Pagi ni sakit tekak dan sakit lutut. Sakit tekak dari semalam. Opis dah macam kat antartik. Lepas tu bantai minum ais. Memang best sangat balik rumah tekak rasa membengkak je.
Lutut sakit sebab aku tak tau aku tido macam mana hempap kaki sendiri. Kehkehkeh! Boleh macam tu? Nak bangun pagi tadi terus tak boleh nak bengkok kaki. Huiiiii... Dah la kena bangun awal. Sampai sekarang sakit lagi ni. Adekah sebenarnya berat badan dah bertambah secara melampau sampai terhimpit kaki sendiri pun sakit bukan main? Huhuhu.. Rasanya memang aku dah tambah berat sebab baju ni dah ketat sikit tang pungkoq.
Kena diet balik la macam ni. Huuuu.. Nak diet kejadah sangat pagi tadi je aku dah bantai makan nasi goreng dengan telur mata lepas tu tambah sebekas kecik bihun. Wuwuwu... I is gem-gem la.... Takpe, tengahari karang makan sup aje ye. No nasik. (Ye lah sangat! ;p)
Semalam balik lambat sebab dapat timbalan baru. Macam lagi detail je. Ngaaaaa.. Oh, dan meeting jumaat ni dipostponed ke Jumaat depan iaitu 10hb. Kena pikir nak pi dengan apa ni. Naik flight aje la kot.
Mari la sambung buat keja. Ada gambo kek pisang yang aku buat ntah zaman bila. Sedap moist aje rasa tau. Hahahah! Up diri sendiri nampak.
Guna resepi Mat Gebu. Pisang adelah aku tak kenal pisang apa tapi asalkan ianya adalah pisang. Hahahaha! Dua kali masak kek pisang ni sebab pisang tu sebijik je dah sebesor tapak tangan aku. Bancuh pakai tangan je sebab aku tak ada mixer. T____T
Nak bancuh dalam oven tu macam malas nak pikir. Boleh kan benda yang menyenangkan diri sendiri pun malas.
No comments:
Post a Comment