SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Try Masak. Show all posts
Showing posts with label Try Masak. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Jamuan Raya Seksyen.. Congo Bar

Hari ni ada jamuan raya seksyen. Gabung dengan seksyen sebelah. Atenya memula macam tak nak buat dah. Tapi bila mengenangkan jamuan raya opis hari tu makan ala-ala bercatu maka tetiba timbul dalam kepala otak nak buat makan-makan seksyen. Kira macam jamuan raya jugak la gitu.

So, masing-masing bawak pot luck. Seksyen masing-masing ada la sumbangkan main course. Nasi ayam n nasi impit kalau tak silap aku. So, yang memasing tu tak reti-reti ke nak bawak pot luck. Hahahaha!

Aku punya blur tak tau nak masak apa ni. Sebab this week ahkak kepenatan uols. Sorang-sorang menjaga 2 orang tentera tu. Abah diorang out station kat Melaka. Jadi aku pikir apa benda yang senang n tak terlampau renyah. Main course dah ada, mari la kita bawak manis-manisan.

Setelah berhempas pulas memerah otak pikir nak bawak apa aku masak Congo Bar aje semalam. Muahahaha! Senang n bahan pun tak banyak. Balik semalam singgah kedai barang kek beli apa yang tak cukup kat rumah. Tidokan bebudak, set jam pukul 1 pagi. Pukul 1 tu la aku sibuk bancuh bahan.

Ingat nak buat fudgy brownies kedut tapi pikior nak kena melt kan coklat guna kekdah double boil terus kensel. Penat. Hahaha! Dasar femalas sangat ni.

Maka jadi la seperti di bawah....


Resepi? Ahkak gugel je nok. Aku kalau gugel resepi gugel yang paling mudah. Perkataan wajib adalah MUDAH. Bengong sangat kan. Memang semua keja nak mudah aje kekdahnya.

So, sekarang aku dah mengantuk. Hoho... Lepas masak main henpon pulak. Pukul 4 baru tido. Padahal siap keja pukul 3.

Ok tu je nak cerita.

 

Thursday, October 2, 2014

Perlu Berdiet Nampaknya...

Pagi ni sakit tekak dan sakit lutut. Sakit tekak dari semalam. Opis dah macam kat antartik. Lepas tu bantai minum ais. Memang best sangat balik rumah tekak rasa membengkak je.

Lutut sakit sebab aku tak tau aku tido macam mana hempap kaki sendiri. Kehkehkeh! Boleh macam tu? Nak bangun pagi tadi terus tak boleh nak bengkok kaki. Huiiiii... Dah la kena bangun awal. Sampai sekarang sakit lagi ni. Adekah sebenarnya berat badan dah bertambah secara melampau sampai terhimpit kaki sendiri pun sakit bukan main? Huhuhu.. Rasanya memang aku dah tambah berat sebab baju ni dah ketat sikit tang pungkoq.

Kena diet balik la macam ni. Huuuu.. Nak diet kejadah sangat pagi tadi je aku dah bantai makan nasi goreng dengan telur mata lepas tu tambah sebekas kecik bihun. Wuwuwu... I is gem-gem la.... Takpe, tengahari karang makan sup aje ye. No nasik. (Ye lah sangat! ;p)

Semalam balik lambat sebab dapat timbalan baru. Macam lagi detail je. Ngaaaaa.. Oh, dan meeting jumaat ni dipostponed ke Jumaat depan iaitu 10hb. Kena pikir nak pi dengan apa ni. Naik flight aje la kot.

Mari la sambung buat keja. Ada gambo kek pisang yang aku buat ntah zaman bila. Sedap moist aje rasa tau. Hahahah! Up diri sendiri nampak. 


 Guna resepi Mat Gebu. Pisang adelah aku tak kenal pisang apa tapi asalkan ianya adalah pisang. Hahahaha! Dua kali masak kek pisang ni sebab pisang tu sebijik je dah sebesor tapak tangan aku. Bancuh pakai tangan je sebab aku tak ada mixer. T____T

Nak bancuh dalam oven tu macam malas nak pikir. Boleh kan benda yang menyenangkan diri sendiri pun malas.

 

Tuesday, September 2, 2014

Weekend Aje Masak.. Makan... Gemuk..

Selamat menyambut hari merdeka yang ke 57. Cuti 3 hari aku terperuk kat rumah je. Tak pi mana.

Sabtu aku buat apa pun aku tak ingat. Yang aku tau aku dilanda sakit kepala melampau. So, lepas basuh baju stok seminggu tak basuh aku baring n tido je la.

Ahad laki aku tak ada. Pi perbarisan hari merdeka. Aku nak ikut tapi dia kata susah nak cari parking. Jalan tutup. Mengenangkan nak bawak budak 2 orang yang lasak tu sorang-sorang aku pun mengalah la. Dok aje kat rumah. Terus bangun pagi-pagi bakar pizza.

 Sebelum pembakaran

 Ketika pembakaran. Cheese membuak. I loikeee.. 

Macam biasa la. Doh pizza mesin yang uli. Topping pun guna apa yang ada je. Ada sosej n daging burger. Cheese cheddar petak. Tak ada cheese sagat segala bagai. Senang guna cheese petak. Penuh terus nampak atas pizza tu. Hahahaha! Sos aku guna sos tomato aje. Nak pedas sikit tambah sos cili.

Amir cakap 'sedapnyeeee pizza ummi buat ni.'

Hahahaha! Amir cakap sedap tu ok la tu. Banyak la jugak dia makan. Tapi tak boleh buat kerak nipis garing. Nanti keras dia susah nak kunyah pasal tak ada gigi. Huhu... Kena bagi gebu n lembut. Yang tu dia suka. Hana apa abang dia makan dia pun sapu aje. Tapi tak banyak la.

Lauk hari ahad aku masak kurma ayam (ayam masak hitam kata amir), sayur cendawan campur carrot n ikan masak bening.

Isnin pulak breakfast bihun goreng (alamak, lupa beli bihun ganti mak mertua punya), tambah lauk daging goreng kunyit je pasal kurma ayam ada lebih. Lepas tu petang gigih sangat aku buat....

 Sesi uli menguli
 
 Output yang terhasil.. Onde-onde @ buah melaka

Senang aje buat onde-onde ni rupanya. Ni 1st time aku buat. Awal-awal asek bocor je onde-onde tu. Lepas tu dah paham konsep. Lepas gentel terus buh dalam periuk ayor panas tu. Sebab melekat-lekat kalau susun dalam pinggan dulu. Dah hujung-hujung baru cun aje bulat dia tu. Hahahaha! Saya budak baru belajar.

Gula melaka berlambak lagi tu. Boleh la nak buat lagi nanti. Amir pun suka makan. Banyak dia habiskan. Lega mak pasal ada jugak orang nak makan. Huahuahua! Hana dia gigit sikit lepas tu dia rasa tak best dia letak balik dalam pinggan. Sabor je la ummi dia ni.

Tu je la cerita hari minggu. Mak-mak sangat dah sekarang. Masak aje kejanya. Bila tah nak cuba buat cheese tart. Mixer takde. Sekarang pesen kuih aku semua tak pakai mixer. Mungkin lepas ni menajamkan skil buat muffin. Atau pun cari resepi brownies pulak.
 

Wednesday, August 20, 2014

Masak-masak Aje Kejanya

Tak ada idea nak cerita apa. Sebab busy sangat sekarang. Ni pulak ada projek baru masuk. Memang pening la kepala. Balik rumah memang nampak bantal n tilam saje.

So, mari la kita korek galeri gambar dalam henpon ni untuk tepek kat sini.

 Ni nama dia muffin vanilla tak jadi. Kihkihkih... Baru buat Ahad lepas.. Tak jadi akibat aku menderhaka resepi.. Resepi letak gula castor n butter aku ganti dengan gula perang n minyak.. Fadan muka kau...



 Ni pulak nama dia ketupat goreng. Nasi impit lebih masa jamuan raya kat department aku. Berlambak lebih bebudak ni pi bagi aku pulak. Balik rumah esok pagi aku goreng balik bawak pi opis. Terbelahak korang nak abeskan. Cara buat ketupat goreng sama aje macam nak buat nasi goreng. Cuma nasi tu berketul-ketul la. Ada resepi boleh je gugel.



Ni namanya roti keju berlapis daging. Resepi dari pakcik tenet jugak la kan. Aku buat masa jamuan raya department. Gigih sangat makcik ni masak pagi-pagi buta tau. Sold out roti ni. Miahaha! Sedap ke uols? Tuan roti sendiri pun tak sempat merasa. Ni pun aku ada derhaka resepi jugak. Aku goreng inti sukati aku nak letak apa.



 

Muffin guna tepung premix Nona. Sedap. Tapi ni aku buat lama dah. Sebelum buat muffin tak jadi nun di atas. Premix ni kan tinggal masuk air, minyak n telur. Jadi sonang sangat la. Kalau tak jadi jugak tangan memang tak berseni.

So, itu aje la gambar dalam henpon. Gambar makanan aje kekdahnya. Nanti la korek kalau ada gambar lain.

Tuan blog tengah dirasuk hantu membaking ni. Nak try buat muffin vanilla sampai gebu gebas. Tapi tunggu weekend baru merajin. Hari keja tak larat.

Tu je cerita. Aku nak pi cafe beli nasi bungkus. Bye!

 



Thursday, July 17, 2014

Aktiviti Time Cuti Nuzul Quran - Projek memuding

Dah berapa hari puasa? 19 hari dah kan. Sepanjang puasa ni aku memang tak ada membeli sangat kat pasar Ramadhan. Memang masak aje kat rumah. Lauk 2-3 jenis aje. Tapi aku masak weekend aje n hari cuti. Yang lain mak mertua aku masak pasal aku balik keja je sampai rumah dah pukul 7.

Kelmarin cuti Nuzul Quran maka mari lah kita memasak. Amir dah bagi kiasan-kiasan,

'Dah lama ummi tak masak ayam masak hitam kan?'

Hahahaha! Ayam masak hitam adalah ayam masak kurma. Jadi marilah kita masak. Kelmarin terlebih rajin jugak buat puding jagung resepi paling sonang sekali. Puding tu pasal akak aku request. Mengidam pulak minah tu. Ok la, mari kita buat. Tekak sendiri teringin nasik ayam sampai sekarang tak buat. Huhuhu...

Mula-mula aku buat puding jagung. Puding ni tak guna agar-agar. Just tepung kastad, air, gula, susu cair, jagung jenis creamy. Resepi ni akak aku la bagi pasal dia teringin. Aku tak pernah buat pon puding jagung ni. Ikut aje la resepi. Aku tak tau dia amik dari blog mana. Sat aku cari ada gambo screenshot blog tu tak.



So, itu la resepinya. Credit kepada tuan punya blog. Korang gugel la ye. Gula tu aku kurangkan sebab aku tak suka manis sangat padahal bukan aku yang nak makan. Hahaha! Aku yang buat so ikut tekak aku la.

Sesi membancuh

Beginilah rupanya di dalam kuali mak mertuaku,






Masuk bekas pulak... Hudus je rupa pasal main tepek je...


Amir excited sangat nak tolong bancuh. Lepas tu belum sejuk masuk peti ais dia dah sibuk tanya bila boleh makan. Siap cakap,

'Sejak bila ummi pandai masak macam-macam ni?'

Perlu sentap ke apa dengan soalan tu. Hahahaha!

Bila dah sejuk aku bagi kat dia pasal asek berzikir kat telinga jagung, jagung, jagung. Sekali dia boleh kata tak sedap. Rasa berlain. Oh... Down kejap ummi ko. Kihkihkih...

Amir kalau bukan feveret kat tekak dia memang tak sedap la. Hana pon kata tak sedap. Down ganda dua kejap. Huhu... Tak apa la, anak aku memang pesen tak reti makan pencuci mulut ni ujarku menyedapkan hati sendiri. Hihu..

Dah sejuk petang semalam pi la hantar rumah mama n kakak aku yang bertuah tu. Lepas berbuka akak aku kata ok je. Cuma hudus la sikit rupabentuknya. Wakakaka! Dah kuasa pulak aku nak hias cantik-cantik kan.

So, kelmarin lauk berbuka adelah seperti gambar di bawah..


Kurma ayam, asam pedas ikan kembung (asam pedas versi penang), kari ikan pari (lauk semalamnya perangat), sayur campur, nugget untuk anakanda..

Tu lah cerita cuti aku. Masak gitu je pun dah rasa penat macam nak pengsan. Hahaha!

p/s : siapa nak beli chocoletto n berrygen roger-roger sebelum kehabisan stok. Siapa beli chocoletto 3 botol aku bagi sampul duit raya free... Hehehe...
 

Monday, April 21, 2014

Uli-uli Hari Cuti

Assalamualaikum

Ok, makin bersawang dah blog aku ni. Bukan setakat labah-labah, segala mak nenek binatang pun dah boleh duduk.

Ngaaaa... Mak busy sesangat ni. Tengok, cakap je pasal busy terus teringat ada lagi keja aku nak kena settlekan pasal kursus ni. Otak tak berenti memproses nampak gayanya. Memang keletihan.

Dok opis letih, dok rumah sama la letihnya. Hahahaha! Tambah ada tukang 'kemas' berjaya. Semalam apak diorang tak ada pasal keja. Diorang main suratkhabar lama keronyok-keronyok masuk plastik. Bersepah atas katil. Katanya bungkus nasi lemak. Iye la tu nak. Bila aku suruh kemas Hana jawab macam ni,

'Umi la kemash.. Adik enat ni.'

Hamboihhhhhhh la anak. Dia penat menyepah. Aku penat mengemas. Baru 2 tahun 8 bulan mulut tot tet macam mak nenek ye. Bila mintak tolong lagi,

'Shukati adik la...'

T______________T'

Nangis ummi dengar jawapan ko dik.

Kelmarin Amir request pizza. Dah seminggu tu dok berzikir pizza. Sebab tak nak mensia-siakan oven Noxxa n tak nak kena perli dengan laki aku buat jugak la. Kebetulan pulak birthday laki aku Sabtu lepas. Pakej permintaan anak n celebrate birthday apaknya.

 Ni pizza buat kelmarin. Pizza terlebih yis nama dia. Aku berangan apa tah tak perasan yang aku sebenarnya dah bubuh 1 tsp yis tapi aku tambah lagi 1 tsp. Hasilnya pizza membuak-buak. Kahkahkahkah!


 Ni gambo lama. Masa baru beli oven. Gigih jugak buat pizza sebab dah janji dengan Amir Ridhwan. Hehehe.. Masa ni aku taram guna cheese petak pasal aku guna apa barang yang ade saje.

 Ummi Amir n Hana rajin pasal oven Noxxa ni adelah breadmaker jugak. Wakaka! Kalau tak memang makan pizza kedai je la ye anak-anak. Ummi tak koser nak menguli. Sebab mesin yang uli maka iols tak kisah anak dok meratib mintak pizza. Tak ape, ummi boleh buat. ;p

 Ini jugak permintaan Amir Ridhwan. Dia dah tau ade oven. Keja nak ayam panggang je la. Ni pon gambo lama. Semalam Amir request lagi. Kalau rajin sat lagi pi pasar malam cari ayam le.

So, ok la. Aku nak sambung buat keja. Padahal tengok dah 4.15 nak bersiap balik dah. Bos semua tak ada kan minggu ni jadi merdeka sikit nak meregang-regangkan badan.

Aku dah dapat timbalan baru. Tapi lagi detail rupanya dari bos lama. Huwaaaaaa!!!! Mak penat!!!!

 

Tuesday, January 15, 2013

Resepi Makaroni Goreng Saya

Assalamualaikum

Disebabkan otak aku adelah jammed dan tak ada idea. Banyak sangat keja aku nak kena buat. Belum apa-apa dah jadi pencatat minit berjaya. Maka aku up entry pasal makaroni goreng aje la ye.


Itu adalah pic makaroni goreng di dalam kuali. Kuali tu warna hitam ye. Bukan pinggan. Tak menyempat nak masuk pinggan aku dah amik pic. Lantak le background hitam pun. Hitam-hitam si tampuk manggis katanya. Kihkihkih....

Aku masak 2 minggu lepas. Weekend lepas pun aku masak jugak tapi tak colourful macam tu sebab yang aku masak weekend lepas aku tak bubuh sayur campur tu. Aku goreng dengan minced beef aje. Sebab Amir menjerit-jerit suruh aku masak makaroni goreng. Padahal aku baru lepas masak sup ayam dengan goreng sayur.

Penat pun masak jugak la untuk hero sorang tu. Hana pun makan jugak. Dah itu kegemaran. Siap puji lagi Ummi masak sedap. Pandai la ko nak membodek ye anak.

Yang dalam pic tu tak pedas langsung. Weekend lepas terpedas sikittttttt je. Tapi lidah Amir ni aku tak tau pesen apa, pedas yang sangat la lidah aku tak boleh detect pun dia boleh rasa. Siap jerit-jerit mintak air. Drama king sangat kan. Hana no problem, pedas ke tak dia sapu je. Janji makan. Hahahaha!

Jadi mari la aku feeling-feeling chef wan hari ni dengan share resepi makaroni goreng. Senang yo ni. ;p

Bahan-bahan:

  • Makaroni (wajib ada la kan. Kalau tak macam mana nak jadi makaroni goreng)
  • Minced beef (aku guna Ramly. Sebungkus kan ada 2 keping. Guna sekeping aje)
  • Bawang besar sebiji (tumbuk bagi hancur kalau malas blender aje)
  • Bawang putih 2 ulas (tumbuk jugak dengan bawang besar)
  • cili merah setengah biji (tumbuk sekali dengan bawang putih n bawang besar)
  • mixed vege (aku guna yang segera je dalam peket)
  • kicap manis sesedap rasa
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Mula-mula mesti la kena rebus makaroni. Hehe.. Rebus tapi jangan sampai terlalu lama nanti lembik. Bila try cucuk-cucuk dengan garfu tu dah rasa lembut tu dah ok la tu. Tos makaroni n gaul la dengan minyak sikit tak bagi dia melekat-lekat. Aku gaul dengan butter. Rasa lemak-lemak. Sedap gitu. Mana la perut tak berlipat-lipat. Haha!
  • Panaskan sikit minyak dalam kuali. Nak guna minyak masak biasa tu boleh. Aku guna minyak biasa je. Kalau rasa nak jaga kesihatan boleh je guna minyak zaiton. Asal minyak yang boleh buat masak. Jangan minyak gamat or petrol dah la ye.
  • Bila minyak dah panas boleh la tumiskan bawang besar, bawang putih n cili yang dah ditumbuk. Semenjak dua menjak ni aku suka main tumbuk-tumbuk bawang. Tumis sampai la naik bau yang harum semerbak tu. Nyam... Nyam...
  • Agak-agak dah naik bau tu masukkan la minced beef tadi. Gaul-gaul lagi sampai agak-agak masak keseluruhan. Mentah kalu sapa nak makan pulak.
  • Taruk la garam n kicap sesedap n secukup rasa ye puan-puan. Ecewah... Hahaha!
  • Masukkan mix vege.
  • Dan akhirnya boleh la masukkan makaroni tadi. Gaul rata-rata. Agak-agak dah puas hati boleh la tutup api. Dan boleh makan dah.
Itu je la resepi yang semua orang pun boleh buat. Aku tak payah bagi resepi pun tak apa sebenarnya. hahahaha! Ikut kreativiti je kalau nak masak ni. Aku pun masak makaroni tu main campak-campak aje. Untuk budak-budak memang boleh sangat la sebab tak pedas.

Aku letak cili tu nak bagi ada rasa je. Kalau tak nak letak pun buleh. No harm. Eh, speaking london gitew.

So, itu la entry aku untuk hari ni. Mari la kita sambung bekerja.

:)








Thursday, March 31, 2011

Sukses! :D

Assalamualaikum

Hehehe... Gumbira pagi ini wokey. Selalu kan mandom je. Hari ni timbalan cari aku pun aku nyorok sebab kalau jumpa karang muka aku mesti macam tooot je.

Sebab apa gumbira. Seperti tajuk di atas la.


Nampak apa tu. Itu la dia rendang yang berjaya dimasak pada pukul 12 tengah malam tadi. Gigih tunggu nak masak pukul 3 baru aku tido pasal terus mata aku terbuntang tak boleh nak tido even rendang siap pukul 1 lebih.

Paras rupa agak kerendangan bagi orang yang pertama kali memasak rendang. Ni tak guna rempah segera okeh. Adabi ke, Pakcik Brahim ke, tak ada ye. Ni semua guna bahan tradisional. Gigih ko. Hahaha!

Rasa rendang pun ada la. Cuma aku macam rasa masin terlebih. Kak Ita makan dia kata ok je. Asal ada rasa sudah. Tak sedap shadap u! Muakakaka! Cumanya kering sangat pada pandangan aku. Semalam time dah masak tu ada je nampak kuah-kuah. Abes diserap dek ayam kot.

Sambil melayan DVD Surirumah Yang Desperate. Sambil masak rendang. Sambil mengghongges ni...




 Sebenarnya ada 4 bijik. Sebijik aku ngap. Aku cari pelam muda ok. Hari tu pi pasar malam pakcik jual buah tu kata yang hijau tu muda lagi. Tapi pepagi buta tadi aku rasa tak masam langsung. Manis ada la. Ni bukan muda pakcik. Huwaaaa!!! Acik ngidam nih.... Ada sesiapa nak sedekah mangga muda kat aku tak? *muka kesian*

Sampai opis tadi punya la payah nak cari parking. Aku lupa ada meeting belia pagi ni. Cis... Dah aku terpaksa parking belakang lori mana hala tah.

Perut agak lapar tetiba pulak ada orang datang bagi ni...

Pulut kuning berlaukkan sambal bilis. Ni antara menu pot luck la ni. Staf aku bawak. Sedap sambal tu.

Ok, aku nak tengok balik figure-figure ni sebelum timbalan cari aku lagi. Payah tol nak explain kat dia sebab banyak sangat figure. Pening tau tak.

Sebagai penutup siapa yang rindu kat budak bertuah ni. Ni pic latest sebelum aku balik Shah Alam hari tu.

Amir yang sedang membotol ;)
 
Rajin pulak aku upload gambar hari ni kan. Heheh...

Wednesday, March 30, 2011

Aku Tak Reti Masak Rendang Wehhhh

Esok pot luck. Aku dah menggelupur. Sebab dalam list tu aku bawak nasi impit dengan rendang ayam.

Untuk pengetahuan anda semua saya adelah tak pernah masak rendang. Selalu time raya sebelum kawen adelah tugas kakak aku yang masak menda alah tu. Aku masak lodeh, kuih raya, karamel tu semua bagi je la kat aku.

Time dah kawen pulak keja aku adelah mengangkang makan aje. Huahuahaua! Keji ok. 1st raya bersama suami aku dalam pantang beranakkan Amir bertuah. So, keja aku tolong makan je. Ngehngehngeh...

Raya tahun kedua pulak aku balik 2 hari sebelum raya kot. Tak ingat pulak. Aku kan dok jauh dari laki dengan anak dengan family. So, balik adelah tido berdengkur bangun-bangun tengok mak mertua dah siap masak semua. Perangai menantu yang keji.


Tapi mak mertua aku sepanjang raya sekali dengan dia ni tak pernah la dia masak rendang. Masak kari ayam dengan kuah kacang. Aku tak masuk la kuah kacang ni. Tak suka. Tapi makan nasi impit dengan kuah kari tu kira dah besar rahmat la tu.


Raya tahun ni nampak gaya aku dalam pantang lagi la.....

Setakat masak kari ayam reti la aku. Kurma ayam ke. Ayam goreng kicap ke. Rendang tak pernah masak oooo....

Bila tanya akak aku kata dia masak rendang la paling senang. Ko campak je semua lepas tu ko pi la buat apa ko nak. Jangan tido sudah. Mau hangit rendang tu kalau tak sedar dari tido. Atau pun ko rentung bersama rendang.

Aku pun gigih menggoogle resepi rendang ayam yang paling senang sekali di alam maya. Nampak macam boleh je aku buat ni. Hahahaha! Perahsan ok.

Petang ni misi mencari bahan. Cari kat kedai runcit je sudah.

Sedap tak sedap belakang cerita. Asalkan aku bawak rendang. Tak sedap dok makan diam-diam jangan komplen. Kalau sedap sila puji. Muakakakaka!


Rasa-rasanya menjadi tak rendang aku malam ni. Huhuhu...







Thursday, August 19, 2010

mee kari sodap.. Slurrrppp.. Slurrrppppp... ;p~~

Hehehe...

Semalam memang jadi la berbuka dengan mee kari yang isi berlambak-lambak. Sodappppp... :p~~

First time adik n housemate aku buat tu. Jadi pulak. Maka kembang kempis hidung sekelian alam. Wakakaka!

Aku nak tepek gambar but like i said before *chewah! mokcik skiping london.;p* card reader yilek la.

Nanti dapat gaji aku cari cable fon terus la. Tak payah la macam nak tercabut insang asek nak bukak belakang hp n keluarkan memory card.

So... Tunggu la lepas ni blog ni penuhhhh dengan gambar kalerful gitu. Hahahaha!

Sebab mee n kuah banyak lebih even dah banyak aku sumbat masuk perut pagi tadi pun sahur mee kari. Hehehe... Lepas tu santap nasik pulak. Ooo... Oooo....

Gumuk la ini maciam... ;p