SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Geli geleman. Show all posts
Showing posts with label Geli geleman. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Si Cik Ti Yang Menyakitkan Hati

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk keja balik setelah cuti dengan lamanya. Rasa macam tak nak pi keja pulak. Mengulit anak-anak adalah best walaupun kadang-kadang aku bertukar kehijauan. Hahaha!

Pagi tadi pun aku memecut pi keja ye. Semua gara-gara Cik Ti. Siapa Cik Ti. Sila lihat gambar di bawah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Iyeee..... Tikus ye kawan-kawan sekalian. Bukan tikus belaan ni. Tikus ni menyakitkan hatiku. Huhuhu...

Oh, jangan la menuduh sebarangan bahawa rumahku kotor maka tikus berleluasa. Aku pun tak faham mana datangnya tikus ni sebenarnya. Banyak kali dah pasang perangkap but still ada jugak. Kalau malam tu boleh dengar la mereka berlari dengan gembiranya kat atas siling rumah ye.

Maybe sebab rumah teres kan. Jadi sesuka hati la tikus tu nak masuk rumah sesiapa je. Beg angry bird Amir pun tikus jahat kokak. Abes koyak. Hish... Amarah sungguh tau aku.

Ceritanya pagi tadi aku bangun nak mandi. Masuk-masuk bilik air tetiba aku terperasan sesuatu belakang pintu. Berbulu-bulu. Basah pulak. Pastu berdecit. Aku dah terlompat. Nasib baik la aku tengok dulu. Kalau aku terus tutup pintu sure aku dah melompat masuk kolah n menjerit kejutkan seisi taman. Muahahaha!

Aku pi bilik kejutkan laki aku. Aku cakap ada tikus. Dia pulak macam bengang-bengang aku kejut dia tido. Eh... Ada aku kesah. Sila halau tikus tu secepat mungkin ye.

'Ala, pi siram je tikus tu. Sat lagi dia lari la.'

'Dah... Takde... Takde.... Pi abang halau sekarang.'

Suka suki je laki aku suruh siram. Nak dekat pun aku geli.

Rupanya laki aku ni cakap je lebih. Dia pun penggeli jugak. Ntah hape-hape. Dok ketuk-ketuk tikus tu dengan kayu last-last dia panggil anak buah dia suruh ketuk. Chait! Apada.

Tikus tu akhirnya terkorban jua. Laki aku cakap maybe dia terkena perangkap tapi dapat lari. Dah cedera tu lari masuk bilik air pulak.

Dah tak pasal-pasal aku lambat pi keja sebab lambat masuk mandi. Tunggu laki aku kutip tikus lagi. Buang air dalam kolah lagi. Kot la kan tikus tu dok berenang dalam kolah. Tu yang basah badan dia. Eeeee.... Aku memikir kencing tikus je. Bahaya nok.

So, buang air kolah la. Biar kolah tu kosong baru aku mandi guna shower tak jadi laki aku. Apesal aku kata shower tak jadi. Sebab air tu keluar macam air paip biasa je. Takde macam air hujan tu. Laki aku buat macam mana tah.

Eh, macam mana nak bagi rumah tak didatangi tikus aaa. Aku dah tensi tau. Asal aku basuh pinggan mangkuk je dia dok sembunyi celah rak pinggan tu. Lepas tu melompat naik atas bumbung guna tingkap sebelah sinki. Mau sakit jantung aku terkejut.

Nak letak racun macam tak sesuai. Sebab ada budak kecik kat rumah. Karang dia ingat jajan dia pulak. Nak taruk atas siling racun tu macam tak praktikal. Karang mati kat atas tu busuk membangkai la pulak.

Ada cadangan bernas tak?

Tuesday, October 26, 2010

Biru Muka Di Pagi Hari ;p

Salam

Pagi ni adelah pagi yang membz gila. Dah la pagi-pagi tadi dalam kereta muka aku dah biru-biru tahan sakit perut. Time drive tu la rasa nak membuang. Sungguh kureng sopan sekali.

Sampai opis pulak toilet kena cuci. Berlari la ke toilet bawah. Betul-betul dah di ambang pintu namanya. Muakakaka! Tak senohong betui la. ;p

Pernah anda rasa perasaan sebegitu? Hahahaha! Ok tu je.

Sila sambung keja anda. ;p;p;p




Tuesday, September 28, 2010

Aku bukan penternak lipas

Oit.. Oit...

Keji betul tau lipas ni. Aku bukan ternak lipas ok puan Ajee. Huhuhu...

Saje je lipas tu. Dah tau aku angin 1 badan ni konon nak buat aku surprise la dengan duduk dalam handbag aku. Konon nak buat aku gembira la.

Anda telah tersilap langkah wahai lipas. Dah la aku memang tak suka kat ko. Haaa... Kan dah kena hempuk ke dinding dengan kotak kasut.

Eeeee... Keji betul buat surprise macam tu. Aku dah check dalam beg takde unsur-unsur anak beranak lipas pun ok. Sila jangan fikir aku adalah penternak lipas berjaya. ;p




Lipas dalam handbag!!!!!

Yeeeee.....

Ada lipas dalam handbag aku. Apekah????

Tadi aku nak cari straw nak minum air mineral aku rembat time meeting semalam. Beg aku ni beg doremon sikit. Semua benda ada dalam tu. Hahahaha! Nasib baik la aku tak gagau je macam selalu aku buat.

Tengok-tengok elok je si lipas tu dok kat barang paling atas dalam handbag aku. Tadi aku tak zip. Maybe baru masuk la tu. Cis betul tau.

Aku dah la tengah tak ada mood. Ko pulak boleh ada dalam beg aku kan lipas. Memang selamat la aku campak handbag tu. Aku teraburkan semua barang. Mencicit lari tepi kotak kasut. Terus bangggg!!! aku himpit kotak kasut tu ke dinding.

Tapi masih gagah perkasa lipas tu lari. Even dah agak terhoyong hayang. Pandai pulak cari jalan keluar ke pintu bilik aku.

Hoh! Apesal nak bergurau senda dengan aku haaa lipas?!!!

I hate u lah!!!