SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Amir demam. Show all posts
Showing posts with label Amir demam. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Puasa Hari Ke 19

Hari ni dah 19 hari puasa. Kejap je rasa kan. Baju raya bebudak pun aku tak beli lagi. Baju raya means baju melayu n baju kurung. Mak pak tak payah baju raya pun takpe. Aku punya baju kurung pi opis berlambak. Jubah yang belum pakai pun ada. So, sauk aje yang tu. Laki aku tu memang tak mau buat baju melayu. Sebab dia pakai pi sembahyang raya je. Lepas tu tukar.

Weekend aku ingat nak siapkan keja opis. Berlambak ok. Deadline before raya. Gila punya HQ. Diorang ni dah la lambat bagi kes. Borang lagi la lambat. Lepas tu masalah sana sini dengan tempat nak kena buat survey. Dengan staf sambilan pun sikit lepas tu kena tarik pulak nak tolong bahagian lain yang tak cukup staf. Boleh pulak bila kita mintak extend time buat diam je. Nak memaki di bulan mulia ni tak sesuai langsung.

Tapi tak dapat jugak aku buat keja opis time weekend. Amir demam la pulak. Seronok sangat main hujan pagi Sabtu tu kan. Dah lama tak hujan. Lepas tu abah dia basuh kereta omak dia ni yang dah berdebu seinci. Wahahaha! Amir pun gembira sakan la main hujan. Tengahari badan dia panas. Petang lagi panas. Kena la aku lap-lap badan dia. Bagi kurang panas. Ahad dah sihat walafiat. Pagi-pagi buta dengar suara dia tanya itu ini kat abah dia. Si Hana debab pulak mata merah je macam gaya sakit mata. Pagi tadi berselepet taik mata. Adehhhh... Tu confirm la sakit mata tu.

Yang si debab tu pun satu hal jugak tu. Rambut dah panjang masuk mata. Nak potong tak mau. Bergaduh anak beranak aku nak pujuk dia potong rambut tau. Semalam buat mogok tak nak kawan dengan dia baru la dengar kata. Tu pun potong sikit je la depan. Baru cerah sikit pemandangan dia tu. Garang sungguh tau minah ni. Nak potong rambut sikit macam nak pi berperang.

Lauk berbuka tahun ni simple aje. Bukan aku masak. Mak mertua masak. Aku masak kang memang tak kena tekak dia la. Aku tolong masak nasik. Tolong hidang. Tolong basuh pinggan mangkuk. Tolong kemas apa yang patut. Aku pun takde selera nak makan banyak ni. Faktor usia kot. Nak membeli kat param pun takde nafsu. Kalau tak dulu semua nak beli, semua nak makan. Huhu...

Ok, mari la kita bekerja. 

 

Thursday, October 23, 2014

Amir Masuk Wad, Stafku Eksiden...

Sekarang ni musim orang sakit. Amir baru je keluar wad last week. Isnin Selasa aku berkampung kat wad. Dia demam lepas raya haji. Lepas tu ok. Aku kan kena pi Putrajaya hari Jumaat. Sabtu tu dia demam balik. Tak nak makan. Minum lagi la payah budak bertuah tu. Jenis tak suka minum air.

Ahad tu memang dia demam panas naik turun. Petang tu bawak la ke klinik. Aku dah ugut kalau tak mau minum air aku nak hantar dia pi hospital. Doktor pun cakap dehydration. Tapi budak ni ada batu duduk atas kepala ok. Tak minum gak. Paksa minum air glukos muntah pulak. Malam tu pukul 1 badan dia panas sampai 39 degree. Hayak la ke hospital. Surat refer ada klinik bagi. Sebab lepas masuk ubat bontot pun tak kebah petang tu memang dapat la habuan. Dah tak pasal aku kena marah kat hospital dengan doktor padahal diorang pun masa aku sampai bukan terus masuk jumpa doktor. Suruh amik no giliran dulu. Nak menyampai ke next number pun dah setengah jam. Amir dah lemau. Allah permudahkan, tetiba ada atendan nak check suhu budak yang tetiba datang pasal demam n nampak Amir. Terus dapat potong q.

Jumpa doktor. Aku kena bebel. Kena mandikan dia. Tukar baju. Terus hantar masuk wad. Berkampung la aku 2 hari kat wad kanak-kanak. Bengkok tulang tido atas katil kecik sebelah Amir. Tido pun tak cukup. Amir pulak kena masuk air dekat 5 botol. Masuk air 2 botol terus. Haaaaa.. Tak nak sangat minum air kan.

Lepas tu dugaan hari Sabtu pulak. Hana muntah dari pukul 2 pagi sampai 5 pagi. Tak masuk wad la. Bagi ubat tahan muntah abang dia dapat kat klinik masa demam tu. So, lembik sikit la minah tu.

Kelmarin n kelmarin dulu diorang cirit pulak. Aku pulak demam + selsema. Nak drive kereta balik dari opis pun aku dah rasa nak muntah. Sehari sebelum Deepavali tu aku siap boleh stop dulu kat Petronas rehat sebab kepala berpusing n loya melampau. Hari ni pun still ada rasa meloya tu. Angin penuh dalam badan la ni. Kena minum teh halia gamaknya buang angin.

Nak datang keja pun tak larat tapi memikirkan keja berlambak datang la jugak. Sob.. Sob... Aku dah hilang sorang assistant kat opis ni dalam masa sebulan or lebih. Eksiden sabtu lepas. Patah rahang, patah hidung, patah tulang bahu. Confirm MC lama. Teruk gak la keadaannya. Aku pi tengok Ahad lepas.

Waaaa... Muntah tengok keja berlambak-lambak macam ni.


Friday, May 4, 2012

Melayan Ragam Amir

Assalamualaikum


Aku bz tapi disebabkan otak adelah sangat jammed tak tau nak start mana dulu maka mari kita start dengan blogging a.k.a meluah perasaan. Hahaha! Poyos sangat.


Aku penat sebenarnya ni. Kelmarin meeting dari pagi sampai petang. Semalam meeting dari pagi pun membawak ke petang. Tapi pukul 2 aku dah cabut balik rumah. Abang Misai yang kat Johor suruh aku balik tengok Amir. Sebab Toksu datang rumah cakap Amir mengadu lapar tapi tak boleh nak makan sebab mulut dia sakit.


Boleh pulak main pas-pas dari Penang ke Johor lepas tu balik Penang. Aku pun tak faham. Maybe diorang segan nak call aku. Tak apa la.


So, pukul 2 aku pecut balik. Pukul 3 sampai rumah Toksu tengok Amir terus meloncat keluar dari endoi nak balik dengan aku. Toksu cakap Amir menangis dari pagi. Makan minum semua tak nak. Dia nampak aku terus nangis lagi.


Tinggal Hana kat Toksu n terus bawak Amir pi cari klinik. Dalam kereta sekejap-sekejap dia nangis sebab gigi dok berlaga dengan bibir yang pecah. Ulser penuh 1 mulut. Mana dia nak makan.


Kat klinik doktor suruh bukak mulut tak nak pulak dibukaknya. Check tangan kot ada rashes. Sebab doktor takut HFMD. Tapi malam tadi aku check ada rashes kat kaki dia. Doktor bagi ubat titis kat mulut, antibiotik n demam. Terus bawak Amir pi jalan kat Tesco. Nak pujuk dia makan punya pasal. Kulit dia jadi kering sangat sebab minum pun tak nak.


Masuk Tesco nampak lolipop gedabak kat kedai buku dia nak. Aku pujuk pi tempat lain dia buat muka sedih pastu melalak. Beli la jugak. Pusing-pusing Amir tunjuk roti aku beli. Kalau tak dia melalak. Amir tunjuk milo kotak aku sauk jugak. Dia tunjuk mainan itik pun aku amik. Tapi dah sound awal-awal lepas aku beli semua ni dia kena makan. Buat muka kesian je.


Time nak bayar nampak pulak beg Angry Bird kat kedai luar tu. Amik pulak beg. Nasib la RM15 je Amir oiii... Kot tak botak kepala ummi ni.


Bawak Amir pi KFC. Suruh dia makan. Macam-macam la aku umpan. Mula-mula sapu ubat titis dulu. Melalak dia 1 KFC tu sebab sakit. Dia nak coleslaw aku suap pun melalak jugak. Sudahnya aku biarkan aje. Agaknya dah lapar sangat dia amik sudu suap sendiri. Mula-mula merengek lepas tu laju je menyuap. Dah oke la tu. Siap abes setengah bekas milo dia minum.


Balik rumah dia makan nasik bertambah-tambah. Lega sikit aku tengok. Tapi time tido malam dia dok meracau sana sini. Susu pun sebotol je dia minum.


Hari ni pagi-pagi dah nangis tunjuk mulut. Aku dah la banyak benda nak kena buat kat opis. Ingat nak angkut la dia ke opis aku. Tapi Amir cakap,


'Tak nak. Opis ummi ada lipas.'


Hahahaha! Semalam aku beli ubat gegat nak letak kat kabinet opis sebab ada lipas kecik-kecik dok berumah kat kabinet tu. Aku bagitau kat Amir. Boleh pulak dia ingat.


Maka Amir dok rumah Toksu saje. Jangan la hari ni dia nangis lagi macam semalam n tak nak makan. Pengsan aku nak kena half day lagi. Dah la jenis bos yang aku pun tak tau nak cakap macam mana anak demam pun suruh jugak datang attend meeting mengarut dia tu. Keja je dah banyak tertunggak dek meeting yang meleweh-leweh aku nak kena siapkan lagi.


Haish....


Pening ah macam ni.



Monday, October 31, 2011

Nak Demamkah?

Assalamualaikum

Hari ni rasa tak sedap badan. Seram sejuk je. Dari semalam lagi dah rasa cenggini. Macam nak demam. Nak selsema. Kepala pun sakit.

Aku rasa mesti menjangkit dari budak bilik aku ni. Minggu lepas aku tengok dia srot sret bukan main. Time meeting pulak dok sebelah aku. Elok sangat la tu kan.

Dah la Jumaat lepas tu Amir demam. Siang badan dia dedar-dedar je. Tapi aktif macam biasa. Malam time nak tido tu panas. Tapi dia tak merengek apa pun. Just bubuh towel lembap kat dahi n dia tido macam biasa. Bagitau Abang Misai malam tu pukul 12 tetiba je call kata suruh bukak pintu.

Amboi... Kalau anak sakit laju je dia balik. Cer kalau aku bagitau aku demam. Aku nak tengok dia balik ke tak. Amir tu aku rasa demam rindu kat abah dia. Elok je abah dia balik siang tu terus sihat, badan terus tak panas. Hmmmm.... Anak abah betul.

Dah la kejap lagi ada meeting. Malas betul nak masuk. Huwaaaa!!!

Wednesday, March 23, 2011

Kaki Amir Tak Ok Lagi

Assalamualaikum

Hari ni masuk opis lambat. Subuh-subuh tadi kaki aku cramp. Ala, yang orang panggil simpul biawak tu. Ada yang panggil tarik mengkarung.

Maybe sebab sejuk sangat kot. Lepas tu aku ni kurang makan benda berkalsium. Maka terima la padahnya. Punya la sakit. Tido pulak sesorang. Memang nanges la nak luruskan balik kaki tu.

Jalan pun dah terhencot sebelah. Elok la boleh pairing dengan Amir. Dia pun tengah jalan hencot-hencot kata abah dia. Jalan 2-3 tapak dah tak nak jalan. Kaki dia sakit. Aku suruh abah dia bawak pi hospital tak bawak-bawak sampai sudah. Geram betul aku. Lepas tu cara-cara nak menyalahkan aku pulak macam aku buat anak dia jadi gitu.

Malas dah nak cakap. Lagi aku sakit hati ada. Macam la aku tak sedih tengok anak aku gitu. Hish....

Demam Amir dah ok sikit la. Tapi kaki dia tu. Apesal aaa... Aku musykil ni. Takkan cucuk sampai tak boleh jalan pulak. Kesian tengok dia. Kalau pegang kat tempat cucuk tu mesti nangis.

Sorry ye Amir. Ummi jauh. Kalau ummi balik hujung minggu ni ummi bawak Amir pi klinik ye. Tengok kenapa kaki Amir sakit.

 

Tuesday, March 22, 2011

Risau Yang Teramat

Assalamualaikum

Aku tak ada semangat pagi ni. Semalam aku EL. Sebab badan tak berapa nak sihat. Hari ahad keja asek rasa nak pitam je. Jalan pegang-pegang dinding. So, melepak kat kampung. Tapi timbalan hangen 1 badan. Eh, diktator ok timbalan baru ni.

Isnin pulak pagi-pagi bawak Amir pi klinik. Cucuk sebulan setengah. Nak amik berat dengan tinggi dia macam nak pi berperang. Sampai ke sudah aku pujuk dia tak nak ukur tinggi. Terpaksa la nurse guna tapi tape ukur dari kaki ke kepala. Halahai....

Lepas tu time cucuk. Nangis meraung 1 klinik boleh dengar. Lepas cucuk dia ok. Aku balik singgah rumah mak aku. Dia main dengan sepupu dia Fik n Yana.

Balik dari klinik dalam pukul 11. Pukul 1 aku tengok dia macam dah lalok-lalok sebab lepas cucuk terus bagi ubat paracetamol syrup tu. So, bawak balik rumah. Badan dah macam dedar-dedar panas tu.

Balik tu dia still ada selera makan. Makan cucuq seketul n nasik 3 suap. Dia berak pulak. Basuh berak n bagi susu terus dia tido.

Aku pun membongkang sekali tepi dia. Dalam 3 lebih Amir terbangun. Usik-usik aku. Rasa-rasa badan dia panas betul. Check suhu dah 38 degree. Aku dah risau. Amir tarik tangan aku suruh peluk dia sebab dia takut bunyi guruh. Hujan lebat gila petang tu.

Sepanjang dari pukul 3 tu peluk dia sampai pukul 4. Bagi susu semua tak nak. Nak peluk je. Aku bangun pi amik ubat bagi dia makan. Memang bersilat la tapi nak tak nak kena bagi jugak. Reda sikit panas.

Abah dia balik dalam 4.30 dia dah sengih-sengih. Bagi makan keropok n minum susu. Abes la 3 keping keropok. Tapi 1 je yang merisaukan. Kaki yang kena cucuk tu dia tak bagi orang bengkokkan. Asal usik je melalak. Patut la dia baring kaki yang kena cucuk tu tegak je.

Angkat dia duduk dia nangis. Suruh berdiri pun tak nak. Abah dia paksa jugak suruh jalan sikit-sikit. Haram tak mau. Merengek je.

Dalam sejam lepas tu badan dia naik panas balik. Panas sangat la. Dia lembik n tido balik. Aku just lap-lap badan dia dengan towel basah. Dok aje la tepi dia tengok dia tido. Tapi tetiba dia macam tersentap-sentap. Aku dah risau gila. Kejap-kejap badan dia cam gigil-gigil. Macam tanda sawan je.

Malam semalam pukul 8 terus hangkut pi klinik dalam taman tu jugak. Doktor pun musykil. Sebab Amir langsung tak nak orang pegang kaki dia. Badan panas menggila. Doktor kata selalu budak cucuk tak macam ni. Demam pun tak teruk. Nak kata salah cucuk doktor kata dia rasa ok. Just bengkak sikit kat tempat cucuk tu. Bila aku cakap Amir tersentap-sentap dia pun dah suspek takut sawan.

So, masuk ubat bontot. Nangis je dia.

Semalam jugak aku kena balik Shah Alam. Berat hati sangat nak tinggalkan dia macam tu. Dah la dia nak aku peluk je.

Pagi-pagi pukul 4 Abang Misai sms. Kata suhu Amir cecah 39.4 degree. Pukul 6 sms lagi kata badan Amir sentap-sentap lagi. Aku dalam tren dah rasa macam nak tercabut jantung. Rasa nak terbang balik Penang time tu jugak. Rasa nak suruh tren patah balik pun ada.

Ni pun Abang Misai EL. Kaki Amir still kalau gerakkan dia nangis-nangis. Aku dah risau macam hape ni. Dengan semalam dapat call dari opis kata timbalan marah-marah la. Ape la. Kalau dah rasa nak sangat capai target buat keja tu sekali dengan kitorang boleh tak? Ni mulut je bising. Dia sesedap cuti tak apa.

Sedihnya hati ummi. Rasa bersalah sangat tinggalkan Amir macam tu.

:(:(:(

Thursday, January 27, 2011

Budak Sekecik Amir Pun Dah Tau Murung....

Salam.

Hari ni mood aku ke laut. Teringat kan Amir. Semalam Abang Misai sms kata Amir langsung tak nak makan. Minum susu pun jenuh kena paksa dengan Tok Su dia. Malam pulak merengek-rengek n baring je kat katil dia. Maybe sebab nak demam kata Abang Misai.

Sedih sangat aku. Nak berweb cam tak boleh sebab adik jantan bertuah aku pinjam lappy adik aku lambat pulangkan. Padahal pc dia sendiri ada. Tapi tak reti-reti nak pasang. Extension tak ada la. Itu la. Ini la.

So, aku mintak Abang Misai video call dengan aku. Aku nak sangat tengok Amir.

Bila dah video call aku pulak yang sebak. Hancur luluh hati tengok anak terbaring lembik je. Tapi bila nampak ummi Amir senyum-senyum. Tiba-tiba badan dia tergedik-gedik.


Lepas tu Abang Misai sms lagi. Dia kata Amir nampak aku terus tergedik-gedik. Tak lembik sangat. Maybe dia rindu kat aku. Lagi la air mata aku ni dah macam Niagara Falls.


Budak kecik macam Amir pun dah pandai murung. Diorang yang tak bagi aku pindah ni tak ada hati perut ke? Diorang tak ada anak ke? Apa perasaan diorang kalau duduk jauh dari anak lepas tu tengok anak tu lembik dari fon je. Bila nampak kita anak tu senyum happy.


Serius hati aku sangat sakit. Dan aku tengah sedih sangat.


Ummi rindu sangat kat Amir. Sori, weekend ni ummi tak dapat balik. Tapi CNY ni ummi janji ummi balik jumpa Amir ye.

T_T


Monday, October 25, 2010

Amir Dah Sihat

Salam

Baru sampai dari kampung terus berdesup aku ke opis. Aku naik cab sebab kereta park kat opis ni. Balik hari tu mintak tolong staf aku hantar ke stesen komuter.


Well, hari ni pasti jadi amat bz. Sebab kena siapkan paperwork untuk timbalan present hari Jumaat ni.

N kejap lagi ada meeting pulak.


Huhuhu....

Oh, Amir dah sihat. Aku balik tu badan dia still panas. Tak lari la dari 38 degrees. Pagi n tengahari Sabtu pun macam tu. Merengek je dia. Kesian sungguh. Lepas tu asek nak memerap dengan abah je. Dengan ummi tak nak langsung.


Sedih hati ummi. Kalau korang macam mana?

Tengahari tu bagi dia makan ubat syrup masa dia pi cucuk tu n biar dia tido. Petang tu terus panas badan dia kurang n kurang n kurang.


Bawak pi klinik. N hari Ahad Amir dah ceria macam biasa. 

Sukanya hati ummi tengok Amir seronok jalan ke sana sini macam selalu. Tak ada la melepek je kat katil. 


Hope Amir tak marah ye ummi balik malam tadi time Amir tengah tido. Ummi terpaksa balik. Kalau ummi amik EL macam-macam orang kecam ummi. 

Sedih macam mana pun ummi terpaksa tinggalkan Amir.


:(:(:(







Friday, October 22, 2010

Amir Demam, Umi Risau :(:(

Salam.

Aku ada bicara ilmu kejap lagi. N kena turun before 8.30 atau bakal mendengar raksasa gorgon mengamuk. Hahaha! Tak ada la sampai macam tu kot.

Sepatutnya aku kena keja hari Ahad ni. But nampaknya aku tak boleh pi. Sebab hari ni aku kena bergegas balik kampung before tengahari.

Amir demam. :(:(:(

Semalam suhu dia 39 degree. Aku tertido awal semalam. Terbangun tengah malam tengok ada sms dari Abang Misai cakap badan Amir panas sampai macam tu.

Terus aku terkebil-kebil tak boleh tido sampai pukul 4 pagi.


Bila dah boleh tido mimpi ngeri pulak. Aku tido dah wuduk sebab time terbangun tak tau buat apa tu aku solat sunat. Aku mimpi dunia nak kiamat. Sangat menakutkan. Sampai aku rasa macam nak demam je sekarang ni.


Lepas tu time nak pi keja pulak telinga aku berdarah. Nak cepat punya pasal kapas aku lap muka tersangkut kat earring yang aku tengah pakai. Dah berdarah pulak.


Kesimpulannya hari ni emosi aku tak stabil. Aku nak balik awal hari ni sebab nak balik kampung. Orang nak marah pun ada aku kisah???




Thursday, July 1, 2010

Sangat 'tak in' hari ni. Why? Why?? Why???

Apesal tah hari ni.

Mood keja tu langsung 'tak in' orang kata. Tak maghi pun kat jiwa ni nak keja.

Otak melayang dok ingat kampung, kampung, kampung, Amir, Amir, Amir. Anak bertuah aku yang sorang tu tak baik-baik lagi demam.

Risau la ummi dia ni.

Orang tengok muka maintain senyum siap gelak-gelak bagai tapi dalam hati siapa yang tahu. *ayat kalau baca balik confirm gelak sorang-sorang*

Hish, keja dah la macam bapak punya banyak. Atas meja ni ada space cukup-cukup nak menulis je. Lain-lain penuh dengan segala macam kertas.

Kalau korang tengok mesti tak nampak muka jelita aku ni dah. Hahahaha! Jelita kata ko?! 


Nak keluar lunch awal la hari ni. Kak Ita tunggu kita eh. Hahaha!


Pic Kak Ita yang gembira makanan sampai depan mata nanti kita buat eh entry dia. Bz la. Hahaha! Memang excited betul la pic tu. Wakaka!


Dah tak tau nak taip apa untuk penutup. Wassalamu. ;)




Wednesday, June 30, 2010

Selamat pagi

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. :)

Hari ni aku macam dah nak migrain-migrain je. Kepala sakit gila. Silau pagi tadi lagi la menyakitkan kepala.

Semalam tido kejap-kejap terbangun. Teringat kat Amir. Sampai nangis-nangis risau kat anak bertuah tu.

Asek la dok msg laki aku tanya Amir macam mana. Dah kurang ke panas. Pesan dia suruh lap-lap badan Amir dengan towel basah.

Ikutkan hati semalam memang nak balik kampung. Nak rushing ke KL Sentral aje rasa. Gamble beli tiket on the spot. Laki aku pulak kata tak payah sebab nanti bos aku bising.

Hmmmm... T_T