Sekarang ni musim orang sakit. Amir baru je keluar wad last week. Isnin Selasa aku berkampung kat wad. Dia demam lepas raya haji. Lepas tu ok. Aku kan kena pi Putrajaya hari Jumaat. Sabtu tu dia demam balik. Tak nak makan. Minum lagi la payah budak bertuah tu. Jenis tak suka minum air.
Ahad tu memang dia demam panas naik turun. Petang tu bawak la ke klinik. Aku dah ugut kalau tak mau minum air aku nak hantar dia pi hospital. Doktor pun cakap dehydration. Tapi budak ni ada batu duduk atas kepala ok. Tak minum gak. Paksa minum air glukos muntah pulak. Malam tu pukul 1 badan dia panas sampai 39 degree. Hayak la ke hospital. Surat refer ada klinik bagi. Sebab lepas masuk ubat bontot pun tak kebah petang tu memang dapat la habuan. Dah tak pasal aku kena marah kat hospital dengan doktor padahal diorang pun masa aku sampai bukan terus masuk jumpa doktor. Suruh amik no giliran dulu. Nak menyampai ke next number pun dah setengah jam. Amir dah lemau. Allah permudahkan, tetiba ada atendan nak check suhu budak yang tetiba datang pasal demam n nampak Amir. Terus dapat potong q.
Jumpa doktor. Aku kena bebel. Kena mandikan dia. Tukar baju. Terus hantar masuk wad. Berkampung la aku 2 hari kat wad kanak-kanak. Bengkok tulang tido atas katil kecik sebelah Amir. Tido pun tak cukup. Amir pulak kena masuk air dekat 5 botol. Masuk air 2 botol terus. Haaaaa.. Tak nak sangat minum air kan.
Lepas tu dugaan hari Sabtu pulak. Hana muntah dari pukul 2 pagi sampai 5 pagi. Tak masuk wad la. Bagi ubat tahan muntah abang dia dapat kat klinik masa demam tu. So, lembik sikit la minah tu.
Kelmarin n kelmarin dulu diorang cirit pulak. Aku pulak demam + selsema. Nak drive kereta balik dari opis pun aku dah rasa nak muntah. Sehari sebelum Deepavali tu aku siap boleh stop dulu kat Petronas rehat sebab kepala berpusing n loya melampau. Hari ni pun still ada rasa meloya tu. Angin penuh dalam badan la ni. Kena minum teh halia gamaknya buang angin.
Nak datang keja pun tak larat tapi memikirkan keja berlambak datang la jugak. Sob.. Sob... Aku dah hilang sorang assistant kat opis ni dalam masa sebulan or lebih. Eksiden sabtu lepas. Patah rahang, patah hidung, patah tulang bahu. Confirm MC lama. Teruk gak la keadaannya. Aku pi tengok Ahad lepas.
Waaaa... Muntah tengok keja berlambak-lambak macam ni.
No comments:
Post a Comment