab aku tak suka manis sangat padahal bukan aku yang nak makan. Hahaha! Aku yang buat so ikut tekak aku la.

Sesi membancuh

Beginilah rupanya di dalam kuali mak mertuaku,






Masuk bekas pulak... Hudus je rupa pasal main tepek je...


Amir excited sangat nak tolong bancuh. Lepas tu belum sejuk masuk peti ais dia dah sibuk tanya bila boleh makan. Siap cakap,

'Sejak bila ummi pandai masak macam-macam ni?'

Perlu sentap ke apa dengan soalan tu. Hahahaha!

Bila dah sejuk aku bagi kat dia pasal asek berzikir kat telinga jagung, jagung, jagung. Sekali dia boleh kata tak sedap. Rasa berlain. Oh... Down kejap ummi ko. Kihkihkih...

Amir kalau bukan feveret kat tekak dia memang tak sedap la. Hana pon kata tak sedap. Down ganda dua kejap. Huhu... Tak apa la, anak aku memang pesen tak reti makan pencuci mulut ni ujarku menyedapkan hati sendiri. Hihu..

Dah sejuk petang semalam pi la hantar rumah mama n kakak aku yang bertuah tu. Lepas berbuka akak aku kata ok je. Cuma hudus la sikit rupabentuknya. Wakakaka! Dah kuasa pulak aku nak hias cantik-cantik kan.

So, kelmarin lauk berbuka adelah seperti gambar di bawah..


Kurma ayam, asam pedas ikan kembung (asam pedas versi penang), kari ikan pari (lauk semalamnya perangat), sayur campur, nugget untuk anakanda..

Tu lah cerita cuti aku. Masak gitu je pun dah rasa penat macam nak pengsan. Hahaha!

p/s : siapa nak beli chocoletto n berrygen roger-roger sebelum kehabisan stok. Siapa beli chocoletto 3 botol aku bagi sampul duit raya free... Hehehe...
 

Wednesday, May 28, 2014

Mengcookies, Meroti, Memizza

Assalamualaikum

Nak update apa la ni. Selongkar gambar sat. 


Cookies ni adelah oil cookies. Projek mengcookies dengan anak-anak. Bintang kalerful tu pasal Amir la nak bubuh. Ikut pi Tesco nampak bintang nak jugak-jugak. Kesudahan letak kat cookies.

Cookies ni buat guna minyak. Oil cookies. Jadi teksturnya keras sikit. Kalau yang letak butter tu kan lembut rapuh kan. Tapi keras pun sedap je aku tibai. Rapuh sangat sat lagi berselerak habuk cookies tu. Dah habis pun biskut tu aku makan. Hahaha! Resepi aku amik kat blog ni.





Yang ni pulak roti sarang lebah. Tergoda ahkak tengok member-member dok update buat roti ni dalam fb. Tengok bahan senang nak cari. Terus menggigih buat jugak. First time buat ni. Nak kata jadi sangat tu boleh la kot. Pun aku tukang perabih. Amir makan dia cakap sedap. Hana makan secoet je. Laki aku memang sedih la aku nak pujuk bagi rasa.

Sos butterscotch tu aku rasa macam ada pahit-pahit sikit. Gula aku terhangus kot masa masak sos tu. Ngahahaha! Resepi dari blog ini. Roti dalam blog tu memang cantik. Roti aku ni aku bentuk asal boleh aje. So, rupa pun asal boleh je la. Kahkahkah!


 Yang ni pizza gebu gebas. Amir suka makan western. Pizza ni dia request. Eh, aku pernah update ke pasal ni. Lantak, aku nak cerita jugak. Hahaha! Lepas ni kalau nak buat pizza aku kena tukar topping. Amir ada problem mata merah n berair. Dia dari kecik ada eczema. Baru-baru ni teruk sangat mata dia aku bawak pi jumpa doktor. Doktor suruh pantang segala mak nenek fast food ni n seafood. Lepas ni ummi guna ayam n daging je la ye Amir.

Roti-roti tu semua aku guna tepung gandum aje. Masa 1st time buat pizza dulu je aku guna tepung roti. Lepas tu tepung roti abes aku guna je tepung gandum. Senang nak dapat. Nak cari tepung roti kena pi kedai bakeri dan aku memang selalu tak sempat nak menyinggah.

Ok, tu je update hari ni. Aku nak buat keja. Sesape ada nak beli chocoletto boleh roger-roger ahkak.

Bye!




Thursday, April 24, 2014

Mengidam Takoyaki

Assalamualaikum

Pagi-pagi hari ni aku dah buat muka serius. Penat ok buat muka serius n suara pulak kena mantop. Mantop nak membasuh anak-anak buah kat opis. Awal tahun hari tu aku tak ada la segarang ni. Tapi lepas kita ni senyum semedang bebudak ni boleh naik tocang pulak kan. Haaaaa... Korang kira tocang korang je naik. Meh tengok pulak aku naik tocang macam mana.

Bulan lepas memang kena hangin puting beliung aku cukup-cukup la. Nak benci dengan aku? Silakan. Aku tak ada masalah. Aku marah bersebab. Sila fikir balik kesalahan korang. Ni asek fikir korang je la yang betul. Siap melawan cakap aku tak tahan ok. Nak aje aku tenyeh cili kat mulut tu. Aku takde masa nak marah orang kalau tak ada salah.

Ok, tak nak fikir dah. Sat lagi darah tinggi naik. Hoihhhhh... Baru umur berapa ni dah ada darah tinggi segala. Bos aku pulak cakap kita buat keja jangan stress... Iye la tu. Kalau tak nak stress sila kurangkan beban keja aku yang mencanak ni. Ni keja admin pun hempuk kat aku apa cerita.

Oh, semalam aku ganti puasa. Dah nak dekat bulan puasa baruuuuu la hegeh-hegeh kan nak ganti. Lepas tu tak tahan godaan je tengok orang makan sedap-sedap. Hahahaha! Balik rumah pi pasar tani pulak. Dan ahkak adelah sangat gembira semalam. *nanyi lagu Happy*

Happy sebab kemengidaman aku telah terlaksana. Ayat apekah ini? Hahahaha! Lantak! Bukan la aku mengidam pasal mengandung ye. Tapi dalam 2-3 minggu ni tekak terasa-rasa sangat nak makan takoyaki. Nak cari kat mana je la takoyaki tu. Jauh benor rasa shopping kompleks yang jual benda alah ni dari rumah n opis.

Masa pi pasar tani malam semalam tetiba terpandang 1 gerai ni. Takoyaki Muslim. Wow! Wow! Wow! Masa tu nak pi kedai ayam crispy. Lepas beli ayam crispy hangit *aku tension ayam tu hangit okeh!* patah balik beli sebekas takoyaki sotong. Ada lima ketul dalam tu harga RM5.

Tak menyabo aku nak makan dalam kereta terus masuk dalam mulut sebijik.... Oh.... Nikmatnyaaaaaa.... Sedapppppp sangat pada tekak aku. Padahal Amir n Hana rasa segigit terus tak nak. Hahahaha! Laki aku lagi la. Dia mana makan benda pelik-pelik ni. Aku buat trifle pon tak nak rasa langsung. *sedih T_T*

Tak sabar nak tunggu Rabu depan. Nak beli takoyaki lagi. Aku kalau suka memang ulang makan benda tu je sampai la aku muak. Lepas tu dah lamaaaa tak makan baru cari balik.

Cepat la Rabu... Hahahaha!

 

Thursday, April 25, 2013

Kerajinan Sikit Pagi Ni

Assalamualaikum

Ye, hari ni gaji gomen kan. Maka M2U pun jammed sudah. Langsung tak boleh bukak. Mesti ramai dok check gaji ni. Hahahaha! Yang tak dapat nak check dok dendiam buat keja dulu. Tunggu la petang sikit nak kelebet apa yang patut.

Pay slip pun aku bukak still tak ada. Pelik bin ajaib. Sepanjang-panjang aku keja ni aku rasa ni la 1st time pay slip masih tak kunjung tiba dalam sistem tu. Selalu seminggu sebelum tu dah ada dah. Gaji tak masuk lagi pay slip dah timbul dulu. Hmmmm....

Pagi ni aku terlebih rajin. Tengok semalam ada banyak nasi lebih dalam periuk. Terus berazam *hahaha! berazam ko* untuk bangun pagi dan masak nasi goreng. Turunkan minced chicken siap-siap kat peti ais bawah. Esok pagi bangun takde la aku hegeh-hegeh nak tunggu lembut pulak kan.

Terbangun pukul 4 pasal aku memang set jam pukul 4 n 5. Snooze kan jam sampai pukul 4.15 la konon. Sekali bunyi aku tengok pukul 5 dah. Terlompat dari katil. Nasib baik la si Hana tak bangun sekali. Kalau tak confirm melalak kalau aku tinggalkan dia. Padahal nak pi dapur je pun.

So, ke dapur la kita. Keluarkan minced chicken. Kecai-kecaikan. Eh, betul ke penggunaan ayat tu. Ah, lantak. Keluarkan bawang besar sebijik. Bawang putih 2 ulas. Cili boh. Mula-mula ingat nak bubuh telur. Sekali bila dah tumis bahan n masukkan minced chicken macam meriah sangat la pulak. Simpan balik telur. Hahahaha! Sayur pun aku bubuh kobis je.

Sebab aku letak cili boh sikit maka kena bubuh kicap lebih la. Bagi kurang rasa pedas. Nak bagi Amir bawak bekal kan. Dia tu bukan boleh pedas sikit. Pedas waima sedikit pun mesti dia tinggal je tak nak makan dah. Tapi tak apa. Adik dia Hana ada. Budak tu semua dia balun.

Itu la kerajinan aku pagi ni. Rajin masak nasi goreng. Tapi baju tetap malas nak iron. Eh, apa kena mengena baju dengan nasik. Kihkihkihkih...

Ok, selamat breakfast kawan-kawan.


Tuesday, January 15, 2013

Resepi Makaroni Goreng Saya

Assalamualaikum

Disebabkan otak aku adelah jammed dan tak ada idea. Banyak sangat keja aku nak kena buat. Belum apa-apa dah jadi pencatat minit berjaya. Maka aku up entry pasal makaroni goreng aje la ye.


Itu adalah pic makaroni goreng di dalam kuali. Kuali tu warna hitam ye. Bukan pinggan. Tak menyempat nak masuk pinggan aku dah amik pic. Lantak le background hitam pun. Hitam-hitam si tampuk manggis katanya. Kihkihkih....

Aku masak 2 minggu lepas. Weekend lepas pun aku masak jugak tapi tak colourful macam tu sebab yang aku masak weekend lepas aku tak bubuh sayur campur tu. Aku goreng dengan minced beef aje. Sebab Amir menjerit-jerit suruh aku masak makaroni goreng. Padahal aku baru lepas masak sup ayam dengan goreng sayur.

Penat pun masak jugak la untuk hero sorang tu. Hana pun makan jugak. Dah itu kegemaran. Siap puji lagi Ummi masak sedap. Pandai la ko nak membodek ye anak.

Yang dalam pic tu tak pedas langsung. Weekend lepas terpedas sikittttttt je. Tapi lidah Amir ni aku tak tau pesen apa, pedas yang sangat la lidah aku tak boleh detect pun dia boleh rasa. Siap jerit-jerit mintak air. Drama king sangat kan. Hana no problem, pedas ke tak dia sapu je. Janji makan. Hahahaha!

Jadi mari la aku feeling-feeling chef wan hari ni dengan share resepi makaroni goreng. Senang yo ni. ;p

Bahan-bahan:

  • Makaroni (wajib ada la kan. Kalau tak macam mana nak jadi makaroni goreng)
  • Minced beef (aku guna Ramly. Sebungkus kan ada 2 keping. Guna sekeping aje)
  • Bawang besar sebiji (tumbuk bagi hancur kalau malas blender aje)
  • Bawang putih 2 ulas (tumbuk jugak dengan bawang besar)
  • cili merah setengah biji (tumbuk sekali dengan bawang putih n bawang besar)
  • mixed vege (aku guna yang segera je dalam peket)
  • kicap manis sesedap rasa
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Mula-mula mesti la kena rebus makaroni. Hehe.. Rebus tapi jangan sampai terlalu lama nanti lembik. Bila try cucuk-cucuk dengan garfu tu dah rasa lembut tu dah ok la tu. Tos makaroni n gaul la dengan minyak sikit tak bagi dia melekat-lekat. Aku gaul dengan butter. Rasa lemak-lemak. Sedap gitu. Mana la perut tak berlipat-lipat. Haha!
  • Panaskan sikit minyak dalam kuali. Nak guna minyak masak biasa tu boleh. Aku guna minyak biasa je. Kalau rasa nak jaga kesihatan boleh je guna minyak zaiton. Asal minyak yang boleh buat masak. Jangan minyak gamat or petrol dah la ye.
  • Bila minyak dah panas boleh la tumiskan bawang besar, bawang putih n cili yang dah ditumbuk. Semenjak dua menjak ni aku suka main tumbuk-tumbuk bawang. Tumis sampai la naik bau yang harum semerbak tu. Nyam... Nyam...
  • Agak-agak dah naik bau tu masukkan la minced beef tadi. Gaul-gaul lagi sampai agak-agak masak keseluruhan. Mentah kalu sapa nak makan pulak.
  • Taruk la garam n kicap sesedap n secukup rasa ye puan-puan. Ecewah... Hahaha!
  • Masukkan mix vege.
  • Dan akhirnya boleh la masukkan makaroni tadi. Gaul rata-rata. Agak-agak dah puas hati boleh la tutup api. Dan boleh makan dah.
Itu je la resepi yang semua orang pun boleh buat. Aku tak payah bagi resepi pun tak apa sebenarnya. hahahaha! Ikut kreativiti je kalau nak masak ni. Aku pun masak makaroni tu main campak-campak aje. Untuk budak-budak memang boleh sangat la sebab tak pedas.

Aku letak cili tu nak bagi ada rasa je. Kalau tak nak letak pun buleh. No harm. Eh, speaking london gitew.

So, itu la entry aku untuk hari ni. Mari la kita sambung bekerja.

:)








Thursday, April 26, 2012

Lakiku Pulang

Assalamualaikum


Tuan tanah kekenyangan setelah membantai 6 ketul kuih. Karipap 3 ketul yang lain kuih campur-campur. Lepas tu dengan tamak haloba beli lagi sebungkus bihun goreng. Ntah bila nak makan pulak tu. Bawak pulak 2 ketul ayam goreng semalam beli tapi tak abes makan. Tengok bihun tu macam banyak je. Murah hati sungguh akak gerai tu.


Lewat sikit kot aku makan bihun tu. Tunggu kuih abes dicerna. Kehkehkeh...


Abang Misaiku balik hari ni. Setelah almost a month kat Langkawi. Berkursus sampai gemuk. Ye, aku tengok dari gambar yang ditepek kat dalam FB. Senang hati la tak dengar bini menjerit macam tarzan marah kat anak-anak. Senang hati jugak tak payah tolong jaga anak sebulan.


Ntah apa la yang dibawak balik dari Langkawi tu. Bawak perut saje gamaknya. Laki aku ni kalau tak kita mintak beriya suruh beli tak ada nak dibelinya. Beli pun untuk anak-anak. Omak eh dilupakan. Sedeyyyy.... T____T


Ni aku nak ke Perak ni bos aku haram tak reply email. 2 kali kot aku hantar. Takkan langsung tak perasan. Selalu kalau aku email pasal keja laju je balas. Ni mintak approve cuti yang sebenarnya dia dah luluskan pun tak berjawab. Tak nak layan la tu. Nanti bila aku cuti jugak dia kata bila masa dia approve. Taktik sume tu. Taktik kejis.


Sakit perut pulak bila memikior pasal cuti ni. Tensen mak tau!



Wednesday, April 25, 2012

Nasi Lemak RM1 + Kuih 3 Ketul pun RM1

Assalamualaikum


Pagi ni aku breakfast awal. Dalam kereta lagi dah ngap ngap ngap makan kuih 3 ketul. Beli tepi jalan sebelum pi keja tadi. Dah lama aku aim nak pi kedai tu tapi baru hari ni aku bersedia untuk membeli kat situ. Hahaha! Apejadah nak beli makanan pun macam nak pilih apa.


Gambar kuih tak ada. Sebab dah selamat dalam perut. Aku beli karipap. murtabak kecik n donatelo a.k.a donat. Karipap tu sedap oke. Esok kalau sempat menyinggah aku nak beli banyakkkkk. Hahaha! Hantu karipap. Aku ni memilih bab karipap. Kalau inti sedap memang aku jadi peminat setia. Tapi kalau inti tak sedap pehtu kedekut inti babai je la. Ada ok yang kedekut inti. Bagi inti angin je kat customer.


Kuih 3 singgit. Standard la tu kan. Ada je sekarang orang jual kuih sebijik 50 sen padahal kuih kecik cikonet je. Pastu rasa macam kertas pasir.


Kat bawah adelah gambar nasi lemak yang aku beli. Nasi lemak kerang. Pun dah selamat berada di dalam perut beta. Muahahaha!




Nasi lemak ni semata-mata lauk kerang. Akak tu tak bubuh pun timun ke, telur ke. Jadi moh teka berapa harga nasi ni pulak.


Oke, malas nak teka teki teka tekuk. Harga dia RM1. Banyak jugak. Terbelahak aku nak abeskan tadi.


So, kesimpulannya harga masih dalam julat. Kahkahkah! Terbawak-bawak conclusion time keja. Harga still ok la. Nak dibandingkan dengan dok Shah Alam dulu. Lagi tercekik. Amik nasi lemak lauk kerang pun dah RM2.50 ye.


Dapat la dibuat conclusion untuk pagi ini bahawa tuan blog sudah kenyang melampau setelah melantak sebungkuih nasi lemak n 3 ketul kuih aneka jenis.


Sekian, terima kasih.



Tuesday, April 24, 2012

Sup N Ayam Goreng

Hari ni aku bawak sup daging dan ayam goreng sebagai bekalan ke opis. Mesti orang kata, rajinnya la dia ni memasak pagi-pagi kan. Anak sape la ni.


Hikhikhik....


Tapi jangan tipah tertipu wokey. Semua ni aku beli kat pasar malam semalam. Ahahahaha! Pehtu balik tengok banyak la pulak lauk mak mentua aku masak. Tak ada la banyak mana. 2 jenis je. Tapi dah banyak la tu pada aku. Bawal goreng kicap n sambal telur.


Maka aku makan lauk mak mentua masak saje malam semalam. Sup n ayam kasi simpan dalam peti ais. Kang kecik ati mak mentua aku susah payah masak menantu tak makan.


Aku beli tu bukan apa. Dah seminggu mak mentua aku tak sihat. Tapi gigih la dia nak masak even lauk itu adelah simple yang amat. So, untuk mempelbagaikan lauk aku beli la sup tu.


Tak apa la. Simpan bawak pi keja. Hari ni beli nasi putih dengan sayur aje. Mesti budak cafe tu kata aku diet. Kehkehkeh...


Ok la. Mak yang dah bersuara Ella ni nak sambung keja.


Tadi aku dah email bos kata aku ada urusan family 30hb ni. Dah lama plan. Sila luluskan percutianku. Perlu ke begitu kejam?



Thursday, December 29, 2011

Hampa Kuciwa Aku Tau

Aku beli jajan twisties time rehat tadi. Tetiba mulut rasa nak kunyah-kunyah benda yang agak pedas. Tengok lak twisties yang plastik coklat tu, perisa bbq curry. Terus terliur.

Kan yang plastik coklat tu pedas rasa dia. So, aku memang sangat la teruja. Dah lama kot aku tak makan twisties ni.

Tapi bila dah rasa sampai la nak abes 1 plastik yang besor ni haram la aku tak rasa pedas langsung. Ke deria kepedasan aku dah naik taraf?

Serius aku rasa yang sebelum-sebelum ni lagi pedas.

Apekah korang rasa apa yang aku rasa jugak bahawa twisties plastik coklat ni dah tak pedas? Dah takde kick woooo.....

Tuesday, April 26, 2011

Soto Dan Drama Cina Lama

Assalamualaikum

Hari ni masuk opis lambat sikit. Dari semalam sakit belakang. Duduk sakit. Baring pun sakit. Tido pun tak nyenyak. Dah la aku ni sekarang ada problem susah nak tido. Paling awal aku dapat tido pukul 2 pagi. Itu pun tido yang aku rasa aku still boleh dengar bunyi-bunyian sekeliling.


Sebelum pi keja menyinggah beli makanan dulu. Tekak teringin makan soto. So, ke seksyen 8 la kita. Restoran Soto Shah Alam tu. Ramai orang betul. Berpusing aku cari parking tau. Baru pukul 9 tapi kuih-muih segala breakfast macam nasi goreng tu punya la banyak. Nampak rendang kerang. Rasa nak makan pulak. Hahaha!

Tapi terus ke tujuan asal sebelum nafsu membeli terpesong ke lain. Ada jugak la beli kuih 3 ketul dengan bubur sum sum selain soto. Nafsu serakah makan aku sekarang memang tak boleh dibendung lagi. ;p


Kuih seketul 40 sen. Aku amik kuih kasturi, getuk ubi dengan keria. Semua manis-manis. Elok sangat la tu kan. Bubur sum sum tu pun manis jugak. Hohoho... Adekah mau kena kencing manis??


Eh, semalam menggigih aku cari cerita cina zaman kecik-kecik. Siapa dulu hantu tengok drama cina? Siapa ingat The Breaking Point? Cerita sedih Leon Lai berlakon tu. Aku nak cari cerita dia tapi lain benda yang dapat. Dapat lagu ok. Soundtrack drama tu. Layan je la.


Lepas tu aku cari jugak drama Instinct yang Ekin Cheng berlakon tu. Sedih jugak. Apesal aku ni melayan cerita sedih je tah. Pun aku tak tau celah bedah mana nak download.


Mana ek aku boleh cari drama-drama lama tu. Ada sesiapa yang tau sila la bagitau ye. Aku nak melayan emosi ni.


Oh, pasal soundtrack drama The Breaking Point tu aku tak dapat nak post kat sini. Sebab aku dah bodoh IT. Lupa macam mana aku nak post lagu masuk entry. Huhuhu... Tapi korang boleh download lagu tu kat sini ye.


Mau sambung buat keja. Ada 400 lebih data aku nak kena betulkan sebab info tak lengkap. Pitam la mengadap pc ni.



Monday, April 25, 2011

Nasi Arab

Tengahari karang aku nak blah awal. Tension sangat dah ni.

Nak pi makan nasi arab kat TTDI nun. Ramai sangat orang dok buat entry nasi arab. Baby dalam perut terus teringin. *salahkan baby pulak*

Aku rasa nak amik cuti lepas tu nak pi dok lepak sorang-sorang kat hotel. Boleh tak gitu? Serius tekanan perasaan pikir pasal transfer. Pikir pasal baby. Pikir pasal Amir.

Sebenarnya aku kesian kat Amir. Sedih betul bila tengok pic dia. Terasa sangat dia kurang kasih sayang ummi dia. Pulak tu dah nak dapat adik. Lagi la nanti peluang nak manja tu macam kurang sebab adik dok melekap dengan ummi.

Amir memang manja. Kalau aku balik memang dengan aku la dia. Pi mana-mana tarik tangan aku. Nak naik basikal tarik tangan aku. Mana aku tak sedih.

Baby dalam perut ni mesti terasa jugak kan kalau aku dok sedih-sedih ni. Tapi ummi nak buat macam mana lagi....

Wednesday, April 6, 2011

Rajin Sikit *Sikit Je La* Pagi Ni

Assalamualaikum

Hari ni aku bangun awal daripada kebiasaan. Pukul 6 kira awal la kan. Dan telah merajinkan diri dengan memasak nasi goreng yang aku bagi nama nasi goreng malas.

Apesal nama nasi goreng malas? Pasal aku masak cincai je. Bawang dengan cabai main hiris je *koser nak tumbuk pepagi buta*, taruk sayur campur tesco, telur sebijik, ikan bilis, kicap gaul-gaul taruk nasik. Senang cepat dan mudah. Hahahaha!

Yang rajin sangat masak sebab malas nak keluar tengahari buta ok. Parking kat opis ni kan dah macam musibat. Keluar je sah balik opis balik ko menggagau cari parking.

Ni tengah pikir esok nak bawak bekal apa pulak.

Harus berjimat cermat sekarang. Poket sudah nipis. Aku pun tak tau ke mana hala aku belanja duit aku.

Tu belum tengah bulan lagi aku dah kering. Dah la birthday laki aku pun tengah bulan jugak. Huwaaaa!!!! Mau beli apa ek. But confirm la tak dapat nak celebrate sesama sebab birthday dia week days. I keja.

Ok, keja berlonggok nak kena buat. Tata~~

Monday, March 28, 2011

Nak Bawak Apa Untuk Pot Luck Ni

Perut sengkak. Sengkak bebenor dah ni. Padahal makan tak banyak mana pun.

Pagi tadi ada meeting. Bos buat meeting laju-laju. Sebab dia bz. TPM nak datang buat lawatan esok kat Selangor.

So, pagi tadi bekpes free adelah soto. Nak kata makan banyak sangat aku amik sup je yang banyak. Selalu aku ni jenis cepat kenyang n cepat lapar la. Tapi adekah kerana sup soto tu dah memenuhi ruang perut maka aku jadi kenyang je.

Tengahari kirim nasik kat staf aku. Pukul 3 tadi baru makan. Tapi tak abes ye. Perut dah rasa macam nak meletup ni. Huhuhu...

Ni siapa pulak nak abeskan nasik ni. Membazir amalan syaiton betui la.

Eh, Khamis ni bebudak ni nak buat pot luck besar-besaran. Sempena diorang dah abes kontrak n maybe tak dapat nak sambung lagi. Sob.. Sob... Pengsan la wei buat keja 3 orang je.

Aku tengah pikir nak masak apa untuk pot luck ni. Selalu aku bawak spageti je. Tapi ade la pulak staf aku ni pun suka jugak bawak spageti. Hmmm... Hmmmm... Hmmm...

Mau bawak apa deh. Aku dah pikir nak bawak nasi impit sebab nampak ketupat segera dalam kabinet tak berebus-rebus. Lepas tu masak rendang ayam.

Korang ada cadangan tak?

Jangan bagi cadangan bakar-bakar ek. Sebab rumah ai tak ada oven. Hehehe...