SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Kek Birthday. Show all posts
Showing posts with label Kek Birthday. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Happy 5th Birthday Amir Ridhwan n 3rd Birthday Amirah Raihanah :)

Bulan Ogos adalah bulan kelahiran hero dengan heroin aku yang lasak. Amir lahir 19 Ogos 2009 n Hana debab lahir 8 Ogos 2011.

Tak ada la celebrate besar-besaran pun. Bawak anak bertuah 2 orang tu keluar makan. Amir sehari sebelum birthday dia dah request nasi burung.

Nasi burung tu macam nasi ayam je. Tapi ayam tu ganti dengan burung wak-wak tu. Dah dia request mari la kita pi makan walaupun ummi pening kepala sikit. Banyak la jugak dia makan. Hana ofkos abes sepinggan.

Amir request kek jugak. Dia nak kek yang ada kapal terbang. Mana la aku nak cari yang dah siap. Aku cari tak ada bila cakap dengan Amir dia kata tak kisah pulak nak kek apa-apa pun.

Lusanya baru aku beli. Kek coklat ada kereta hijau. Hijau feveret kaler Amir ye. Mari la abang n adik potong kek.






Kereta abang Amir amik. Pokok adik amik. Hahaha! Tersengih bangga dapat kek. Lepas tu tak makan pun. Bawak pi rumah Toksu. Makan ramai-ramai kat sana.

N hari Sabtu bawak diorang jalan pi tepi laut lepas amik stok Chocoletto. Makan chicken chop sambil tangan menepis gigitan nyamuk. Hooiiii.. Banyak betul nyamuk.






 

Doa ummi semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

nota tapak tangan : ketahuilah aku menaip entry ni dengan jari telunjuk tangan kiri yang cedera dan berbalut plaster. Tergunting jari sendiri kekdahnya. Bayangkan macam mana kegigihan aku menaip.

 

Tuesday, July 20, 2010

Ummi Amir dah berangan nak beli kek birthday Amir ni :):):)

Dah la sakit kepala. Lepas tu bantai pulak minum nescafe o pekat. Bagus... Bagus...

Kejap lagi meleleh la air mata tahan sakit kepala tu.

Aku tengah menggoogle pasal secret recipe ni. Nak cari kek. Birthday Amir kan next month. Cecece... Dah berangan nak beli kek secret recipe. 

Bukan anak aku yang nak makan pun. Mak pak yang lelebih. Hahaha! Plus, cousin Amir nak mintak combine celebrate birthday sebab dia kata birthday Amir nanti masa tu dah puasa. So, nanti macam tak meriah la.

Birthday dia awal bulan 8. Di samping boleh mengepow makcik pakcik dia. Bijak sungguh budak-budak zaman sekarang ye. Ate kalau tak bagi hadiah karang kecik hati pulak kan. Huhuhu...

Apa hadiah sesuai bagi budak perempuan umur 8 tahun? Sebab cousin Amir ni dah 8 tahun. Aku memang terima kasih banyak-banyak la nak beli-beli hadiah. Tak reti ah. Sebab masa kecik aku pun tak dapat hadiah.


Senang korang bagi suggestion aku pi menonong beli je. Tapi rate adalah jangan mahal melampau. Hahaha! Kedekut gila. ;p


Dan aku tengah bengang dengan web RS ni. Awat error nih? Semalam under contruction. hari ni error pulak. Hish... Aku beli kek tempat lain kang!