SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, December 31, 2011

Thursday, December 29, 2011

Hampa Kuciwa Aku Tau

Aku beli jajan twisties time rehat tadi. Tetiba mulut rasa nak kunyah-kunyah benda yang agak pedas. Tengok lak twisties yang plastik coklat tu, perisa bbq curry. Terus terliur.

Kan yang plastik coklat tu pedas rasa dia. So, aku memang sangat la teruja. Dah lama kot aku tak makan twisties ni.

Tapi bila dah rasa sampai la nak abes 1 plastik yang besor ni haram la aku tak rasa pedas langsung. Ke deria kepedasan aku dah naik taraf?

Serius aku rasa yang sebelum-sebelum ni lagi pedas.

Apekah korang rasa apa yang aku rasa jugak bahawa twisties plastik coklat ni dah tak pedas? Dah takde kick woooo.....

Lakiku Dah Bagi Duit :)))

Semalam sebelum balik keja ada sorang staf admin call. Kad kuasa aku tak diketahui status siapnya. HQ kata diorang tak terima apa-apa dari opis aku pasal permohonan kad kuasa tu.

Tak sampai hati la aku nak membising sebab budak yang call aku tu budak rajin. Bukan salah dia pun sebab dia dah settlekan semua. HQ la ni. Mana korang peruk aku punya borang hah?!

So, sekeping gambar diperlukan untuk buat kad kuasa tu. Gambar aku dah abes sume aku bagi. Kena cuci lain la pulak. Jadi petang semalam mengendeng la aku suruh laki aku bawak pi cuci gambar.

Dan aku berjaya juga mengendeng duit nak bershopping esok. Muahahahaha!

Esok aku pi tinggal bebudak kat rumah Toksu depa. Sebab dah lama sangat aku tak bershopping untuk diri sendiri.

Nak buat list apa nak beli la.

Macam banyak sangat la duit aku dapat tu. Hewhewhewhew....

Siapkan Keja. Esok Nak Cuti.

Assalamualaikum

Hari ni last aku keja untuk tahun 2011. Esok aku cuti. Muehehehehe....

Start keja balik 5hb. Seminggu la aku cuti kan. 4hb tu memang ada appointment kat hospital. Checkup Hana pasal spina bifida tu.

Semalam masih lagi tido bertiga dengan anak-anak. Laki aku macam biasa, keja malam. Siang keja, malam pun keja. Bila masa dia tak keja aku pun tak tau dah. Takde masa dah nak beramas mesra. Eh, 18sx pulak. Hohohoho...

Heran betul aku dengan bos dia tau. Tau la korang dah tua. Malam-malam tu bosan. Takkan hari-hari kena keja malam. Tension aku tau. Dah la pepagi aku jadi huru hara bila laki aku takde. Nak mandi pun payah sebab kalau si kecik tu dah terjaga awal. Siapa nak tolong tengok. Dah la toilet jauh kat dapur. Hish....

Pagi tadi aku tawakal je la letak Hana kat ruang tamu pastu aku pi mandi. Selalu pun macam tu la kalau Hana bangun awal time-time aku nak bersiap segala. Taruk kat tengah ruang tamu tu ko golek la mana ko suka nak. Ummi nak bersiap sat.

Oh, Hana dah berpusing merata. Tu yang aku letak kat ruang tamu. Takleh la dok atas katil. Sat lagi aku abes mandi tengok dia dah terselepuk kat lantai. Macam semalam la. Abah dia leh tido tak sedar diri. Abes mandi aku tengok elok je si Hana dah berpusing kat tepi katil. Siap sengih-sengih tengok ummi macam bangga pulak nak tunjuk 'saya dah berjaya ke hujung katil'.

Jadi mari menyiapkan LNPT sebelum cuti esok. HRMIS ni sangat menyakitkan hati la. Aku tunggu loading 1 page pun siap boleh pi beli makan kat cafe, siap makan segala dia tak abes loading lagi.

Takpe, kita tengok. Kalau tak boleh jugak aku buat kat rumah.

Wednesday, December 28, 2011

Hari Ni Aman Sikit Kot

Assalamualaikum

Hari ni adelah hari last hantar claim. Sebelum pukul 2. N aku tak buat claim aku lagi. Huhuhu....

Dah hari-hari meeting dari pagi sampai petang. Memang tak menyempat la aku nak membelek claim apetah lagi nak kira berapa banyak claim aku dapat.

Semalam pun meeting sampai petang. Sob... Sob... Pukul 6.30 baru abes meeting weh. Kelam kabut aku balik nak amik budak-budak. Sampai rumah Toksu pukul 8. Hana je ada. Abang Amir dah diambil dek abah dia.

Aku call Abang Misai semalam nak suruh dia amik bebudak sebab aku lewat. Jenuh aku call asek la masuk voicemail. Bisa bertukar menjadi hijau aku dengar suara awek voicemail tu tau. Call rumah ingat laki aku ada kat rumah. Rupanya dia tak balik since kuar pi keja malam semalam tu.

Tetiba masa aku nak punch out dia miss call aku. Miss call aje lak tu. Nak suruh aku la tu call dia balik. Dia kata hp ter'off'. Maklum la, hp dah buleh campak masuk lombong. Suruh beli baru tak nak. N dia still kat tempat keja. Hujan lebat tak boleh nak balik. So, aku la kena amik bebudak.

Kesimpulan dia sekarang ni, abang sila tukar hp anda. Sebelum aku naik hangen call asek masuk voicemail.

Geram sungguh aku tau.

Eh, claim tak buat lagi boleh pulak taip entry panjang-panjang. Muahahahaha! Nak isi borang cuti sekali. Bos sudah kasi green light.

Shopping la kita Jumaat ni. Jangan jeles. ;p

Tuesday, December 27, 2011

Tuesday Yang Blues

Assalamualaikum

Yeah.... Tuesday blues la pulak. Nak monday blues semalam dah cuti. Kahkahkah!

Hari ni ada meeting kat KOMTAR. Tumpang staf aku je la. Aku tak tau parking kat mana. Memang la KOMTAR tu besar. Tapi serius aku tak tau parking kat mana.

N aku sangat la pelupa sebab tertinggal borang cuti kat rumah dalam planner aku yang jugak ada kat rumah. Konon nak buat keja kat rumah tapi hampagas ye. Aku tak buat apa n dok mengadap anak-anak je.

Dengan si Hana keja asek berak je. Bukan cirit. Tapi dia berak sikit-sikit. Sejam dua je nak tukar pampers. Hoh... Tokei pampers pun buleh bankrap tau. Sehari dekat 10 kali dia berak. Nasib la ada cloth diaper (CD). Aku bagi pakai CD je. Nak basuh tu la malas sikit. Tapi kira jimat la kan. Nak beralih bulan ke apa la budak ni. Nak kata bagi benda pelik-pelik mana ada. Dia dok isap tetek je. Ke ummi dia yang makan benda pelik-pelik sampai effect kat anak???

Amir takde problem. Dia pandai dah main sorang-sorang. Kadang-kadang ajak ummi keluar tengok ikan dia. Bercakap tak berenti. Hehehehe... Semenjak pandai bercakap ni melayan je la. Dok pujuk adik nangis semua keja Abang Amir. Menjawab pun dah pandai. Huhuhu... Belajar dengan sape la tu.

Ok la. Aku nak menggodek HRMIS sat. Penat weh. HRMIS lembap macam siput. Kalau lumba dengan siput pun kalah kot.

Jumpa lagi.

Friday, December 23, 2011

Panjangnya Meeting. Siap bersambung....

Ye, rehat time. Ingat nak tido. Tapi mata tak nak lelap pulak. Macam ni la aku. Kalau dah letih sangat mula la tak boleh nak tido.

Perjumpaan dengan pengarah disambung petang ni. Banyak la pulak pesanan-pesanan bos ni. Bos baru adelah agak skema. Maka sila skemakan diri anda juga.

N mintak la petang ni meeting tak meleret sampai over time opis. Confirm la jammed kalau keluar lewat. Sebab hari ni Jumaat.

Hish... Kepala ting tong pulak. Ok la.

Badan Penat

Assalamualaikum

Aku mengantuk n badan adelah amat letih. Semalam balik lewat. Meeting abes dekat pukul 6. Keluar opis hujan. Jalan jem. Oh, sungguh pakej sekali.

Aku sampai rumah pukul 8.15 gitu. Nak keluar dengan akak aku pun tak jadi. Pasal dia tunggu aku lama sangat. Dah la manjang dok tanya aku kat mana. Stress woh tengah drive pastu orang dok sms. Tak cukup sms call pulak. Aku memang tak jawab la. Sebab aku jenis tak reti nak kontrol keta sambil bercakap kat fon. Sms pun tunggu time keta stop.

Pagi ni pun ada meeting lagi. Perjumpaan pengarah dengan anggota. Petang pun ada meeting. Bagus sangat la minggu ni. Langsung tak dok kat meja buat keja. Memang berlonggok la keja aku.

Tahun depan punya meeting pun dah nak kena set tarikh. Aku nak buat takwim untuk setahun la. Senang. Hulur je kat bos. Takyah tanya-tanya dah. Penat aku nak jawab.

Tengahari ni aku nak tido.

Thursday, December 22, 2011

Pagi Ni Nampak Van Dalam Longkang

Assalamualaikum

Penang hujan pagi ni. Tak la hujan lebat. Renyai-renyai je. Aku dah 2 hari tido peluk anak-anak je. Laki aku dah 2 malam tak balik. Pi keja. Ada kes kata dia. Pi keja takpe. Hang pi ke lain siap la. Sila tengok almari bahagian aku dan anak-anak kosong.

Sebab hujan maka keadaan gelap ye. Selalu kalau aku keluar tu dah cerah la jugak. Ni memang gelap macam malam.

Aku adelah tak suka drive dalam gelap. Bukan tak pasang lampu keta. Of course la wajib pasang lampu kan. Tapi aku tak suka. Sebab silau. Aku ni rabun silau buleh tahan la. Ada buat spek tapi aku pakai kejap je. Ntah ke mana hala aku campak spek aku tu.

Bila air hujan tu melekat kat cermin keta n ada keta dari depan suluh keta aku memang la silau macam hape lagi. Sakit bijik mata aku. Takkan nak drive tutup mata pulak.

Eh, pagi tadi aku nampak ada van kilang landing baik punya dalam longkang. Kat susur masuk ke tol jambatan. Ada sesiapa yang hala ke belah Pulau macam aku ni nampak? Adekah driver tu mengantuk sampai buleh melanding dalam longkang tu. Atau pun drive macam pelesit?

Sepanjang-panjang pengalaman aku keja kilang masa zaman anak dara pingitan dulu. Naik van kilang memang scary yer. Sebab driver tu drive macam kan dia bawak kat Litar Sepang. Laju gila!

Diorang ni kan kejar nak amik n antar orang. So, paham-paham sendiri la. Seriau je kalau kat selekoh tu dia buleh relax bawak lelaju. Macam yang dia bawak sekali dalam van adelah anak patung.

Jadi aku tak heran la kalau dia melanding dalam longkang kerana drive seperti dikejar hantu. Tapi elok terletak je van tu aku tengok.

Kalau ngantuk macam orang bawak van atas jambatan semalam. Dah la slow nak mampos. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Hoih... Nak mati sila la mati sorang-sorang. Jangan babitkan orang lain. Dah la masa tu banyak keta atas jambatan. Aku nak potong dia punya la seksa sebab lane kanan keta sume laju. Last-last tawakal bagi signal terus berdesup ke kanan.

Tapi dia ngantuk ke mabuk sebenarnya? Musykil gak aku.

Eh, berblogging macam takde keja. Hari ni meeting pagi petang ye.

Ok, papai~~

Wednesday, December 21, 2011

Bertaklimat La Kita Sehari Ni

Assalamualaikum

Hari ni sehari suntuk aku ada taklimat. Keja aku ni memang asal hujung tahun kena buat taklimat untuk tahun depan. Tak cukup hujung tahun pertengahan tahun pun kena buat jugak padahal benda yang sama je.

Takpe la. Mengabeskan duit yang ada. Bukan duit aku.

So, pagi ni je la update aku. Tengahari ke petang ilek pocik la.

Semalam aku balik awal. Tengah-tengah jambatan boleh ada eksiden. 4 bijik keta sekaligus. Keta paling depan brake mengejut kot. Abes la keta belakang menyondol. Kat lane paling laju la kan.

Aku bawak lane tengah. Yang hanginnya diorang ni pun sibuk la nak slow tengok eksiden. Prihatin sungguh kan. Setakat nak tengok je tak payah. Tak sampai 1 km ada lagi eksiden. Pun stok sondol menyondol.

Pagi tadi pulak lagi la. Ada sebijik keta Merc lama ni. Aku tak tau la apa driver dia meroyan pepagi buta. Bawak laju gila. Dah macam nak langgar belakang keta aku tu. Lepas tu memotong pun ala-ala dah nak bergesel dengan keta aku je. Ko nak terberak ke ape??? Sampai traffic light merah tau pulak berenti. Aku ingat ko nak langgar je. Takut jugak rupanya. Tadi dah macam tak takut mati sangat.

Lepas tu aku nyaris dilanggar dari depan pulak. Dek keta stok-stok Hilux gitu. Boleh pulak ko dah nak nampak aku ni makin dekat ko nak potong jugak motor yang lembap tu. Tunggu aku blah dulu boleh tak. Nyaris aku nak terbabas masuk bendang. Kot tak ada masuk berita hari ni keta masuk bendang kerana mengelak keta lain memotong.

Memang scary la hari ni. Ok la, aku nak pi taklimat. Tunggu abes ngepam sat.

Tata~~

Tuesday, December 20, 2011

Banyak Nau Time Off Ye... Hehehehe....

Disebabkan ini adelah kali ke 4 aku mintak time off. Maka aku tak berani hulur surat cuti. Huhuhuhu....

Tadi masa aku hulur time off tu pun timbalan tanya.

'Dah berapa kali time off bulan ni?'

Hamik ko. Terkedu kejap aku. Tapi cover balik. Aku kata la patutnya aku nak amik cuti je. Tapi sebab keja banyak so aku mintak time off je la daripada amik cuti. Hehehehe... Saje nak kasi nampak diri adelah rajin.

Aku tengok punch card tadi adelah 3 kali aku dah time off. Tapi sume ade reason yang sangat la kukuh. 1st pi klinik ada appointment. 2nd pakcik aku meninggal. 3rd tu pasal nak pi Johor. Yang hari ni nak bawak anak pi klinik.

Aci la kan. Mana ada klinik gomen bukak hari cuti. Diorang pun nak cuti jugak.

Tadi ade la hint-hint jugak tanya pasal cuti. Sebab ada ura-ura cuti dibekukan. Timbalan kata aku tak terlibat. Aku tanya buleh ke kalau nak cuti. Hehehehe... Memula timbalan macam mengeluh. Tapi aku cakap nak amik cuti bawak Hana jumpa pakar. Baru la dia ok.

Yang nak bawak Hana jumpa pakar tu memang betul la.Aku tak tipu pun. 4hb depan.

Minggu depan la baru aku hulur-hulur borang cuti tu. Kot timbalan tak bagi aku kena la pendekkan cuti.

Aku nak pencen cepat la cenggini. Huhu...

Tapi min nak pencen kena 25 tahun dalam servis. Masa tu umo aku dah 50 la. Anak dah besar weh....

Lembap Sunggoh!

Apesal HRMIS adelah sangat lembap???

Gila sungguh aku patut kena hantar LNPT semalam tapi hari ni pun tak boleh jugak nak masuk. Sempat abes makan bihun sebungkus pun tak abes lagi loading.

Silap-silap abes je loading keluar error.

Sungguh menyakitkan hati.

Boleh tak create sistem bagi stabil dulu baru bagi orang guna. Menyusahkan betul.

Mau Mintak Time OFF

Assalamualaikum

Aku banyak keja sat lagi jadi mari update awal-awal.

Hari ni aku nak mintak time off. Nak balik awal sikit. Sebab nak mengangkut anak kecik ke klinik. Patutnya semalam appointment dia. Tapi disebabkan aku bz n ada taklimat SBPA so aku dengan sendirinya tanpa menginform nurse membuat appointment hari ni. Hahahaha!

Ingat si Hana kena cucuk hari ni. Dengan semangat aku bagitau Toksu Hana tadi yang hari ni dia kena cucuk. Sekali tengok buku yang aku bawak ke opis bulan ni takde cucuk. Rehat sebulan. Next month dah 5 bulan baru cucuk. Hehehe... Sudah silap info maaaa....

Takpe la. Balik karang betulkan info.

Ni aku nak setelkan banyaaaakkkkk sangat keja aku yang menimbun ni. Esok ada taklimat dengan perbincangan. Lusa ada meeting pagi petang. Tulat pun sama, meeting pagi petang. Dasat betul hujung tahun ni.

Aku ingat nak mintak cuti hujung tahun sambung ke awal tahun. Agak-agak bos bagi tak? Awal tahun tu ada reason aku nak bawak Hana pi jumpa pakar. Yang hujung tahun ni takde reason. Reason suka-suka boleh? Cuti aku berlambak-lambak lagi weh. Kalau masuk GCR pun maksimum 15 hari je. Ada belen lagi 19 hari.

Bawak ke tahun depan campur dengan cuti lagi 30 hari apekah aku nak buat dengan cuti-cuti itew??? Tu tak campur lagi tahun depan kot aku kena keja time hari cuti lak. Dapat lagi cuti ganti.

Try la dulu. Kalau dapat aku nak berjimba dengan menyoppingkan diri sendiri. Dah lama tak jalan-jalan shopping. Sekarang asal keluar bawak bebudak bertuah 2 orang tu mesti si Hana buat perangai. Tak suka dok dalam stroller. Guna carrier pun nangis jugak. Hadussss.... Tak sempat langsung aku nak memusing dalam Tesco cuci-cuci mata. Ye, Tesco je nokkkk....

Ok la. Aku nak siapkan keja sebelum pi mengadap timbalan dengan borang time off n borang cuti. Jangan la kena reject.

Tata~~

Monday, December 19, 2011

Hujung Tahun Yang BZ Macam Lebah

Assalamualaikum

aku bz hari ni. Kejap lagi pukul 9 ada taklimat SBPA pulak. Rasa macam malas je nak masuk sebab keja aku berlonggok.

Dan aku rasa tak sedap badan. Dari semalam. Tetiba rasa pelik sebab period aku datang awal 10 hari kot dari tarikh sebelum ni. Rasa tak larat gila. Letih semacam.

Ingat nak amik cuti hari ni bawak Hana pi cucuk. Tapi sebab taklimat n keja yang berlonggok aku tak cuti. Try mintak time off jap lagi. Kalau dapat aku blah awal bawak budak bertuah tu pi cucuk. Kalau tak ntah bila la buleh bawak.

Nak harap abah dia tak payah la. Dia kata si Hana ni melekap dengan aku je. Karang kalau dia bawak lepas tu budak tu melalak lepas kena cucuk dia nak pujuk macam mana. Aku takpe, aku ada tetek untuk pujuk budak bertuah tu.

Ye la tu.

Friday, December 16, 2011

Aku Bz Okeh

Assalamualaikum

Dah lama aku tak update kan. Bukan pasal tak nak update. Tapi internet kat opis down. Dan aku dah sewel mengadap pc tapi tak buleh bukak internet.

Dan bila dah buleh bukak internet aku pulak bz melampau-lampau. Baru petang semalam internet ok. Semalam pun aku balik lewat sebab meeting abes pukul 6.30. Laki aku la mengangkut anak-anak balik. Aku tak tau macam mana dia bawak Hana balik sebab carseat ada dalam keta aku. Pandai-pandai la ye bang.

Jadi aku tak sempat nak update banyak hari ni. Aku banyak keja. Kerana tetiba dilantik untuk buat semakan kualiti n jadi pengendali kursus.

Kalau aku sempat nak menebengkan bontot kat kerusi ni aku update. Kalau tak takde la. Sebab memang aku kena berjalan merata hari ni.

Tata~~

Tuesday, December 13, 2011

Tak Tau Nak Boh Tajuk

Assalamualaikum

Aku still lagi keletihan. Ni tengah sakit belakang pulak. Rasa nak je aku hampar toto lepas tu tido kat opis ni. Tapi toto la takde. Hahaha!

Semalam balik keja bagi nenen kat Hana kejap. Mandi manda. Makan. Lepas makan terus aku angkut Hana masuk bilik. Kasi tido pasal ummi dia pun nak tido sekali. Memang tak sampai berapa minit aku dah belayar. Nasib baik la si Hana pun ngantuk sama. Dia pun tido jugak.

Amir aku tak risau pasal ada sepupu dia dok main-main dengan dia. Kalau sepupu dia balik dia dok layan bek hantu dia. Hehehehe! Bek hantu adelah cerita kartun Shaun The Sheep yang episod anjing terjatuh dalam selut time nak amik bola. Shaun The Sheep ni memang feveret Amir. Boleh ulang tengok sampai beratus kali dalam pc tu. Bek adelah kambing ye.

Patutnya jugak hari ni ada meeting. Pukul 2.30 petang. Tapi dalam email semalam kata meeting pagi. Apekah meeting pagi buat petang? Sesuai ke panggil meeting pagi gitu? Bukak email pagi tadi pengarah kensel meeting. Pasal ramai pegawai takde. Jadi mari kita menari tango seketika. Hikhikhik!

Aku nak upload pic si Hana debab ni. Tapi kabel hp aku laki aku pinjam la pulak. Lupa pulangkan la tu. Jadi takde la pic si debab untuk tontonan umum.

Dah 4 bulan dah debab. Amir panggil adik dia 'Bab'. Kehkehkeh... Mulut potpet je sekarang. Ajak borak. Dah pandai meniarap lepas tu angkat bontot pulak. Nak mara ke depan dah. Tapi selalunya tergostan ke belakang la. Haha! Hari tu sebelum balik nyinggah kedai mamak Subaidah sebab kebulur. Mamak amik order tu bukan main suka si debab ni. Siap amik gambar.

Yang Hana pulak sikit-sikit terteleng kepala cari mamak tu. Amboi dik, taste bollywood nampak. Muahahaha! Abang dia si Amir tu pulak pantang nampak pompuan comel + cantik. Tergedik-gedik. Kalau tengok cerita Cinta Elysa tu mata tak lepas tengok Fasha Sandha. Huuuuiiiii.... Kecik-kecik dah pandai.

Ok la. Tu je kot. Otak jammed pulak.

Papai~~

Monday, December 12, 2011

Dah Balik Dari JB

Assalamualaikum

Tuan blog masih lagi kepenatan. Balik dari taklimat kat JB nun. Dengan bawak hero dan heroin yang sungguh la melasak.

Pagi tadi pun aku drive memang mamai la. Dah gaya-gaya nak tertido. Tapi celikkan jugak bijik mata ni kasi buntang. Lepas tu layu balik.

Nak amik cuti malas. 19hb ni nak amik cuti pi cucuk Hana. Tu, yang koser sangat aku nak amik cuti hari ni. Datang je la keja.

Kat JB tu tak pi jalan mana pun. Melepak bilik je. Bilik mengadap Singapura. Jadi tambak Johor je la tetiap hari aku dok perati. Jammed memanjang. Asal celik mata tengok tambak jammed. Nak tido pun jammed jugak. Time bila tambak tak jammed aaa?

Hana memang sangat membuat perangai ye. Dok dalam bilik tu keja eh melalak sesaje kalau aku takde. Abah dia dah macam sewel dah nak jaga 2 orang budak. Nasib la Amir tu pandai bawak diri sendiri. Dok main sorang-sorang. Kalau tak dok acah-acah adik kasi adik senyap. Baru la laki aku tau macam mana huru haranya aku menjaga 2 orang budak bertuah tu time dia pi out station.

Pic tak banyak. Ada la 2-3 keping. Sebab mood memang takde nak bergambar ni.

Ok la, aku nak melepak kejap. Penat sesangat weh. Semalam Amir kacau aku tido pun kena marah. Huhuhu... Kesian anak aku.

Wednesday, December 7, 2011

Kucing Bercakap

Semalam kak ipar aku dok la tunjuk 1 benda dalam hp dia kat Amir. Application kucing bercakap.

Kalau kita bercakap nanti kucing tu ajuk balik. Tapi suara tu bertukar la ala-ala chipmunk gitu. Excited sungguh Amir dok terjerit-jerit sebut nama sendiri.

Aku tak tau pun nama application tu. Nak tanya malas jadi aku buat muka toya.

So, tadi dengan gigihnya aku pi google dengan keyword 'software kucing bercakap'.

Hahahahaha! Gila bengong kejap. Nasib baik la jumpa. Rupanya nama application tu Talking Tom. Ni tengah gigih jugak save dalam pc. Sat lagi nak transfer ke hp. Tapi apekah size macam gabak pulak.

Takpe. Kita tengok dulu. Kalau buleh masuk hp balik ni nak tunjuk kat Amir. Mesti dia seronok dua tiga ronok. Lepas tu hp ummi akan jadi hak milik Amir. Lepas tu ummi naik hangen lak. Muahahahaha!

Petang Ni Ke JB

Assalamualaikum

Aku kat opis daaa... Tengah menahan sakit perut nak terberak. Bukan tak nak pi berak. Tapi tengah dok mengepam ni. Sesi pertama. Kalau aku gi toilet dulu karang macam geli-geli je. Hahahaha! Jadi aku bekpes dulu pastu pam susu. Sanggup ko menahan sakit perut.

Semalam tido lambat. Si Hana telah membuat perangai. Apesal tah. Maybe sebab dia bangun awal petang time aku nak amik tu. Sampai rumah dia menenen sampai tertido. Tapi bila aku letak je kat dalam buai mata dah terbuntang. Adoi laaaa.... Tu yang buat perangai malam tu.

Aku bagi tetek semua tak nak. Last-last abah dia pegang suruh aku bancuh susu tepung. Aku bancuh sikit dalam 2oz lepas tu abah dia bagi terus dia nyot nyot nyot. Ehhhhhhh... budak ni. Nenen n susu ummi yang lazat pulak ko tak nak ek. Selalu tolak susu botol. Dah kelaparan sangat la tu. Dah tak koser mulut nak menyedut tetek. Nak yang pantas je. Bertuah punya anak.

Hari ni balik awal. Aku kan nak ke JB. Bos macam berat hati nak bagi balik awal pasal function start malam esok. Tapi koser la aku nak direct dari Penang ke JB non stop or just stop kat RnR kan. Sebab bawak budak kecik agak kesian la dengan bebudak tu. Lain la kalau aku berdua je dengan laki aku. So, kitorang decide nak bertolak petang or malam ni pastu tido kat Shah Alam. Pagi esok baru bertolak ke JB.

Tu yang mintak balik awal. Siap time balik semalam aku tengah drive atas jambatan bos call. Kata aku tak buleh claim lodging untuk aku pi Shah Alam tu. Yeee, aku tau itu. Risau sungguh bos kalau aku claim.

Ni nak repair slide yang aku dah buat. Timbalan mintak tambah-tambah sikit. Buat semua siap-siap lepas tu aku nak mentelaah untuk presentation. Kihkihkih... Dah lama tak dengar ayat mentelaah.

Okie dokie.

Tuesday, December 6, 2011

Dah Ada Orang Nak Ke JB

Assalamualaikum

Mengantuk yang amat. Drive tadi pun aku rasa nak tertido. Siap rasa keta macam melayang-layang je. Bahaya betui aku ni. Ape yang mengantuk sangat ntah la.

Akhirnya dah dapat orang yang nak ke JB. Dah semua pun main tolak-tolak. Alhamdulillah la ada akak ni tak kisah. Siap nak pi dengan family gitu. Thank u Kak Ton. Jasamu dikenang.

Jadi keja aku sekarang adelah menyiapkan slide untuk presentation kat sana. Ini lagi 1. Tukang handle tu bukan bagitau kitorang ni kena bentang. Aku tau pun bila tengok aturcara program. Bertuah betui.

Maka slide aku adelah simple mimple je. Siapa suruh tak bagitau. Aku pulak yang pi call tanya. Last minit nak buat slide cantik-cantik memang tak la kan.

Dah la aku kena present. Huwaaaaa!!! Tensi mak tau.

Nak buat slide. Karang timbalan nak tengok.

Monday, December 5, 2011

Serabut Serabai

Aku tengah takde mood. Fikir nak ke JB ni. Laki aku nak pi jugak. Takpe la kalau dia nak pi kan. Ok la tu. Yang menyesakkan otak aku adelah bilik.

Bilik untuk bos single. Sekali bilik untuk staf adelah sharing??? Tadi discuss dengan timbalan aku dia kata dia tak leh nak pi kot. So, aku buleh amik bilik dia. Tapinya... Ada tapi lagi tu. Itu kalau dia confirm tak pi la. Kalau dia kena pi jugak aku nak merempat kat mana dengan laki n anak-anak aku???

Dah la rate bilik bos lagi tinggi dari rate aku kan. Kalau nak claim sah la kena claim ikut rate aku. Dah rugi kat situ.

Susah hati betul aku ni. Aku survey-survey hotel lain yang dekat pun dah takde kosong. Ape kes semua orang tido hotel ke? Tau la cuti sekolah. Wuwuwuwu....

Ke sistem booking semua hancur lebur. Asal aku search je kata takde bilik available. Search untuk 31hb pun takde. Apekejadahnya semua ini????

Tambah lagi 1 masalah ni staf yang nak suruh pi masing-masing ada alasan. Aku pun nak buat alasan tak nak pi boleh tak? Susah-susah sangat aku sorang je pi.

Aku call semua kata ada hal. Geram sungguh aku wooo...

Al-Fatihah Untuk Md Firdaus Bin Ahmad.. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat... Amin.. :(

Assalamualaikum

Aku baru masuk opis pukul 11 tadi. Lambat sebab semalam ke Alor Setar. Balik lewat malam.

Ke Alor Setar menziarah jenazah. Pakcik aku *adik pada abah aku* meninggal pagi semalam kat Seremban. Dia 1 family pi melawat sedara mara kat sana. Tetiba dia macam penat. Bawak pi hospital tak lama terus meninggal.

Dari Seremban bawak balik jenazah ke Alor Setar. Dalam pukul 8.30 malam jenazah sampai. Dikebumikan pukul 9.30 malam.

Jadi aku masuk lewat ke opis. Penat sikit. Hiway lak jammed masa balik semalam. JPJ buat roadblock. Macam takde masa lain nak buat roadblock. Tengah-tengah malam jugak jadi pilihan. Kat hiway pulak tu.

Al-fatihah untuk arwah Md Firdaus Bin Ahmad atau dikenali sebagai Uncle Daus di kalangan anak-anak buah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang mukminin. Takziah juga untuk family arwah.

Friday, December 2, 2011

Pagi Tadi Nampak Eksiden

Assalamualaikum

Lambat sikit up entry hari ni. Ada meeting pagi tadi. Plus aku adelah masih terkejut sebab ada kejadian eksiden kat laluan aku nak pi keja.

Eksiden motor n lori kalau mata aku ni tak salah pandang. Time aku sampai kat tempat kejadian orang motor tu dah terbaring atas jalan. Tak bergerak pun. Aku nampak sipi-sipi je. Tak berani tengok direct even kalau aku toleh memang clear gila la mangsa tu terbaring atas jalan.

Ye la, baru nampak sipi pun aku dah teringat sampai sekarang. Nampak direct mau pitam aku dalam keta. Lemah semangat tau.

Teringat pulak time aku balik dari rumah makcik aku. Masa tu study lagi. Bas turunkan tepi jalan n menapak ke stesen komuter. Sebelum sampai stesen komuter tu ada eksiden. Kemalangan maut la. Mayat tu dah kena tutup dengan paper.

Aku lalu betul-betul sebelah mayat tu. Dengan darah dia fresh lagi mengalir atas jalan. Rase nak pitam tapi buat muka berani. Jalan menonong je. Sampai sekarang wei aku ingat lagi. Siap terasa-rasa macam aku still ada kat tempat eksiden tu.

Dah, tetiba jiwa kacau teringat pasal eksiden. Ish.... Sungguh lemah semangatnya aku ni.

Thursday, December 1, 2011

Tudung Baru :D

Assalamualaikum

Aku pakai tudung baru hari ni. So feeling-feeling jelita. Kohkohkoh!

Dari pagi tadi aku dok ke hulu ke hilir cari orang admin. Bila call tak berjawab. Bila aku pi department diorang tak nampak batang hidung. Apekah??? Semuanya melesap ke?

Ada hal aku nak discuss pasal tanggung tugas ni. Ada staf yang cuti n nak la setel apa yang patut cepat-cepat kan. Kesian pulak dok hold lama-lama.

Ni claim aku pi Putrajaya hari tu pun tak terbuat lagi. Motif tak siap-siap? Hahaha! Aku lupa la macam mana nak buat claim. Harus pi cari budak yang dok pi sekali dengan aku hari tu. Nak tengok claim dia macam mana.

Aku nak pi meronda kat admin lagi. Huhuhu... Penat wooo. Admin jauh dengan bilik aku. Bila call pun tak berjawab. Perlu la kita exercise pulok.

Eh, hari ni aku balik awal. Yeayyyy!!!